• Tentang Kami
  • Hubungi Kami
Langit Ilahi
Advertisement
  • Home
  • Poster

    Poster – Do No Evil

    Poster – Sincerity

    Poster – Know Your Place

  • Arkib
No Result
View All Result
  • Home
  • Poster

    Poster – Do No Evil

    Poster – Sincerity

    Poster – Know Your Place

  • Arkib
No Result
View All Result
Langit Ilahi
No Result
View All Result
Home Motivasi

Untuk Kita Pendosa – Dosa. Kita Perlu Melihatnya Semula.

Hilal Asyraf by Hilal Asyraf
July 10, 2025
in Motivasi, Untuk Kita Pendosa
0
Untuk Kita Pendosa – Dosa. Kita Perlu Melihatnya Semula.

Picture by https://www.pexels.com/photo/person-standing-near-lake-670720/

0
SHARES
249
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on LinkedIn

Ramai yang tertanya-tanya, apakah itu ‘dosa’ sebenarnya?

              Ya. Dalam melayari buku ini, yang dikhaskan buat kita para pendosa, pastinya kita sendiri ingin mengetahui apakah sebenarnya itu dosa.

              Dosa hakikatnya adalah apa yang dipalitkan kepada mereka yang melanggar batasan yang Allah SWT tetapkan. Contoh mudah:

              Allah SWT memberikan arahan untuk kita tidak boros, kita boros. Maka dosa pun terpalitlah pada diri kita. Allah SWT memfardhukan kepada kita solat, kita tidak solat. Maka dosa pun terpalitlah pada diri kita. Itulah secara mudahnya, apabila kita hendak mengetahui apakah itu dosa.

Biasanya kita tidak mahu untuk menilai semula

Tetapi malang buat kita, rata-rata kita para pendosa kebanyakannya tidak rela untuk menilai semula. Kerana kita takut untuk berubah. Jauh di dalam hati, hakikatnya kita mengetahui bahawa kita bersalah kepada Allah. Berdosa.

              Jadi kita tidak mahu menilai. Kita tidak mahu memeriksa. Benarkah kita berdosa? Kita lebih rela tidak tahu. Kononnya tidak tahu, tidak perlu bertanggungjawab.

              Kita salah sebenarnya. Orang tidak tahu, adalah yang sering tertipu. Dosa tetap dosa, kerana dosa ada efeknya. Ada sebab kenapa Allah melarang itu dan ini. Semuanya kerana itu memberikan keburukan kepada kita. Maka bayangkan kita bergelumang dengannya sehari-hari dalam kehidupan kita? Apa yang akan terjadi kepada diri, kepada hati, kepada minda kita?

              Sebab itulah dikatakan oleh Rasulullah SAW bahawa, sebaik-baik pendosa adalah yang membersihkan dirinya.

              “Setiap anak adam itu melakukan kesalahan, sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah yang bertaubat.” Hadith riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Ibn Majah.

              Berdosa bukan penutup kepada pintu rahmat Allah. Tetapi, pintu rahmat Allah SWT akan tertutup kalau kita terus-terusan bergelumang di dalamnya. Hidup kita akan rosak kalau kita tidak cepat membersihkan diri kita daripadanya.

              Kerana itu, kita bergerak untuk menilai semula kehidupan kita.

              Bagi mencuci karat-karat dosa ini dari terus melekat lama.

Dosa boleh muncul dari pelbagai arah

Dosa ini, bukan pada beberapa perkara tertentu sahaja. Bahkan, dalam segenap sudut, boleh dosa memalit kita. Kerana kita juga memahami bahawa, di dalam kehidupan ini semuanya ada dua. Baik, dan buruk. Tiada tengah-tengah hakikatnya.

              Sebab itu di dalam Islam, yang tengah-tengah itupun dinasihatkan agar kita tidak terlalu biasa dengannya. Tengah-tengah itulah yang dinamakan sebagai syubhah. Perkara yang kita tidak tahu Allah benarkan, atau tidak benarkan. Jadi, apabila kita tidak tahu, kita akan lebih kepada perkara itu adalah apa yang Allah tidak benarkan. Untuk menjaga diri dan jiwa kita.

              Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer RA, beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.” Hadith riwayat lmam Bukhari dan Muslim.

              Mengapa kita dinasihatkan untuk berhati-hati dengan perkara yang kita tidak pasti haram atau tidak? Itu adalah kerana, di hadapan Allah SWT, tiada perkara yang dinamakan sebagai ‘tengah-tengah’. Di hadapan Allah, semuanya adalah Halal dan Haram. Maka, kalau kita selalu bermain-main di ‘tengah-tengah’, dan yang kita sangka ‘tengah-tengah’ itu pula adalah haram, maka kita telah bergelumang di dalam keharaman sebenarnya. Sebab itu hadith itu menyebut:

              “Umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.”

              Dan jelas kepada kita melalui hadith ini bahawa, tempat utama penyerangan dosa adalah hati sebenarnya.

Neraca penilaian sesuatu itu berdosa atau tidak.

Bagaimana hendak mengetahui sesuatu itu adalah dosa atau tidak?

              Bagaimana hendak memeriksa sama ada perbuatan harian kita adalah berdosa atau tidak? Style harian kita adalah berdosa atau tidak? Cara kehidupan kita berdosa atau tidak?

              Mudah. Tidaklah Allah SWT menurunkan Al-Quran dan Rasul itu melainkan untuk menjadi petunjuk kepada kita, hambaNya.

              “Bulan Ramadan adalah yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” Surah Al-Baqarah ayat 185.

              “Samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.” Surah Al-Baqarah ayat 151.

              Mudah ceritanya, apa yang Allah katakan buruk, itulah buruk bagi kita. Walaupun kita nampak itu adalah baik. Apa yang Allah katakan sebagai bagus, itulah bagus bagi kita. Walaupun kita nampak perkara itu tidak baik buat kita.

              Itulah nilaiannya. Sebagaimana ada satu kata-kata yang masyhur yang berbunyi:

              “Baik itu adalah apa yang dikatakan baik oleh syara’, buruk itu adalah apa yang dikatakan buruk oleh syara’”

              Maka kita lihat semula kehidupan kita.

              Apakah perkara yang sering kita lakukan, apakah pakaian kita, apakah cara bercakap kita, apakah makanan minuman kita, apakah ibadah dan kepercayaan kita, selama ini berada dalam lingkungan yang dikatakan ‘baik’ oleh Allah SWT?

              Maka ketahuilah sekiranya kita berada di luar lingkungan itu, kita nyata telah berdosa.

Penutup: Bermulalah sebuah pembersihan

Mengetahui bagaimana hendak menilai sesuatu itu adalah dosa atau tidak, barulah kita mengetahui bagaimana hendak memulakan sebuah pembersihan.

              Kita akhirnya tahu bahawa, dosa itu adalah apa yang Allah SWT tidak suka, larang, tegah ke atas kita. Maka akhirnya kita juga tahu bahawa, kalau itu yang adalah dosa, maka berlari daripadanya adalah bermakna kita pergi kepada apa yang Allah suka, arah, gesa, galakkan ke atas kita.

              Maka, di sinilah kita bermula.

              Membersihkan diri kita.

              Bergerak menjadi seorang hamba.

Previous Post

Sebelum Kita Bernikah - Menguak Jendela Realiti Rumahtangga

Next Post

Untuk Kita Pendosa - Nak Atau Tak Nak?

Hilal Asyraf

Hilal Asyraf

MUHAMMAD HILAL ASYRAF merupakan graduan Usuluddin, Yarmouk University(2012). Seorang suami dan bapa kepada 4 orang anak. Merupakan seorang penulis semenjak 2009, dan kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya. Pengasas kepada Langit Ilahi semenjak 2007, dan kini merupakan pemilik Hilal Asyraf Resources yang ditubuhkan semenjak penghujung 2016.

Next Post
Untuk Kita Pendosa – Nak Atau Tak Nak?

Untuk Kita Pendosa - Nak Atau Tak Nak?

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Langit Ilahi @ Media Sosial

  • 236.3k Fans
  • 324 Followers

Artikel Popular

Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?
Cinta

Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?

July 10, 2025
Sebelum Kita Bernikah – Benarkah Dia Jodoh Kita Yang Sebenar?
Cinta

Sebelum Kita Bernikah – Benarkah Dia Jodoh Kita Yang Sebenar?

July 10, 2025
Sebelum Kita Bernikah – Bila Hati Ditusuk Cinta
Cinta

Sebelum Kita Bernikah – Bila Hati Ditusuk Cinta

July 10, 2025
Langit Ilahi

Laman web Langit Ilahi. Mari Menjadi Hamba!

Follow Us

Kategori Artikel

  • Al-Quran
  • Bebaskan Jiwamu
  • Cinta
  • Kajian
  • Komik
  • Motivasi
  • Naiklah Bersama Kami
  • Parenting
  • Poster
  • Remaja
  • Tadabbur
  • Uncategorized
  • Untuk Kita Pendosa

Artikel Terbaharu

Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?

Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?

July 10, 2025
Sebelum Kita Bernikah – Benarkah Dia Jodoh Kita Yang Sebenar?

Sebelum Kita Bernikah – Benarkah Dia Jodoh Kita Yang Sebenar?

July 10, 2025
Sebelum Kita Bernikah – Bila Hati Ditusuk Cinta

Sebelum Kita Bernikah – Bila Hati Ditusuk Cinta

July 10, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2019 | LangitIlahi.com is an initiative by Hilal Asyraf Resources.

No Result
View All Result
  • Home
  • Cinta
  • Kajian
  • Komik
  • Motivasi
    • Naiklah Bersama Kami
    • Untuk Kita Pendosa
    • Bebaskan Jiwamu
  • Parenting
  • Poster
  • Remaja

© 2019 | LangitIlahi.com is an initiative by Hilal Asyraf Resources.