• Tentang Kami
  • Hubungi Kami
Langit Ilahi
Advertisement
  • Home
  • Poster

    Poster – Do No Evil

    Poster – Sincerity

    Poster – Know Your Place

  • Arkib
No Result
View All Result
  • Home
  • Poster

    Poster – Do No Evil

    Poster – Sincerity

    Poster – Know Your Place

  • Arkib
No Result
View All Result
Langit Ilahi
No Result
View All Result
Home Cinta

Sebelum Kita Bernikah – Bila Hati Ditusuk Cinta

Hilal Asyraf by Hilal Asyraf
July 10, 2025
in Cinta
0
Sebelum Kita Bernikah – Bila Hati Ditusuk Cinta

Picture by https://www.pexels.com/photo/artistic-blossom-bright-clouds-207962/

8
SHARES
634
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on LinkedIn

Rakan-rakan pembaca yang saya doakan moga beroleh rahmat daripada Allah SWT.

              Kita pergi kepada apa yang biasa menjadi mukaddimah kepada segala cerita perihal pernikahan dan rumahtangga. Itulah dia jatuh cinta. Ya, jatuh cinta, biasa kita gunakan untuk menggambarkan situasi di mana kita mula menyukai seseorang. Sama ada bersebab, atau tidak bersebab.

              Apa tindakan kita apabila kita mula jatuh cinta kepada seseorang?

              Mula merasakan dialah yang kita ingin jadikan sebagai pasangan hidup, mula merasakan kita mahukan dia sebagai kekasih hati kita, mula merasakan dialah yang mampu membahagiakan kita. Apakah tindakan yang patut kita ambil, apabila kita mula merasakan itu semua, terhadap seseorang yang berlawanan jantina dengan kita?

Tidak Terlalu Melayan Perasaan

Apa yang membuatkan seorang manusia itu waras ialah apabila akal dan hatinya dalam keadaan yang stabil. Dengan kombinasi keduanya, kita akan mampu membuat keputusan yang terbaik. Begitulah juga di dalam hal ini ya rakan-rakan yang saya kasihi.

              Jangan terlalu kita layani perasaan jatuh cinta tersebut. Kerana dengan asyik melayaninya, jiwa kita akan mula tidak tenang dan ia akan meracuni minda, untuk membawa kita kepada perlakuan-perlakuan yang tidak sepatutnya seperti cuba untuk memulakan perbualan, mengorat, mula mengumpul gambar-gambarnya, mula asyik berfantasikan dia, dan apa sahaja perkara yang sebenarnya tidak langsung memberikan manfaat kepada kita, bahkan mungkin melanggar perintah Allah SWT.

              Kawal jiwa dan minda kita.

              Kita sedang dalam perjalanan hendak membina rumahtangga, yang kemudian bakal menjadi kehidupan kita. Tidak rugi kita tidak terlalu teruja dan terkinja-kinja.

              Jemputlah kembali kewarasan akal dan jiwa.

              Nilai benar-benar situasi kita, sebelum bertindak melakukan apa-apa.

Tekan Butang ‘Pause’

Rakan-rakan yang saya kasihi kerana Allah SWT.

              Tekan butang ‘pause’. Jangan terus menderu melakukan sesuatu atau membuat keputusan.

              Bila kita jatuh cinta terhadap seseorang, tanyalah kepada diri apakah yang menyebabkan kita jatuh cinta kepadanya. Apa sebab utama? Dan apakah kita benar-benar serius hendak mengambilnya sebagai pasangan hidup, atau ini hanya permainan syaitan semata-mata?

              Tidak rugi memberikan kepada diri kita masa, sebulan dua untuk membuat penilaian semula terhadap apa yang kita rasa.

              Saya jadi teringat ketika saya mula-mula jatuh cinta kepada isteri saya. Pelbagai persoalan saya ajukan kepada diri saya, untuk memastikan saya benar-benar mencintainya. Bahkan saya ambil masa sekitar 6 bulan, sebelum benar-benar berkongsi dengan sesiapa berkait perasaan saya terhadapnya.

              Sepanjang 6 bulan itu, antara yang saya lakukan ialah berdoa. Memohon kepada Allah SWT agar jika perasaan itu hanya main-main, saya minta jauhkan dari diri saya.

              Dan sehingga ke hari ini saya bersyukur kerana itulah yang saya lakukan.

              “Ala, takut terlepas la tunggu lama-lama.”

              Berapa lama tunggu, bukan ditentukan oleh sesiapa. Ianya ditentukan oleh diri sendiri. Yang penting kita ambil masa sebentar untuk menilai perasaan kita terhadapnya. Kita tidak mahu ianya hanya dipandu oleh hawa nafsu, atau pengaruh keadaan sekeliling, atau desakan rakan-rakan semata.

              Kita mahu ianya benar-benar datang daripada perasaan yang murni, tujuan yang jelas, dan mempunyai kejujuran bersulamkan keseriusan, untuk membina sebuah hubungan yang suci antara kita dan dia.

              Jangan nanti didorong nafsu, kemudian menyesal di tengah perjalanan.

Membina Perancangan

Rakan-rakan yang saya doakan dirahmati Allah SWT, selepas bermuhasabah dan menilai akan perasaan kita terhadap orang yang kita sukai itu, maka binalah perancangan.

              Perancangan untuk menjadikan dia pasangan kita.

              Jangan terus diredah jalan yang penuh dengan fitnah dan ujian ini semberono sahaja. Persiapkan diri dengan perancangan agar kita berjaya menghadapinya, baik jika diterima ataupun ditolak kemudiannya.

              “Ditolak pun boleh berjaya?”

              Ya. Apabila selepas ditolak itu, kita tidak hilang kewarasan akal, dan menjadi seperti mayat hidup. Kita berjaya sebenarnya, dan bersedia pula untuk meneruskan perjalanan hidup, serta kembara membina rumahtangga yang diredhaiNya insyaAllah.

              Maka kita fikir apakah cara terbaik untuk mendapatkan orang yang kita cintai itu, yang mana cara itu pula tidak membuatkan kita melanggar syara’, dan tidaklah pula ianya memberikan mudarat kepada perjalanan hidup kita, menjatuhkan kita dalam penyakit angau, lalai atau menjebakkan diri kita ke dalam perkara-perkara yang dimurkaiNya.

              InsyaAllah kita akan sambung perihal perancangan mendapatkan pasangan yang kita sukai itu dalam bab yang seterusnya.

Previous Post

Naiklah Bersama Kami – Ketakutan Kami Istimewa.

Next Post

Sebelum Kita Bernikah - Benarkah Dia Jodoh Kita Yang Sebenar?

Hilal Asyraf

Hilal Asyraf

MUHAMMAD HILAL ASYRAF merupakan graduan Usuluddin, Yarmouk University(2012). Seorang suami dan bapa kepada 4 orang anak. Merupakan seorang penulis semenjak 2009, dan kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya. Pengasas kepada Langit Ilahi semenjak 2007, dan kini merupakan pemilik Hilal Asyraf Resources yang ditubuhkan semenjak penghujung 2016.

Next Post
Sebelum Kita Bernikah – Benarkah Dia Jodoh Kita Yang Sebenar?

Sebelum Kita Bernikah - Benarkah Dia Jodoh Kita Yang Sebenar?

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Langit Ilahi @ Media Sosial

  • 236.3k Fans
  • 324 Followers

Artikel Popular

Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?
Cinta

Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?

July 10, 2025
Sebelum Kita Bernikah – Benarkah Dia Jodoh Kita Yang Sebenar?
Cinta

Sebelum Kita Bernikah – Benarkah Dia Jodoh Kita Yang Sebenar?

July 10, 2025
Sebelum Kita Bernikah – Bila Hati Ditusuk Cinta
Cinta

Sebelum Kita Bernikah – Bila Hati Ditusuk Cinta

July 10, 2025
Langit Ilahi

Laman web Langit Ilahi. Mari Menjadi Hamba!

Follow Us

Kategori Artikel

  • Al-Quran
  • Bebaskan Jiwamu
  • Cinta
  • Kajian
  • Komik
  • Motivasi
  • Naiklah Bersama Kami
  • Parenting
  • Poster
  • Remaja
  • Tadabbur
  • Uncategorized
  • Untuk Kita Pendosa

Artikel Terbaharu

Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?

Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?

July 10, 2025
Sebelum Kita Bernikah – Benarkah Dia Jodoh Kita Yang Sebenar?

Sebelum Kita Bernikah – Benarkah Dia Jodoh Kita Yang Sebenar?

July 10, 2025
Sebelum Kita Bernikah – Bila Hati Ditusuk Cinta

Sebelum Kita Bernikah – Bila Hati Ditusuk Cinta

July 10, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2019 | LangitIlahi.com is an initiative by Hilal Asyraf Resources.

No Result
View All Result
  • Home
  • Cinta
  • Kajian
  • Komik
  • Motivasi
    • Naiklah Bersama Kami
    • Untuk Kita Pendosa
    • Bebaskan Jiwamu
  • Parenting
  • Poster
  • Remaja

© 2019 | LangitIlahi.com is an initiative by Hilal Asyraf Resources.