• Tentang Kami
  • Hubungi Kami
Langit Ilahi
Advertisement
  • Home
  • Poster

    Poster – Do No Evil

    Poster – Sincerity

    Poster – Know Your Place

  • Arkib
No Result
View All Result
  • Home
  • Poster

    Poster – Do No Evil

    Poster – Sincerity

    Poster – Know Your Place

  • Arkib
No Result
View All Result
Langit Ilahi
No Result
View All Result
Home Al-Quran

Tadabbur – Bagaimana Untuk Lebih Memahami Al-Quran?

Uzair Izham by Uzair Izham
July 10, 2025
in Al-Quran, Tadabbur
0
Tadabbur – Bagaimana Untuk Lebih Memahami Al-Quran?

Picture by: https://www.pexels.com/photo/people-sitting-on-chair-reading-books-683833/

0
SHARES
196
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on LinkedIn

Al-Quran adalah kitab mukjizat yang tidak pernah terhenti keajaibannya. Para ulama’ telahpun membincangkan sisi kemukjizatannya yang terdiri dari pelbagai bentuk. Dan antara bentuk yang paling dominan adalah kemukjizatan kefasihan bahasanya yang merangkumi setiap huruf, perkataan dan ayat al-Quran.

Disebabkan al-Quran itu bahasanya adalah Bahasa Arab, maka sebahagian mereka yang membacanya dari kalangan bukan Arab tidak dapat memahami apatahlagi menghayati keindahan dan keagungan al-Quran.

Pun begitu, satu perkara yang perlu setiap pembaca al-Quran yakini, ianya bersifat universal. Setiap yang membacanya boleh merasai keagungannya. Cuma, perlu ada sedikit usaha untuk mencapai tujuan tersebut.

Jika kita ibaratkan membaca al-Quran seperti menyelam di lautan yang dalam, maka semakin mahir penyelam semakin dalam dapat ia gali mutiara di dasar laut tersebut. Begitu juga al-Quran. Jika tidakpun kita menjadi mahir paling kurang asas untuk ‘menyelam’ di lautan al-Quran perlu dipelajari untuk melihat lebih mendalam pesanan Allah yang ingin disampaikan kepada manusia.

Justeru, apakah langkah-langkah dalam usaha untuk lebih memahami al-Quran?

Timbulkan persoalan!

Ya, soalan demi soalan yang timbul akan menyebabkan kita ingin mencari rahsia-rahsia disebalik ayat-ayat al-Quran ini. Fasa interaksi dengan al-Quran melalui bertanyakan soalan ini merupakan antara fasa kritikal kerana ia memerlukan pembaca bukan sekadar membaca tetapi berfikir tentang ayat-ayat Allah yang mulia ini. Justeru itu, tidak sedikit para pembaca al-Quran meninggalkan fasa ini kerana tergesa-gesa mengejar untuk menamatkan bacaan.

Apa contoh persoalan yang boleh ditimbulkan?

Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah:

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢﴾

Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia juga menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa (2)

Dalam ayat lain dalalm surah Luqman, Allah s.w.t berfirman:

تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيمِ ﴿٢﴾ هُدًى وَرَحْمَةً لِّلْمُحْسِنِينَ ﴿٣﴾

Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh (2). Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik. (3)

Jika kita renung pada ayat-ayat ini apa persoalan yang boleh kita timbulkan?

Kedua-dua ayat ini kelihatan hampir serupa tetapi ada bezanya.

Pada ayat al-Baqarah, Allah s.w.t sebutkan al-Quran itu sebagai (هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ ) petunjuk bagi orang-orang bertaqwa sedangkan dalam surah Luqman, Allah menyatakan al-Quran itu sebagai (هُدًى وَرَحْمَةً لِّلْمُحْسِنِينَ ) petunjuk dan rahmat bagi orang yang muhsinin.

Bukankah pada ayat surah Luqman terdapat penambahan ‘rahmat’ pada sifat al-Quran? Mengapa adanya perbezaan?

Kata Dr Fadil Solih as-Samiraie:

Ayat surah al-Baqarah bercerita tentang orang yang bertaqwa, maka maksud orang yang bertaqwa itu adalah menjaga dirinya dari maksiat dan larangan Allah.

Manakala dalam surah Luqman menyebutkan tentang orang yang muhsinin, maka orang yang muhsinin itu adalah mereka yang ihsan pada diri mereka dan ihsan pada selain mereka.

Justeru itu, pada surah Luqman ada penambahan perkataan ‘rahmat’ disamping ‘petunjuk’ kerana sifat muhsinin itu mempunyai penambahan makna iaitu bukan sekadar baik untuk diri sendiri bahkan kepada orang lain.

Tambahan pula, sifat ihsan kepada orang lain itu adalah salah satu bentuk kerahmatan maka Allah tambahkan rahmat kerana mereka merahmati orang lain.

Menarik bukan?!

Inilah indahnya apabila al-Quran kerana setiap satu ‘penambahan’ bahkan setiap susunan, pilihan perkataan itu tidaklah sia-sia tetapi mempunyai makna tersirat yang akan menonjolkan keagungan al-Quran.

Pun begitu, untuk mewujudkan persoalan-persoalan yang kritikal ini bukan usaha yang mudah namun ia tidak juga terlalu susah. Ia memerlukan kepada penilitian yang menyeluruh terhadap al-Quran sama ada dengan banyak membaca al-Quran atau membaca buku-buku yang membahaskan tentang al-Quran disamping berguru.

Tambahan lagi, langkah yang praktikal yang boleh diambil oleh pembaca adalah mencari kenalan yang rapat atau mungkin juga pasangan hidup masing-masing untuk membantu menimbulkan pelbagi persoalan. Dan yang paling penting, ikhlaskan niat dan mohonlah doa dari Allah SWT diberikan kefahaman yang baik terhadap al-Quran melalui persoalan-persoalan yang boleh ditimbulkan.

Akhir sekali penulis cuba untuk berkongsi bentuk-bentuk soalan yang boleh ditimbulkan ketika proses tadabbur dilakukan. Antaranya

  1. Kenapa sesuatu perkataan itu digunakan? Berapa kali ia disebutkan dalam al-Quran? Adakah ada perkataan lain dalam bahasa Arab yang merujuk makna yang sama apabila ia diterjemahkan?
  2. Kenapa Allah mendahulukan sesuatu ayat berbanding ayat selepasnya?
  3. Adakah terdapat persamaan ayat yang dibaca dengan ayat-ayat lain. Jika ia kenapa ia berulang? Atau sebenarnya perkataan yang digunakan atau penceritaan yang dibentangkan terdapat sedikit perbezaan?
  4. Adakah terdapat ayat-ayat yang hampir sama tetapi wujud perbezaan dari sudut pengurangan atau penambahan perkataan?

Rujukan

  1. Ulum Quran, Syeikh Manna’ Qatthan
  2. As-Ilah Bayaniyyah Fi al-Quran, Fadhl Salih As-Samiraie
  3. Membumikan Tadabbur, Tadabbur Centre.
Previous Post

Naiklah Bersama Kami – Kami Adalah Yang Beriman Dengan Akhirat.

Next Post

KAJIAN - Benarkah Orang Melayu Suka Cerita Karut-Marut, Khurafat, Tahyul & Bid'ah?

Uzair Izham

Uzair Izham

Muhammad Uzair bin Izham. Graduan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Universiti of Yarmouk. Berkhidmat sebagai Pensyarah di Kolej Teknologi Darul Naim Kuala Lumpur. Aktif berkongsi tentang Tadabbur al-Quran dan merupakan salah seorang ahli DreamTeam Tadabbur Centre.

Next Post
KAJIAN – Benarkah Orang Melayu Suka Cerita Karut-Marut, Khurafat, Tahyul & Bid’ah?

KAJIAN - Benarkah Orang Melayu Suka Cerita Karut-Marut, Khurafat, Tahyul & Bid'ah?

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Langit Ilahi @ Media Sosial

  • 236.3k Fans
  • 324 Followers

Artikel Popular

Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?
Cinta

Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?

July 10, 2025
Sebelum Kita Bernikah – Benarkah Dia Jodoh Kita Yang Sebenar?
Cinta

Sebelum Kita Bernikah – Benarkah Dia Jodoh Kita Yang Sebenar?

July 10, 2025
Sebelum Kita Bernikah – Bila Hati Ditusuk Cinta
Cinta

Sebelum Kita Bernikah – Bila Hati Ditusuk Cinta

July 10, 2025
Langit Ilahi

Laman web Langit Ilahi. Mari Menjadi Hamba!

Follow Us

Kategori Artikel

  • Al-Quran
  • Bebaskan Jiwamu
  • Cinta
  • Kajian
  • Komik
  • Motivasi
  • Naiklah Bersama Kami
  • Parenting
  • Poster
  • Remaja
  • Tadabbur
  • Uncategorized
  • Untuk Kita Pendosa

Artikel Terbaharu

Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?

Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?

July 10, 2025
Sebelum Kita Bernikah – Benarkah Dia Jodoh Kita Yang Sebenar?

Sebelum Kita Bernikah – Benarkah Dia Jodoh Kita Yang Sebenar?

July 10, 2025
Sebelum Kita Bernikah – Bila Hati Ditusuk Cinta

Sebelum Kita Bernikah – Bila Hati Ditusuk Cinta

July 10, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2019 | LangitIlahi.com is an initiative by Hilal Asyraf Resources.

No Result
View All Result
  • Home
  • Cinta
  • Kajian
  • Komik
  • Motivasi
    • Naiklah Bersama Kami
    • Untuk Kita Pendosa
    • Bebaskan Jiwamu
  • Parenting
  • Poster
  • Remaja

© 2019 | LangitIlahi.com is an initiative by Hilal Asyraf Resources.