• Tentang Kami
  • Hubungi Kami
Langit Ilahi
Advertisement
  • Home
  • Poster

    Poster – Do No Evil

    Poster – Sincerity

    Poster – Know Your Place

  • Arkib
No Result
View All Result
  • Home
  • Poster

    Poster – Do No Evil

    Poster – Sincerity

    Poster – Know Your Place

  • Arkib
No Result
View All Result
Langit Ilahi
No Result
View All Result
Home Cinta

Sebelum Kita Bernikah – Meniti Realiti Pernikahan

Hilal Asyraf by Hilal Asyraf
July 10, 2025
in Cinta
0
Sebelum Kita Bernikah – Meniti Realiti Pernikahan
0
SHARES
302
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on LinkedIn

Rakan-rakan pembaca yang saya doakan agar dirahmati Allah SWT,

              Ringkas telah kita membicarakan cinta, saya berhajat membawa rakan-rakan berbicara seputar pernikahan pula.

              Pernikahan itu ibarat gerbang, rumahtangga adalah isinya. Sebenarnya pernikahan hanya mukaddimah kepada alam rumahtangga.

              Tetapi ramai yang membesar-besarkan pernikahan dengan kebesaran yang tidak sepatutnya. Ini bukan sahaja membawa masalah dari segi rohani dan jiwa kita. Tetapi juga membawa kepada tanggungan yang berat, perlu ditampung oleh generasi kini.

              Kerana ramai mahu ‘menang’ sehari, dan tidak memikirkan hari-hari selepas pernikahan nanti.

Rukun Pernikahan

Sebelum pergi lebih jauh, moleklah kiranya saya ketengahkan terlebih dahulu rukun pernikahan.

              Ianya mudah dan ringkas sahaja sebenarnya.

              Pernikahan memerlukan perkara-perkara berikut:

  1. Pengantin lelaki (Suami)
  2. Pengantin perempuan (Isteri)
  3. Wali
  4. Dua orang saksi lelaki
  5. Ijab dan kabul (akad nikah)

Setiap satu daripada rukun ini pula, ada syarat-syarat sahnya. Contoh syarat sah pengantin lelaki, syarat sah pengantin perempuan, dan seterusnya. Tetapi saya tidak akan paparkan di sini kerana akan melewahkan artikel. Saya sarankan untuk lebih lanjut, bolehlah rakan-rakan pembaca membuka buku fekah berkait hal syarat sah nikah, atau pun boleh google untuk mendapatkan maklumatnya.

              Apa yang saya mahu paparkan di sini ialah, pernikahan asasnya adalah apa yang telah disenaraikan itu.

              Kenduri kendara bukanlah perkara wajib di dalam pernikahan. Kerana itu ianya tidak ada dalam senarai di atas. Namun begitu, kenduri adalah digalakkan di sisi syara’ sebagai tanda kesyukuran dan juga untuk mengwar-warkan pernikahan.

              “Ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi SAW menjadi seorang pengantin dengannya (Zainab bin Jahsy), beliau mengundang masyarakat, lalu mereka dijamu dengan makanan dan setelah itu mereka pun bersurai.” Hadith Riwayat Bukhari.

              Rasulullah SAW juga pernah berpesan kepada ‘Abdurrahman bin Auf RA: “Laksanakanlah walimah(kenduri kahwin) walaupun hanya dengan seekor kambing.” Hadith Riwayat Bukhari.

              Anas bin Malik RA juga pernah meriwayatkan: “Ketika Rasulullah SAW menikahi seorang perempuan, beliau meminta aku supaya mengundang beberapa orang (lelaki) untuk makan.” Hadith Riwayat Bukhari.

              Kenduri, selain fungsinya adalah sebagai petanda kesyukuran, ianya juga adalah instrumen untuk mengwar-warkan bahawa Si Fulan telah berkahwin dengan Si Fulanah, agar apabila mereka keluar bersama-sama, tidaklah terjadinya fitnah. Sebab itu disunatkan agar perkahwinan itu dihebahkan.

              Oleh kerana kenduri bukan kewajipan, tidak menjadi masalah bagi mereka yang belum berkemampuan, untuk sekadar bernikah sahaja, dan menunda kenduri pada waktu-waktu lain. Atau cukuplah buat jamuan kecil-kecilan bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat. Namun begitu, walaupun tanpa majlis kahwin atau majlis kahwin yang sangat kecil-kecilan, war-warkanlah juga makluman bahawa diri itu telah berkahwin dengan sekian fulanah/sekian fulan, melalui pelbagai medium media sosial hari ini, untuk memudahkan urusan kehidupan akan datang.

Majlis Kahwin Itu Hanya Sehari

Rakan-rakan pembaca yang saya kasihi,

Lumrahnya majlis kahwin hanya sehari, atau paling kuat pun dua hari(rumah lelaki & rumah perempuan) itupun pada dua hari yang biasanya berselang agak lama. Kalau saya, masa saya kahwin dahulu, berselang seminggu.

Namun masyarakat kita hari ini telah memberat-beratkan sehari-dua majlis perkahwinan ini, sehingga seakan-akan sehari-dua inilah yang menjadi matlamat kepada sebuah percintaan.

Majlis kahwin yang asalnya digalakkan sebagai petanda kesyukuran, sebagai instrumen mengwar-warkan perkahwinan, telah menjadi medan persaingan.

Majlis tak nak kalah dengan orang lain, majlis kena ‘trend’ terkini, mesti nak jemput ramai orang, pakaian dan perhiasan pengantin yang mahal dan belum lagi dikira dengan solekan-solekan, hiburan serta adat istiadat yang berlanggar dengan syariat. Fotografer pun nak yang paling mahal.

Jangan kata majlis kahwin, majlis pertunangan mengikut ‘trend’ hari ini pun sudah mahukan tukang solek, pelamin, dan kenduri yang tak kurang besarnya. Itu belum dikira dengan ‘demand’ wang hantaran yang kadang entah apa-apa. Nilai ikut sijil katanya, lagi tinggi pendidikan, lagi tinggi wang hantarannya.

Tanpa disedari(sebenarnya semua sedar), semua itu sebenarnya memerlukan wang. Secara langsung, ianya membebankan bakal pengantin.

Saya ada seorang kenalan. Dia berkahwin selepas bekerja sekitar tiga tahun. Oleh kerana ibunya berhajat mahu lebih ramai orang datang ke majlis kahwinnya yang sehari cuma itu, dia terpaksa berhutang dengan bank sekitar RM30,000. Gajinya taklah sebanyak mana, hendak memulakan rumahtangga, perlu berhutang pula semata-mata untuk majlis kahwin sehari.

Bukankah bagus jika majlis kahwinnya sederhana sahaja, ajak mana yang mampu(tidak membebankannya untuk membiayai majlis kahwin sampai perlu berhutang), agar dia tidak perlu menanggung hutang, dan gajinya dapat dinikmati dengan baik untuk perkara yang mendatang, untuk perkembangan keluarga dan rumahtangganya?

Kenapa digadaikan untuk majlis yang durasinya sehari cuma?

Ini tidak patut sebenarnya.

Saya akan kembali membahaskan hal ini pada bab akan datang. Namun sekadar untuk di sini, saya simpulkan betapa perlunya kita keluar dari mengikuti ‘trend’. Kita tidak mahu menyukarkan perkahwinan. Menyukarkan perkahwinan bermakna kita memudahkan maksiat, memudahkan penzinaan.

Taat Semasa Nikah, Derhaka Semasa Majlis Perkahwinan?

Pernikahan dan majlis perkahwinan adalah gerbang kepada alam rumahtangga. Pada permulaan alam rumahtangga kita, sepatutnya kita usahakan agar ianya dapat menjemput rahmat dan barokah daripada Allah SWT.

              Sebab  itu jika kita perhatikan, semasa bernikah, semasa majlis kahwin, biasanya akan ada doa. Doa hakikatnya adalah instrumen pergantungan kita dengan Allah SWT. Tanda kita berharap kepada Allah SWT. Apakah pantas bagi seseorang itu untuk meminta kepada Allah SWT sesuatu, kemudian semasa memintanya, dia menderhaka kepada Allah SWT?

              Kita biasa melihat majlis-majlis pernikahan, yang biasanya pengantin lelaki dan pengantin perempuan kemas berbusana yang menutup aurat, mematuhi syariat. Ada pula yang berhajatkan lebih keberkatan, buat di masjid.

              Namun apabila sampai majlis perkahwinan, ianya penuh dengan perkara yang tidak syara’. Pengantin perempuan mula berpakaian mendedahkan aurat serta ketat, solekan yang tebal dan perhiasan yang berlebihan. Manakala majlis pula dihiasi dengan hiburan-hiburan yang tidak syar’ie dan melalaikan. Belum dicampur dengan adat istiadat yang melanggar syariat Islam. Dan kadang apa yang lebih menyedihkan, dalam keadaan itu semua, tiba-tiba ada majlis berdoa, ada majlis selawat, kononnya untuk menyerikan lagi majlis dengan harapan Allah SWT merahmatinya.

              Ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku.

              Jika mahu pertolongan Allah SWT, berharapkan Dia membuka rezeki kepada rumahtangga kita, mengharapkan Allah SWT memberikan rumahtangga kita kebahagiaan, maka taatilah Dia. Usaha patuhi syariat. Jangan kata semasa majlis perkahwinan, hatta semasa sebelum bernikah lagi.

              Ada pula yang berduit lebih, sebelum nikah lagi dah upah fotografer yang mahal harga bayarannya, untuk buat album ‘pre-wedding’. Tangkap gambar peluk pegang sana sini, sedangkan belum bernikah, belum lagi halal.

              Jangan kita pandang enteng, dan menganggap pematuhan syariat itu hanya sebahagian dari adat istiadat juga. Kita mematuhi syariat semasa bernikah, kerana itu kebiasan kita. Sebab itu kita tak rasa bersalah buat majlis yang tidak syara’, kerana begitulah juga kebiasaan kita. Ini tidak patut.

              Jemputlah rahmat dan barokah daripada Allah SWT, dengan mentaatiNya. Di awal perkahwinan ini, bukankah baik ianya dimulakan dengan permulaan yang cantik di sisi Allah SWT?

              Bukankah baik jika perjalanan rumahtangga kita, bermula dengan keredhaan Allah SWT?

Bersederhana Semasa Pernikahan, Pandang Jauh Untuk Rumahtangga

Majlis nikah, majlis kahwin, sekejap sahaja. Tetapi rumahtangga, kita semua mengharapkannya kekal hingga ke syurga.

              Untuk kekal itu, perlukan kefahaman dan persediaan. Saya akan sentuh perihal rumahtangga pada bab seterusnya.

              Bersederhanalah dengan majlis pernikahan dan majlis kahwin kita. Bukanlah tak perlu buat langsung. Ianya adalah sunnah yang digalakkan. Jika ada kemampuan, walaupun sedikit, usahakan.

              Nilai ‘sederhana’ itu bukanlah dilihat dari majlis itu datangnya sikit orang, pilihan makanannya mestilah sedikit sahaja, pengantinya langsung tidak berbaju indah. Tidak dan tidak. Ia bukan dinilai dengan zahirnya.

              Mahu jemput ramai orang, mahu sediakan juadah yang pelbagai, mahu berpakaian indah, tiada masalah jika mampu. Saya ulang, jika mampu. Jika ianya tidak jatuh dalam pembaziran untuk kita. Jika kita memang ada duit, dan apabila kita buat majlis kahwin itu, tidaklah sampai perlu berhutang atau sempit, tidaklah sampai perlu membebankan kehidupan berumahtangga kita kelak.

              Setiap orang ada kemampuan berbeza.

              Definisi sederhana pada saya adalah apabila kita buat apa yang termampu, tetapi yang kita buat itu tidaklah pula melanggar syariat, dan tidaklah juga membebankan diri kita.

              Yang menjadi masalah, adalah apabila kita semua rasa kita patut persembahkan kemegahan, kemewahan, dan berhabis-habisan pada majlis kahwin, sampai sanggup berhutang, sanggup tanggung beban semasa berumahtangga.

              Dan katalah kita mampu sekalipun, kalau ianya berakhir dengan pembaziran, dilakukan kerana rasa nak menunjuk kekayaan, rasa nak tunjuk kemewahan dan kemegahan, maka ianya jadi tidak patut juga.

              Bagi yang tidak punya banyak wang, utamakanlah wang untuk rumahtangga kelak.

              Bagi yang banyak wang, kahwin ini sehari cuma, tetap tidak patut sebenarnya kita berlebih-lebihan hingga ke tahap membazir untuknya. Wang yang banyak(sebab kaya sangat) boleh disalurkan kepada perkara yang lebih bermanfaat seperti sedekah, infaq, membantu perjuangan Islam dan sebagainya.

              Janganlah kita menggadaikan rumahtangga kita dengan majlis perkahwinan.

              Ianya hanya gerbang sahaja.

              Ibarat menang membeli pintu termahal dan terindah, tetapi rumahnya rapuh dan tidak senang diduduk, maka di manakah maknanya?

Previous Post

Sebelum Kita Bernikah - Mencari Makna Cinta Yang Benar-Benar Sejati

Next Post

Sebelum Kita Bernikah - Menguak Jendela Realiti Rumahtangga

Hilal Asyraf

Hilal Asyraf

MUHAMMAD HILAL ASYRAF merupakan graduan Usuluddin, Yarmouk University(2012). Seorang suami dan bapa kepada 4 orang anak. Merupakan seorang penulis semenjak 2009, dan kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya. Pengasas kepada Langit Ilahi semenjak 2007, dan kini merupakan pemilik Hilal Asyraf Resources yang ditubuhkan semenjak penghujung 2016.

Next Post
Sebelum Kita Bernikah – Menguak Jendela Realiti Rumahtangga

Sebelum Kita Bernikah - Menguak Jendela Realiti Rumahtangga

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Langit Ilahi @ Media Sosial

  • 236.3k Fans
  • 324 Followers

Artikel Popular

Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?
Cinta

Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?

July 10, 2025
Sebelum Kita Bernikah – Benarkah Dia Jodoh Kita Yang Sebenar?
Cinta

Sebelum Kita Bernikah – Benarkah Dia Jodoh Kita Yang Sebenar?

July 10, 2025
Sebelum Kita Bernikah – Bila Hati Ditusuk Cinta
Cinta

Sebelum Kita Bernikah – Bila Hati Ditusuk Cinta

July 10, 2025
Langit Ilahi

Laman web Langit Ilahi. Mari Menjadi Hamba!

Follow Us

Kategori Artikel

  • Al-Quran
  • Bebaskan Jiwamu
  • Cinta
  • Kajian
  • Komik
  • Motivasi
  • Naiklah Bersama Kami
  • Parenting
  • Poster
  • Remaja
  • Tadabbur
  • Uncategorized
  • Untuk Kita Pendosa

Artikel Terbaharu

Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?

Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?

July 10, 2025
Sebelum Kita Bernikah – Benarkah Dia Jodoh Kita Yang Sebenar?

Sebelum Kita Bernikah – Benarkah Dia Jodoh Kita Yang Sebenar?

July 10, 2025
Sebelum Kita Bernikah – Bila Hati Ditusuk Cinta

Sebelum Kita Bernikah – Bila Hati Ditusuk Cinta

July 10, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2019 | LangitIlahi.com is an initiative by Hilal Asyraf Resources.

No Result
View All Result
  • Home
  • Cinta
  • Kajian
  • Komik
  • Motivasi
    • Naiklah Bersama Kami
    • Untuk Kita Pendosa
    • Bebaskan Jiwamu
  • Parenting
  • Poster
  • Remaja

© 2019 | LangitIlahi.com is an initiative by Hilal Asyraf Resources.