• Tentang Kami
  • Hubungi Kami
Langit Ilahi
Advertisement
  • Home
  • Poster

    Poster – Do No Evil

    Poster – Sincerity

    Poster – Know Your Place

  • Arkib
No Result
View All Result
  • Home
  • Poster

    Poster – Do No Evil

    Poster – Sincerity

    Poster – Know Your Place

  • Arkib
No Result
View All Result
Langit Ilahi
No Result
View All Result
Home Uncategorized

Ahlan Wa Sahlan – Langit Ilahi Kembali!

Hilal Asyraf by Hilal Asyraf
July 10, 2025
in Uncategorized
0
0
SHARES
257
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on LinkedIn

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barokatuh.

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, selamat datang kepada rakan-rakan yang dimuliakan, ke website Langit Ilahi yang telah dinaik taraf. Alhamdulillah, urusan penambahbaikan website ini walaupun telah mengalami beberapa cabaran, tetapi berjaya diusahakan dengan baik.

Kini website Langit Ilahi kembali beroperasi, dan kami berhajat untuk bukan sahaja tampil dengan web yang baru, tetapi juga cara bergerak yang baru.

Walaupun masih mengekalkan motto yang sama – “Mari Menjadi Hamba”, Langit Ilahi kini tidak lagi digerakkan satu kumpulan yang khusus. Langit Ilahi kini merupakan subsidiari kepada Hilal Asyraf Resources, dan digerakkan oleh duo Hilal Asyraf dan Abdullah Fahmi Fuad.

Saya, Hilal Asyraf, bertindak sebagai pengurus konten yang bakal menyerikan web ini dengan bahan-bahan bacaan buat rakan-rakan pengunjung. Manakala saudara Fahmi Fuad, akan berkhidmat sebagai webmaster, yang memastikan kelancaran isu-isu teknikal berkait website ini.

Sejarah

Langit Ilahi telah dimulakan oleh saya pada Jun 2007. Saya masih ingat, saya memulakan perjalanan ini hanya kerana disuruh oleh seorang sahabat, Ihsan Berahim. Tetapi kemudian Langit Ilahi membuka peluang saya menjadi seorang penulis buku, dan kini alhamdulillah, saya mempunyai penerbitan sendiri melalui Hilal Asyraf Resources yang ditubuhkan semenjak penghujung 2016.

Hilal Asyraf Resources nyata memakan banyak masa dan fokus saya, sehingga perjalanan Langit Ilahi sendiri terbengkalai. Tambahan pula, cabaran utama Langit Ilahi ialah mencari pelapis penggerak dek kerana modelnya ketika itu yang perlu digerakkan oleh sekumpulan orang.

Selain website, kami amat aktif menggerakkan seminar-seminar. Tetapi, umur kami semakin meningkat. Komitmen semakin bertambah. Ada yang sudah beranak ramai, ada yang sudah semakin sibuk dengan kerja yang memberikan mereka gaji, ada yang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan terlalu sibuk dengan kerja-kerja kursus.

Pada masa yang sama, Langit Ilahi tidak mempunyai pelapis mapan. Ramai berminat, tetapi bila tiba masanya teruji, sudah pasti masing-masing mengutamakan hal yang lain. Tambahan, Langit Ilahi ialah organisasi yang tidak berduit untuk betul-betul dapat menampung sara hidup penggerak-penggeraknya dengan selesa.

Sepanjang saya meninggalkan sebentar fokus saya pada Langit Ilahi, saya sebenarnya berfikir akan kelangsungannya. Maka datanglah kepada saya idea.

Gerak Kerja Baru Langit Ilahi

Ke hadapan ini, sasaran saya ialah Langit Ilahi hanya akan bertindak sebagai bank artikel-artikel bertemakan Islamik. Artikel-artikel itu pula akan diperolehi daripada sesiapa sahaja, selagi mana ada yang sudi mahu menyumbangkan penulisannya, dan penulisannya itu memenuhi cita rasa yang saya fikir sesuai untuk Langit Ilahi.

Walaupun fokus kami ialah tema Islamik, tetapi tema ini luas sebenarnya. Kami berhajat Langit Ilahi menjadi tempat perkumpulan artikel berkait tokoh-tokoh Islam, baik ilmuwan atau aktivis, para sahabat Nabi atau rasul-rasul. Artikel berkisar sejarah berkait orang atau kerajaan Islam, sirah nabawi dan para sahabat. Artikel-artikel kajian berkait keadaan orang-orang Islam dan fahaman mereka berdasarkan satu-satu waktu atau tempat. Artikel yang membicarakan isu-isu semasa yang dihadapi ummat Islam, artikel yang mungkin boleh membicarakan perihal tadabbur Al-Quran dan syarah hadith-hadith, juga pastinya artikel-artikel berkait motivasi, self-help, berkait pelbagai isu yang dihadapi ummat.

Saya sendiri akan menjadi antara penyumbang terbesar artikel-artikel di Langit Ilahi, sama ada melalui artikel-artikel lama saya, atau yang baru.

Model ini tidak memerlukan sekumpulan penggerak yang khusus. Hanya memerlukan saya menjadi pengurus konten sahaja.

Saya fikir, walaupun Langit Ilahi pernah melakukan lebih dari sekadar bergerak melalui website, ini ialah metod paling menjamin kelangsungan jenama Langit Ilahi. Ia amat asas, dan mudah diusahakan.

Kerana saya tidak mahu jenama Langit Ilahi ini mati. Saya mahu Langit Ilahi menjadi sebahagian dari legasi yang saya tinggalkan apabila saya mati kelak. Maka, ini jalan yang saya pilih.

Supaya, apabila saya tiada kelak, yang diperlukan hanyalah pengurus konten yang baru, manakala tulisan-tulisan di dalam web ini akan kekal untuk dibaca oleh orang ramai, selagi website ini wujud.

Sasaran Mendatang

Sasaran mendatang Langit Ilahi mudah sahaja.

Pertama: Pada sepanjang tahun 2020, saya sasarkan Langit Ilahi berjaya menyiarkan 100 artikel baru yang bermanfaat.

Sasaran yang zahirnya tidak sukar. Harapnya mampu dicapai.

Kedua: Langit Ilahi menjadi hub artikel-artikel malar hijau berkait Islam.

Artikel Malar Hijau yang saya maksudkan ialah, artikel yang kekal bermanfaat untuk jangka masa panjang. Artikel sebegini biasanya artikel yang mempunyai rujukan yang kukuh, selain sekadar tempelan Al-Quran dan Hadith. Saya berhajatkan Langit Ilahi mampu menjadi rumah kepada artikel-artikel sedemikian, lantas, menjadi pusat kepada pencinta ilmu.

Ketiga: Peningkatan pada sokongan.

Kita berharap kembali wujud sokongan kepada Langit Ilahi, setelah sekian lama jenama ini menyepi dari arus massa. Ukuran sokongan itu setakat ini kami ambil dari angka-angka maya, seperti peningkatan unique visitors pada trafik website, dan juga mungkin angka like di akaun-akaun media sosial milik Langit Ilahi.

Pada penghujung 2020, jika tiga sasaran ini berjaya dicapai, saya mungkin akan utarakan sasaran yang seterusnya.

Setakat ini, itu sahaja lah sasaran kami. Semoga Allah SWT permudahkan urusan ini!

Doakan Langit Ilahi

Kepada rakan-rakan yang dimuliakan, yang mungkin mengunjungi page ini dan membaca sehingga ke perenggan ini, saya mohon doakanlah Langit Ilahi.

Moga-moga, ia dapat pergi jauh dan kekal menjadi salah sebuah web rujukan generasi demi generasi untuk artikel-artikel berkait Islam.

Bagi saya secara peribadi, saya hanya mengharapkan Langit Ilahi ini menjadi salah satu amal soleh saya yang Allah SWT terima, antara wasilah saya mendapatkan redhaNya.

Semoga Allah SWT redha dengan usaha ini.

Dengan doa dan sokongan rakan-rakan, saya yakin Langit Ilahi akan berjaya dan mampu pergi lebih jauh.

“Mari Menjadi Hamba!”

Next Post

Naiklah Bersama Kami: Kami Adalah Yang Beriman Kepada Allah SWT

Hilal Asyraf

Hilal Asyraf

MUHAMMAD HILAL ASYRAF merupakan graduan Usuluddin, Yarmouk University(2012). Seorang suami dan bapa kepada 4 orang anak. Merupakan seorang penulis semenjak 2009, dan kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya. Pengasas kepada Langit Ilahi semenjak 2007, dan kini merupakan pemilik Hilal Asyraf Resources yang ditubuhkan semenjak penghujung 2016.

Next Post
Naiklah Bersama Kami: Kami Adalah Yang Beriman Kepada Allah SWT

Naiklah Bersama Kami: Kami Adalah Yang Beriman Kepada Allah SWT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Langit Ilahi @ Media Sosial

  • 236.3k Fans
  • 324 Followers

Artikel Popular

Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?
Cinta

Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?

July 10, 2025
Sebelum Kita Bernikah – Benarkah Dia Jodoh Kita Yang Sebenar?
Cinta

Sebelum Kita Bernikah – Benarkah Dia Jodoh Kita Yang Sebenar?

July 10, 2025
Sebelum Kita Bernikah – Bila Hati Ditusuk Cinta
Cinta

Sebelum Kita Bernikah – Bila Hati Ditusuk Cinta

July 10, 2025
Langit Ilahi

Laman web Langit Ilahi. Mari Menjadi Hamba!

Follow Us

Kategori Artikel

  • Al-Quran
  • Bebaskan Jiwamu
  • Cinta
  • Kajian
  • Komik
  • Motivasi
  • Naiklah Bersama Kami
  • Parenting
  • Poster
  • Remaja
  • Tadabbur
  • Uncategorized
  • Untuk Kita Pendosa

Artikel Terbaharu

Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?

Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?

July 10, 2025
Sebelum Kita Bernikah – Benarkah Dia Jodoh Kita Yang Sebenar?

Sebelum Kita Bernikah – Benarkah Dia Jodoh Kita Yang Sebenar?

July 10, 2025
Sebelum Kita Bernikah – Bila Hati Ditusuk Cinta

Sebelum Kita Bernikah – Bila Hati Ditusuk Cinta

July 10, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2019 | LangitIlahi.com is an initiative by Hilal Asyraf Resources.

No Result
View All Result
  • Home
  • Cinta
  • Kajian
  • Komik
  • Motivasi
    • Naiklah Bersama Kami
    • Untuk Kita Pendosa
    • Bebaskan Jiwamu
  • Parenting
  • Poster
  • Remaja

© 2019 | LangitIlahi.com is an initiative by Hilal Asyraf Resources.