LangitIlahi.Com’s Loyalty Rewards
Apakah itu “LangitIlahi.Com’s Loyalty Rewards”?
Program ““LangitIlahi.Com’s Loyalty Rewards”” adalah satu program ‘mesra pembaca dan pelawat’ yang kami cuba jalankan. Anda mengikuti kami, aktif dengan kami, membantu menghangatkan lagi perjalanan kami, maka kami pula memberikan ganjaran berdasarkan ‘mata ganjaran’ yang dikumpul oleh pembaca dan pelawat LangitIlahi.Com.
Ini semua bertujuan mengeratkan hubungan antara kami, dengan pembaca dan pelawat LangitIlahi.Com yang selama ini mengunjungi LangitIlahi.Com hari-hari, memberikan komen dan sebagainya. Tidaklah kelihatan hubungan kita ini satu arah sahaja. Pembaca dan pelawat sahaja kepada kami. Tidak. Bahkan, ini caranya untuk kami ‘berhubung lebih erat’ dengan pembaca dan pelawat yang kami cintai dan kasihi.
“LangitIlahi.Com’s Loyalty Rewards” ini adalah lebih kepada memberikan peluang kepada pembaca dan pelawat yang ‘hardcore’ dengan LangitIlahi ini agar mendapat ‘sedikit’ ganjaran daripada kami. Kami suka dengan kedatangan anda ke LangitIlahi.Com, kami hargai segala sokongan dan doa anda selama ini kepada kami hingga kami mampu bertapak seperti hari ini, maka “LangitIlahi.Com’s Loyalty Rewards” adalah antara cara kami ‘membalas’ kebaikan anda itu.
Metod Mengumpul Mata Ganjaran.
Telah dikatakan bahawa ganjaran akan diberikan berdasarkan ‘kutipan mata ganjaran’. Maka bagaimana hendak mengumpul mata ganjaran?
Medan untuk mengumpul mata ganjaran adalah seperti berikut:
1 – Visits
2 – Tweets
3 – Comment
4 – Google+1
Metod-metod mengumpul mata ganjaran adalah seperti berikut:
- Singgah di LangitIlahi.Com = Anda akan mendapat 100 point.
- Tekan butang +1 pada mana-mana entri = Anda akan mendapat 100 point.
- Tekan butang Retweet pada mana-mana entri = Anda akan mendapat 100 point.
- Tekan butang LIKE pada mana-mana entri = Anda akan mendapat 100 point.
- Komen pada mana-mana entri = Anda akan mendapat 100 point.
Sekali sahaja untuk mendapatkan 100 point bagi setiap aktiviti tersebut dalam sehari. Point maksimum akan diberikan dalam sehari adalah 500 point. Ulang langkah yang sama pada hari seterusnya untuk mengumpul lagi point anda bagi mencukupkan mata ganjaran untuk mendapat ganjaran berdasarkan point yang dikumpulkan.
Hadiah Yang Ditawarkan Kami Kepada Anda
Hadiah-hadiah yang kami tawarkan mengikut mata ganjaran kepada anda adalah seperti berikut:
10,000 point = Anda akan mendapat 2 button badge LangitIlahi.
15,000 point = Anda akan mendapat prepaid celcom/maxis/digi RM10.
20,000 point = Anda akan mendapat ruang IKLAN secara percuma selama sebulan di LangitIlahi.Com.
25,000 point = Ebook percuma daripada LangitIlahi Store.
25,000 point = Sebuah buku percuma daripada LangitIlahi Store.(Boleh pilih)
50,000 point = T-Shirt MUSLIM LangitIlahi/T-Shirt MUSLIMAH LangitIlahi.
50,000 point = Pen-Drive 8GB.
75,000 point = Set Buku Koleksi LangitIlahi(3 buah buku).
180,000 point = iPod Shuffle(4th Gen) 2GB.
200,000 point = External Hard Disk 500GB.
250,000 point = iPod Nano (6th Gen) 8GB.
Lumayan bukan? Sekiranya anda istiqomah mengutip 500 point sehari, dan mengumpul hingga mencukupi mata ganjaran mengikut apa yang anda kehendaki, anda boleh mendapatkannya.
Bagaimana Hendak Menyertai?
Semestinya perkara ini memerlukan pendaftaran bagi kami boleh ‘keep track’ dengan aktiviti anda, juga memberikan mata yang sewajarnya mengikut aktiviti yang anda lakukan.
Cara menyertai mudah sahaja.
- Klik Butang REWARDS berwarna merah di kiri website LangitIlahi.Com.
- Klik Butang BECOME A MEMBER.
- Ikut langkah-langkah yang dinyatakan selepas itu.
- Selamat menjalani program “LangitIlahi.Com’s Loyalty Reward”!
Bagi mereka yang tidak mendaftar, maka tiada point yang akan diberikan atas aktiviti mereka.