Langit Ilahi

Umum: Selamat Hari Guru.
Guru.

Bukan manusia biasa pada kami di LangitIlahi. Guru pada kami adalah tanggungjawab yang besar, amanah yang tinggi. Allah SWT berfirman menyatakan kemuliaan orang-orang yang berilmu, maka pastinya orang yang menyampaikan ilmu itu tinggi darjatnya. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa barang siapa yang merintis jalan untuk mencari ilmu, maka Allah SWT akan memudahkan perjalanannya ke syurga. Maka bagaimanakah pula yang ‘menyambut’, ‘mendidik’, ‘menyampaikan’ ilmu? Semestinya syurga terbuka buat mereka.

Namun itu semua hanya untuk guru yang mengajarkan ilmu yang benar, dan membina manusia untuk menjadi hamba Allah SWT yang baik. Mengajar fizik, biologi, kimia, matematik dan lain-lain turut merupakan proses untuk seseorang itu menjadi hamba Allah SWT, bukan semata-mata pengajaran Aqidah, Al-Quran dan As-Sunnah semata-mata.

Wujud di atas muka bumi ini, guru-guru yang menyesatkan anak-anak muridnya. Memberikan fakta yang salah, membina ketaksuban dan kefanatikan terhadap dirinya di dalam diri anak-anak muridnya. Bahkan ada yang mengaku dirinya Imam Al-Mahdi dan Nabi, menyesatkan anak-anak muridnya. Ada yang mengajak kepada ketaksuban mazhab, kefanatikan ideologi dan sebagainya. Inilah dia guru-guru yang tercela.

Begitulah, bukan mudah menjadi guru. Hendak melayan kerenah anak-anak murid lagi, hendak menjaga dirinya sendiri dari tidak tersasar dan menyasarkan orang lain lagi. Amanah kepada orang lain, amanah kepada diri sendiri. Sabar, cekal, tabah, dan perlu gagah dalam melalui hari-harinya sebagai seorang guru.

Maka dengan limpah kasih dan sayang kami di LangitIlahi, kepada guru-guru yang terus menjunjung amanah Allah SWT ini dengan dedikasi, dengan jujur, dengan istiqomah, maka kami mendoakan agar ianya diteruskan, agar guru-guru ini diberikan keimanan yang mantap, kekuatan yang berterusan, umur yang panjang, rezeki yang melimpah ruah dan digolongkan dalam hamba-hambaNya yang soleh.

Tiadalah kami di LangitIlahi ini mampu mewujudkan LangitIlahi, mampu menulis artikel-artikel tarbawi, mampu menghasilkan komik-komik yang tarbawi, mampu menghasilkan poster-poster yang tarbawi, mampu shoot fotografi yang bermakna, tanpa didikan dan ajaran guru-guru kami.

Sesungguhnya kami sentiasa kerdil dan kecil,

di hadapan guru-guru kami.

Jurutera mungkin bersara, doktor mungkin bersara, hatta Perdana Menteri mungkin akan bersara.

Tetapi guru, adalah jawatan yang tidak akan hilang, walau telah meninggal dunia.

Selamat Hari Guru buat semua guru!

Semoga Allah redha.

Mari Menjadi Hamba!

Berita: Jenayah jejas kehadiran pelancong asing
Picture by http://madart84.deviantart.com/

Pelakuan jenayah sekumpulan lelaki yang merogol dan mencabul dua orang pelancong wanita dari Eropah telah mengulangi tindakan ganas dan tidak perikemanusiaan ke atas pelancong asing di negara ini. Dalam kejadian tahun lepas, seorang pelancong wanita dari Perancis dibunuh dan mayatnya cuba dihapuskan. Namun kecekapan pasukan penyiasat Polis Diraja Malaysia berjaya merungkai kes ini dan menangkap pembunuhnya iaitu seorang lelaki yang dilihat kali terakhir bersama wanita itu sebelum hilang.

Nasib malang dua pelancong Switzerland itu tentu menakutkan pelancong-pelancong lain untuk datang menikmati keindahan Malaysia, khususnya pantai dan kehidupan masyarakat pelbagai etnik yang harmoni.

Kekerasan terhadap pelancong luar khususnya dari negara-negara Eropah sedikit sebanyak mencemarkan imej negara. Biasanya kes-kes jenayah turut melibatkan campur tangan kedutaan asing yang dilihat merumitkan keadaan. Ia juga memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia untuk bebas melakukan siasatan dan pendakwaan.

Sektor pelancongan merupakan penjana terbesar pendapatan negara. Kehadiran jumlah pelancong yang bertambah setiap tahun telah merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Sumbangan sektor pelancongan pada tahun 2011 ialah RM60 bilion  berbanding 2010 iaitu RM59.4 bilion.

Produk pelancongan tidak lagi ditumpukan kepada keindahan pantai dan pulau, malah dikembangkan kepada bukit dan gunung, kampung dan bandar, budaya dan tradisi, kesihatan dan hidup sihat serta kehidupan masyarakat dan makanan.

Ada pelancong yang datang berulang kali ke Pulau Pinang semata-mata hendak kenikmati suasana meriah pasar malam sambil menikmati chow kueh teow goreng. Ada juga yang datang ke Pulau Langkawi bagi tempoh yang panjang kerana ingin menikmati suasana indah panorama matahari terbenam di Pantai Chenang.

Satu produk yang asing bagi kita ialah kehidupan masyarakat pelbagai etnik yang harmoni. Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara yang dapat menguruskan hubungan etnik dengan baik. Pendekatan yang diguna pakai oleh kerajaan dalam menguruskan kepelbagaian kaum, agama dan budaya ini menjadi tarikan pengkaji-pengkaji dari seluruh dunia. Mereka ini terdiri daripada pakar dan penyelidik dalam pelbagai bidang bagi melihat sendiri kehidupan masyarakat Melayu, Cina dan India serta masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Pelancongan santai dan pelancongan intelektual  menjana pendapatan kepada usahawan yang terlibat dalam sektor tersebut. Kejadian bunuh dan jenayah ke atas pelancong asing wajar dihentikan supaya Malaysia tidak dianggap sebuah negara yang huru-hara dan tidak selamat. Langkah-langkah kawalan dan pemantauan wajar dilakukan secara kerap supaya pelancong dapat bergerak dengan selamat ke seluruh pelosok nengara.

Kehidupan: ‘Piling’ Bernama Keimanan
Novel Sinergi karangan saya, bertemakan “Keimanan Adalah Paksi”

Keimanan, adalah asas kepada kebersihan dan kesucian amal. Kesungguhan, kecekalan, ketabahan, kegigihan kita dalam mengerjakan sesuatu amal, mengharungi kehidupan, dalam keadaan hendak mendapatkan redha Allah SWT, semuanya berpunca daripada keimanan.

Merujuk kembali perjalanan dakwah Rasulullah SAW, generasi yang hebat pada zaman baginda itu, terbina dengan dimulakan dengan pembinaan keimanan yang kukuh.

Sesungguhnya, kita perlu memberikan perhatian yang bersar terhadap keimanan ini.

Pandangan saya terhadap keimanan

Ramai manusia, mengendahkan perihal keimanan. Sebab utama kepada keendahan ini, adalah kerana keimanan itu tidak dapat kita lihat dengan pandangan mata.

Tetapi, pandangan saya, keimanan adalah ibarat piling sebuah bangunan. Anda boleh bertanyakan mana-mana pakar dalam membuat bangunan. Tanyakan dia soalan:

“Apakah perkara paling penting sekali bagi menjamin kekukuhan sesebuah bangunan?”

Maka, mereka akan menjawab: “Pilingnya”

Piling adalah dasar di bawah bangunan, yang menjadi permulaan kepada pembinaan. Biasanya, bahagian ini yang memakan masa paling panjang sekali. Semakin tinggi bangunan yang hendak kita bina, kita perlu membuat piling yang lebih dalam.

Namun bila bangunan sudah terbina, tiada siapa nampak akan piling. Orang akan memuji bentuk tingkap, langsir yang digunakan, corak pintu, hiasan bangunan, perabot-perabot di dalamnya, keluasannya, keselesaannya. Sedangkan, tiada satu pun daripada perkara-perkara itu membantu kepada kekukuhan bangunan.

Keimanan pada saya adalah demikian. Keimanan adalah piling yang mengukuhkan peribadi kita untuk kekal bergerak dalam lingkungan keredhaan Allah SWT.

Pembinaan keimanan di zaman Rasulullah SAW

Kita perhatikan di zaman Rasulullah SAW. Bagaimana Allah SWT dengan cantiknya menyusun jalan tarbiyah yang mereka lalui, dengan memupuk keimanan dalam jiwa para sahabat Rasulullah SAW.

Dakwah Rasulullah SAW adalah sepanjang 23 tahun. Kalau diteliti, 13 tahun adalah fasa Makkah, dan 10 tahun adalah fasa Madinah. Pada masa fasa Makkah inilah berlakunya pemupukan iman yang intensif.

Jika kita kaji, 13 tahun itu, ayat-ayat yang turun merupakan ayat-ayat yang fokus kepada keimanan, keyakinan, kepercayaan manusia kepada Allah SWT. Turun ayat-ayat seperti kisah Rasul-rasul bersama ummat mereka yang terdahulu. Banyak ayat-ayat yang menceritakan perihal azab neraka dan keindahan syurga. Ayat-ayat penenang serta janji-janji kemenangan daripada Allah SWT.

Keimanan ini, dididik dengan ujian dan cubaan. Di dalam fasa Makkah, para sahabat diseksa dengan dasyat, hingga ada yang terbunuh. Di dalam fasa ini jugalah Rasulullah bersama para sahabat, serta penyokong-peyokong baginda dipulaukan selama 3 tahun 3 bulan hingga terpaksa merebus kulit kasut dan memakan daun-daun kering.

Di akhir fasa inilah, Allah melakukan Isra’ Mi’raj ke atas Rasulullah SAW. Satu perkara yang di luar logik akal manusia, bagi mendidik para muslimin bahawa, Allah itu mampu melakukan apa-apa sahaja mengikut kehendak-Nya. Isra’ Mi’raj, jika dilihat dengan lebih mendalam, juga merupakan tapisan Allah SWT kepada mereka yang mengikuti Rasulullah SAW. Yang keimanannya benar-benar kukuh sahaja akan kekal dalam perjuangan ini.

Selepas itu barulah keluar arahan berhijrah. Yang berhijrah itulah yang telah mapan keimananannya, yang telah mantap kepercayaannya. Hingga Abdurrahman bin Auf mampu berhijrah tanpa sesen hartanya. Hingga Abu Bakar RA tenang terus hanya dengan sedikit nasihat Rasulullah SAW di dalam Gua Tsur.

“Patutkah manusia menyangka, bahawa Kami akan membiarkan mereka berkata: kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka(dengan ujian itu) tahulah mana yang benar beriman, dan mana yang berdusta” Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

Atas tarbiyah keimanan ini jugalah, apabila ayat-ayat hukum seperti solat, puasa, zakat, perang, pengharaman maksiat yang menjadi tradisi mereka dan sebagainya diturunkan, mereka terus taat  tanpa banyak bicara. Malah berusaha memenuhi semuanya dengan kesungguhan tidak terhingga. Kenapa?

Kerana jiwa mereka sudah dirasuk dengan keimanan.

Dalam Fasa Madinah juga, kita akan melihat banyak lagi tarbiyah keimanan, yang terus berjalan dan meningkat. Di akhir fasa ini juga wujud penapisan. Ujian keimanan ketika itu adalah kewafatan Rasulullah SAW. Saya melihat perkara ini, adalah kerana Allah SWT hendak meninggalkan yang benar-benar beriman sahaja untuk membawa Islam ini menerobos zaman selepas itu.

Dan kita berjaya lihat, peribadi-peribadi yang dihasilkan dalam kilang keimanan inilah, akhirnya menjadi pilar-pilar pembangunan kerajaan Islam yang utuh. Merekalah yang kemudiannya menyambung perjuangan Rasulullah SAW. Merekalah yang kemudiannya mewariskan Islam ini untuk dibawa merentas zaman.

“Dan apakah orang yang telah mati(hatinya telah rosak dengan maksiat dan keingkaran), kemudian Kami hidupkan mereka semula(dengan hidayat dan petunjuk) dan kami jadikan padanya cahaya(keimanan) yang menerangi(sehingga dia dapat membezakan kebaikan dan keburukan) dan dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, sama seperti yang tetap tinggal dalam gelap gelita(yang tidak menerima petunjuk)….” Surah Al-An’am ayat 122.

Walaupun kualiti generasi seterusnya tidak sehebat mereka, tetapi kesan dari keimanan yang mereka tunjukkan itu, Islam tetap mampu terus bergerak dan bertahan dengan gemilang selama 1400 tahun lebih. Agama mana, kerajaan mana yang bertahan lebih lama daripada Islam?

Generasi keimanan inilah, yang kemudiannya berterusan menjadi contoh. Dari peribadi mereka, muncul lah jiwa-jiwa yang bergerak mencontohi mereka, kemudiannya menjadi punca kegemilangan ummah, seperti Umar bin Abdul Aziz, Salahuddin Al-Ayubi, Muhammad Al-Fatih, Sultan Abdul Hamid, Hassan Al-Banna dan sebagainya.

Bermula dengan apakah kehebatan ini?

Keimanan.

Kita telah lupakan keimanan hari ini

Hari ini, kita telah lupakan keimanan yang sangat penting ini. Kita tidak mendidik anak kita untuk memahami keimanan. Kita lupa untuk memupuk keimanan di dalam jiwa dan peribadi kita. Kita juga lupa untuk menanamnya dalam pembinaan masyarakat kita.

Sebab itu, akhirnya manusia-manusia pada zaman ini tidak bergerak ke mana-mana melainkan kehancuran semata-mata.

Tiada pengawal 24 jam, 1440 minit, 86400 saat dalam sehari, melainkan Allah SWT. Tiada yang mengetahui isi hati melainkan Allah SWT. Tiada yang membalas atau memberikan hukuman sebenar-benarnya melainkan Allah SWT.

Maka, jika hubungan dengan Allah SWT itu tidak kita bina dan kukuhkan, pastinya manusia akan melakukan keingkaran demi keingkaran di belakang mata manusia. Sehingga hati mereka gelap, dan rosak, hingga mereka tidak segan lagi mengisytiharkan dosa-dosa mereka di khalayak ramai. Kehilangan iman, menyebabkan ketakutan kepada Allah luput langsung dari jiwa kita.

Dan ini menjemput kerosakan.

Tidak perlu saya senaraikan di sini apa kerosakan yang telah berlaku kepada diri kita dan masyarakat kita. Semuanya telah terzahir di hadapan mata kita, juga massa kita, juga karya-karya novel dan cerpen kita, juga di dalam filem dan drama-drama kita. Anda boleh melihat sendiri, dan menilainya.

Sebab itu Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak akan berzina seorang penzina, sekiranya ketika dia berzina itu, dia beriman”

Kelemahan iman juga, adalah punca kepada kemungkaran tersebar luas.

Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tangan. Sekiranya dia tidak mampu, maka cegahlah dengan lisan. Jika dia tidak mampu, maka cegahlah(membenci) dengan hati. Sesungguhnya itu(mencegah dengan hati) adalah selemah-lemah iman”

Bagaimana agaknya, yang redha pula dengan kemungkaran?

Lihat, kebencian terhadap kemungkaran, jahiliyyah, ada kaitannya dengan getaran keimanan.

Kehilangan keimanan ini juga membuatkan mereka yang mengaji agama, memutar belitkan agama yang telah mereka pelajari untuk kepentingan mereka. Bayangkan, ada yang belajar agama, memahami Islam, tetapi sanggup mengatakan peraturan Islam itu sudah ketinggalan zaman? Mereka ini adalah yang tidak terbina keimanannya.

Sebab itu, kita patut rujuk kata-kata Abdullah ibn Umar RA:

“Kami adalah kaum yang didatangkan iman, sebelum Al-Quran”

Hendakkan apa-apa, bermula dengan keimanan ini

Kita hendakkan pemimpin yang baik, kita perlukan pemimpin yang mempunyai keimanan. Hal ini kerana, dari keimanan sahaja mampu lahir amanah, kejujuran, tanggungjawab.

Kita hendak ekonomi berjalan dengan baik, maka kita perlukan mereka yang beriman. Hal ini kerana, dari keimanan sahaja mampu lahir amanah, keluar dari riba dan pengamalan bunga, dan mengeluarkan diri dari mendapat keuntungan dengan penipuan.

Kita hendak komuniti masyarakat yang bahagia, maka kita perlukan individu-individu yang beriman. Hal ini kerana, dari keimanan sahaja barulah kita mampu bersangka baik, berlapang dada, hormat menghormati, memahami erti persaudaraan atas Aqidah, membuang hasad dengki dan amarah.

Kita hendakkan anak-anak yang soleh, maka kita perlu didik mereka dengan keimanan. Hanya apabila mereka memahami bahawa Allah melihat segala perbuatan mereka, mengira semua amal mereka, barulah mereka mempunyai sensitiviti untuk menjaga akhlak dan peribadi mereka.

Kita inginkan sekolah yang bagus, maka kita perlukan individu-individu yang beriman menjalankannya. Agar pelajar-pelajar dapat melihat contoh yang baik, dididik dengan didikan yang baik dan terbina dengan binaan yang baik.

Kita hendakkan ketabahan, kegigihan, kesungguhan, kecekalan, maka hanya dengan keimanan sahaja mampu kita dapatkan semua itu. Hal ini kerana, keimanan berhubung terus dengan Allah SWT, dan kita meyakini betapa Allah SWT Maha Berkuasa Atas Segala-galanya, Maha Menepati Janji dan Tidak Akan Menzalimi Hamba-hamba-Nya. Daripada situ, akan wujud satu kekuatan yang menolak kita untuk berusaha.

Penutup: Ini bukan sekadar fantasi

Pasti, ada yang mengatakan kepada saya bahawa, bicara berkenaan keimanan dan pemupukannya dalam kehidupan insan adalah tidak lebih dari sekadar omong-omongan sahaja.

Saya tidak bersetuju. Hal ini kerana, proses keimanan ini telah dibuktikan berjaya dari zaman ke zaman. Anda boleh melihat generasi awal, kemudian anda boleh melihat rakyat di zaman Umar Al-Khattab, kemudian anda boleh melihat kerajaan Umar Abdul Aziz, kemudian anda boleh menjenguk tentera Salahuddin Al-Ayubi dan Muhammad Al-Fatih, seterusnya anda boleh melihat anak murid didikan Hassan Al-Banna.

Yang membuatkan mereka kuat, bukan kerana material yang wujud di sisi mereka.

Tetapi adalah kerana, material yang wujud di sisi mereka ketika itu, sama ada sikit atau banyak, digunakan atas keimanan kepada Allah SWT.

Mereka menundukkan apa yang berada dalam diri mereka. Lantas Allah menundukkan segala apa yang ada di atas dunia ini untuk mereka.

Saya tidak nampak satu solusi yang lebih ampuh melainkan solusi keimanan ini.

Sebagaimana kekukuhan bangunan, ditentukan dengan kekemasan pilingnya, begitulah kehidupan insan, ditentukan dengan kekemasan imannya.

Kehidupan: Yang Dinamakan Sahabat Sejati Itu.
Kenangan saya bersama junior saya, Salim Rosli, kala saya menziarahinya di Mesir pada tahun 2011.

Sahabat sejati. Ramai mencari sahabat sejati. Bertanyakan akan ciri-cirinya. Berhajat untuk mempunyainya.

Jika dilemparkan pertanyaan kepada saya: “Apakah ciri-ciri seorang sahabat sejati?”

Saya akan menjawab dengan mudah: “Dia adalah yang mengingatkan kamu kepada Allah SWT.”

Yang kalau kita pandang kepadanya, rasa kasih tertumpah. Yang kalau kita bersamanya, jiwa kita terasa lapang dan senang. Yang kalau kita bergembira dengannya, kita tidak lalai. Yang kalau kita terlupa, dia akan mengingatkan.

Namun, mencari sahabat sejati, tidak ramai yang menjumpainya.

Mengapa?

Kerana pertamanya, kita sendiri tidak berusaha menjadi sahabat sejati kepada yang lainnya.

Kita Tidak Pernah Berkorban Dengan Ikhlas.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak beriman seseorang kamu, hinggalah dia mencintai saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Muttafaq ‘Alaih.

Hadith ini memberikan makna yang sangat tinggi kepada erti persahabatan, apabila keimanan menjadi taruhan. Tidak beriman, yakni tidak sempurna keimanan seseorang, sekiranya dia sendiri tidak mengasihi sahabatnya sebagaimana dia mengasihi dirinya. Begitulah Islam membina masyarakat yang kuat ukhuwwahnya. Mengajak agar kita mementingkan sahabat kita, dan tidak menjadi manusia yang pentingkan diri sendiri.

Namun siapakah yang menyantuni hadith ini?

Rata-rata mengharapkan sahabatnya ikhlas berkorban buatnya. Tetapi siapakah yang bergerak bersungguh-sungguh berkorban buat sahabatnya?

Dan pernahkah kita bertanya, mengapa keimanan dipertaruhkan di dalam hadith ini? Apa kena mengena iman dengan ukhuwwah?

Kerana orang yang benar ukhuwwahnya, adalah yang mempercayai janji Allah SWT dan RasulNya dalam medan ukhuwwah ini.

Ingatlah firman Allah SWT:

“Pada hari itu(akhirat) sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).”  Surah Az-Zukhruf ayat 67.

dan sabda Rasulullah SAW:

“Tujuh golongan yang akan dinaungi Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya: ….. Dua lelaki yang kasih mengasihi kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya.” Hadith Riwayat Bukhari.

Ya. Tanpa keimanan, mustahil kita akan mempercayai perkara ini.

Dan mustahil kita akan membina persahabatan kita, dengan matlamat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Dan bila kita tidak mahu mendapatkan keredhaan Allah SWT, mustahil kita mahu menjadi sahabat yang sejati kepada sahabat kita.

Membuatkan kita tidak pernah mahu berkorban dengan ikhlas kepadanya.

Kerana kita akan sentiasa terfikir: “Apa yang dia boleh berikan kepada aku?”

Tidak Sabar Dalam Melalui Proses.

Persahabatan itu perlu proses untuk mencapai tahapnya yang cantik dan hebat.

Bukanlah selepas sehari dua perkenalan, terus asyik dan erat. Persahabatan yang tidak melalui ujian, cabaran, dan dugaan belum boleh dikatakan persahabatan yang mantap. Hatta Rasulullah SAW dan para sahabat baginda, ukhuwwah mereka sering teruji.

Mereka teruji dengan cerita yang luar akal, yang dilalui oleh Rasulullah SAW seperti Isra’ dan Mi’raj. Mereka teruji dengan kesempitan hidup, dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan. Mereka teruji dengan peperangan demi peperangan, diseksa dan sebagainya, hanya kerana punya hubungan dengan Rasulullah SAW. Mereka juga dibina fikrah mereka, dengan pengisian-pengisian daripada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Bukannya duduk lenggang begitu sahaja, dan tiba-tiba berkata: “Aku cintakanmu Rasulullah SAW.”

Bukan. Mereka melalui ‘proses’.

Maka begitulah kita manusia dengan manusia yang lain. Mustahil terus erat ukhuwwahnya, tanpa melalui proses. Tanpa wujudnya kefahaman akan makna sebenar ukhuwwah, tanpa melalui cabaran dan dugaan bersama-sama, tanpa bermusafir bersama, tanpa berkongsi kelemahan dan kekuatan, tanpa melalui satu jangka masa. Mustahil.

Tetapi ramai antara kita ‘tidak bersabar’. Terus hendak berjumpa dengan ukhuwwah yang sejati.

Kerana itu hingga kini terus-terusan tidak menjumpai.

Penutup: Ukhuwwah Dengan Manusia, Berurusan Dengan Kelemahan Manusia.

Dan seperkara lagi yang ramai terlepas, adalah kelemahan-kelemahan yang akan muncul kala bersahabat dengan seseorang.

Semestinya, bila bersahabat dengan manusia, maka akan muncul lah kelemahan demi kelemahannya sebagai seorang manusia. Tahap keimanan manusia adalah turun dan naik. Maka begitu jugalah sahabat kita. Turun dan naik.

Ada masanya dia manis dengan kita. Dan semestinya ada masa dia akan pahit dengan kita. Ada masanya dia baik dengan kita, ada masanya dia mungkin akan kurang melayani kita. Begitulah pasang surutnya.

Kerana itu, mengharap kepada sahabat hakikatnya bukanlah satu perkara yang baik untuk diamalkan. Tetapi kitalah yang perlu menjadi harapan sahabat kita. Melengkapinya. Memenuhinya. Menjadi yang terbaik buatnya.

Sekiranya kita tidak mempersiapkan diri untuk menerima kelemahan sahabat kita, untuk membantu melengkapkan kekurangannya, sampai bila pun kita tidak akan mampu menjumpai ukhuwwah yang manis, yang mampu membawa kita ke syurgaNya.

Jadi, kita perlu sentiasa bermuhasabah.

Makna ukhuwwah ini bukan semudah mengucap uhibbukafillah.

Tetapi ia hakikatnya adalah praktis hidup yang hendak mencari redha Allah SWT.

Himmah : Siapakah Mereka Di Hati Kita?
Di dunia ini, ramai tokoh yang boleh menjadi inspirasi dan contoh buat kita – tetapi yang manakah yang benar-benar “melekat” dan benar-benar “hidup” di dalam jiwa kita?

Sahabat Pembaca yang budiman,

Mudahan kalian semuanya berada dalam keadaan yang sejahtera, dipenuhi keceriaan dan tenang bersama keluarga, rakan taulan dan teman-teman yang sentiasa bahu membahu dalam amal soleh dan kebenaran.

Perkongsian saya kali ini biasa-biasa, santai-santai dan tenang-tenang sahaja. Hajat saya ialah agar kita memperolehi sesuatu daripada perkongsian ini. Simple sahaja, sahabat pembaca hanya perlu membaca, menatap dan merenungi artikel dan gambar-gambar yang saya sertakan dalam post ini agar kita berfikir dengan akal, hati dan nurani. InsyaAllah.

Baiklah, kita mulakan. Ayuh! ( Jangan gopoh dan tergesa-gesa. Bah kata remaja hari, rilek-rilek sahaja)

Gambar pertama. Anda kenal siapakah dalam gambar ini?

Gambar seterusnya. Kenal. Wah, ada yang tersenyum-senyum. Kenal la tu.

Gambar seterusnya. Saya yakin ramai yang kenal. Jom kita lihat, dan sebut nama mereka satu persatu.

Baiklah, saya pasti jika ditanyakan kepada kita semua. Ramai mengenali gambar-gambar yang saya paparkan ini.  Betul tak?

“ Siapa tak kenal, semua ini artis-artis, selebriti dan pelakon-pelakon hot masa kini,” Mungkin ada yang terdetik sedemikian.

“ Mestilah kenal, tiap-tiap hari terpapar kisah-kisah hidup mereka di surat khabar, di media elektronik dan bahkan, macam-macam versi cerita mereka di blog-blog di alam maya,” Ada juga yang berpandangan sedemikian.

Ya. Mungkin itulah yang sedang bermain-main di fikiran kita semua. Saya, anda dan mereka semua. Baiklah, sahabat pembaca kita lihat pula gambar-gambar dibawah ini. Cuba tatap, lihat dan pandang dengan pandangan hati kita masing-masing.

Gambar ini pula, sama-sama kita lihat. Sama-sama kita sebut nama mereka juga.

Gambar U1

Gambar U2

Macamana? Kenal kah mereka ini. Baik kita terus ke gambar yang lain.

Gambar U3

Gambar U4

Eh, kenapa diam sahaja. Cuba perhati dan lihat betul-betul. Siapakah mereka ini?

Gambar U5

Agak-agak, siapakah mereka?

Jujurnya, jika ditanya siapakah mereka adakah kita mampu menyatakan nama mereka sepintas lalu? Atau –

“ Entah, siapa-siapa entah!,”

“ Tak famous pun, tak kenal lah,”

“ Macam pernah nampak, tapi kat mana ya?,”

Sahabat pembaca tahukah siapakah mereka? Pernahkah kita ambil peduli tentang mereka? Siapakah susuk tubuh ini? Tahukah kita, –  pengorbanan, sumbangan dan jasa mereka?

Atau, mereka ini sebenarnya sangat-sangat asing bagi kita?

Mereka Dan Kita

Sebenarnya, siapakah mereka ini?

Mereka-mereka yang saya paparkan ini adalah pejuang, pahlawan, penggerak, ulama muktabar dan dai’ (pendakwah) abad ini yang berjuang bermati-matian untuk menegakan deen Islam serta menyebarkan cahaya Allah SWT ke seluruh alam.

Hidup mereka seluruhnya untuk perjuangan yang suci, murni dan mulia. Apabila mengenali, menghayati dan menyelusuri sirah kehidupan mereka – hati kita akan tersentuh dengan segala usaha-usaha ikhlas, kesungguhan dan ketekunan mereka dalam menyelamatkan ummat ini daripada kerosakan dan kemusnahan.

Hari ini, kita lebih mengenali mereka-mereka yang tida pernah pedulikan dan mencintai kita sebagai ummat. Kita agung-agungkan insan-insan yang tidak memberikan sebarang makna dan erti nilai kebaikan kepada kita. Kita lebih suka mengambil cakna dan ambil tahu kehidupan mereka-mereka yang bergelar artis terkenal, selebriti-selebriti hiburan, dan pelakon-pelakon terhot masa kini. Itulah realiti yang ada.

Bagaimana dengan insan-insan yang berjuang untuk masa depan ummat ini? Mereka dipandang sepi, tiada penghormatan buat mereka, tidak disantuni dan lebih menyedihkan mereka tersisih daripada masyarakat. Bahkan, sebahagian mereka disiksa, dipenjarakan dan dihumban di dalam sel-sel kurungan bertahun lamanya.

Inilah hakikat yang ada.

Mereka Hidup Bersama Perjuangan Menyelamatkan Ummat

Suatu kisah, pada suatu hari seorang tokoh ulama yang berjuang untuk Islam iaitu Imam Hassan al-Banna dan sahabatnya, Sheikh Abbas Asasy berbincang-bincang tentang permasalahan dan nasib ummat Islam. Mereka begitu serius untuk menyelesaikan sehingga perbincangan itu membuatkan Sheikh Abbas Asasy terharu dan menangis sehingga mengalirkan air mata kerana begitu sedih melihat nasib ummat ini. Saat itu, Hassan al-Banna menyatakan :

“ Saat ini, barulah engkau mengetahui erti hakikat dakwah yang sebenarnya.”

Itulah mereka, insan yang hadir dalam sebuah perjuangan yang perit, getir dan penuh dengan onak duri. Kehadiran mereka dalam sejarah dunia bukan kehadiran yang “biasa-biasa”.

Hadirnya mereka telah merubah peta dunia Islam, mengembalikan sinar harapan ummat, bagi menyaksikan Islam kembali dihormati, dimuliakan dan dimartabatkan sebagai khaira ummah yang diimpikan.

Sungguh – sumbangan, jasa , titik peluh dan pengorbanan mereka mewakili jerih perih, tawa dan rintihan umat sepertimana kehilangan mereka juga meninggalkan bekas dan kesan yang mendalam di dalam sanubari ummat ini.

Mereka-mereka ini adalah permata yang menyinari sepanjang zaman, menyuluh jalan generasi hadapan ke pangkuan Tuhan dan menuju ke alam akhirat yang dijanjikan.  Merekalah sebenarnya, pahlawan, wira, hero, pejuang, mujadid, ulama muktabar dan tokoh intelektual terbilang yang harus bertahta kukuh di jiwa dan hati kita semua.

Gambar U6

Penutup :  Siapakah Mereka di Hati Kita?

Sahabat pembaca, mungkin kita ini bukan siapa-siapa tetapi jujurlah kita – Siapakah mereka di hati kita? Terpahatkah mereka sebagai pejuang, pahlawan dan tokoh ummat pada hati kita? Atau mereka ini benar-benar jauh daripada kita semua.

Biar apa pun, perasaan, cetusan dan rasa hati kalian – bagi saya, seharusnya mereka inilah yang dijadikan inspirasi, qudwah dan contoh ikutan kepada kita semua untuk terus berjuang untuk menjadi mukmin yang diredhai oleh Allah SWT dan menegak syiar Islam di muka bumi ini.

Mereka yang telah memotivasikan saya dalam bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu serta terus tetap berjuang untuk sama-sama memperbaiki diri serta menyampaikan kebenaran.

Justeru, soallah kembali diri kita – Siapakah mereka sebenarnya di hati kita?

Nota :

Sama-sama kita kongsikan nama-nama ulama yang saya paparkan di dalam gambar yang disertakan dalam artikel ini. InsyaAllah, nanti saya akan lengkap nama-nama mereka dalam ruangan komentar.

BroHamzah

11 Mei 2012

Menghirup Udara Jumaat yang penuh barakah.

English Column: The Revival
“Crying in fire, striving to be a new figure”

Picture by ~VibblesAgain of deviantart.com

“WAKE UP! WAKE UP!” a foreign voice whispered in my ear. I woke up but in a very sleepy mood. It was 4.00 am of the 27th Ramadhan.

“No! No!” my alter ego said, “You still need energy for tomorrow, so sleep!” Yeah, I did sleep at 2 am, spending on vigil all night doing my assignments I guess as well as cleaning up my house which is in a very hostile state.

“WAKE UP! WAKE UP! Tonight is the night! The night of Decree!” The foreign voice was louder than before; I could hear it crystal clear.

“No! No! Your body is not fully recharged yet! You need rest man!” my other self was screaming in my ear drums demanding me to abide.

I didn’t know which one to follow; I was very tired, but I wanted to go out from bed. So which one?

Tired of these voices in my head, I plugged my ears with a pillow and tucked myself in a cozy blanket. The best thing to do in an air-conditioned room of 16˚c is rapping yourself with a very warm blanket! Very cozy and lazy!

So then, I chose to doze off once more. So I slept, admitting my defeat to my negative self in a very not-so-deep slumber. I am still aware of my surroundings.

Exactly at 4.30 am, I heard a mourning sound. Yes a crying sound from one corner of my house. I’m positive that this sound is not from any ringtones or from any creatures or even from the any extra-terrestrial beings, it is from a human being!

“Whose crying sound is this?” I asked myself.

“Who dares disturb my slumber?” My alter ego acted like he’s the boss of the world.

I got out from bed, curious to see who’s making the sound. Is it fact or fiction? Tipped toed every step using stealth movement, I did not dare to make a sound. My movement was quiet as the dead.

I followed the sound of the person crying. It was a deep cry as if a cry in front of someone you dear most.

The cry was coming from the family’s own praying room. It could be anybody in my family. The door of this room was slightly open big enough for someone to have a peak to see who is inside. As I moved closer towards the room, the sound of the cry grew harder and harder until I noticed that, it was not just a normal cry, it was someone wailing.

I peaked, and then I saw a woman completely with a white praying clothing, was prostrating.

“Masyallah! Its ummi!” On the spot I was struck by a cathartic lightning bolt which paralyzed my whole body for a second. I leaned helplessly on the wall beside the door to the praying room.

The crying was still heard. There I was lamenting alongside the melodic cry of my mother. Although without her noticing my presence, she revived my soul. With just a simple whimper, she made me dry eyes cry.

Sometimes I question myself “Why can’t I cry?” even though my heart cries in pain. I want to cry but I just can’t. Tears aren’t coming out. My heart is pumping like nothing is happening.

I just needed a little boost and I got it. Now I’m crying like a cry baby wanting to be milked. I stood up and went back to my room prostrating powerlessly in my prostration.

You don’t want to shed tears only, but you desire your soul to be revived entirely. Crying ought to be your turning point. Weep over your sins constantly! May Allah wipe out all your defiant grins and make you a revived electric spirit!

*The best crying days of my life is during Ramadhan. Suddenly I miss the holy month. Two months and a half away from us, looking forward to meeting you!

Berita: Lelaki tak mau kahwin, kenapa?
Picture by http://agmnhob.deviantart.com/

Masalah kewangan, tidak ada calon yang sesuai, kerjaya dan komitmen keluarga menjadi punca kepada pembujangan golongan lelaki di Malaysia. Dengan 60.4 peratus lelaki yang tidak pernah berkahwin berbanding wanita (39.6 peratus), kedua-dua kelompok ini bakal menyumbang kepada masalah sosial yang lebih besar dalam tempoh sepuluh tahun akan datang.

Faktor utama yang telah dikenal pasti sebagai penghalang kepada niat untuk berkahwin ialah tidak cukup wang iaitu 44.7 peratus berbanding tidak ada calon yang sesuai iaitu 19.3 peratus.

Apakah punca orang lelaki tidak cukup wang?

Pertama, gaji yang kecil. Pendapatan pekerja di Malaysia jauh lebih kecil berbanding rakan mereka di Singapura atau di Brunei kerana kerajaan masih berkira-kira hendak menaikkan gaji kakitangan awam yang lebih tinggi atau menetapkan gaji minimum yang lebih baik berbanding RM900 sebulan ketika ini. Kos hidup yang meningkat setiap tahun (lebih-lebih lagi apabila harga bahan api naik) membuatkan sebahagian daripada pendapatan golongan lelaki diperuntukkan kepada sewa rumah, bayaran kenderaan dan belanja hidup. Jika ada pun untuk simpanan, jumlahnya sangat kecil.

Kedua, budaya menyimpan belum menjadi tabiat hidup. Keutamaan orang lelaki yang muda ialah membeli kenderaan seperti motosikal atau kereta, telefon bimbit dan pakaian berjenama. Budaya menyimpan sebahagian kecil pendapatan kurang mantap menyebabkan tidak ada simpanan apatah lagi hendak membeli harta sebagai pelaburan.

Ketiga, statistik jumlah lelaki di institusi pengajian tinggi menunjukkan trend kemerosotan kemasukan dalam pelbagai kursus. Ke mana mereka menghilangkan diri? Sifat lelaki yang lebih cenderung terhadap pekerjaan menyebabkan mereka mengambil keputusan memasuki pasaran kerja yang bergaji rendah bagi menyara keperluan keluarga. Berbanding pelajar perempuan, fokus golongan ini ialah mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang seterusnya meraih pekerjaan yang baik dengan gaji yang lebih tinggi.

Keempat, kos mengadakan majlis perkahwinan yang semakin meningkat. Pelaksanaan nikah dan kahwin semakin kompleks. Kos biasa yang bakal dibayar untuk majlis kenduri, mas kahwin dan wang hantaran turut bertambah kerana wanita lebih terpelajar nilainya lebih mahal. Anggaran RM15 ribu hingga RM20 ribu adalah normal pada hari ini termasuk di kampung. Ini kerana majlis perlu dilihat meriah dengan bunyi-bunyian, kompang dan gendang, acara potong kek, penyediaan pelamin dan hadiah untuk pengunjung. Elemen-elemen ini dibentuk secara sengaja kesan psikologi daripada persaingan “siapa lebih meriah” dalam menganjurkan majlis perkahwinan ini. Mentaliti ini menyebabkan “lebih baik bujang” muncul sedikit demi sedikit dalam diri orang lelaki dan melenyapkan keinginan untuk berkahwin.

Kelima, pergaulan bebas dan tidak tahu mempraktikkan amalan beragama membuka ruang kepada tawarnya hati lelaki untuk mencari pasangan yang secocok bagi dijadikan isteri. Hati lelaki menjadi kering kerana dalam fikirannya sangat susah mencari calon isteri yang benar-benar boleh dijadikan isteri. Akhirnya perkahwinan tidak lagi menjadi ekslusif dan menarik.

Keenam, kefahaman terhadap kepentingan berkahwin yang semakin lemah. Masalah ini berpunca daripada tidak ada perasaan “seronoknya kahwin” dalam diri orang lelaki, yang ada “susahnya kahwin”. Galakan berkahwin kurang diberi insentif kewangan, nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan. Agensi kerajaan yang terlibat dalam hal ehwal perkahwinan kurang aktif berkempen bagi menggalakkan orang lelaki mencari isteri. Kalau ada pun insentif, ia dilakukan secara bermusim.

Ketujuh, nilai diri orang lelaki yang semakin rendah. Maksudnya ialah wanita dengan pendidikan dan pendapatan yang lebih tinggi mencetuskan rasa gerun kepada orang lelaki untuk masuk meminang. Motivasi diri untuk mencari bakal isteri sangat lemah kerana beranggapan nilai diri yang rendah ini bakal memberi kesusahan kepada keluarga. Lama-kelamaan rasa ghairah untuk berkahwin hilang begitu sahaja.

Banyak lagi sebab-musabab orang lelaki enggan berkahwin. Penyelesaian kepada “bujang lapok” ini perlukan kerjasama banyak pihak. Jika masalah kewangan menjadi puncanya, insitusi kewangan boleh melaksanakan skim pinjaman untuk berkahwin dalam jumlah yang munasabah kepada semua orang lelaki yang cukup umur dan bersedia untuk berkahwin. Ia tidak menjadi masalah besar kalau dilaksanakan. Institusi agama boleh menyediakan bantuan kewangan melalui zakat dan baitulmal bagi menggalakkan perkahwinan ini.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh mengambil inisiatif mengadakan kempen “seronoknya kahwin” di media massa supaya orang lelaki mendapat suntikan untuk berlumba-lumba mencari calon isteri masing-masing. Calon-calon ini tidak semestinya anak dara sahaja kerana ia boleh jadi ibu tunggal.

Menguruskan perkahwinan yang mendapat berkat perlu menjadi keutamaan dan niat kita. Telah banyak berlaku perkahwinan yang berharga puluhan ringgit berakhir dengan penceraian dan pasangan naik dan turun mahkamah. Persepsi terhadap perkahwinan ini perlu dibetulkan kembali supaya orang lelaki mendapat suntikan motivasi untuk berkahwin.

Kehidupan: Menangis. Kita ego denganNya.
Picture by http://diabolik-sixsixsix.deviantart.com

Melalui kehidupan sehari-hari, banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi. Cabaran pula tidak hanya datang dalam bentuk fizikal. Tetapi juga menyerang dalam bentuk rohani dan mental.

Dunia ini sememangnya medan ujian. Allah ingin melihat, siapakah hamba-Nya yang benar-benar terbaik dalam kehidupannya terhadap Allah SWT.

Ujian-ujian ini kadangkala buat kita lemah. Lemah hingga kadangkala kita tersungkur. Rasa tiada harapan. Kita dapat rasakan betapa kita memerlukan kekuatan. Telah kita cari tetapi masih tidak mampu berada dalam gapaian.

Diasak sebegini, adakah kita pernah menangis memohon pertolongan?

Dengan keadaan yang tidak pasti ke syurga, pernahkah kita menangis risaukan kedasyatan neraka?

Dengan tidak mengetahui bila saat kematian, pernahkah kita menangis jika tidak sempat bertaubat?

Dengan tidak mampu mengikuti kehidupan Rasulullah, pernah kita kita menangis malu?

Pernahkah air mata kita, menitis kerana-Nya?

Siapa menangis kerana-Nya, dia terselamat

Allah SWT amat memahami keadaan manusia. Allah tahu betapa manusia ini mudah pecah dan lemah bila diasak dengan ujian. Sebab itu, terlalu banyak hakikatnya talian hayat untuk insan yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Antaranya adalah tangisan.

Kekuatan tangisan yang ikhlas kerana Allah SWT, hingga mampu mengheret kita untuk berada di bawah naungan-Nya, pada hari tiada naungan selain naungan-Nya.

Rasulullah SAW bersabda: “Tujuh golongan yang akan diaungi oleh Allah pada hari tiada naungan selain naungan-Nya adalah: 1) Pemimpin yang adil, 2) pemuda yang kehidupannya sentiasa beribadah kepada Allah, 3) seorang lelaki yang hatinya bertautan dengan masjid, 4) dua lelaki yang saling cinta mencintai hanya kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana-Nya, 5) seorang lelaki yang dirayu oleh perempuan kaya lagi cantik untuk berzina, kemudian dia berkata: Sesungguhnya Aku takutkan Allah, 6) seorang yang mengeluarkan sedekah secara sembunyi(ikhlas) sehingga tangan kirinya tidak mengetahui, 7) seorang yang bermunajat kepada Allah di tempat sunyi sehingga mengalir air matanya” Riwayat Bukhari dan Muslim.

Siapakah yang menitiskan air matanya, kerana Allah SWT?

Menyesali dosa-dosanya?

Malu terhadap keadaan dirinya yang ingkar dan penuh maksiat?

Mereka itu menangis

Kisah 1: Satu hari, semasa masih kecil, Umar Abdul Aziz pernah menangis teresak-esak secara tiba-tiba sehingga membuatkan ibunya risau. Lantas ibunya bertanya:

“Wahai Umar, atas sebab apakah engkau menangis?”

Umar Abdul Aziz menjawab: “Wahai ibu, sesungguhnya aku teringatkan maut” Dan dia terus menangis teresak-esak.

Mendengar jawapan itu, si ibu gementar dan turut menangis bersama.

Kisah 2: Satu hari, Hanzalah RA menangis teresak-esak. Dia menangis dengan kuat sekali sambil berjalan hendak bertemu Rasulullah SAW.

Di tengah perjalanan, dia bertemu dengan Abu Bakr RA. Abu Bakr bertanya: “Wahai Hanzalah, apakah yang telah terjadi pada kamu?”

Hanzalah menjawab: “Wahai Abu Bakr, sesungguhnya Hanzalah telah munafik”

“MasyaAllah, kenapa kau katakan sedemikian?”

“Ketika kita bersama dengan Rasulullah SAW, kita terasa seakan-akan syurga dan neraka berada di hadapan kita. Tetapi apabila kita pulang kepada keluarga kita, kita lupa akan semua itu”

Abu Bakr RA yang mendengar bicara Hanzalah, lantas menangis dengan kuat juga. “Abu Bakr juga telah munafik!”

Lantas kedua-dua orang ini bergerak bertemu Rasulullah SAW dalam keadaan mereka menangis teresak-esak. Mereka menangis kerana mereka tidak mampu menerima ‘kemunafikan’ mereka. Mereka terasa seakan berpura-pura. Lantas mereka ketakutan andai Allah tidak menerima mereka.

Bila sampai di hadapan Rasulullah dan mereka ceritakan apa yang mereka rasa, Rasulullah SAW bersabda: “Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sekiranya kamu tetap dalam keadaanmu seperti mana ketika kamu berada di hadapanku dan sentiasa mengingatinya, nescaya malaikat akan bersalaman dengan kamu di tempat tidurmu dan di tepi jalan”

Kisah 3: Pada satu hari, Rasulullah SAW pergi berjumpa dengan Abdullah ibn Mas’ud RA, dan memintanya untuk membacakan Al-Quran dan Rasulullah SAW ingin mendengarnya. Abdullah ibn Mas’ud RA terkejut, lantas berkata:

“Ya Rasulullah, kau hendak aku bacakan Al-Quran kepada kau? Sesungguhnya kau lebih mulia daripadaku, mendengar Al-Quran terus daripada Jibril yang datangnya daripada Allah. Apakah pantas aku membacakannya untuk kau?”

Rasulullah SAW menjawab: “Aku suka mendengarnya dari selainku”

Lantas Abdullah Ibn Mas’ud RA membaca Surah An-Nisa’ hingga tiba pada satu ayat, Rasulullah SAW bersabda: “Cukup”

Abdullah Ibn Mas’ud RA berhenti, kemudian dia melihat Rasulullah SAW yang sedang menunduk. Apabila Rasulullah SAW mengangkat wajahnya, Abdullah Ibn Mas’ud RA meriwayatkan: “Aku melihat kedua matanya basah dengan air mata”

Kisah 4: Abdullah Ibn Rawahah RA, apabila melihat Ja’far Ibn Abi Talib gugur di medan Mu’tah, dia bergerak menggantikan sahabatnya itu. Dalam langkahannya, dia menangis. Sehingga ada yang bertanya:

“Apakah kau takut akan kematian? Kenapa kau menangis?”

“Tidak, aku tidak takut akan kematian. Aku hanya teringat dengan firman Allah SWT:

“Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya(neraka); (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertaqwa, dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu.” Surah Maryam ayat 71-72.

“Aku tidak tahu aku akan sampai ke mana selepas aku mati nanti”

Menangis melembutkan jiwa

Bila kita menangis, hati kita akan basah. Automatik, jiwa akan terbelai dengan kelembutan yang tidak akan kita jumpa di dalam televisyen, di dalam drama-drama hindustan, dalam sajak-sajak sastera, dalam novel-novel cinta.

Hati akan terlentur, ego akan menunduk.

Ketika inilah perasaan kehambaan akan menggunung.

Terasa kerdil dan tidak bermaya. Terasa kecil tidak berkuasa. Kepada Allah kita tumpahkan segala tangisan. Mengadu kepada-Nya, merayu kepada-Nya, menyatakan betapa menyesalnya kita, memberitahu betapa sukarnya kita hendak melepasi ujian-Nya, meminta belas kasihan-Nya, merayu.

Tetapi siapakah antara kita yang menangis kerana-Nya?

Sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang mulia dan dijamin syurga juga menangis. Rasulullah SAW yang telah diampunkan dosanya sebelum dan selepas juga menangis. Umar bin Abdul Aziz, satu susuk peribadi mulia dalam sejarah manusia juga menangis. Menangis kerana Allah. Menangis mengingati maut. Menangis membaca Al-Quran.

Kita?

Penutup: Menangislah. Sebelum air mata kita tidak berguna

Air mata hanya berguna di dunia. Di akhirat, ia sudah tidak bermakna. Di neraka, menangis air mata darah sekalipun tidak akan mengembalikan kita ke dunia untuk beramal semula.

Di dunia jugalah kita hendak membanjiri jiwa kita dengan tangisan untuk melenturkannya.

Menangislah, jangan sesekali kita ego untuk menitiskan air mata.

Kita hamba berdosa, tidakkah kita terasa hina?

Kita mampu menangis pedih kerana putus cinta, gagal dalam ujian, permintaan tidak dipenuhi dan sebagainya. Kenapa kita tidak mampu menangis atas perkara yang bersangkutan dengan kematian kita, syurga neraka kita, dan Tuhan kita?

Abu Bakr RA pernah berkata: “Menangislah. Jika tidak mampu, maka buat-buatlah menangis”

Pernahkah anda menangis ikhlas kerana-Nya?

Sesungguhnya kita masih punya masa.

Sebelum mata tidak mengeluarkan airnya semula.

Komik: ~Gosip~

Berita: Krisis ekonomi ancam kepimpinan Eropah
Picture by http://benheine.deviantart.com

Perancis mendapat presiden baru selepas Nicolas Sarkozy tewas dalam pilihan raya negara itu. Kemenangan Francois Hollande, seorang calon sosialis mengulangi kesinambungan pemimpin berhaluan kiri, Francois Mitterrand yang menjadi presiden dari 1981 hingga 1995. Lebih 43 juta rakyat Perancis layak mengundi ketika ini. Dalam pengundian pusingan pertama pada 22 April lalu, Sarkozy tewas kepada Hollande, setelah mendapat 27.1 peratus undi berbanding Hollande yang memperolehi 28.6 peratus undi.

Dengan hanya undi dari luar negara sahaja yang bakal dihitung, Hollande meraih kemenangan 51.67 peratus undi berbanding 48.33 peratus bagi Sarkozy. Selepas pengumuman, Sarkozy dilaporkan berkata, “Rakyat Perancis telah membuat pilihan mereka … Hollande menjadi presiden Perancis dan dia mesti dihormati,” dalam nada penuh emosi sambil melambai tangan ke arah penyokongnya dan berharap penggantinya akan melakukan kejayaan.

Ucapan tahniah disampaikan oleh pemimpin Britain, David Cameron yang berikrar untuk bekerjasama bagi mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.

Rakyat Perancis membuat pilihan di sebalik masalah besar Eropah ketika ini yang sedang bergelut dengan krisis kewangan dan kemelesetan ekonomi di benua itu. Kekalahan Sarkozy dilihat sebagai isyarat kurang yakin rakyat terhadap kaedah dan usaha bagi mengatasi masalah ekonomi di Perancis. Kemenangan Hollande diharap bakal membawa perubahan besar kepada Perancis selaku negara utama dalam Kesatuan Eropah dan dapat mengimbangi kepimpinan Jerman yang semakin ketara dalam kesatuan itu khususnya menyelesaikan krisis hutang Greece.

Kemenangan ini merupakan rantaian bersambung yang berlaku di beberapa buah negara Eropah.

Sepanyol: Mariano Rajoy menggantikan pemimpin sosialis, Jose Luis Rodriguez Zapatero selepas rakyat negara itu merasai keperitan pemulihan ekonomi, di sebalik langkah-langkah rangsangan digubal, ia telah menghancurkan program penjimatan negara dan meningkatkan kadar pengangguran.

Italy: Mario Monti, bekas Pesuruhjaya Eropah menggantikan pemimpin yang lama berkhidmat  dan penuh gosip Silvio Berlusconi. Pengunduran Berlusconi disambut meriah oleh pelabur kerana ketidakupayaannya merangsang pertumbuhan ekonomi dan menguruskan hutang negara.

Britain: David Cameron, pemimpin Parti Konservatif menewaskan Gordon Brown dari Parti Buruh untuk memimpin kerajaan campuran. Brown telah menjadi pemimpin kewangan selama satu dekad dan melepasi kitaran naik dan turun ekonomi namun, penggal perdana menteri telah pun berakhir untuknya.

Ireland: Brian Cowen, menjadi perdana menteri pada 2008 selepas menjadi menteri kewangan. Dia melepaskan jawatan selepas partinya gagal dalam pilihan raya 2011. Cabaran utamanya ialah berhadapan dengan krisis perbankan negara itu.

Greece: George Papandreou, ahli sosialis yang mendapat kuasa pada Oktober 2009 berikrar mengeluarkan negara itu dari krisis kewangan yang meruncing. Dua tahun kemudian, ketika krisis kewangan memuncak sejak Perang Dunia Kedua, timbalannya sendiri telah bertindak menumbangkannya selepas mencadangkan proses pemulihan ekonomi secara “bailout” tidak disenangi.

Portugal: Sebulan selepas Portugal memohon pelan penyelamatan 78 bilion euro, kerajaan pimpinan Jose Socrates ditendang keluar pada Jun 2011. Kesengsaraan Portugal berpunca dari lemahnya pertumbuhan ekonomi yang telah berlangsung selama satu dekad kerana kegagalan kerajaan memodenkan ekonomi di tengah-tengah persaingan dunia dan melambakkan lebih banyak hutang negara.

Denmark: Kerajaan berhaluan kanan hilang kuasa pada September tahun lepas kerana memperkenalkan langkah-langkah penjimatan di tengah-tengah krisis hutang. Kerajaan tersebut digantikan oleh campuran kerajaan berhaluan kiri.

Hanya dua negara yang tidak berhadapan dengan krisis kepimpinan ketika ini di Eropah. Romania dan Poland menunjukkan krisis kewangan yang dihadapi oleh negara-negara Eropah tidak semestinya menjejaskan kuasa pemimpin sedia ada. Presiden Romania, Traian Basescu dipilih semula dalam pilihan raya  2009 di sebalik penyusutan 7 peratus ekonomi dan menerima 20 bilion euro dalam pelan penyelamatan dari IMF, Bank Dunia dan Kesatuan Eropah.

Poland pula merupakan kisah kejayaan yang jarang dinikmati oleh negara Eropah lain. Ia adalah satu-satunya negara Eropah yang tidak mengalami kemelesetan ketika krisis global 2008-2009. Perdana menteri, Donald Tusk memenangi penggal kedua pilihan raya parlimen tanpa sebarang masalah.

Krisis ekonomi dilihat berkait rapat dengan pertukaran pemimpin negara Eropah. Kegagalan pemimpin menguruskan pemulihan ekonomi menjadikan rakyat  benua itu tidak yakin pada idea dan langkah-langkah penjimatan untuk mengurangkan hutang negara masing-masing. Kekalahan Sarkozy menjadikan senarai pemimpin yang kalah dalam pilihan raya semakin panjang.