in

Event Phone: Nadiah 013 325 3552

  • 29 October 2016
    8:00 am - 10:00 pm

received_969465906498875

Pembatalan YouthACE 2016

Atas beberapa masalah teknikal, pihak kami dengan ini dukacita memaklumkan bahawa kami terpaksa membatalkan Youth Awards, Convention & Exhibition(YouthACE) 2016.

Kepada peserta yang telah berdaftar, yuran anda akan dipulangkan oleh kami minggu ini. Semua pendaftar akan dihubungi oleh pihak kami untuk urusan tersebut.

Harap maaf, dan terima kasih kepada mereka yang menyokong program-program kami selama ini.

InsyaAllah kami akan berusaha yang lebih baik untuk program-program mendatang.

Pendaftaran YouthACE telah ditutup. Sekiranya terdapat pertanyaan boleh hubungi Bro Ameen Misran 013 566 9412 atau Sis Nadiah 013 325 3552.

Harap maklum.

~ Ameen Misran
Pengarah YouthACE 2016

Pengenalan

13891982_919319964846803_3817410519161982994_n

 

Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.”

al-Kahfi, 23:13

Belia merupakan antara komponen masyarakat yang sangat penting dalam rangka memperkasakan masa hadapan negara dan umat. Belia memilki kecenderungan yang unik dan tersendiri.  Jarang sekali suatu konvensyen khas yang dianjurkan yang serius membincangkan kecenderungan dan potensi belia serta menghalakannya ke arah yang lebih berwawasan dan bermanfaat. Kebanyakan perhimpunan belia adalah berbentuk hiburan dan penuh dengan kelalaian.

Walhal, dalam dunia globalisasi tanpa sempadan ini, golongan belia nyata sangat penting kerana mereka adalah taruhan untuk ummat ini membina masa hadapan yang lebih cerah. Mereka perlu dijelaskan akan peranan mereka, dan dicungkil potensi serta bakat mereka, agar tenaga dan kelebihan mereka dapat kita sumbangkan ke arah yang lebih baik, demi masa hadapan yang lebih indah.

Justeru, Youth Awards, Convention & Exhibition untuk 2016 ini mengangkat tema “Belia & Masyarakat”  untuk cuba mengajak golongan belia berkumpul, refleksi diri, dan melihat potensi mereka yang sebenarnya besar, juga penting untuk ummah. YouthACE 2016 juga bertindak untuk menghalakan golongan belia ini ke arah kebaikan dan aktiviti bermanfaat, menjauhkan mereka dari hiburan yang sia-sia, sekaligus menimbulkan semula harapan yang indah untuk masa hadapan agama dan negara.

Sebarang pertanyaan boleh ajukan ke Saudara Ameen Misran 013 566 9412 atau Saudari Nadiah 013 325 3552.

 

 

Objektif

OBJEKTIF

Youth Awards, Convention & Exhibition dianjurkan adalah untuk untuk mencapai objektif-objektif berikut —

Objektif 1.1          Mengumpulkan belia seluruh Malaysia di dalam sebuah program bermanfaat

Objektif 1.2          Memberikan pencerahan berkait peranan belia di Malaysia, ke arah membina belia matang, berakhlak dan berwawasan.

Objektif 1.3          Menginspirasikan belia Malaysia ke arah kehidupan yang diredhai Allah SWT

Objektif 1.4          Mencungkil bakat dan potensi belia Malaysia serta menginspirasikannya ke arah yang bermanfaat

Objektif 1.5          Memberi peluang organisasi-organisasi berkait belia dan kebajikan untuk mempromosikan gerak kerja mereka kepada belia Malaysia.

Objektif 1.6          Memperkenalkan Langit Ilahi sebagai antara wadah bermanfaat buat belia di Malaysia

Objektif 1.7          Memberikan peluang untuk belia Malaysia menambah rakan dan jaringan yang baik.

11194555_875066159226622_3431748356748092999_o

Butiran Acara


BUTIRAN ACARA

 

Acara

Acara ini dinamakan Youth Awards, Convention & Exhibition(YouthACE) 2016.

Lokasi

Main Auditorium Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sasaran Peserta

850 orang. Belia secara khususnya, orang awam secara amnya.

Tarikh

YouthACE 2016 akan dilaksanakan pada 08:00AM – 10:00PM, Sabtu 29 Oktober 2016

Yuran

Asal: RM100

Harga Promosi (sah sehingga 11.59pm Jumaat, 30 Sepetember 2016):

Promosi 1: RM 65 seorang (daftar 1-2 orang)
Promosi 2: RM60 seorang (daftar 3 orang dan ke atas)
Promosi 3: RM55 (daftar 20 orang dan ke atas)
Promosi Istimewa: RM55 seorang (sah sehingga 11.59pm Ahad, 14hb Ogos 2016)

Tema yang dipilih untuk menjayakan YouthACE 2016 ialah —

“Belia & Masyarakat”

11140153_875066089226629_2961924488112805039_o

Aturcara

Sabtu, 29 Oktober 2016

Pengacara sepanjang hari: Hafizul Faiz

07:30 pagi — 09:00 pagi Pendaftaran
09:00 pagi — 09:30 pagi Ucaptama: Slot 1: Ucaptama Wakil CEO LangitILahi – Tanggungjawab Belia Dalam Membetuk Masyarakat – Afdholul Rahman
09:30 pagi — 10:30 pagi Slot 2 : Masyarakat Mapan: Bermula Daripada Belia – Prof Madya Dr Harlina Siraj
10:30 pagi —
11:00 pagi
Minum Pagi
11:00 pagi — 12.30 tengah hari Slot 3 : Santai Bersama Mufti: Membina Masa Hadapan Malaysia Yang Lebih Baik
Moderator : Ustaz Azlan Shah Nabes Khan
Panel :  Sahibus Samahah Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
12.30 tengah hari —
01:00 tengahari
Slot 4 :Pidato Pembukaan – Afifah Adila
01:00 tengahari — 02:00 petang Rehat & Solah Zohor
02:00 petang — 04:30 petang Slot 5 : “Belia dan Cabaran Masyarakat Majmuk” –
Moderator : Jufitri Joha
Panel 1 : Firdaus Wong
Panel 2 : Syed Azmi
Panel 3 : Fadhlina Siddiq
 04:30 petang — 05:00 petang Rehat & Solah Asar
05:00 petang — 05:30 petang Slot 6 : Slot 6 : Bermula dari Bawah – Kisah Perjalanan Lelaki Ini – Saudara Fazreen Jasni
05:30 petang — 06:30
petang
Slot 7 : “Berfikir Dalam Ketawa” Bersama Afdlin Shauki
06:30 malam — 7.50 malam Rehat
7.50 malam — 10.00 malam Talent Show : Perasmian Penutupan – Hilal Asyraf
| Tarannum*
| YouthAward 1 (Spoken Word Poetry)*
| YouthAward 2 (Nasyid)*
| Ameen Misran (Spoken Word Poetry)
| YouthAward 3 (Short Filem)*
| YouthAward 4 (Vlog)*
| YouthAward 5 (Viner)*
10.00 malam Bersurai

Konsep Acara

KONSEP ACARA

11200930_875070142559557_4657005987780194193_o

Slot 1: Ucaptama Wakil CEO LangitIlahi : Tanggungjawab Belia Dalam Membentuk Masyarakat 

Sebagai satu cetusan membentuk mindsetting peserta, saudara Afdholul Rahman Che Ani yang merupakan kolumnis LangitIlahi serta penulis buku akan berkongsi sejauh manakah peri pentingnya tanggungjawab belia dalam membentuk dan mencorakkan sebuah masyarakat.


Slot 2 : Masyarakat Mapan : Bermula Dari Belia

Ada ungkapan menyebut ‘kalau kita ingin melihat masa depan sesebuah masyarakat, maka lihatlah pada belianya atau pemudanya.’ Justeru, pembinaan masyarakat banyak asasnya bermula dari belia. Bagaimana dan apa rahsianya? Slot menarik ini akan disampaikan oleh Prof Madya Dr Harlina yang telah berpengalaman luas dalam soal pembangunan belia di Malaysia.


Slot 3 : Santai Bersama Mufti : Membina Masa Hadapan Malaysia Yang Lebih Baik

Malaysia sebagai antara negara muslim yang membangun, menjadi perhatian banyak pihak di dunia. Sudah pastinya kita mahukan Malaysia semakin maju dan menjadi lebih baik. Mempersiapkan wawasan ke arah itu, kita akan bersama dengan Sahibus Samahah Dato Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang tidak asing lagi di Malaysia ini. Beliau adalah Mufti Wilayah Persekutuan. Bual bicara ini akan dipengerusikan oleh Ustaz Azlan Shah Nabees Khan.

 


Slot 4 : Pidato Pembukaan 

Slot ini bagi membakar lagi semangat dan memotivasikan para peserta dalam membentuk diri menjadi belia bermanfaat.  Disampaikan oleh saudari Afifah Adila yang telah mendapat pelbagai anugerah dalam pertandingan pidato dan debat di pelbagai peringkat. Beliau juga mendapat pengiktirafan sebagai antara 5 sepaker terbaik Parlimen Mahasiswa Malaysia 2015 serta mempunyai pengalaman sebagai mentor di Akademi PidatoPenjawat Awam Malaysia 2015.


Slot 5 : Islam dan Cabaran Masyarakat Majmuk –

Persoalan Islam dan muslim menjadi sangat krusial terutama dalam sesebuah masyarakat majmuk pelbagai kaum dan agama seperti di Malaysia. Bagaimana kita dapat serasikan antara kedua-dua itu dan apa cabarannya? Slot berbentuk forum ini akan dimoderatorkan oleh saudara Jufitri Joha yang tidak asing lagi sebagai Tokoh Belia ASEAN, panel-panel yang banyak terlibat dalam aktiviti bersama masyarakat majmuk iaitulah saudara Firdaus Wong, saudara Syed Azmi dan Puan Fadlina Sidek.


Slot 6 : Bermula dari Bawah – Kisah Perjalanan Lelaki Ini 

Setiap perubahan mesti bermula dari sebuah tapak. Menjadi belia berguna adalah tahu bagaimana merencana dan tahu apa nak dilaksana. Saudara Fazreen Jasni yang tidak asing lagi sebagai Founder The Vocket yang menjadi buah mulut belia di media sosial akan berkongsi tips dan pengalamannya.


Slot 7: Berfikir Dalam Ketawa

Berfikir itu adalah suatu yang serius. Tetapi adakah ia mesti dilakukan dalam suasana yang serius juga? Pastinya dalam santai-santai pun, ada ruang untuk kita dapat berfikir. Saudara Afdlin Shauki yang memang tidak asing lagi di Malaysia ini akan mengisi slot menarik ini.


Talent Show

Ini adaah kemuncak kepada program YouthACE. Kita membuka peluang kepada belia untuk memperlihatkan bakat mereka yang boleh menjadi saham dalam menyumbang kepada pembangunan belia dan masyarakat, dalam masa yang sama memberikan penghargaan kepada mereka melalui anugerah (award) dan juga ruang untuk mempersembahkan karya mereka di depan para peserta lain. Terbahagi kepada beberapa kategori pertandingan, iaitu :

  1. Spoken Word Poetry
  2. Nasyid
  3. Short Film
  4. Vlog
  5. Viner

(Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk maklumat “YouthAwards2016” di ruang “Pengenalan”)

YouthAwards

YOUTHAWARDS2016

 

14164036_1248789001822594_1616924044_o

1. YouthAward – Spoken Word Poetry – 2 Poems

Hadiah : RM500 (Tempat pertama sahaja) + Piala

SYARAT-SYARAT:

  • Berdaftar menjadi peserta YouthACE 2016
  • Perlu menghantar 2 (dua) puisi dalam bahasa Inggeris dalam bentuk 2 Word Document & 2 Video
  • 2 Puisi itu adalah hasil karya sendiri yang asli dan tidak pernah disiarkan dimana-mana.
  • 2 Word Document mengandungi lirik puisi itu perlu diemail pada [email protected]
  • 2 Video Puisi pula perlu mengikut kreativiti sendiri bertemakan “Belia & Masyarakat” berlatar-belakangkan suara anda yang sedang mempersembahkan puisi dalam Bahasa Inggeris. Peserta hanya perlu menghantar link dropbox atau Google Drive ke email [email protected]
  • Semasa hantar email, sila gunakan #YouthAwards2016 #YouthSpokenWordPoetry
  • Pemenang akan mempersembahkan secara siaran langsung di YouthACE 2016. Boleh bawa soundtrack sendiri atau tanpa soundtrack.
  • Tarikh tutup ialah 2 Oktober 2016.

Juri:

2. YouthAward – Viner – 4 Vine

Hadiah : RM1000 (Tempat pertama sahaja) + Piala

SYARAT-SYARAT:

  • Berdaftar menjadi peserta YouthACE 2016
  • Peserta perlu menghantar 4 (empat) Video Vine
  • 4 Video Vine adalah hasil karya sendiri yang asli dan tidak pernah disiarkan dimana-mana.
  • 4 Video Vine pula perlu mengikut kreativiti sendiri bertemakan “Belia & Masyarakat”. Peserta hanya perlu menghantar link dropbox atau Google Drive ke email [email protected]
  • Semasa hantar email, sila gunakan #YouthAwards2016 #YouthVine
  • 4 Video pemenang akan mempersembahkan secara siaran langsung di YouthACE 2016
  • Tarikh tutup ialah 2 Oktober 2016.

Juri:

3. YouthAward – Nasyid – 2 Lagu (1 cover, 1 lagu sendiri)

Hadiah : RM1000 (Tempat pertama sahaja) + Piala

SYARAT-SYARAT:

  • Berdaftar menjadi peserta YouthACE 2016
  • Peserta perlu menghantar 2 (dua) Video Nasyid
  • 2 Video Nasyid adalah hasil karya sendiri yang asli dan tidak pernah disiarkan dimana-mana.
  • 2 Video nasyid itu perlu (1) adalah Cover lagu dan (2)
  • adalah Lagu Ciptaan sendiri. Peserta hanya perlu menghantar video link dropbox atau Google Drive ke email [email protected] diikuti dengan Lirik dalam bentuk Word Document.
  • Semasa hantar email, sila gunakan #YouthAwards2016 #YouthNasyid
  • Pemenang akan mempersembahkan Nasyid 2 lagu itu secara siaran langsung di YouthACE 2016
  • Peserta perlu bawa Minus One atau persembahan live percussion di YouthACE 2016
  • Tarikh tutup ialah 2 Oktober 2016.

Juri:

4. YouthAward -Short Filem (2 Short filem: (1)- 5 minit, (2)- 15 minit)

Hadiah : RM2000 (Tempat pertama sahaja) + Piala

SYARAT-SYARAT:

  • Berdaftar menjadi peserta YouthACE 2016
  • Peserta perlu menghantar 2 (dua) Film Pendek
  • 2 Film Pendek adalah hasil karya sendiri yang asli dan tidak pernah disiarkan dimana-mana.
  • 2 Film itu perlu (1) berdurasi antara 4-5 minit dan (2) berdurasi 10 minit 0 15 minit. Peserta hanya perlu menghantar video link dropbox atau Google Drive ke email [email protected]
  • Semasa hantar email, sila gunakan #YouthAwards2016 #YouthShortFilm
  • Pemenang akan ditayangkan secara siaran langsung di YouthACE 2016
  • Tarikh tutup ialah 2 Oktober 2016.

Juri:

5. YouthAward – Vlog – 2 Vlog RM1000

Hadiah : RM1000 (Tempat pertama sahaja) + Piala

SYARAT-SYARAT:

  • Berdaftar menjadi peserta YouthACE 2016
  • Peserta perlu menghantar 2 (dua) Vlog
  • 2 Vlog adalah hasil karya sendiri yang asli dan tidak pernah disiarkan dimana-mana.
  • 2 Vlog itu perlu mengikut kreativit sendiri bertemakan “Belia & Masyarakat”. Peserta hanya perlu menghantar video link dropbox atau Google Drive ke email [email protected]
  • Semasa hantar email, sila gunakan #YouthAwards2016 #YouthVlog
  • Pemenang akan ditayangkan Vlog itu secara siaran langsung di YouthACE 2016
  • Tarikh tutup ialah 2 Oktober 2016.

Juri:

6. YouthAward – Pendaftaran Teramai

  1. Pertama – RM1000
  2. Kedua – RM700
  3. Ketiga – RM300

SYARAT-SYARAT:

  • Berdaftar menjadi peserta YouthACE 2016 beramai-ramai dalam satu pendaftaran. Pendaftaran berasingan  tidak dikira.
  • Para urusetia YouthACE akan mengumumkan pada malam program Talent Show di hari program.

Sebarang pertanyaan berkenaan #YouthAwards #TalentShow boleh hubungi [email protected] atau boleh ajukan ke Saudara Ameen Misran 013 566 9412

Location

Venue:  

Address:
Rectory, Selangor, 53100, Malaysia

Description: