Khamis, 23 Mei 2013   |   13 Rejab 1434H   |   12 Pembaca Online   |   Salam, guest!  Login or Register
You Are Here: Home » Himmah » Himmah : Perlu Buat Apa Ketika Hendak Berubah ?

About The Author


Author

Afdholul Rahman bin Che Ani. Lahir pada 3 Oktober 1991. Menetap di Pulau Pinang Pulau Mutiara. Menamatkan pengajian peringkat menengah di Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Tunjung, Beseri. Pernah mengendalikan dan melaksanakan program-program motivasi, perkhemahan remaja dan seminar-seminar bersama beberapa badan NGO. Kini melanjutkan pelajaran dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan.

Number of Entries : 101

Himmah : Perlu Buat Apa Ketika Hendak Berubah ?

Mendaki pun ada stepnya. Bukan boleh terus sampai ke puncak. Ikut step juga. 
~ Picture by Umar Mita of LangitIlahi ~ 

 

Apakah yang sepatutnya dilakukan bila kita sudah mula menapakkan langkah untuk melakukan perubahan pada diri?

Kena bertudung labuh? Kena berkopiah dan berserban?

Kena jalan sambil tunduk? Atau kena sentiasa menangis?

Apakah yang perlu kita lakukan sebenarnya?

Ada orang yang mungkin kehidupannya sebelum dia berubah tidaklah begitu teruk. Mungkin dulu dia seorang yang malas untuk ikut solat berjemaah dan tidaklah selalu sangat turut serta berbuat kebaikan. Level teruk sebegitu mungkin masih ok lagi.

Tapi ada orang, kehidupannya terjebak dalam maksiat yang lebih berat. Dia pernah terlibat dengan arak dan zina. Dia pernah hidup berfoya-foya dengan lelaki yang bukan mahramnya. Itu macam mana pula?

 

Perlu Jelas, Apa Akar Perubahan Kita?

Pertamanya, yang telah dianugerahkan dengan kesedaran, Alhamdulillahlah. Itulah tanda Allah sangat-sangat menyayangi kita. Sekurang-kurangnya, kita telah sedar yang kita pernah silap sebelum ini. Bukankah Nabi s.a.w. pernah menyebut yang mafhumnya :

“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan untuk dirinya, difahamkan kepadanya tentang agama.” [HR Bukhari]

Perubahan ini perlu diisi agar ia tidak menjadi perubahan yang kosong dan atas dasar ikut-ikutan semata-mata. Tetapi hendak diisi dengan apa?

Ada orang yang meletakkan makna perubahan itu pada bertudung labuh selepas berubah, mesti berkopiah dan berjubah, rajin baca Al-Quran dan bagi ceramah.

Ada pula yang meletakkan makna perubahan itu pada kemestian menjadi seorang agamawan selepas berubah. Selepas berubah, jadi seorang ustaz atau ustazah. Ataupun selepas berubah, menjadi seorang penceramah di merata-rata tempat. Hakikatnya, di situkah makna perubahan yang sebenar?

Kita perlu tanya diri kita semula. Apakah akar atau titik tolak yang menjadi pendorong kepada perubahan kita?

Allah?
Teman wanita atau teman lelaki?
Parti politik?

Apakah akar kepada perubahan kita?

Kalau benar titik tolak kepada perubahan kita adalah Allah s.w.t., maka ada sesuatu yang perlu kita lakukan.

Saya tidak menafikan bahawa manusia mungkin boleh menjadi salah satu asbab kita semakin dekat dengan Allah. Tetapi, sudah tentulah bukan kerana manusia itu kita berubah. Kerana manusia itu sekali-kali tidak mampu memberikan balasan pahala dan dosa pada kita.

Kita mungkin mendapat bimbingan daripada seseorang.
Kita mungkin tersentak dan terdorong untuk berubah selepas mengalami perisitiwa tertentu bersama dengan manusia-manusia di sekeliling kita.

Itu semua hanyalah asbab untuk Allah menyampaikan hidayah-Nya kepada kita. Tetapi hidayah itu tetap bukan dari manusia itu, tetapi ia daripada Allah. Maka, titik tolak kepada perubahan kita yang sepatutnya adalah Allah s.w.t.

 

Cadangan Saya Untuk Mereka Yang Sudah Menapakkan Langkah Untuk Melakukan Perubahan

Kadang, kita diuji di celah perubahan kita. Bila kita sudah berubah menjadi lebih baik dari sebelum ini, nanti ada yang akan caci maki, memerli, mengejek dan sebagainya. Tetapi, bersabarlah. Semua itu adalah cabaran di sepanjang perjalanan kita untuk berubah.

Namun, suka saya ungkapkan di sini, bahawa sudah tentulah sabar saja belum mencukupi. Ada sesuatu yang kita perlu isi di dalam perubahan ini selain sabar.

Perubahan yang sebenar bukanlah semata-mata pada luaran kita. Kita pakai tudung labuh, pakai kopiah dan jubah, itu bukan perubahan yang sebenarnya. Orang Arab ramai je yang pakai jubah, jadi adakah itu bermakna mereka semua bagus? Orang Arab ramai je yang pakai tudung, siap tutup lagi dengan niqab, adakah itu bermakna mereka semua itu baik?

Belum tentu.

Pun perubahan itu bukanlah pada kebolehan kita menyampaikan ceramah dan bernasyid dengan kalam-kalam arab dan zikir selepas kita berubah.

Perubahan yang sebenar adalah bilamana mula mengubah jiwa kita ini dari dalam. Tanam dan bangunkan jiwa kita dengan keimanan. Didik akal kita dengan kefahaman.

Sebab apa berubah? Sebab apa perlu buat begini selepas berubah? Perlukah aku buat begini selepas berubah?

Justeru, saya ingin cadangkan kepada mereka yang sedang melalui fasa perubahan yang besar pada diri agar memberi fokus pada membangunkan kefahaman dan peribadi mereka. Berubah memiliki kefahaman Islam yang lebih baik dan menetapkan matlamat yang lebih jelas untuk diri, tidak bermaksud kita perlu menukar profesion kita daripada seorang pelakon menjadi seorang ustazah, tidak bermaksud kita perlu menukar diri kita menjadi seorang abid sepenuh masa di masjid dan meninggalkan kehidupan dunia.

Tidak. Orang yang jelas perubahannya adalah kerana Allah, maka ia akan mengisi perubahannya dengan membina dan membangunkan keimanan serta kefahaman yang benar di dalam dirinya dulu tanpa mengenepikan profesion dan keadaan dirinya. Inilah cadangan saya bila kita sudah mula menapakkan langkah untuk berubah :

1)      Carilah majlis-majlis ilmu atau usrah untuk membantu anda membentuk peribadi dan kefahaman anda. Sekiranya anda memperolehi guru yang baik, yang dapat membimbing anda secara langsung, itu lebih bagus. Guru itu biarlah yang benar-benar boleh dipercayai untuk membantu dan membimbing kita.

2)      Sekiranya ada soalan atau kemusykilan, bertanya dulu pada orang yang lebih arif dalam bidang itu, bukan main redah je. Bukan setiap perkara kita boleh komen dan kita keluarkan hujah dalam keadaan pengetahuan agama kita yang terhad.

3)      Dekati Al-Quran dan dalami isi-isinya. Al-Quran kalau dibaca begitu saja, kita tidak akan dapat memanfaatkan isinya sedangkan isinyalah yang telah mengubah generasi para sahabat Rasul s.a.w. menjadi sebaik-baik generasi. Maka, dalamilah Al-Quran.

4)      Cari sahabat-sahabat yang soleh dan baik untuk membantu anda berubah. Sahabat yang soleh yang boleh memberi nasihat dan bersedia menegur anda, bukan yang tahu mengiyakan semua perbuatan anda. Dia mahu bersama anda ke syurga dan mahu pula menarik anda dari lubang neraka sekiranya anda terjatuh ke sana.

5)      Ketepikan dulu caci-maki dan kejian manusia. Teruskan mengisi dan membaiki diri anda.

 

Nah, 5 step in, cubalah satu demi satu.  Anda tidak perlu berjubah dan berkopiah untuk buktikan anda adalah seorang yang ‘baru’ yang lebih baik.

Anda tidak perlu berceramah untuk buktikan anda telah pun berubah.

Dan anda tidak perlu jadi abid yang selalu mengalirkan air mata dan selalu menghabiskan masa duduk di masjid semata-mata hanya kerana ingin berubah.

Mulakan langkah dengan membina kefahaman. Lalui proses untuk membaiki dan membangunkan diri. Kita tidak mahu orang yang berpakaian jubah dan kopiah kerana ikut-ikutan semata-mata, menganggap bahawa jubah dan kopiah sebagai ‘pakaian orang soleh-soleh’. Kita tidak mahu bacaan Al-Quran sekadar menjadi rutinan harian saja. Kita tidak mahu tangisan yang kosong semata-mata. Kalau begitu, ia tak akan memberi kesan apa-apa pun pada kehidupan dan pertimbangan kita.

Usahakanlah sesuatu untuk mengisi jiwa kita dengan keimanan dan kefahaman.

 

Penutup : Fokus Pada Isi, Bukan Kulit

Janganlah terburu-buru untuk ke depan setelah perubahan atau menjadi terlalu dilema pula oleh kesalahan-kesalahan yang lepas. Saya tahu, di antara kita ada yang pernah jatuh sejatuh-jatuhnya dalam kehidupannya. Dia merasakan dia telah melakukan dosa yang begitu besar sehingga tidak mungkin diampunkan lagi oleh Allah s.w.t.

Tetapi ketahuilah bahawa Allah s.w.t. itu Maha Pengampun. Rahmat-Nya jauh lebih luas melangkaui kita berbanding murka-Nya. Selagi kita masih diberikan kehidupan, selagi kita mampu bangun dari lena dalam kemaksiatan, maka pohonlah keampunan dan rahmat-Nya.

Dia sentiasa akan membukakan jalan untuk kita sekiranya kita ini benar-benar ingin kembali kepada Dia.

Asalkan kita bersungguh-sungguh dan ikhlas, Dia pasti akan tunjukkan jalan.

Tetapi ketika kita mengisi perubahan itu, isilah ia dengan keimanan dan kefahaman yang benar terhadap bekalan kehidupan kita ini.

Berubahlah ke arah benar dengan jalan yang benar pula !

Comments (20)

  • minnsyah

    minnsyah

    Alhamdulillah. terima kasih atas artikel ini.

    Reply
  • kenikmatan nur

    kenikmatan nur

    JazakAllah…
    semoga diri ini terus bistiqamah mjadi lebih baik…

    teringat lagi masa join kem jdk utara 2010/11…
    apabila diri ini nk myatakan nak pakai tudung labuh la apa la lpas abeh prog…
    then All of sudden ramai shbt2 yg bg nasihat…
    ‘istiqamah… istiqamah… istiqamah dulu….

    ada makcik2 yg nasihat…

    ‘nnti kita nak balik dkt Allah… Allah x tnya pn kita pakai tudung saiz apa d dunia’

    kakak2 fasi plak nasihat…

    ‘jangan fikir kisah2 dahulu… Yakin dgn Allah…’

    walaupn simple act ada mksud tsirat n tsurat….

    dan satu ayat cikgu azmi…

    ‘kita nak ubah akidah umat dahulu, baru ibadah’…

    smoga Allah redha

    Reply
  • SerikandiWyna

    SerikandiWyna

    Berubah tu sukar.Tingkat demi tingkat perlu dicapai untuk kita telusuri kefahaman perubahan itu sendiri.Namun,kalau kita istiqamah,Insya-ALLAH,ALLAH kuatkan kita. :)

    Reply
  • mashimaro

    Thank you for sharing the article ^.^

    Reply
  • Nabieyl

    Nabieyl

    terima kasih atas perkongsian.. :)

    Reply
  • naurah

    salam,
    antara ayat semangat yang pernah diberi oleh sahabat saya ketika
    saya berasa sangat2 putus asa dengan hidup,
    Habib Ali Al-jufri pernah berkata:
    ‘berjalanlah menuju Allah walau dalam keadaan tempang sekalipun’..

    teruskan berjalan, ambil pengajaran yang disetiap kejadian yang berlaku.
    wassalam.

    Reply
  • Nadhirah DM

    Nadhirah DM

    Alhamdulillah…kelima-lima langkah di atas menjadi titik tolak untuk saya kembali pada-Nya. Mahal sungguh harga bagi sebuah halawatul iman. Subhanallah….Subhanallah…

    Reply
  • tamimfaruq

    Alhamdulillah….

    erm…. dan tak pula salah jika kita terjatuh setelah berubah, dan cuba untuk bangun kembali bukan.

    Syukran di atas artikel yg begitu bermotivasi…

    Reply
  • ilyas91

    ilyas91

    Berubahlah kerana Allah.
    Insya-Allah akan istiqamah.

    Reply
  • nur

    assalamualaikum…artikel yang sangat2 bermanfaat untuk direnungi dan difahami…

    na’am..

    “Perubahan yang sebenar adalah bilamana mula mengubah jiwa kita ini dari dalam. Tanam dan bangunkan jiwa kita dengan keimanan. Didik akal kita dengan kefahaman.”

    memang tak mudah untuk berubah ke arah lebih baik…namun tak susah untuk kita berani ke arah perubahan …hanya perlukan sedikit keyakinan, kesabaran dan ketabahan..insyaAllah niat yang baik, akan Allah bukakan dan tunjukkan jalan ke arah perubahan tersebut.

    semoga Allah permudahkan urusan kita semua untuk membina kefahaman dalam diri terlebih dahulu dan terus berubah menjadi lebih baik.

    Reply
  • Choe Low

    thinking positive

    Reply
  • cinta ALLAH cinta RASUL

    semoga ALLAH memberi kefahaman yg jelas kepada kita.. semoga ALLAH membalas segala kebaikanmu.. semoga ALLAH sentiasa mencintaimu… semoga ALLAH memberi petunjuk kepadamu .. Allahumma amin.. salam :)

    Reply
  • Kanzaki Katy

    Terima kasih kerana share :)

    Reply
  • fatinhanini

    fatinhanini

    betul tu… :D kdg2 rsa mcm xmau ambil tahu pkmbgn skelilig sbb mls nk pkir.. tp x elok cm tu.. insyaAllah…kita perlu berubah!!

    Reply
  • Fa Sahaja

    InsyaAllah :)

    Reply
  • novi

    Subhanallah…tulisan anda sangat bermakna, banyak pelajaran yang dapat saya ambil. Terimakasih, semoga Allah SWT selalu membimbing kita dan meridhoi segala langkah kita, aamiin.

    Reply

Leave a Comment

Copyright © 2012-2013 LangitIlahi.com. All rights reserved. LangitIlahi.com (LI) are registered trademark of LangitIman Resource

Scroll to top