Berita: Nilai hidup bermula di rumah
Picture by http://neo-innov.deviantart.com/
Akhlak, adab dan tingkah laku amat akrab antara satu sama lain. Akhlak baik semua orang suka. Ibu bapa sangat berhajat kepada anak menantu yang boleh mempamerkan tingkah laku yang boleh dicontohi.
Namun pelajar pada hari ini memiliki set nilai yang bercampur-baur kesan daripada pendedahan terhadap globalisasi yang dibawa melalui internet, konsep langit terbuka dan maklumat tanpa sekatan. Pengaruh tingkah laku negatif dipupuk melalui norma-norma yang dikongsi bersama melalui kumpulan rakan sebaya, kelab atau pertubuhan tertentu.
Contoh yang amat biasa kita dengar ialah ponteng kelas atau ponteng sekolah. Amat mudah bagi pelajar hari ini untuk melepaskan masa persekolahan dengan melakukan aktiviti sendiri yang menyeronokkan berbanding bersusah-payah berfikir dan menuntut pelajaran. Aktiviti ponteng sekolah sudah menjadi beban kepada guru, sekolah dan ibu bapa sendiri kerana sekolah akan kecewa dengan tahap pencapaian pelajar masing-masing dan ibu bapa menyalahkan guru yang dianggap gagal memastikan kecemerlangan anak-anak mereka.
Sekolah berasrama penuh tidak mnghadapi masalah ponteng seperti ini sebaliknya sekolah harian menghadapi kerenah pelajar yang tidak sedar diri tentang masa depan. Ponteng sekolah boleh menjadi indikator utama kepada masalah yang lebih serius seperti krisis keluarga, pengaruh rakan dan gangsterisme.
Di institusi pengajian tinggi, kos pengajian yang meningkat, keperluan terhadap alat-alat elektronik dan budaya hedonisme telah mendedahkan sebilangan kecil pelajar yang terlibat dalam jual beli dadah, pelacuran dan rompakan. Kes-kes begini menjadikan pihak pentadbiran institusi pengajian tinggi lebih prihatin dan tegas dengan tingkah laku pelajar masing-masing. Antara pilihan mereka ialah membuang pelajar yang bermasalah dan memalukan imej institusi seperti yang dilakukan oleh sebuah kolej swasta ke atas pelajar yang beraksi tidak senonoh dalam satu perhimpunan baru-baru ini.
Membentuk nilai hidup harus bermula sejak kecil dan dalam lingkungan keluarga. Pelajar yang berkembang tanpa mendapat tunjuk ajar dan modal hidup yang betul akan berakhir dengan pelbagai tingkah laku menyimpang yang merosakkan diri sendiri dan turut dirasai orang lain.
Di Timur, nilai-nilai hidup masih kuat kerana masyarakatnya beragama dan memahami tuntutan agama masing-masing. Agama menjadi pengikat yang kukuh di samping budaya hidup yang menebal dalam tradisi masing-masing. Agama dan budaya ini menjadi benteng kepada kekuatan hidup masyarakat Timur. Andainya penghayatan agama dan amalan budaya ini pecah, pengaruh Barat amat mudah mengambil tempat dalam hati fikiran pelajar kerana proses perubahan seperti ini amat cepat berlaku pada hari ini.
Peranan dan tanggungjawab institusi yang mengawal nilai-nilai hidup pelajar mungkin perlu diserahkan kepada undang-undang jika sistem pendidikan dan institusi keluarga gagal. Bagaimanapun penguatkuasaan peraturan hanya melahirkan pelajar yang tidak ada keyakinan diri dan hanya mementingkan diri sendiri. Namun, jika tidak ada pilihan lain yang lebih baik, kita boleh memikirkan pilihan ini.



Nabieyl
bukan sekadar soleh,tp harus juga musleh
subhibakhir
terbaiklah..:)
ilyas91
Didikan yang baik dari rumah itu penting kerana itulah permulaan pembentukan akhlak seseorang.
amir
bagaimana pula kalau keluarga yang mempunyai latar belakang agama yang bagus, tetapi tiba-tiba lahir juga seorang insan yang tidak mempunyai ciri-ciri seorang Islam?
zahir zainudin
Perlu kaji faktor-faktor mempengaruhi. Kalau faktor dalaman, lihat pada pendidikan dan teknik pembesaran oleh ibu bapa. Turutan anak juga wajar dilihat. Bagi faktor luaran, lihat pada pendidikan formal, rakan sebaya dan hubungan ibu bapa-anak.
amir
Hafizah Zainuddin
kanzakikaty
I miss my home!
mashimaro
*Like*
nur
hampir segala2nya dalam kehidupan seseorang itu bermula daripada rumah…madrasah anak2 juga bermula daripada rumah…sebab itu ibu bapa hendaklah menjadi uswah teladan yakni contoh yang terbaik bagi anak2, diajar nilai2 hidup Islam yang sebenarnya..maka insyaAllah anak-anak itu nantinya akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..
sarahaini
jueyhame
iman tu xdapat diwarisi. so, ade jugak yang ibubapa dah didik baik2 tapi remaja sometimes like to choose a words from their friends.
jacky
bagus
Shahirah Azaha
tapi mungkin juga akhlak yang baik tidak diperoleh di rumah sebaliknya mendapat tarbiyah di sekolah.
kakngah
remaja hari ini adalah pemimpin di masa akan datang.jati diri remaja perlu disemai sejak dari awal lagi dan perlu berterusan dijaga agar tidak tersasar dari landasan yang sepatutnya.