Umum: E-Book PERCUMA – Semarak Ramadhan oleh Hilal Asyraf
Ramadhan datang lagi.
Kita mengungkap syukur dan terima kasih kepada Allah SWT kerana memberikan peluang kepada kita untuk sampai ke bulan yang amat mulia ini. Sesungguhnya inilah dia bulan kala di mana jiwa-jiwa merasa seperti pulang ke kampungnya. Bulan yang mendidik manusia untuk kembali kepada fitrahnya – yakni kebaikan, yakni Islam dalam erti kata yang sebenarnya.
Namun biasanya manusia kekal alpa dan leka. Ramadhan tiba, namun dilayan seperti bulan-bulan biasa. Tiada kesungguhan. Tiada perubahan. AidilFitri juga yang terpatri pada kepalanya, Syawwal juga yang disibuk-sibukkan sepanjang Ramadhan yang dilaluinya.
Maka kami keluarkan eBook Semarak Ramadhan ini, PERCUMA buat pembaca dan pelawat LangitIlahi. Untuk dibaca dan dihayati, untuk disebarkan agar lebih ramai boleh memanfaatkan. Anda boleh download, sebar pada rakan-rakan, letak di PC, iPad, iPhone, Samsung Galaxy, Samsung Tab dan pelbagai lagi peranti teknologi terkini yang wujud dengan anda. Kami benarkan. Nak print dan sebar di sekolah atau universiti pun kami alu-alukan.
Bacalah dengan nama Tuhan kita yang mendatangkan Ramadhan, yang mengwujudkan Ramadhan.
Bacalah dengan nama Tuhan kita yang telah berfirman:
“Wahai orang beriman, telah difardhukan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana yang telah difardhukan ke atas kaum terdahulu sebelum kamu, moga-moga kamu menjadi orag yang bertaqwa.” Surah Al-Baqarah ayat 183.
Mari Menjadi Hamba Rabbani,
bukan Hamba Ramadhani.
Mari menjadikan Ramadhan ini booster untuk kehidupan di bulan-bulan lain,
bukan menjadikan Ramadhan ini sia-sia seperti bulan-bulan yang lain.
Kita mampu mengubahnya.
Semoga Allah redha dengan usaha kami yang sedikit ini.
Amiin.



Nadhirah
Syukran
raudhah
syukran
FadhlinSakina
Jazakallah!
ilyas91
Jazakallahu khairan kathira.
sharifah
syukran..
hajar anis
JazakAllah ! Syukran. Sangat bermanfaat
RohiD
syukran
Nisa
Syukran
rasyid_iic
=)
rauna
terbaik!!
cahaya keimanan
syukran
Haimamamia
rezeki , untunglah~
NikAin
=)
Sahli
jazakallahu khairan kathira…sungguh ianya amat bermanfaat.=)