Rabu, 19 Jun 2013   |   10 Syaaban 1434H   |   21 Pembaca Online   |   Salam, guest!  Login or Register
You Are Here: Home » Motivasi » Motivasi : Tips – 3 Langkah Untuk Skor Ramadhan Dengan Cemerlang

About The Author


Brohamzah merupakan graduan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan seterusnya di Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI). Tarikh lahir 18 Mac 1985. Blogger Islamik dan aktif menulis dalam pelbagai medium. Turut aktif dalam pengendalian kursus-kursus pembangunan insan dan motivasi di sekolah menengah serta institusi pengajian tinggi. Kini bertugas di Kolej Teknologi Darulnaim, Kelantan.

Number of Entries : 90

Motivasi : Tips – 3 Langkah Untuk Skor Ramadhan Dengan Cemerlang

 

Fokus : Ramadhan 1433 H adalah yang terbaik!

 

 

Beberapa hari lagi, Ramadhan akan tiba.

Ya. Beberapa hari lagi. Tidak lama.

Kehangatan Ramadhan makin terasa. Bauan itu mulai mengharum di perkarangan taman-taman kediaman kita semua. Ada yang ambil kisah tentang kehadiran tetamu ini, dan ada juga bagaikan endah-tidak endah dengannya.

Ramadhan juga bagaikan  “peperiksaan” besar bagi kita semua. Umpama  menghadapi ujian-ujian untuk mendapat markah dan skor yang tertinggi daripada Allah SWT. Tentunya, bagi mukmin dan mukminah untuk mendapat hasil yang terbaik adalah target dan impian dalam menghadapi Ramadhan ini.

Jutseru, seringkas yang mungkin dalam perkongsian kali ini ialah bagaimana kita hendak “skor” dengan cemerlang dalam menghadapi dan melalui kehadiran Ramadhan ini. Maksud saya ialah, bagaimanakah tips untuk kita menggapai kepuasan, kecemerlangan dan kejayaan yang tertinggi dalam melaksanakan segala kebaikan di sepanjang bulan Ramadhan ini.

Target kita mesti jelas, berfokus dan terang.

 

“ Ramadhan ini, adalah Ramadhan yang paling bermakna buat saya!.”

“Ramadhan kali ini, saya hendak skor cemerlang!”

“Ramadhan tahun ini, mesti terbaik!”

 

Laungan, semangat dan lonjakan inilah yang harus kita gemakan. Ruh kita, semangat kita dan tekad kita diwarnai dengan warna-warna yang penuh keterujaan dalam menyambut ketibaan Ramadhan ini. Kita lihat apa yang perlu kita buat untuk pastikan inilah The Best Ramadhan in our life!

 

[1] –  Bijak Merencana Strategi dari aspek perancangan dan perlaksanaan.

 

Perkara ini adalah perkara utama dan sangat-sangat penting. Mukmin yang bijak dan pintar adalah mukmin yang berstrategi dalam segala urusan hidupnya. Tentunya, peluang menghadapi Ramadhan ini setahun sekali. Jika melaluinya hanya cincai-cincai, “melepas batok di tangga” dan sambil lewa, kita akan mengalami kerugian yang besar.

Contoh strategi ialah :- ingin menghatamkan Al-Quran 30 juzuk dalam bulan Ramadhan. Bagi, yang berstrategi dan bijak – mereka akan letakan target bacaan yang harus dihabiskan dalam sehari, seminggu dan sebelum. Mithalannya, sehari perlu habiskan 1 juzuk. Untuk itu, sebagai kiraan mudah seseorang disiplinkan diri membaca Al-Quran  sekurang-kurangnya 2 helai sebelum dan 2 selepas solat fardu. 4 helai untuk satu fardu. Puratanya  satu juzuk adalah 20 helai. Jadi, 4 helai dikalikan dengan 5 waktu fardu maka jadinya 20 helai.

 

[2] – Tidak terlalu memberatkan diri. Bersederhana, agar tidak penat.

 

Baik, bersederhana adalah kunci kepada istiqamah. Biasannya, kita akan bersemangat di awal Ramadhan. Kemudian, lama-lama hari yang berlalu – semangat itu kian pudar. Ada orang begitu pulun dan rancak membaca Al-Quran pada 1 Ramadhan sehingga berjuzuk-juzuk. Kemudian, dia rasa letih dan penat.

Justeru, kita harus meletakan mind setting, bahawa perjalanan kita jauh dan bersederhana itu sangat-sangat penting. Pentingkan kualiti dan mutu ibadah kemudian, jika mampu gandakan kuantitinya.

 
[3] – Harus Melihat Ramadhan bukan sebagai bebanan, tetapi hadiah daripada Tuhan.

 

Ada sesetengah kita begitu terbeban dengan Ramadhan. Kena berpuasalah, kena pantang itu. Kena pantang ini. Banyak perkara yang disukai nafsu menjadi terbatas dan terhalang. Oleh itu, hal ini harus diamati dengan sebaiknya.

Ramadhan perlu dijadikan sesuatu yang istimewa dan berharga. Ia bukannya bebanan tetapi, ia adalah hadiah daripada Tuhan. Hadiah daripada Allah SWT buat hamba-hamba-Nya. Justeru, bayangkan bagaimana kita menerima hadiah daripada seseorang? Hati teruja, gembira dan keseronokannya tidak tergambar. Oleh itu, begitulah yang harus kita rasai disaat menerima Ramadhan dalam kehidupan kita.

Seronok. Gembira dan Ceria!

3 Tips ini, mari kita rencanakan ia sebagai persediaan untuk kita skor sebaik mungkin untuk Ramadhan kali ini. Saya benar-benar yakin, jika kita berusaha – insyaAllah kemanisan dan kenikmatan Ramadhan akan dikecapi.

Motto kita : Ramadhan Kali Ini Adalah Ramadhan Terbaik!

Comments (16)

Leave a Comment

Copyright © 2012-2013 LangitIlahi.com. All rights reserved. LangitIlahi.com (LI) are registered trademark of LangitIman Resource

Scroll to top