Motivasi : Tips – 10 Formula Bangun Awal Sebelum Subuh
Keheningan Subuh, ia mempunyai rahsia dan kekuatan yang tersendiri.
Berpagi-pagian di awal pagi merupakan amalan salafusoleh dan orang-orang mukmin sejak zaman berzaman. Malah, terdapat suatu rahsia serta kekuatan yang luar biasa bagi mereka-mereka yang membiasakan diri bangun awal di pagi hari.
Mereka adalah insan-insan yang terpilih yang bangun awal sebelum Subuh dan mereka melaksanakan solat Subuh setiap hari ikhlas kerana Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“ Dan dirikanlah pula solat Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh malaikat.”
(Surah al-Isra 17 : 78)
Namun, selalunya apa yang berlaku dalam realiti kita ialah – ia adalah suatu yang sangat-sangat sukar untuk bangun awal sebelum Subuh. Selimut yang seringan kapas itu terasa bebanannya seperti batu konkrit. Dan, ramai di kalangan kita terlepas kewajipan asasi di awal pagi iaitu solat Subuh kerana susah untuk bangun daripada tidur yang nyenyak.
Kali ini, saya kongsikan tips bagaimana untuk bangun awal sebelum Subuh. Tips ini bukanlah sekadar untuk dihebah-hebahkan atau diwar-warkan semata-mata, tetapi untuk digerakan, diamalkan dan dilaksanakan oleh kita semua.
- Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Setting diminda, bahawa kita ingin bangun awal keesokan harinya. Lebih baik sekiranya kita katakan secara terperinci tentang masa yang ingin kita bangun. Contoh : “ Esok saya akan bangun pada jam 5.30 pagi.”
- Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata. Bayangkan inilah wudhuk kita yang terakhir. Kita memyempurnakan wudhuk dengan tertib, tenang dan sesempurna mungkin.
- Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum tidur. Sebaiknya, solat sunat Taubat. Cantiknya, sebelum tidur kita memohon keampunan serta membersihkan diri daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat kita kepada Allah SWT.
- Gunakan alat bantuan untuk membangkitkan kita daripada tidur. Mohon bantuan ibu bapa, adik-beradik atau kawan-kawan yang ada. Di samping itu, setkan jam loceng atau alarm telefon kita berhampiran dengan kita.
- Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal. Tidur yang secukupnya memudahkan kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.
- Bacakan doa sebelum tidur dan bacaan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas. Hembuskan bacaan tadi ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Mohon perlindungan dan pemeliharaan daripada Allah SWT.
- Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan zikir memuji dan memuja Allah SWT. Alhamdulillah, Alhamdulilah, Alhamdulillah.
- Teruskan dan ulang berkali-kali tips ini jika gagal. Peringkat awal, ia seperti sukar. Lama kelamaan ia akan berputik di hati. Kita akan biasa dengan amalan ini jika ia dilakukan terus-menerus tanpa putus asa.
- Jika berjaya, syabas saya ucapkan. Sekarang cabarannya ialah untuk mengekalkan amalan ini dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Jadi bagaimana?
- Perbanyakanlah berdoa, bermunajat dan merintih kepada Allah SWT agar kita sama-sama istiqamah dan konsisten dengan amalan bangun awal ini. Hasrat dan harapan kita hanya satu agar Allah SWT sayang dan redha kepada kita.
Justeru, bilakah kita akan mulakan tips ini?
Saranan saya, kita lakukan segera tanpa bertangguh. Esok pagi, adalah pagi yang terbaik untuk kita. Kerana apa? Kita mampu bangun awal sebelum Subuh, bersiap siaga untuk solat Subuh berjemaah, menghiasinya dengan bacaan Al-Quran, berdoa, berzikir dan terus berfikir untuk masa hadapan kita di akhirat.
BroHamzah
Berjuang bersungguh-sungguh untuk bangun awal sebelum Subuh.


Teman Nabila
terima kasih atas perkongsiaan ^_^
Nabieyl
perkongsian yang sangat berguna,.. >.<
fadhlinsakina
Practise make perfect
Nisa
Syukran akhi..sangat bermanfaat
ilyas91
Tips yang berguna.
Insya-Allah akan diamalkan.
cahaya keimanan
Insya’allah akan diamalkan^^
RohiD
semangat untuk practise..moga2 dipermudahkan.
sitinurhafizahzainuddin
Nadhirah
Tips yang pertama tu memang berkesan. Sejak dulu saya amalkan untuk berniat nak bangun waktu2 tertentu, alhamdulillah setiap kali tu jugak la akan tersedar dari tidur
cahaya
Jazakallah Khair.. perkongsian yang baik..mohon share ye bro hamzah
Siti Nur Asyrafiah
seawal yg mungkin akan dipraktikkan, insya Allah
tanx for da tips
mursyidaazzahra
tips yang berguna
syukran ..kasiran
afrina zalikha
terima kasih untuk tips yang sangat berguna ini
nurhamiza
nice time.
syukran bro Hamzah.
rauna
Bangun tengok jam tidur balik..;)
mia
jzzk ^_^
mohmad Basri bin Ghazali
Info berguna umpama sebutir mutiara yang gugur dari langit .Insyaalah tip ini banyak membantu menjadi hamba
nassiha
tips yg berguna untuk muslim dan muslimah yg ingin meningkat diri lg menjadi dekat dengan Allah.. wallu’alam=)
Seindah Perhiasan
tips tambahan yg slalu sy buat adalah set kipas/air-cond agar ‘off’ pada masa kita nk bangun atau pun bila dah sedar cepat2 bangun tutup kipas n ‘on’ lampu. alhamdulillah it worked out on me. sblum tidur jgn makan. kalau boleh minum air byk2 sblum tidur so that, nk tak nak kita kena bgun utk buang air. so bila dah aktif n suhu badan meningkat senang untuk terus berjaga. kadang2 kita dah bangun tapi tidur balik….
BroHamzah
Seindah Perhiasan
Alhamdulillah, menarik perkongsian saudara/i. Alhamdulillah, syukran kerana sudi berkongsi.
Boleh masukan dalam list tips.
BroHamzah
shah
saya mintak copy gambar ni ye..
ami
bgosss
azmiraazmi
terima kasih… tip yang amat berguna.
OL
jom amalkan !
naim
bagus betul lah web ni
layinul harir
perkongsian yg menarik terutamanya utk students asrama..
Nurul
mohon share di blog
naim
skarang dah boleh bangun tido awal pagi… seronoknya!!!!
zakee
thanks with sharing…… sanagt bagus..ni la masaah saya dari dulu sampi l ke hri nie..uhuhu
Zoel
Mantap pak, semoga motivasi ini bisa memberi kita jalan kearah yang lebih baikk
Sya
Seorang student sekolah agama share tips. katanya , sebelum tidur baca 4 ayat terakhir surah alkahfi then niat nak bangun pukul berapa. in Sha Allah boleh