Motivasi : Tips – 15 Warming Up Menuju Ramadhan
Ramadhan Semakin Hampir, Bersediakah Kita?
Picture – Velocyra of Devianart
Sedar atau tidak, kita sudah menghampiri Ramadhan.
Hari ini, kita berada di bulan Rejab. Kemudian, seminggu dua lagi kita akan menjejaki bulan Saaban. Dan – akhirnya akan tiba suatu bulan yang amat-amat dirindui iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak.
“ Abang, apa persiapan kita untuk hadapi Ramadhan ini?,” Soal isteri saya.
Terkejut dan terkedu saya. Suatu soalan yang menyentap perasaan. Seolah-olah tidak menyedari akan kehadiran Ramadhan yang bakal menjelma.
“ Persiapan?,” Saya soal diri saya.
Persiapan dan persediaan menghadapi bulan Ramadhan amat-amat penting. Ia umpama sesi “warming-up” yang akan memberikan suatu posisi kesediaan yang meliputi aspek kejiwaan, fizikal, rohani, minda dan emosi kita.
Justeru, seringkas dan se”praktikal” yang mungkin saya kongsikan warming up menuju Ramadhan yang saya ambil berdasarkan panduan para ulama dan tips-tips oleh kitab-kitab tulisan para ilmuan Islam sebagai rujukan bersama.
- Lakukan pembacaan buku daripada kitab-kitab, buku-buku dan artikel-artikel berkaitan dengan Ramadhan.
- Lakukan warming-up dengan berpuasa setiap Isnin dan Khamis
- Latihan dan intensif tidur awal dan membiasakan diri untuk bangun awal.
- Mulakanlah membaca Al-Quran setiap hari dengan penuh tadabur, khusyuk dan terancang.
- Luangkan masa mendengar lantunan bacaan Al-Quran daripada pasangan anda, qari-qari yang terkenal dan kaset-kaset radio.
- Biasakan diri untuk sentiasa memelihara wudhuk.
- Dekati, hampiri dan bergaul dengan orang-orang yang alim, warak dan soleh.
- Setiap malam sebelum tidur, bermuhasabahlah diri kita.
- Perbanyakanlah mendirikan solat sunat setiap hari, terutamanya di saat sepertiga malam.
- Dalam sehari, berikanlah masa untuk bersendirian untuk berzikir kepada Allah SWT.
- Mulakanlah amalan bersedekah, sedikit demi sedikit.
- Bantulah orang lain yang sangat-sangat memerlukan sama ada dalam bentuk keilmuan, bantuan kewangan, pertolongan kudrat dan kemahiran yang kita miliki.
- Luangkan masa bersama ahli keluarga, rakan dan sesiapa sahaja disekitar anda dan berbincangkanlah tentang Ramadhan yang bakal tiba, persediaan, harapan, perlaksanaan dan sebagainya.
- Bagi yang berkemampuan untuk mengerjakan umrah, maka rancanglah ia dengan sebaiknya.
- Hebah-hebahkan, war-warkan dan maklumkan tentang ketibaan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi kepada kenalan, sahabat handai dan sesiapa sahaja melalui SMS, emel, FB, twitter dan blog-blog anda.
Penutup : Kita mulakan.
Mari sama-sama kita mulakan sesi “warming up” ini. Sesi memanaskan jiwa, perasaan, tumpuan dan fokus kita terhadap Ramadhan. InsyaAllah, dengan sedikit persediaan ini kita akan lebih bersedia, terarah, bertenaga dan memiliki matlamat yang jelas untuk dicapai “sesuatu” yang berharga sepanjang bulan Ramadhan nanti.
BroHamzah
Kita Mulakan. Mulakan Sekarang. Do It Now!


nurhamiza
mari warm up!
cahaya keimanan
marhaban ya ramadhan^^
Teman Nabila
Nabieyl
>.<
sitinurhafizahzainuddin
mujahid Islam
marhaban ya ramadhan~
fadhlinsakina
warming up yg osem!
Nadhirah
Terima kasih untuk tips2 ni. Ramai-ramai kita bersedia untuk warm up sebelum berjumpa bulan Ramadhan yang penuh barakah
RohiD
insyaALLAH, akan mulakan…:-)
rauna
41 hari lagi..Insyallah. Bersedia!
ilyas91
Apabila hendak bersukan, kita perlu untuk panaskan badan terlebih dahulu untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti kekejangan otot dan sebagainya.
Begitu juga untuk menghadapi bulan Ramadhan iaitu bulan yang penuh barakah. Sangatlah digalakkan untuk melakukan “pemanasan badan” ataupun “warm up” untuk mengelakkan rasa kekok dan menambahkan prestasi amalan kita di bulan Ramadhan itu nanti. Insya-Allah!
Ibnu Fuad al malizi
nice!
cahaya keimanan
counting for ramadhan karim..jom amalkan^^
IliMeitantei
Jom!!!
syahirah
ayuh~
afiqah92
semoga kita dapat berjumpa kembali dengan Ramadhan, InsyaALLAH
Deknie
Thanks for the info… mintak sharing yer…
qusyairy astawa
Alhamdulillah… semoga bermanfaat pd kite semua.. amin