Jumaat, 24 Mei 2013   |   14 Rejab 1434H   |   56 Pembaca Online   |   Salam, guest!  Login or Register
You Are Here: Home » Himmah » Himmah : Maksiat Tidak Mungkin Bersatu Dengan Taat

About The Author


Author

Afdholul Rahman bin Che Ani. Lahir pada 3 Oktober 1991. Menetap di Pulau Pinang Pulau Mutiara. Menamatkan pengajian peringkat menengah di Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Tunjung, Beseri. Pernah mengendalikan dan melaksanakan program-program motivasi, perkhemahan remaja dan seminar-seminar bersama beberapa badan NGO. Kini melanjutkan pelajaran dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan.

Number of Entries : 101

Himmah : Maksiat Tidak Mungkin Bersatu Dengan Taat

Tidak mungkin bersama dua jalan yang berbeza.

 

Minyak dan air, kalau dicampurkan dan digaulkan sekali di dalam sebuah bekas, ia tetap tidak akan bercampur. Minyak akan berada di lapisan atas sementara air pula di bawah.

Ia tidak dapat bercampur kerana yang satu lebih tumpat dari satu yang lain.  Ketumpatannya berbeza-beza.

Air yang dicampur dengan minyak, tidak mungkin ada lagi yang ingin meminumnya. Walaupun hakikatnya, sebenarnya lapisan air dan minyak tetap terpisah tidak bercampur, tetapi tetap tidak ada siapa yang mahu minumnya kalau sudah bercampur keduanya.

Maka, begitu jugalah amalan kemaksiatan dan ketaatan kepada Allah.

 

DUA HALA TUJU BERBEZA

Taat kita kepada Allah, ke arah manakah ia akan bawa kita?

Maksiat kepada Allah, ke arah mana pula?

Adakah mungkin kedua-duanya berada di landasan yang sama dan sehala?

Sudah tentulah tidak, bukan? Satunya bawa ke syurga, dan satu lagi bakal menghantar kita ke neraka. Mana mungkin ada persamaan antara keduanya. Bahkan, jauh sekali untuk bertembung.

Kalau satunya sudah ke Timur, dan yang satu lagi ke Barat, mana mungkin berlaku pertembungan.

Maka, begitulah kemaksiatan dan ketaatan kita kepada Allah.

Kedua-duanya adalah urusan yang tidak boleh dicampur adukkan.

 

‘ALAH, BANG. BUKAN SEMUA TAK BAGUS. ADA YANG BAGUS JUGA’

Mengadakan sambutan atau perayaan terhadap sesuatu seperti kejayaan, kemerdekaan atau apa-apa jua adalah bagus. Tidak ada masalah. Namun, bila yang diisi di dalam sambutan itu adalah kemaksiatan, maka itu yang menjadi masalah.

Hendak sambut hari apapun, atau perayaan apa-apa jua, tidak ada masalah. Asalkan yang terisi di dalam sambutan itu adalah yang benar-benar bertepatan dengan kehendak Allah.

Hendak sambut merdeka, tidak ada masalah, asalkan bukan percampuran dan pergaulan lelaki perempuan yang menjadi ‘pengisian’ di dalamnya.

Hendak sambut hari perayaan tidak ada masalah, asalkan jangan melebih-lebih sangat sehingga mengabaikan tuntutan wajib seperti solat fardhu ataupun pergi dedah aurat sana sini.

Apakah yang diisi dalam sambutan atau perayaan itu? Baik atau tidak baik?

Kalau sekalipun sambutan atau perayaan itu baik, tetapi bila pengisiannya tidak baik, maka tidak baik jugalah jadinya.

Kalau sambutan itu sudah memang jelas bertentangan dengan syara’, maka isilah dengan zikir ke, doa ke, apa ke, tetap jadi tidak baik.

“Alah, bang. Bukan semua tak bagus. Kan ada juga yang bagus tu. Ada qiam dan solat berjemaah lagi.”

Sama sahaja. Meskipun dalam sambutan itu ada perkara yang baik seperti kuliah maghrib ke ataupun solat berjemaah ke, tetapi kemudian dihiasi atau dicampur aduk pula dengan perkara tidak baik pula seperti tarian antara lelaki dan perempuan, konsert yang tidak syar’i, persembahan-persembahan yang melampaui batas sehingga membuatkan lelaki dan perempuan tanpa segan silu lagi bercampur dan terkinja-kinja, maka ia tetap tidak baik.

 

‘HABIS TU, TAK BOLEHLAH KALAU NAK BERHIBUR SIKIT-SIKIT PUN?’

Boleh. Siapa kata tak boleh?

Islam tidak pernah halang umatnya untuk berhibur. Bahkan berhibur itu sendiri adalah satu keperluan bagi manusia jika kena pada dos dan masanya.

Boleh saja nak berlakon, mahu nyanyi atau bernasyid, mahu bersajak atau bersyair, atau apa-apa jua jenis hiburan asalkan jangan sampai melanggar batas-batas yang Islam telah tetapkan.

Kalau dalam sebuah persembahan itu, sampai terkinja-kinja dan tergedik-gedik lelaki dan perempuan sehingga tengah malam, duduk pula bercampur aduk dan tidak dipisahkan, dedah aurat sana sini, maka itu sudah lebih dari dosnya dan sudah melampaui batas yang Islam telah tetapkan.

Hendak berhibur, berhiburlah. Tinggal lagi, jagalah batas-batas dan adab-adab yang Islam ajarkan pada kita.

Hiburan ini bukanlah keseluruhan kehidupan, tetapi ia adalah sebagai sebahagian daripada pelengkap kehidupan. Ibarat garam dalam makanan, kalau tidak letak langsung, makan pun tak berapa nak rasa, kalau terlebih banyak, masin pula jadinya. Maka, letakkan pada kadarnya, makanan kita akan jadi sedap.

Pendek kata, hendak berhibur, berhiburlah. Tidak ada masalah. Asalkan jangan melampau sangat. Jadikan hiburan sebagai medan ibadah kita juga, bukan medan dosa.

 

PENUTUP : HENDAK TAAT, TINGGALKAN MAKSIAT

Kalau air yang putih bersih boleh digunakan untuk minum, mandi dan bersuci, tetapi bila dicampur dengan air longkang, siapakah lagi yang mahu menggunakannya untuk minum, mandi ataupun bersuci?

Pastilah tidak ada.

Maka, pisahkanlah antara maksiat dan taat. Tidak mungkin kita hendak melakukan kebaikan, kemudian kita campur adukkannya dengan kejahatan. Hendak ke syurga, tetapi memilih jalan ke neraka, mana mungkin sampai ke syurga.

Positif + Negatif = Negatif

Persamaan yang pernah kita pelajari dalam Matematik ini sangat relevan untuk kita kaitkan dalam hal ini.

Dan apakah pula neraca yang kita gunakan dalam menentukan nilai baik sesuatu perkara?

Ada suatu kaedah syara’ yang berbunyi bermaksud :

“Yang baik itu adalah apa yang dikatakan baik oleh syara’, yang buruk itu adalah apa yang dikatakan buruk oleh syara’.”

Itulah neraca kita dalam menentukan baiknya sesuatu perkara. Kita buat sesuatu mengikut apa yang Allah suka, bukan apa yang manusia suka. Kita buat sesuatu mengikut apa yang Allah mahu, bukan apa yang manusia mahu.

Maka, kalau kita hendak ikut apa yang Allah mahu, hendak suka apa yang Allah suka, tunduklah penuh ketaatan kepada Dia dan tinggalkanlah kemaksiatan !

Comments (21)

  • cahaya keimanan

    cahaya keimanan

    “Minyak dan air, kalau dicampurkan dan digaulkan sekali di dalam sebuah bekas, ia tetap tidak akan bercampur. Minyak akan berada di lapisan atas sementara air pula di bawah”. Begitu juga taat dan maksiat tidak akan bersama dalam satu masa.

    Reply
  • amirazfar

    terjawab persoalan saya mengenai kekuatan iman dengan cara hidup seseorang. iman takkan hadir dengan gaya hidup negatif. Alhamdulillah dan JazakAllah Khair dengan peringatan emas ini afdhoul.

    Reply
  • Nor Aminah Ismail

    suka dengan analogi yg diberikan oleh saudara afdholul,sgt jelas:)

    Reply
  • nurhamiza

    nurhamiza

    berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah.
    hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah.
    positif dan negatif itu lain arahnya.
    lain penghujungnya.
    :)

    Reply
  • Nabieyl

    Nabieyl

    minyak & air..
    umpama garam & gula,sama rupanya,sama warnanya
    tapi lain rasanya,lain asalnya..
    >.<

    Reply
  • Nisa

    Penerangan yang sangat jelas..:)

    Positif + Negatif = Negatif

    Reply
  • Nadhirah

    Berhibur tak salah selagi tak menyalahi syara’…Tapi itu lah…hiburan sekarang ni kebanyakannya mesti ada unsur-unsur yang bertentangan dengan syariat.Macam-macam…

    Reply
  • NazirulMubin

    Halal + Haram = Haram
    Nafsu memang bijak memperdayakan. Apatah lagi disogok dengan ‘taubat’. bila nak buat jahat, nafsu cakap, boleh taubat nanti.. keliru hamba

    Reply
  • sharifah

    Celiklah matamu..Ya Allah,berilah hidayah dan petunjukMu kpd smua..

    Reply
  • ilyas91

    ilyas91

    Kenapa apabila positif bercampur dengan negatif, negatif akan menang?
    Mudah sahaja jawapannya.
    Kerana orang yang negatif ini sangat kuat daya tarikannya untuk mempengaruhi orang sekeliling.
    Wallahua’lam.

    Mari sama-sama kita bergaul dengan orang yang positif. Insya-Allah.

    Reply
  • nurfatin

    nur fatin

    bagaimana pula mjlis mkn mlm yg dimulakan dgn doa sbg mmberkati mjlis..lepas tu msuk nyanyian dr suara prmpuan.. ??
    selalu berlaku di mjlis2 di msia.

    Reply
  • Fath

    menarik formula yg diberikan, positif + negatif = negatif. relevan utk dianalogikan dgn kehidupan manusia

    Reply
  • asyrafiah

    minyak dan air, perumpamaan yang betul~
    syukran~

    Reply
  • sitinurhafizahzainuddin

    sitinurhafizahzainuddin

    Positif + Negatif = Negatif
    Positif + Positif = positif :) :)

    Reply
  • hayaat salleh

    hmm,, saye sgt setuju dgn apa yg telah diperkatekan oleh saudara hilal asyraf,, go hilal asyraf! saya akan selalu menyokong saudara dari belakang,, walopon xtau la dri belakang mne kan,, hehehe just kidding,, :) Allah will always be with those who are true

    Reply
  • OL

    Perkongsian yg sgt berguna. Alhamdulillah :)

    Reply
  • RohiD

    RohiD

    alhaamdulilah, terima kasih mengingatkan.. :-)

    Reply
  • Shazren @ RAINFIIZ1437

    artikel yg membntu…sbnarnya, kita hnya prlu sdar sblum trlmbt sbb idup dn mati kita ditentukn Allah….thankz…:)

    Reply

Leave a Comment

Copyright © 2012-2013 LangitIlahi.com. All rights reserved. LangitIlahi.com (LI) are registered trademark of LangitIman Resource

Scroll to top