Kehidupan: Terperangkap Di Alam Maya.
Picture by http://-syb.deviantart.com/
Dunia hari ini berkembang dan wujud pelbagai teknologi yang beberapa tahun sebelum ini tidak pula menjengah ke dalam minda kita. Namun begitulah dunia, sifatnya berkembang dan terus berjalan. Sesiapa yang alpa dan leka akan ditinggalkan, sesiapa yang belajar mengambil peluang dan menyusun perancangan, maka dia akan berjaya serta menggapai kejayaan.
Antara kemajuan masa kini adalah internet. Alam maya. Lambang perkembangan dunia ini tanpa sempadan. Seakan-akan terwujud satu lopmpong baru di dalam kehidupan ini, yang menunjukkan bahawa ada satu lagi kehidupan yang lain.
Di alam maya itu ada blog, ada laman sosial, ada group-group dan pelbagai lagi. Hingga kita mengwujudkan komuniti-komuniti di alam maya, dan berurusan di dalamnya.
Tanpa menafikan pelbagai kepositifannya, kemajuan ini juga banyak memerangkap manusia.
Bukan sahaja mereka yang berniat menggunakan alam maya ini dengan sia-sia, tetapi juga kepada mereka yang berniat baik dan ingin menggunakan alam maya ini ke jalan yang bermanfaat, sebagai contoh – berdakwah ke arahNya.
Yang Mana Satukah Merupakan Realiti?
Kita hidup di alam mana? Kita mati di alam mana? Kita sakit di alam mana? Di alam manakah yang kita perlukan makanan dan minuman? Di alam manakah yang kita perlukan pakaian dan rehat? Di alam manakah yang kalau kita terhenti(mati) maka ‘kita di alam-alam’ yang lain juga akan turut mati?
Maka alam itulah dia yang merupakan realiti, manakala yang lain bukan. Dan pada saya, jawapannya tidak akan sesekali menjadi ‘alam maya’.
Tetapi ramai tidak mendalami perkara ini, kerana seronoknya mereka dengan teknologi alam maya seperti Facebook dan Blog. Menyebabkan mereka merasakan bahawa itulah dia alam mereka. Di sana mereka bermesra, di sana mereka berhubungan, di sana mereka habiskan masa mereka. Hingga mereka tidak berganjak daripada komputer, laptop, gajet-gajet seperti iPad dan Samsung Tab atau Telefon-telefon pintar, untuk satu jangka masa yang panjang.
Apabila Kita Telah Tersilap.
Apabila kita telah tersilap memandang yang mana satu merupakan ‘realiti’, di situ kita akan tersilap dalam merancang penyebaran dan penanaman kebaikan di dalam kehidupan kita dan masyarakat.
Kita akan terlalu sibuk ‘melaksanakan kebaikan’ di alam maya hingga langsung tidak bergerak di alam realiti. Kita sibuk share poster-poster kebaikan di dalam Facebook, kita sibuk berkongsi tazkirah dan pandangan terhadap Islam di dalam blog-blog kita, tetapi kita tidak bergerak dan mendekati masyarakat di alam realiti kita.
Kita sibuk mendekati akaun-akaun, group-group, blog-blog, tetapi kita tidak bergerak di dalam masyarakat, membina peribadi-peribadi, bergerak bekerja menyebarkan kebaikan dan manfaat di dalam komuniti realiti, mengimarahkan masjid dan membina rukun tetangga yang mithali, mendidik anak-anak dan isteri serta famili, menyantuni rakan-rakan dan sahabat, dan sebagainya.
Di sini, akan berlaku kepincangan.
Kerana kita hanya hebat di alam maya, tetapi merupakan angka-angka kosong di dunia yang sebenar.
Maka dakwah kelihatan kuat, tetapi hakikatnya hanya kuat di dalam ‘sangkar’.
Penutup: Bukan Tidak Boleh Langsung. Boleh. Tetapi Perlu Bijak.
Bukanlah artikel ini menafikan kelebihan dan manfaat yang ada daripada teknologi alam maya seperti Facebook dan Blog. Bahkan, saya dan kami di LangitIlahi menggalakkan kita semua menyumbang sesuatu, dan kalau boleh sumbang di dalam Facebook dan Blog, maka apa salahnya kita menyumbang di situ.
Namun, apa yang saya ingin tegaskan di sini adalah, kita perlu bijak menyusun. Jangan terperangkap di alam maya semata-mata, dan merasakan di situlah segala-galanya. Dapat like yang banyak, dapat share yang banyak, kita rasa dakwah kita, kebaikan yanbg kita sebar itu telah berjaya. Dengan itu, kita hakikatnya telah tertipu.
Tetapi, bergeraklah juga di alam realiti. Pastikan angka-angka yang like, yang share, di alam maya itu bukanlah angka-angka kosong. Kita merealitikan angka-angka di alam maya itu, kepada tubuh-tubuh yang real di alam realiti. Dengan sedemikianlah baru kita dapat menyentuh hati-hati dan membina peribadi-peribadi, sekaligus merubah keadaan masyarakat hari ini.
Jangan terperangkap di alam maya.
Alam maya hanya alat. Gunakannya pada kadar yang sepatutnya. Bukan berlebih-lebihan, seakan-akan ia adalah segala-gala.
Perlu bijak.



Nabieyl
~yang penting carilah api, bukannya nak usahakan api yang belum ada agar membakar~
-ustaz pahrol mohd juoi.
raudhah
kekuatan bukan sekadar semangat juang, tapi diiringi dengan tindakan~
nur fatin
betol2..terima kerana perkongsian ilmu
ilyas91
Realiti zaman sekarang:
Hebat di alam maya, tetapi amalnya tiada.
Muhasabah diri.
cahaya keimanan
peringatan yg bagus..^^
Kamal Hafiz
HIKIKOMORI: Generasi-Z Idaman Kita? – http://saifulislam.com/?p=8740
Nadhirah
Insyaallah akan berusaha memastikan perjalanan dakwah seimbang antara realiti dan alam maya. Dakwah di alam realiti lebih memberikan makna berbanding di alam maya yang mungkin kesannya hanya sampai sedikit saja.
mujahid Islam
terima kasih untuk artikel ini…
OL
ya , betul . kadang2 kita hebat berkata-kata di alam maya , ttpi kaku di alam realiti.
Artikel yg sgt baik !
Nur Ilahi
Perkongsian yang menarik..
membuatkan saya berfikir sejenak..
semoga kita terus istiqamah dalam menyebarkan dahwah..
NazirulMubin
semoga menyedarkan semua golongan belia di malaysia..
“Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?”
“Amatlah besar kebencian di sisi Allah apabila kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan.”
Peace (>.<)
Nor Aminah Ismail
syukran atas perkongsia,:)
mia
rauna
Maya vs Realiti.
mar8029
Alam maya hanyalah sebagai saluran utk menghubungkan dan menyampaikan sesuatu.
Alam realiti mesti didahulukan dan diberi keutamaan. prioriti kita di mana?
nurhamiza
maya itu bukan dunia kita.
maya itu hanya tempat persinahan semata-mata.
Nur Syafiqah
artikel yg bagus. sesuai dengan isu yang berlaku sekarang,
Ya, benar. Alam Maya itu sesuatu yang tidak natural. Keutamaan perlu diberikan kpd dunia realiti, dunia yang tanahnya dipijak dan langitnya digapai. Insha Allah.
muhammad adib
kehidupan memerangkapkan
tapi perlulah kite aturkannyer..
muhammad adib
best
Asmida Ideris
Terbaik! Jazakallahu khairan.
Cuma kenapa dah tak terima notifcation new article melalui facebook account Langitilahi ye? Ataupun saya tak perasan.
Teman Nabila
terima kasih atas perkongsiaan ^_^
Hisyamuddin Zahron
Syukran perkongsian menarik
azmiraazmi
peringatan yang baik!
merahbiru
yup! betul tu.