Kehidupan: Dia tanpa pengalaman. Dia bila berpengalaman.
Picture by http://lady-mon.deviantart.com/
Apabila Allah mengarahkannya sujud kepada Adam, Iblis dengan angkuh telah ingkar kepada Allah SWT. Maka Allah SWT telah mengeluarkannya daripada Syurga. Akhirnya lahirlah satu makhluk yang telah bersumpah untuk menyesatkan Adam dan seluruh keturunannya.
Ketika dikeluarkan itu, dia baru sahaja menjadi ‘penghasut ke arah kejahatan’. Iblis masih kosong. Iblis masih tidak punya pengalaman menjadi penghasut. Dia tidak punya apa-apa. Dia orang baru.
Tetapi tanpa pengalaman, tanpa ilmu ketika itu, Iblis telah berjaya menghasut Adam AS. Bahkan bukan sekadar menghasut, Iblis yang tiada pengalaman itu telah berjaya mengeluarkan Adam AS dan isterinya Hawa daripada Syurga.
Kini, selepas berbillion tahun, selepas menyesatkan berbillion orang, selepas merosakkan banyak kaum hingga tidak terbilang, selepas menjatuhkan ramai abid-abid…
Bagaimanakah Iblis dan bala tenteranya hari ini?
Adakah anda merasakan, diri anda terselamat?
Ittaqullah!
Ittaqullah bermaksud = bertaqwalah kamu kepada Allah.
Apakah maksud taqwa? Apabila Ubay bin Ubay ditanya akan soalan itu oleh Umar Al-Khattab, Ubay membalas dengan soalan:
“Pernahkah engkau wahai Umar, melalui jalan penuh duri?”
“Pernah”
“Dan apa yang engkau lakukan?”
“Aku sinsing kainku agar tidak dicarik duri, dan aku langkah kakiku berhati-hati untuk mengelak dari terpijak duri.”
“Maka itulah dia taqwa” Ubay menjawab.
Di sini dapat kita lihat, makna taqwa adalah takut untuk menyentuh apa-apa sahaja yang dilarang oleh Allah SWT. Bahkan ia diceritakan dalam bentuk penjagaan yang sangat berhati-hati.
“Aku sinsing kainku agar tidak dicarik duri, dan aku lagkah kakiku beerhati-hati untuk mengelak dari dipijak duri.”
Sekiranya kita meletakkan Allah itu di hadapan, maka nafsu itu perlu kita tundukkan selaras dengan apa yang Allah kehendaki.
Pengawalan penuh hati-hati ini adalah untuk apa?
Kerana Iblis akan berusaha mengajak kita ke arah apa yang Allah murka, setiap masa dan setiap ketika. Sebab itu, pesanan agar kita bertaqwa kepada Allah bukanlah pesanan yang patut dipandang enteng.
Hakikatnya, ia adalah pendinding. Dan pendinding ini kelihatannya sangat rapi. Rapinya pendinding, melambangkan kehebatan serangan yang bakal dihadapi. Tidakkah anda memerhati?
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).” Surah Al-A’raaf aayat 201.
Kamusnya tiada putus asa
Untuk Iblis dan kuncu-kuncunya, tiada perkaataan putus asa di dalam kehidupan mereka. Di sini, mereka telah memberikan contoh kepada kita sebenarnya dalam memperjuangkan ideologi mereka. Lebih mengkagumkan, Iblis adalah makhluk yang gigih memperjuangkan ideologinya dalam keadaan dirinya mengetahui bahawa apa yang dilakukannya adalah satu kesalahan.
Bayangkan. Dia berkomunikasi dengan Allah secara direct. Mustahil dia tidak mempercayai akan kewujudan Allah SWT. Dia mengeluarkan Adam dari Neraka. Mustahil dia tidak mengetahui akan azab seksaNya. Tetapi kerana angkuh dan takabbur, ego dan lupa diri, akhirnya Iblis menjadi seperti hari ini. Walaupun sedar ideologinya silap, dia tidak berpatah kembali.
Sebab itu, laungan dan janjinya adalah: Dia hendak membawa seramai mungkin anak Adam masuk neraka bersamanya. Lihat – Masuk neraka. Dia percaya bahawa adanya neraka. Tetapi itulah dia Iblis. Dia meminta tangguh umurnya hingga ke hari akhirat untuk mengajak manusia ke jalan kemungkaran. Lihat – Tangguh umurnya hingga ke hari akhirat. Dia percaya bahawa adanya hari perhitungan. Tetapi itulah dia Iblis.
“Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat) .” Surah Saad ayat 79.
Makhluk sebegini nekad, tidak akan membiarkan manusia bersenang-senang menjalani hidup di dalam ketaatan.
Maka bagaimakan kita, manusia, yang terdedah akan dendam makhluk sebegini nekad, boleh tidak mewujudkan satu defensive system di dalam kehidupan kita bagi mengelak terjerumus ke dalam godaannya?
Mustahil bukan?
Penutup: Wahai manusia, berhati-hatilah
Hari ini, telah berlalu satu jangka masa yang panjang dari hari pembuangan Iblis. Pada hari pertama tugasnya dia telah berjaya mengeluarkan manusia yang dicipta Allah dengan tanganNya sendiri dari syurga. Selepas itu dia melalui hari-hari seterusnya dengan menghasut dan menghasut ramai lagi manusia.
Hinggalah hari ini. Seninya sudah semakin halus. Tekniknya sudah semakin hebat.
Alangkah bodohnya manusia, sekiranya tidak membuat persediaan.
Apakah persediaan yang patut dilakukan?
Mendekati Allah SWT, dan berpegang teguh dengan jalannya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Katakanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian istiqomahlah!” Riwayat Bukhari.
Dan yakinlah, bagi sesiapa yang mendekatiNya dengan bersungguh-sungguh, Iblis dan kuncu-kuncunya tidak punya kuasa.
“Iblis berkata: Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan .” Surah Saad ayat 82-83.



Nadhirah
Berpegang teguh pada tali Allah agar tidak tersesat. Sentiasalah kita minta perlindungan dari Allah s.w.t…..
Lia Yusof
terima kasih hilal..artikel yang sangat berguna..two thumbs up..
khairil_aizzat
Ittaqullah..itu shaja benteng yg kita ada dijauhkan dari hasutan syaitan..tenkiu Hilal
Nabieyl
nurhamiza
hati-hati dengan hati
Nor Aminah Ismail
liciknya ko syaitan,tapi rugilah sape2 yg mengikut hawa nafsu
Nisa
Ittaqullah!!!
ilyas91
Iblis itu kerjanya menghasut manusia ke arah kejahatan.
Tetapi dia tiada kuasa untuk menyesatkan manusia.
Sesungguhnya yang Maha Berkuasa itu hanyalah Allah S.W.T.
Maka hayatilah ilmu agama dan perbanyakkan doa kepada-Nya agar kita terus diberikan kekuatan untuk melawan segala hasutan iblis laknatullah.
Insya-Allah.
kuyie
ittaqullah…. bertaqwalah kepada allah…moga kita sentiasa di landasanNya…
Sayyidah Thohirah
Iblis dan keturunannya memang licik dan bijak, kita senang diperdaya oleh Syaitan, tp ketahuilah manusia yang IKHLAS, dan berTAQWA dia tidak akan dapat diselewengkan(tertipu oleh bisikannya). Semoga Allah, menjadikan kita hamba yg Muskhlis dan Muttaqi.
sharifah
iblis dan syaitan sgt brpengalaman…we hve to know our enemy to be safe from them..
sitinurhafizahzainuddin
bertaqwalah kepada allah
arasy
assalamualaikum. ade musykil sikit dlm artikel ni. bawah keyword; ‘Kamusnya tiada putus asa’, ada ayat – ‘dia mengeluarkan Adam dari neraka.’ bukankah Adam dikeluarkan dari syurga? mohon jelaskan kepada jiwa yang sedang kurang jelas ini. Barakallah
rauna
Jika syaitan itu tidak pernah putus asa untuk memasukkan kamu ke dalam neraka,
bagaimana kamu boleh berputus asa untuk masuk ke syurga?!
OL
Astaghfirullah ..
mia
cahaya keimanan
^^
syahirah
azmiraazmi
mari kita bertaqwa kpd Allah!