Kehidupan: Dia budak agama, dia pergi usrah, dia pakai tudung labuh…
Picture by http://a2sins.deviantart.com/
Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekar pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.
Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.
Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.
Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi.
Apakah pandangan anda?
Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?
Kisah rekaan saya, tetapi situasinya merata-rata
Saya reka cerita itu. Ini bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi situasi yang sinonim seperti cerita saya di atas berlaku di banyak tempat. Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya sekadar hendak anda menjawab, betul atau tidak.
Betul kan?
Budak sekolah agama, lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar dia berzina.
Ya, apa yang kita lakukan pada mereka-mereka ini?
Biasanya, mereka dihina. Disisihkan.
“Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau”
“Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit”
“Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa”
Dan 1001 macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati.
Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian?
Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita har ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka.
Saya suka bertanya.
Siapa yang pernah pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa?
Tiada siapa menarik mereka
Kita selalu kata begini:
“Alah, pelajar agama, takkan tak tahu”
“Dia kan hafal 30 juzu’ Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”
Tetapi pada saya, ini satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf MALAIKAT.
Sedangkan, mereka adalah MANUSIA.
Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.
Dengan prinsip kita di atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu, dia mesti dah faham serta sebagainya.
Kesilapan kita, adalah di sini.
Tiada siapa yang bergerak menarik mereka.
Sebagaimana kamu, mereka juga begitu, saya juga begitu
Bila kita melakukan kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi.
Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati.
Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka, mahupun saya.
Saya sendiri, amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.
Jadi, apakah sikap kita?
Pernahkah kita mendekati ‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja?
Mereka butuh manusia yang memahami
Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga.
Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional.
Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa?
“Aku tegur dah dia” Ya la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat?
Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian.
Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.
Ini masalah kita.
Kemudian kita salahkan dia.
Sebenarnya, kita pun sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.
Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. Tunjukkan dia jalan yang betul.
Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum?
Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?
Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa?
Yakni tegur, dan pimpin mereka.
Pimpin ya. Pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin.
Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama
Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata: “Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja”
Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka.
Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga.
Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja?
“Dia kan budak agama, dia mesti faham”
Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah.
Ala, macam kita belajar la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan?
Ada ke yang skor semua mata pelajaran dia 100%?
Kalau ada pun, sekelompok kecil aja.
So, macam mana sekarang?
Kena tegur la. Bergerak mendekati mereka ini. Fahami masalah mereka ini. Mana tahu, hati mereka meronta-ronta untuk kamu membantu mereka sebenarnya.
Penutup: Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan
Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib.
“Saya mencegah dengan hati” Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi kan?
Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu tidak mampu”
Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu. Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya. Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.
Kemudian, tegur bukan sekali.
Berkali-kali. Sampaila terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?
- Kamu mati.
- Dia mati.
- Matahari terbit dari barat.
- Dia berubah.
Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.
“Tapi dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni.
Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya.
Ayuh, jangan cakap belakang sahaja.
Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT.
Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.
Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.


IMRAN
Alhamdulillah..
terima kasih atas pencerah mengenai kes ni…
persepsi masyarakat harus diubah….
sehebat manapun ilmu seseorang itu….
hakikatnya,mereka juga seorang manusia..
bukannya Malaikat!!
sjiehan
sikap dan mentaliti orang islam di malaysia perlu di ubah…
artikel ini mampu membuka minda masyarakat supaya melakukan perubahan… seterunya membimbing orang lain ke arah jalan yang benar..
setuju, manusia bukan malaikat. Lagi tebal iman seseorang, lagi hebat ujian ke atas dirinya…
Nur Sabrina
Assalamualaykum,ana nk tnya bagaimana ya apabila kita telah menegur dgn cara baik,tetapi kwn kita tak dapat terima dan myebabkan hubungan kita renggang dgn sahabat? Syukran .
muazfaris
benar itu akhi,
mrk yg sudah ditarbiah kekadang ada masa jatuh turun nya. Tetapi mudah utk di betulkan balik..
knp kita nak terus ajak dia sedangkan dia lagi mudah utk dibetulkan berbanding masyarakat yg sudah rosak.
rauna
Marah bukan makna benci
Tegur bukan makna menjatuhkan.
muhsin
bukan malaikat~
nadira
subhanAllah,,artikel yg sangat baik..teruskan usaha berdakwah dalam penulisan,,syukran atas peringatan ini
DariMataHati
assalamualaikum…
sy seorg yg suka cakap depan2…maksudnya..sy lebih suka berterus terang dulu dgn empunya diri ttg apa yg sy nak kata.. tapi, bila sy tegur pun.. macam diorang tahu tapi rela…
contohnya mcm ni…
“tudung awak sekarang dah nampak makin singkat..kenapa ye?”
“oh ye ke? biasa la tu….”
“labuhkan la sikit..aurat kita tu..”
“tak pelah..sekali sekala…”
So?….
and in one time..
“urmm…seluar ni seksi…”
“ha’a..ketat sket..”
” kalau macam tu, bleh pakai baju labuh sket..tutup bahagian punggung, kan?”
“ohh..punggung sy mmg macam tu..tutup pun nampak jugak..”
=_=..
siti hafizah
yup..saya setuju..
moga artikel ini dapat dijadikan renungan bersama~
syahirah
manusia..tak kan lepas daripada buat silap.
MalAbd
Saya baca artikel nie.. Sama berlaku pada kawan baik saya sendiri. Dia seorang yang tidak pernah tinggal solat, menghadiri majlis2 ilmu, sentiasa menasihati kawan2 yang lain mengikut ajaran2 Islam.. Sehinggalah dia bercinta dengan seorang lelaki yang berperangai teruk dan dia terpengaruh dan akhirnya dia terlanjur. Bila saya tahu pasal ini, saya sangat terkejut dan syukur alhamdulillah saya bukanlah yang jenis melatah dengan mengejek dia atau berkata buruk pada dia. Apa yg saya fikirkan ketika itu, saya sebagai sahabat dia kena bimbing dia dan support dia sebab dia mula merasakan dia seolah2 melakukan dosa yg sangat besar umpama Allah tidak akan mengampuni dosanya sedangkan Allah itu Maha Pengampun. Mula2 mmg agak sukar mahu yakinkan dia kerana dia terlalu rasa bersalah sehingga dia merasakan yg famili dan sahabat2 dia tidak akan menerima dia. Dan alhamdulillah kami semua menerima dia sebab bagi saya semua manusia ada melakukan kesilapan. Dia bertaubat untuk tidak melakukan kesilapan2 begitu dan dalam masa yang sama kami semua byk support dia dan memberi kasih sayang spt biasa sehinggalah kini. Dan syukur alhamdulillah, dia dah mula merasakan dirinya dihargai dan disayangi semua org. Sebenarnya, bila perkara2 yg begini berlaku pada org sekeliling kita, kita perlu support mereka dan dalam masa yg sama mengajar serta menasihati mereka dgn penuh kasih sayang sbb mereka nie merasakan diri mereka terhina dan teruk. Mereka hanya ada tanggapan negatif terhadap diri sendiri dan org lain terhadap mereka. Dan jangan sesekali kita mengungkit kesilapan mereka. Kita kena berfikir bagaimana kalau suatu hari nanti terkena pada kita. Ingat, hati nie sentiasa berbola-balik.. Mohonlah moga hati kita semua dilindungi dan diperteguhkanNya.. Amin~^^
Soleh
Aq pon camtu gak dulu. Tapi pas lama bergaul ngan org cam ni. aku jadi sedar, yang kita selalu kondem org, sebenarnya kita tak sedikit pun kurang dari org tu. Means, sama jela kita semua.bla bla…kesimpulannya, jangan asyik nak mengumpat org biarpun dalam hati. Alllah selalu mendengar.
azriMy
syafa
assalamualaikum,
terima kasih kerana berkongsi.artikel ini snagat dekat dengan saya..mungkin saya boleh membantu sahabat2 saya yang pernah satu sekolah agama dengan saya suatu ketika dahulu melalui membina jambatan hati
tq ye~
jessica bernard
alhamdulillah…..berterusan utk mengegur dgn berwibawa.. bersabar dgn keyakinan utk kemenangan bersama…:)
Nadhirah
Walaupun orang tu baru masuk Islam pun diharuskan menyebarkan Islam kepada yang lain, inikan pulak kita.Tapi memang betul pun, kadang2 bila dah tegur banyak kali saya pulak jadi putus asa.Allah berikan semula kekuatan menerusi artikel ni.Insyaallah kita berusaha untuk yang terbaik
Nabieyl
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia….
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
~terkesan.
adrian
kita perlu saling membantu biar apa pun diri kita pada masa yang lepas. Saya ada classmate which before that from sekolah agama. Sekarang di universiti, pakaian dia memang taktau nak kata apa. so please doa for her… and me also..i;m so lack in agama.
syahira haura'
terkesan.ana juga bertudung labuh..tapi masih takut untuk menegur sahabat lain.bila bace entry akhi,ttg 4 pkara tu..buat ana terfikir..syukran a;la kulli hal.wa astaghfirullah.
Nazri
Rasulullah SAW adalah seorang yang penyayang. Baginda mengajak pesalah-pesalah bersama-sama baginda dalam bekerja sehari-hari. Baginda menyayangi semua makhluk, baik atau buruk pun mereka terhadap Baginda, hidup mahupun mati! Baginda sangat kasih, sehinggakan memberi nama terhadap kuda dan keldainya, cawan dan beg.
—————————————–
Mari kita sayang semua. Ya?;))
imtiaz khan
azrawaasrar
alhamdulillah… Allah masih memberi kita peluang untuk membuka mata hati terhadap perkara ini. mabruk alaik ya akhi! insyaAllah…. Islam kembali unggul
matahariliahi
pejuangan yg hebat~
nadikarusan
Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman. Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan. Terima kasih hilal dgn pencerahan ini, semoga akhi sentiasa dalam rahmat Allah, dan istiqamah dalam mendukung agama Allah, insyaAllah
Asyraf_30
Assalamualaikum, artikel yang menarik bro dan sgt tertarik dengan situasi dan persoalan yang timbul. In my opinion, semua org menimba ilmu x kira agama atau duniawi dan masing2 mempunyai peranan dan membentuk diri kita. Bg situasi di atas, seorang pelajar agama, bertudung labuh dan belajar perubatan, bole dikatakan insyAllah bakal doktor yang berjaya tetapi hidup di negara yang menghalalkan mana yang haram akan menguatkan lagi dorongan syaitan menggoda dan sesungguh rasa cinta itu dipergunakan. Bg saya, ini adalah 1 ujian untuk gadis itu, gadis yang beragama, luas ilmu agamanya dan sering membimbing sahabat2nya dan semestinya sahabatnya perlu membantu dalam mencegahnya juga. Saya percaya setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan dan Allah SWT yang Maha Mengetahui tentang hamba-Nya dan saya juga percaya kelebihan yang diberikan akan sentiasa diuji Allah untuk kita sedar akan kekurangan kita… Wallahualam..
izwanyusof
bagaimana kalau menegur tapi kita dapat jawapan yang ada bab2 tertentu memboleh kan itu ini bla bla bla.. kita tahu basic dan tak capai level tinggi nak pertikaikan.. jadi apa boleh buat kalau begitu.. – common situation.
nurul
mcm ne ye..kalau kita dh cuba tegur org y dimksudkan sperti di ats..tapi kita plak y dimaki…n di akn ckp mcm laa dia xtau agama…kita dh cuba..
nur fatin
subhanallah..ak hampir menangis :’)
sharifah
tp lelaki yg srh kita berdakwah kat dia..huh..nth la btul nk brubh or what..tp tak berani ambil risiko..sejenis diutamakan
nurhamiza
don’t judge a book by its cover.
manusia itu imannya bertambah dan berkurang.
semua manusia itu selalu diuji.
bersangka baiklah sesama kita.
Nor Aminah Ismail
nice entry.
Aina Nur Laila
salam.. ini untuk kes yang dahulunya baik kemudian tersasar, bagaimana pula dgn kes yang dahulu biasa2 mcm saya, kemudia tersasar? saya berhadapan dgn kes kawan yang saya rapat dan kenal siapa dia. Saya tidak mengasingkan dia, cuma pernah beberapa kali menegur perbuatan dia yang tak berapa nak elok. saya sudah cuba ‘seelok mungkin’, tapi tak berjaya di mana kesannya, dia meneruskan hidup dgn cara x berapa elok itu, dan kemudian hubungan kami renggang beberapa tahun. So lepas tu terus rasa give up nak tegur kawan2 yang lain..takut hub jadi worse..bukan makin elok.
Chekgu Pinces
Alhamdulillah.. Ilmu yang bermanfaat..
ilyas91
Apabila seseorang itu bergelar manusia, maka dia tidak akan pernah lari daripada melakukan kesilapan dan dosa.
Jangan terlalu mudah untuk kita menghukum seseorang itu kerana kita sendiri tidak mengetahui bagaimana kehidupan kita akan berakhir nanti. Adakah kita akan mati dalam keadaan kufur ataupun dalam keadaan beriman?
Jadi, sebagai umat Islam yang baik, kita perlulah saling menasihati antara satu sama lain untuk kembali kepada jalan yang diredhai oleh-Nya. Tidak perlu menunggu untuk menjadi sempurna baru nak menegur dan memberi nasihat. Cukuplah dengan sekadar kita mengetahui perkara itu salah, kita boleh menegur seseorang itu dengan cara berhikmah. Insya-Allah.
mar8029
Iman manusia turun naik…perubahan mungkin berlaku kerana benteng keimanan semakin rapuh…kesunyian. pendek kata, jati diri tak berapa kukuh…
aqi
Ni hanya pendapat saya je laa apabila saya baca artikel ni..
bg saya artikel ni dah baik, kiranya mmg penulisannya dapat menarik pembaca2 seperti saya untuk membaca..
Tetapi bila saya baca2 balik, saya rasa macam ada ‘bias’ dlm penulisan. Artikel ini lebih tertumpu kepada satu pihak sahaja. Rakan saya ada juga baca artikel ni dan dia telah menyatakan pendapatnya.
“Kebanyakan orang2 baik ni yang suka hentam kte org yang jahil sedikit agamanya.. patutnya mereka inilah yang cuba menarik kita ke arah kebaikan tp ini sebaliknya.” Memang saya tidak menafikan kenyataannya sebab perkara ini selalu berlaku. Tetapi apabila ada seseorang yang dalam golongan biasa2 saja ingin menegur ‘orang2 baik’ ni, mereka langsung tidak menerima teguran itu.
kin
setuju dgn pdapat aqi. mereka yang byk ilmu agama ni kdg2 xmau terima pdapat org2 biasa. dan segelintir dr mereka juga menyisihkan n memandang rendah pd golongan yg biasa2. Hanya bdakwah sesama mereka dan menghentam org lain yg buat silap. Mereka sepatutnya sedar, mereka juga xkan terlepas dr kesilapan maka jangan la menghentam org yg berbuat salah. DAN kalau nk memberi nasihat kpd org2 biasa ni, mestilah kena dengan cara yg betul…. BUKAN dgn cara memerli atau menyindir org tersebut. buat cara yg betul untuk beri nasihat dan BUKAN macam nk bagi amaran keras. Seeloknya, kita tolong menolong sesama manusia.
subhibakhir
terbaik/
cahaya keimanan
^^
Farabi93
Benar cakap akhi… Ramai manusia zaman sekarang cepat menghukum… Kita tidak mengkaji keburukan yang orang buat… Kita juga sering menganggap insan2 begini adalah lebih mulia kerana mereka mengikuti usrah dan sebagainya… Tapi kita lupa, kewajipan berdakwah itu adalah untuk semua orang.. Wallahualam
Nomad Melayu
Assalamualaikum,
Terima kasih atas perkongsian.
QueAe
sy… budak agama.
pernah jd naqibah. tudung labuh.
tp… sy masih manusia x lepas dr dosa…
kasyif
tiba2 teringat sebuah nostalgia lama berkenaan perkara tegur kawan ni…
kasyif
bagus…..sbgai manusia kena usaha sedaya mampu
OL
inilah situasi yg saya hadapi skrg.
Alhamdulillah mndapat sdkit pencerahan
mujahid Islam
inilah yang terjadi pada zaman sekarang…termasuk budak agama sendiri x nak tegur kawan mereka.,…
afzan
namanya manusia memg xlepas dri kesilapan..dan nmanya juga manusia,xkn mudah menerima akan sesuatu teguran,sama2 lah brusaha mendidik hati kita dan hati mereka2 yg tersasar,insya Allah~!~
Yani
siapalah aku untuk menghukum mereka, hanya allah saja yang tahu dimana kedudukan mereka yang pasti perbuatan yang keji pasti mendapat kemurkhaan Allah S.W.T. hanya kecewa sangat bila orang yang tahu akan agama tapi mereka yang melakukan dosa, kerana mereka ini sepatutnya menjadi contoh untuk orang yang jahil tentang agama dan kerana perbuatan inilah selalunya orang tidak menghormati agama Islam. “ya Allah jangan kau biarkan musuh islam memandang keji terhadap agama mu” amin…
Shaoran Hani
fahami mereka. bukan hakimi mereka. sedih dengan sikap kelompok macam ni.
syahirah
sgt bersetuju..~ ^_^