Khamis, 23 Mei 2013   |   13 Rejab 1434H   |   24 Pembaca Online   |   Salam, guest!  Login or Register
You Are Here: Home » Motivasi » Motivasi: Sebelum Aku Bernikah: Ummi Abah, Hilal Mahu Kahwin.

About The Author


Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak. Lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf di alam penulisan. Lahir pada 16 Januari 1989. Pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor. Kemudian di Ma'had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah(MATRI), Perlis. Berkelulusan B.A(hons) dalam bidang Usuluddin, Yarmouk University. Telah menghasilkan beberapa buah Novel seperti Novel VT, Novel Hero, Novel Takdir dan lain-lain, juga beberapa buah buku Motivasi yang terkenal dengan siri Buku Motivasi Langit Ilahi. Telah berkahwin dan kini aktif menerima jemputan program dan mengendalikan bengkel.

Number of Entries : 427

Motivasi: Sebelum Aku Bernikah: Ummi Abah, Hilal Mahu Kahwin.

 

Di dalam hidup ini, ada beberapa kali saya meluahkan kepada Ummi dan Abah bahawa saya mahu berkahwin. Saya tidak pernah segan untuk berbicara perihal itu dengan Ummi Abah saya. Saya tidak pernah takut jika mereka menolak, dan tidak pernah rasa rendah dengan pandangan-pandangan yang diberikan mereka.

Satu perkara yang saya respect dengan Ummi Abah saya, adalah mereka mendengar.

Itu satu perkara yang positif, yang saya kira patut dicontohi oleh ibu bapa hari ini. Bukannya terus mengherdik anak sebagai gatal, bukannya terus marahkan anak kemaruk, dan sebagainya.

Menghormati Ummi Abah yang sudi mendengar, saya pula mempersiapkan diri saya untuk mendengar pandangan mereka. Begitu. Apa pun pandangan mereka dalam hal ini, saya akan dengar, analisis, bukan terus memberontak tidak puas hati.

Kerana saya faham, saya masih muda.

Perlu ada keseimbangan semangat saya, dengan hikmah yang ada pada kedua Ummi Abah saya.

Hilal Mahu Kahwin.

Semasa saya cakap fasal perkahwinan dengan Ummi dan Abah, Abah adalah yang santai. Abah sekadar cakap, saya masih muda dan orang yang saya cinta juga masih muda. Abah pesan, agar diberikan masa.

Ummi pula, lebih kepada bagaimana mahu meneruskan hidup.

Ummi ada sebut bahawa jika mahu berkahwin, sediakan terlebih dahulu RM20,000.

Dan pada masa yang lain, Ummi sebut pula RM40,000.

Saya tidak bersama dengan remaja seangkatan dengan saya, yang jika Ibu Bapa berkata demikian, maka mereka akan mengangkat dalil-dalil betapa kahwin awal adalah digalakkan, dan betapa perkahwinan sederhana adalah apa yang agama anjurkan.

Saya ketika itu, melihat pandangan Abah dan bicara Ummi, dari satu perspektif yang berbeza.

Saya tidak nampak mereka ‘menghalang’ saya mahu berkahwin.

Tetapi saya nampak, mereka sedang ‘mendidik’ saya yang mahu berkahwin.

 

Mabuk Cinta dan Masa.

Kita ini, bila sudah jatuh cinta, kita biasanya akan jadi ‘mereng’ sedikit. Ketika itu, rasa orang yang kita cinta itu seperti bidadari daripada syurga. Kalau yang perempuan, rasa seperti malaikat yang turun daripada langit.

Kalau yang bercouple, lagi jauhlah perginya. Hatta yang tidak bercouple, yang syok sendiri macam saya ini pun, seperti terangkat ke langit buatnya bila serius mahu mencintai seseorang.

Maka adalah relevan pesan Abah, untuk diberikan masa. Bukan semata-mata untuk saya membesar. Tetapi adalah untuk diberikan kepada akal dan jiwa saya ini ruang untuk berfikir dengan lebih panjang, dan mempertimbangkan pilihan saya.

Mahu hidup sampai mati bersama. Susah senang bersama. Sakit sihat bersama. Mentarbiyah diri bersama. Membina Ummah bersama. Maka semestinya perlukan pertimbangan. Bukan sekadar dipandu perasaan.

Ummi ada berkata kepada saya masa itu:

“Awak belum jumpa ramai orang lagi. Nanti awak jumpa ramai orang, mungkin awak berubah fikiran.”

Saya tidak memberontak dengan berkata: “Apalah Ummi, orang suka kat dia!”

Tetapi saya sekadar diam dan mengakui, ada relevannya dalam kata-kata Ummi. Benar, belum jumpa ramai orang. Saya jatuh cinta semasa saya masih tingkatan enam atas. Dalam keadaan, perempuan yang saya cintai tidak mengetahui. Sebab itu, mengambil nasihat Ummi Abah, saya berikan diri saya masa. Walaupun saya meluahkan perasaan dan hajat say akepada abang perempuan yang saya cintai, saya tahu abangnya tidak mampu membuat keputusan, menyebabkan saya rasa memberitahunya adalah keputusan yang selamat. Sekadar mahu ada keluarganya yang tahu, agar kalau ada apa-apa, boleh diberitahu kepada saya. Kalau apa-apa berlaku pada saya, berubah hajat, maka memberitahu seorang abang, tidaklah sesukar memberitahu kepada Ibu Bapa.

Saya amat sedar. Maka saya berikan diri masa.

Bila sampai ke Jordan, di situlah tapak muhasabah saya. Saya akan sembangkan perihal saya di Jordan dalam lembaran lain. Sekadar fokusnya di sini, betapa saya memandang memberikan masa kepada diri itu penting.

 

RM20,000. RM40,000.

Saya tidak memandang Ummi saya mata duitan. Tidak pula saya memandang Ummi saya seorang yang inginkan perkahwinan mewah. Bukan kerana itu dia sebut angka-angka tadi.

Tetapi ingin menyedarkan saya, betapa duit adalah perlu dalam kehidupan hari ini.

Ya, kahwin boleh murah-murah.

Tetapi hidup tetap mahal dan menekan. Mungkin ikut tempat. Tetapi mustahil semua mampu hidup di kampung. Tuntutan hidup akan membuatkan manusia ada yang perlu memilih untuk hidup di tengah kotaraya dan bergadang dengan segala tekanannya. Dan hidup semakin hari semakin mahal dan menekan.

Maka tanpa persediaan kewangan yang baik, tanpa usaha untuk mencapai kemampuan berdikari, adalah satu ‘terjahan’ kurang bijak bagi mereka yang menganggap cinta adalah hendak bersama ke syurga.

Ummi mahu mendidik saya agar mencapai kemampuan itu. Maka kerana itu, saya lihat dia menyebut angka-angka tersebut. Saya jadi lebih yakin kerana, Ummi ketika saya menulis artikel ini, sibuk menawarkan diri untuk menaja itu dan ini bagi majlis perkahwinan saya. Nyata, dia bukan mahu pun duit saya. Tetapi semasa saya minta untuk berkahwin, dia menyebutnya agar saya rasa keperluan untuk mencari wang sendiri. Membina kemampuan.

Ummi tidak memperlekehkan saya dengan ayat seperti: “Kau nak bagi anak orang makan apa? Pasir?” Tidak.

Tetapi Ummi memberikan saya ‘aras’. RM20,000. RM40,000. Seakan-akan, jika saya mampu capai wang itu, dia benarkan saya berkahwin. Dan itu membakar semangat saya untuk berusaha!

 

Remaja Hari Ini

Hari ini kita tahu bahawa hal seperti nikah khitbah, kahwin awal, majlis kahwin murah, diangkat-angkat remaja hari ini yang ingin berkahwin. Bukanlah saya mahu nyatakan semua itu salah dan tidak patut dibuat. Dari satu segi, semua itu benar.

Tetapi saya rasa, kurang sihat untuk kita angkat isu nikah khitbah, kahwin awal, majlis kahwin murah, untuk sekadar memenuhi kemaruk cinta kita. Bagi yang tidak kemaruk itu, yang benar-benar menjalani jalan cinta ini dengan baik, dan benar-benar perlu bernikah khitbah, perlu kahwin awal dan punya perancangan akannya, dan inginkanmajlis kahwin yang murah kerana ingin mengikuti anjuran Islam, itu nyata baik!

Silapnya adalah apabila kita gunakan ini semua, sebagai hendak menghalalkan ketergesaan kita dalam hal ini. Saya sepanjang menjadi penulis, orang mula mengetuk inbox saya bertanya pelbagai soalan. Antaranya, adalah remaja-remaja yang terkilan dengan Ibu Bapa mereka kerana menyatakan mereka masih muda dan tidak berduit untuk berkahwin. Mereka mula meminta saya mencari dalil-dalil, agar ibu bapa mereka membenarkan mereka berkahwin.

Saya yakin, ada sahaja Ibu Bapa yang tidak reasonable. Namun itu kita ketepikan dahulu.

Pertamanya, remaja kena tanya diri mereka, reasonablekah mereka dalam minta kahwin awal, nikah khitbah dan menggunakan alasan majlis murah dianjurkan Islam, semata-mata atas kemaruk cinta mereka? Ada perancangan tidak? Bagaimana kemampuan, usaha untuk mencari kemampuan, sudah bergerak atau tidak?

Itu perlu dilihat semula.

Saya sendiri buat kertas kerja untuk Ummi Abah saya, selepas mendengar nasihat mereka.

 

Tetapi Kami Telah Bercinta Lama!

Bila saya nyatakan perihal jangan tergesa-gesa, ada sebahagian remaja membalas bahawa mereka telah bercinta lama. Yang menjadi satu kehairanan saya adalah, bagaimana sudah bercinta lama, kemudian Ibu Bapa tidak membenarkan? Ibu Bapa tidak tahukah anda bercinta? Ya. Di situ satu masalah.

Remaja suka laksanakan segala perkara sendiri. Ini sebenarnya satu masalah.

Sepatutnya, semasa ada perasaan pada seseorang, sebelum cakap pada orang itu kita suka pada dia, cakap pada Ibu Bapa kita dahulu. Supaya kita ada pandangan satu lagi, untuk mengimbangi pandangan kita. Untuk benar-benar menilai, apakah benar si dia itu yang mahu kita jatuhkan hati kita kepadanya?

Ini sudah bercinta panjang, bila sampai part nak kahwin, baru nak libatkan Ibu Bapa. Bila Ibu Bapa rasa kurang senang dengan pilihan kita, kita pula marah. Sedangkan, kita yang tidak beritahu semenjak awal.

Banyak persoalan yang saya terima, semuanya tidak merujuk Ibu bapa mereka.

 

Takut Ibu Bapa Marah.

Ramai yang menjawab sedemikian, apabila ditanya mengapa tidak memberitahu, tidak merujuk kepada Ibu Bapa. Takut Ibu Bapa marah.

Dari satu segi, saya suka kata bahawa Ibu Bapa ini tidak akan marah tidak tentu fasal. Mungkin kita sendiri tidak buktikan diri kita bahawa kita layak untuk bercinta dan berumahtangga. Di rumah, sikap kita dengan Ibu Bapa pun tidak baik. Kita terkenal di dalam keluarga sebagai malas. Kita terkenal di dalam keluarga sebagai yang tidak pernah mengemas rumah dan ringan tulang membantu Ibu Bapa. Mungkin.

Namun untuk adil, saya juga mengakui ada sahaja Ibu Bapa yang tidak reasonable. Suka memandang rendah kepada anak-anaknya. Kemudian sibuk berkata bahawa dia lebih kenal anaknya. Merasakan dia berhak kepada segala perkara dalam hidup anaknya. Ibu Bapa yang bila si anak sudah sanggup menjadikan mereka sebagai rujukan, mereka menyindir dan merendah-rendahkan pula anak mereka.

“Hang nak bagi anak orang makan apa? Pasir?” Begitulah antara yang biasa saya dengar.

Sepatutnya, Ibu Bapa perlu memimpin anak-anak bagaimana untuk bercinta, dan bagaimana untuk berumah tangga. Bukannya mencalarkan perasaannya sedemikian rupa.

Ibu Bapa yang bersikap begini, tidak hairanlah anak-anak tidak mahu merapatinya, lantas mencari orang lain untuk mendapatkan pandangan, atau memberontak melakukan sendiri segala tindakan.

Ibu Bapa perlu bijak di dalam hal ini. Hikmah dan kebijaksanaan itu sangat penting.

 

Penutup: Kita dengan Ibu Bapa, Orang Tua, Perlu Kolaborasi.

Saya sentiasa memandang, bahawa orang yang benar-benar serius di dalam cintanya, pasti akan melibatkan ibu bapanya, orang tua. Sebab mereka akan sentiasa sedar bahawa, mereka secara sendirian untuk menghadapi dugaan cinta yang penuh ranjau, dan membina rumahtanga yang besar tanggungjawabnya, adalah mustahil.

Perlukan petunjuk, daripada yang berpengalaman.

Maka Ibu Bapa, orang tua, adalah antara tempat rujuk yang mesti.

Bersembanglah, beranikan diri bertanya. Ajak kepada perbincangan. Mohon pandangan.

Saya yakin, jika remaja berani melakukan sedemikian, dan Ibu Bapa berhikmah dalam menguruskan keadaan, maka pastinya perjalanan cinta di atas dunia ini akan menjadi bersih dan selamat.

Jika kecewa, ditolak dan sebagainya, Ibu Bapa ada untuk menenangkan kita. Ibu Bapa telah melihat kita berusaha. Ibu Bapa telah melihat bagaimana kita berusaha menjaga syara’ dalam cinta kita. Maka pastinya, Ibu Bapa akan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada kita. Mereka yang usaha carikan seseorang yang baik buat kita, mungkin.

Saya sentiasa positif dengan kolaborasi remaja dan orang tua ini.

Kedua-duanya pada saya, perlu saling melengkapi.

 

———————————–

Ingin dapatkan Buku Motivasi Cinta: Sebelum Aku Bernikah?

 

Dapatkan di LangitIlahi Store!

WHERE TO BUY?
http://langitilahi.com/store 

HOW TO BUY?
http://langitilahi.com/store/store-guide

VIDEO GUIDE:
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=hbINKbCZyvg

————————–———————
WHY SHOPPING ONLINE?
No closing times
No carrying heavy bags
No traffic & parking jams
No wasting petrol, toll & time
No over-crowded supermarkets & queues

————————–———————
Mari Menjadi Hamba!

Comments (31)

  • khairun

    persefahaman antara ibu bapa dgn anak dlm isu pernikahan adalah jalan penyelesaiaan yg mguntungkn kedua-dua pihak.,

    Reply
  • salsabil

    salsabil

    Masih jauh utk ke sana,
    & masih belum cukup kukuh bekal utk ke sana,
    Allahuyusahhil..

    Reply
  • mumumeow

    mumumeow

    assalamualaikum
    inilah yg dikatakan meraikan fitrah secara terhormat iaitu persiapkan diri terlebih dahulu ..
    bina peribadi dalam diri sebelum melangkah ke alam realiti perkahwinan …
    terima kasih atas artikel ini…

    p/s: boleh buat buku dah nni, suka sangat baca artikel2 motivasi:sebelum aku bernikah ni..

    Reply
  • imantizz_truper

    imantizz_truper

    betul cakap abang Hilal.Mak saya macam marah ja bila saya sebut pasal nikah awal nie.Ingatkan mak saya tak suka dengan pilihan saya.Lepas baca artikel nie baru saya faham,mak saya sayangkan saya.Kalau saya kahwin,mungkin mengandung,sapa nak jaga anak saya sebab saya studi lagi.Jahatnya fikiran saya sebab ingat semua benda negatif tu.Last sekali mak saya bagi saya bernikah awal walaupun saya masih belajar dengan syarat bakal menantu mak dah ada kerjaya sndiri.Mak ayah memang sayangkan kita walaupun nampak macam mereka tak setuju dengan kita.

    Reply
  • mazila zairuddin

    semua persoalan terjawab bile mendengar luahan dr hilal.syukran hilal :)

    Reply
  • awan nano

    awan nano

    satu pandangan yang baik…:)like..

    Reply
  • bintu kamil

    Assalamualaikum…
    artikel yang perlu dibaca bagi yg nak kawen awal…
    bila dah sampai serunya, insyaAllah akan dipermudhkan dan dibuka jlnnya…
    jazakallah atas perkongsian ilmu…

    Reply
  • nurhamiza

    nurhamiza

    kolaborasi remaja dan orang tua itu ternyata sangat penting.
    nice article.
    :)

    Reply
  • Sya_Insyirah

    Sya_Insyirah

    Wondering..bila hilal nk kawen? bilakah? huhu. apa2 pun, masing2 perlu jaga apa yg spatutnya dijaga. Dari Abdullah ban Amru r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi). Marriage is all about PREPARATION…

    Reply
  • Nor Aminah Ismail

    nice article^_^

    Reply
  • awanis anwar

    Assalamualaikum,
    ana tertarik dengan pandangan saudara atas isu ini:)
    Jazakallah atas perkongsian yang bermakna ini:)

    Reply
  • rauna

    oh mama! saya juga mahu kawen..

    Reply
  • sharifah

    suka sgt..sesuai utk sy..

    Reply
  • nasrin

    satu perspektif yg unik i would say… dalam nak menyediakan jalan untuk mendapat cinta yg diredhai…. nice one bro.

    Reply
  • suhana idris

    Salam…

    Pendapat yang boleh diterima pakai …
    Banyak lagi perkara yang perlu diambil kira untuk berkahwin awal, tak semudah yang disangka.

    Bersedia kah kita untuk bertanggungjawab untuk diri sendiri serta isteri dan keluarga ???

    Apa-apa pon saya respect tuan punya entri :)

    Reply
  • Nazirul izzat

    terima kasih atas ingatan..

    Reply
  • hazimmukhtar

    memang tanpa segan silu saya juga berfikiran seperti hilal. tetapi lebih memikirkan bahawa nikah khitbah dan majlis murah itu sebagai target. Masyallah! begitu saya tergesa2 dalam hal cinta. syukur saudara hilal memberi panduan kepada saya. terima kasih! :D

    Reply
  • radhie raza

    Alhamdulillah, saudara Hilal, atas pandangan saudara yang baik dan tidak terburu-buru dengan sikap kedua orang tua saudara. Saya berbesar hati baca entry saudara. sebagaimana saya sendiri yang terlalu mengikut kehendak (kemaruk) untuk berkahwin usia muda. Sudah berkongsi hasrat dengan orang tua saya. namun sama sahaja jawapan mereka dengan anda. huhu…namun pandangan mereka saya hormati. Selepas beberapa minggu, saya mulai sedar, persediaan rapi perlu dibuat sebelum melangkah dan memegang tanggungjwab sebagai suami. Abah saya hanya nasihat kan, dekatkan diri dengan Allah dulu, insyaAllah selamat…sebelum kamu mendidik anak2 kamu, didik lah diri kamu dahulu. ~Serungkai pengalaman dr saya. (^ ^)

    Reply
  • rasyid_iic

    rasyid_iic

    nak kahwin perlukan banyak persiapan
    MENTAL + ROHANI + KEWANGAN

    Reply
  • khalid

    ustaz azhar xda cakap pasal duit pun tuk teruskan hidup? UIA siap berhenti kerja baru nikah. org lain kerja dulu baru nikah… aqidah UIA tu betul2 kuat. xbicara duit utk truskan hidup.

    Reply
    • Hilal Asyraf

      Hilal Asyraf

      Maka jawapan saya untuk orang macam kamu ini mudah sahaja. :-)

      “Ikutlah macam Ustaz Azhar kamu itu.” :-)

      Islam ini agama yang realistik.
      Di samping mendidik penganutnya untuk bertawakkal dan percaya dengan Allah SWT,
      Islam juga mengarahkan hamba-hambaNya berusaha bersungguh-sungguh dengan mencari ikhtiar.

      Terpulang. Kalau kamu rasa tanpa duit kamu boleh hidup, silakan.
      Bukan kerja saya nak menghalang kamu. :-)

      Reply
      • NadiaSyamila

        Assalamualaikum Hilal,

        saya setuju dengan perihal anda. maka yang perlu kte fikirkan adalah adakah kahwin awal ini semata2 kerana nafsu? Atau sememangnya kerana ibadah. Maka sekiranya ibadah ia merangkumi segala aspek termasuk wang , sara hidup nafkah rohani dan jasmani dan sbgnya. Tetapi skranya benar2 niat kerana org itu adalah org yg soleh, dn prkara ini boleh mengelakkan maksiat dn trutama sekali parents setuju dgn calon dan dapat restu mereka. maka ini adalah perkara yang baik alhamdulillah.

        akhirkata- selamat berkahwin dalam reda ilahi. insha Allah, saya akn menemani kawan, AisyahShakirah mghadiri prkahwinan Hilal skiranya dibenarkan :) In sha Allah, jazakallahu khayran.

        Reply
    • Arrazi

      Saya ada dengar perkara yang sama daripada UAI. Tetapi saudara perlu faham antara asas atau dasar dengan perkara-perkara ganjil dan jarang-jarang dilakukan.

      Dan, ibu Hilal Asyraf mengajar tentang dasar-dasar hidup berkeluarga. Cari duit dan ada pendapatan yang kukuh. Dan semua orang menyetujuinya.

      Dan apa yang dibuat oleh UAI itu juga benar kerana asasnya perlu bermula dengan istikharah. Jika keputusannya pasti dan ada ruang-ruang untuk mendapat punca rezeki, kenapa tidak berkahwin?

      Namun, paling penting kita mengambil contoh tauladan yang sesuai dengan kita.

      Reply
  • batu bata kehidupan

    batu bata kehidupan

    selamat membina usrah mawaddah warahmah saudara Hilal :)

    Reply
  • Hasdina

    Assalamualaikum…. memang sukar mencari lelaki, yang punya hati dan pendirian seperti anda, dalam seribu bintang, hanya satu yang mengerlip….. saya putus tunang, antara satu faktor, hantaran di jadikan alasan…. tidak pun meminta, hantaran yang tinggi… tetapi… kurangnya memahami, bahawa… miskipun duit bukan kebahagiaan .. tetapi realitinya…. duit memang ptg.. untuk hidup…. persiapan… adalah .. satu usaha kesungguhan untuk…. melahirkan sebuah rumah tangga, kalau persiapan awal pun sudah di..abaikan,… bagaimanakah nanti rumah tangga yg mahu dibina…. semoga Allah merahmati ….anda, benar sesungguhnya, didikkan yang mulia,…. melahirkan generasi yg mulia jua…. moga saya akan dipertemukan…. lelaki soleh… yang bisa membantu saya, memnuntun saya… ke syurga Allah … dengan redhaNYa.

    Reply
  • Invisible Izzy

    Invisible Izzy

    Salam.. saya dah ada buku ne..sangat bermanfaat untuk remaja..juga buat yang sudah tersalah mentafsir tafsiran cinta atas apa yang terjadi pada dunia hari ini..Terima Kasih..^ ^,

    Reply
  • adira

    salam, sekadar berkongsi pengalaman sendiri. saya berkahwin diusia 20 tahun. sebaya dgn suami. kedua2 kami waktu itu masih belajar dithn 1 universiti awam.sewaktu mula menyuarakan hasrat ingin berkahwin, mmg dibangkang kuat kedua ibubapa kedua belah pihak. namun perbincangan demi perbincangan, akhirnya Alhamdulillah keluarga memberikan keizinan.

    spjg tempooh perkahwinan semasa masih belajar itu kami memperolehi 2 org cahayamata. kedua2nya kami jaga sendiri tanpa bantuan org tua. dari segi kewangan, Alhamdulillah…rezeki Allah itu luas. Allah membuka jalan & peluang demi peluang rezeki buat kami. Tak pernah putus, tak pernah kurang… kami sangat2 bersyukur.
    semasa graduasi,pd usia 24 tahun, kami telah mempunyai anak2 yg berusia 3 & 1 tahun.. setelah itu kami memulakan kerjaya sepertimana teman2 lain di kuala lumpur… kemudian, kami sambung belajar lagi diperingkat masters…kali ini sambil bekerja…alhamdulillah…jika sepakat, semuanya berkat. yg penting niat & cara perlaksanaan.

    kini, diusia perkahwinan kami menginjak tahun yg ke 17, saya akan menyambung pljrn sy lagi, diperingkat phd… semoga dipermudahkan…insyaAllah

    kini, di saat rakan2 masih bergelut dgn anak2 mrk yg masih diperingkat sekolah rendah & bayi…kami sudah boleh tersenyum lega melihat hero2 kami yg semakin dewasa & hampir menamatkan persekolahan mrk.

    Alhamdulillah… berkat perkahwinan awal kami tlh mendidik kami menjadi lebih matang. semasa rakan2 seuniversiti sibuk outing setiap hujung minggu, kami melakukan aktiviti riadah bersama2 keluarga & anak2. wpun tak pernah merasai zaman bersosial bersama rakan2, namun saya sgt bersyukur krn ianya ialah sesuatu yg lebih berbaloi krn dpt menikmati zaman remaja, sihat & cergas saya bersama anak2 & suami tercinta.

    kini, suara2 negatif yg sy dgr diawal keputusan berkahwin dahulu tlh lama hilang diganti dgn pujian2 & menyatakan betapa beruntungnya sy krn diusia yg blm menginjak 40 an ini, saya memiliki anak2 yg telah dewasa, keluarga yg bahagia & kewangan yg stabil… ALHAMDULILLAH. sesungguhnya kita hanya merancang, tetapi perancangananNYA lah yg lebih baik buat kita semua. menepis semua teori logik diakal manusia. WALLAHUA’LAM…

    Reply

Leave a Comment

Copyright © 2012-2013 LangitIlahi.com. All rights reserved. LangitIlahi.com (LI) are registered trademark of LangitIman Resource

Scroll to top