Sisters: BerIman atau Bergaya? BerIman dan Bergaya?
Bergerak menjadi Muslimah yang BerIman dan Bergaya~Picture by dralik of deviantart~
Saya sedang membuat analisis sastera menggunakan teori re-visioning yang diperkenalkan oleh Adrienne Rich dan membuat perbandingan analisis antara tiga teks dari tiga buah negara Barat yang berbeza. Salah satu teks yang saya gunakan ialah karya penulis wanita Islam dari Britain iaitu Shelina Zahra Janmohamed yang berjudul Love in a Headscarf.
Ingin mengetahui lebih lanjut isi kandungan buku ini, boleh dapatkan di Kinokuniya. Saya dapati di kedai buku lain tiada. Maaf, terlanjur mempromosikan buku kegemaran saya ini. Bergerak kepada isu yang saya bangkitkan untuk artikel kali ini. Sebenarnya terinspirasi dari pembacaan dan kajian yang sedang saya lakukan. Sedang saya menganalisis data dari pembacaan, saya terpaku pada sebuah pernyataan yang penulis bangkitkan iaitu tentang fashion and faith. Hasilnya saya telah kembangkan kepada dua bahagian:
1. Wanita Islam yang berIman atau bergaya
2. Wanita Islam yang berIman dan bergaya
Jika dilihat dari sudut linguistik, dua kenyataan di atas membawa konotasi yang berbeza. Apa yang membezakan pernyataan pertama dengan kedua? Mengapa wujud dua persoalan begini seolah-olah memisahkan Islam dan dunia? Memisahkan fitrah insani dan tuntutan Islami?
BerIman atau bergaya
Bagaimana yang dikatakan berIman? Bagaimana pula yang dikatakan bergaya?
Iman seperti yang kita jelas dan fahami ialah suatu bentuk pernyataan dengan lidah, diyakinkan di hati dan dizahirkan melalui amalan seharian yang kita jalani sebagai hamba Ilahi. [Rujuk Surah Al-Baqarah 1-20]
Bergaya ialah sesuatu yang amat dekat dengan fitrah insani dan fitrah seorang wanita. Bergaya itu merias diri dengan cantik, kemas, sedap mata memandang, sesuai dengan tempat dan keadaan. Bergaya juga sering kali dikaitkan dengan kemewahan dalam mempamerkan personaliti diri, pemakaian, pertuturan, pergaulan dan sebagainya. Banyak definisi dan pemahaman individu tentang istilah bergaya. Semuanya menjurus kepada fitrah insani yang Allah ciptakan suka kepada kecantikan, kebersihan dan kekemasan.
“Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan.” (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi).
“Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan sembahyang), makanlah dan minumlah, dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai akan orang-orang yang berlebih-lebihan (melampaui batas).” (Surah Al-A’raaf, ayat 31)
Lalu apa yang telah membezakan keduanya?
Dalam buku tersebut, Shelina telah menghadiri sebuah majlis perkahwinan kenalannya. Beliau telah dijemput untuk menyampaikan sedikit ucapan kepada pengantin. Ketika itu, majlis hanya dihadiri oleh kaum wanita meraikan hari terakhir pengantin perempuan sebelum selamat diijabkabulkan. Dalam majlis tersebut juga, semua wanita diizinkan membuka tudung dan memakai pakaian yang tidak mereka pakai ketika berada dengan kaum lelaki. Memandang kepada dirinya yang tidak bertudung ketika itu dan memberi ucapan tentang perkahwinan dan Islam, seorang tetamu mendekati usai beliau berucap.
“You stood up and looked so pretty and so fashionable that we thought, ‘What is this modern girl all dressed up, no headscarf, all trendy, going to be able to tell us about religion?’”
I bit my tongue at the implicit idea that fashion and faith were mutually exclusive. She was not the only one who made that assumption. Those who were not familiar with Muslims and Islamic teachings often thought the same as her but in reverse: that wearing a headscarf meant a high quotient of zealousness and an inability to be fashionable.
I let her continue, “But not only did you look beautiful, you also spoke beautifully. You touched our hearts and we were very very moved.” [page 125]
Mereka yang tidak faham tentang Islam dan tidak biasa dengan ajaran Islam memandang bahawa, dengan menjadi seorang yang mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya, anda adalah seorang yang tidak bergaya. Dan pandangan ini seolah-olah disokong apabila wujud dengan nyata segelintir mereka yang menjalani kehidupan sebagai seorang Islam tetapi selekeh dalam berpakaian, buruk pergaulan dan tidak kemas dalam kehidupan seharian. Tidak perlu memandang jauh ke negara Barat walau kajian yang sedang saya lakukan berputar dalam konteks Barat. Lihat pada realiti diri kita di sini. Adakah kita telah memisahkan Iman kita dengan gaya seorang Islam yang sebenar?
Saya pernah bekerja di sebuah syarikat swasta milik kaum Cina. Pengalaman bergaul dengan rakan sekerja dari dua kelompok bangsa Cina dan India telah mengajar saya suatu realiti. Seorang teman sekerja Cina lelaki mendekati saya ketika kami sibuk menyiapkan tugasan pejabat. Dia memandang pakaian saya lalu berkata, “Saya pernah jumpa perempuan Islam seperti you. Tapi saya tak suka duduk dekat dengan mereka.”
“Tentulah..you kan lelaki. Perempuan Melayu Islam macam saya mestilah duduk jauh-jauh dengan you.” ulas saya.
“Bukan itu. Perempuan macam you yang saya jumpa selalu busuk. Badan mereka berbau. Pakaian tak kemas. Mereka menaiki kenderaan awam dan berada dengan orang awam dalam keadaan macam itu. Selalu juga saya jumpa macam itu. Tapi you lain. Saya ingat you pun macam mereka. Rupanya saya silap.”
Maka dari situ saya tersedar sesuatu. Segelintir wanita Islam yang teman Cina saya jumpa itu telah memberikan pandangan negatif tentang wanita Islam yang berpakaian seperti saya, tudung litup menutupi dada, pakaian longgar dan tidak menampakkan bentuk badan. Mungkin dia hanya berjumpa seorang dua atau tiga. Tapi ini telah sedikit sebanyak merobek pandangannya tentang Islam dan wanita Islam itu sendiri. Mungkin kita tidak sedar akan hakikat ini kerana kita tidak pernah berpeluang berbual sendiri dengan mereka, tapi bila kebenaran ini disingkap alangkah malunya apabila sisi ini telah kita robek lalu memberi pandangan negatif terhadap Islam.
Melihat pula pada situasi lain. Adik perempuan saya sedang mengambil jurusan komputer di salah sebuah kolej swasta. Saya pula sedang menghabiskan pengajian dalam Pengajian Sastera dalam Bahasa Inggeris Pascapenjajahan di UKM. Pengalaman kami, pernah didekati kelompok masyarakat, remaja dan pelajar yang menganggap bahawa kami ini pelajar jurusan agama. Dengan berpakaian begini, bertudung litup melebihi pinggang, berbaju longgar seringkali berjubah dan berbaju kurung serta memakai stokin kaki dan tangan, mereka anggap dan fikir kami ialah pelajar di fakulti pengajian Islam. Lalu bila dibentangkan kenyataan bahawa kami ini bukan pelajar pengajian Islam, mereka terkejut malah ada yang hairan. Saya kira pandangan ini sangat stereotaip dan masih di takuk lama. Mereka yang bergaya seperti ini seolah-olah hanya layak untuk dianggap pelajar jurusan agama. Hakikatnya, telah ramai yang seperti kami mendominasi bidang sains, perubatan, komputer dan pelbagai kursus profesional lain termasuk pengajian Bahasa Inggeris.
Seperti juga yang berlaku pada Shelina dalam buku yang ditulis hasil dari pengalaman peribadinya. Beliau merupakan seorang graduan Universiti Oxford, tetapi dengan gaya Muslimah yang ditonjolkan telah menutup kenyataan itu. Malah beliau dipandang seperti:
“You Muslim women are oppressed, forced to cover up and not express yourselves. You have to stay at home and men run everything.”[page 185]
Adakah memilih untuk bergaya Muslimah tidak mengizinkan kami mendalami ilmu duniawi yang lain? Adakah dengan memilih untuk mengikut apa yang disarankan Allah dan Rasulullah tentang pakaian seorang Muslimah, kami tiada kebebasan untuk dikenali sebagai pelajar jurusan komputer, bahasa Inggeris dan lain-lain?
Ketika di tahun kedua pengajian, terdapat satu kursus wajib yang perlu saya ikuti. Tugasan akhir kursus tersebut ialah menghasilkan sebuah teater yang perlu dipentaskan di hadapan pelajar UKM yang lain. Seorang teman saya telah terpilih memegang satu watak. Memandangkan judul teater yang kami pilih berputar dalam konteks Barat, maka segala bentuk props, pakaian, make up, lighting, pentas perlu diBaratkan. Teman saya menolak untuk memakai rambut palsu dan ingin kekal bertudung. Segelintir teman sekelas India, Cina dan Melayu tidak selesa dengan pendiriannya. Lalu, saya dan teman tersebut menjelaskan dengan baik akan pendirian kami. Alhamdulillah, teman saya berjaya melakonkan wataknya tanpa perlu menanggalkan tudung dan kekal menutup aurat.
Adakah memilih untuk bergaya maka perlu dipinggirkan Iman dan Islam?
Inilah segelintir pandangan-pandangan yang memisahkan antara menjadi seorang Islam yang berIman dan bergaya. Keadaan di Barat mungkin begitu, saya tidak arif. Pengetahuan dan pandangan saya hanya melalui pembacaan. Anda yang pernah ke sana, tinggal di sana pasti lebih arif. Tapi keadaan di sini, saya bentangkan melalui pengalaman-pengalaman. Namun begitu, pendapat dan pandangan saya masih terbatas.
BerIman dan Bergaya
Maka, sedarlah kita bahawa tiada pemisahan antara menjadi Muslimah sebenar dan meneruskan kehidupan mengikut fitrah insani. Adakah dengan berpakaian selekeh, membiarkan tubuh badan berbau dan menonjolkan peribadi yang tidak kemas menunjukkan Iman dan Islam kita? Adakah dengan menjadi seorang yang bergaya tidak membenarkan kita berbicara tentang Islam? Adakah dengan berpakaian Muslimah yang sebenar seperti yang Allah gariskan dalam Al-Quran tidak mengizinkan kita dikenali sebagai pelajar bukan jurusan agama dan berpeluang belajar di universiti ternama? Adakah syarat untuk bergaya tidak mengizinkan kita berdiri dengan pendirian Islam kita?
Kita semak diri kita. Saya sedang menyemak diri saya.
Hanya segelintir cuma yang berpandangan begini. Hanya segelintir cuma yang bertindak dan bergerak begini, ingin bergaya maka Islam di letak ditepi, ingin menjadi Muslimah sebenar, gaya pula tak diambil peduli.
Tidak saya nafikan, sekelompok yang lain telah bergerak dengan gaya dan Iman yang sebenarnya. Seperti yang saya kata tentang definisi bergaya,dari segi pemakaian, pertuturan, pergaulan, persekitaran, pelajaran, kerjaya, dan juga pendirian. Maka, bergerak sama lah kita untuk menjadi seorang yang berIman dan bergaya.
Mereka yang telah berIman dan bergaya, maka bergeraklah untuk istiqamah agar boleh dicontohi oleh kami yang masih bertatih. Sepertimana contoh terbaik kita, Rasulullah saw yang telah Allah hadirkan untuk menyampaikan risalah dan menyempurnakan akhlak.
BerIman dan bergaya yang bagaimana? Semak semula perintah Allah dan ajaran Rasulullah.
Penutup
Segala kebaikan itu hanya dari Allah. Kelemahan dan kekurangan adalah di pihak saya. Ini hanyalah berdasarkan kefahaman dan pengetahuan saya yang terbatas. Dalam usaha untuk menjadi Muslimah mukminah yang sebenar, pasti ada ujian dan halangan yang mendatang. Namun, jangan biarkan itu menjadikan kita lemah untuk bergerak merapatiNya. Jangan jadikan alasan untuk kita menggapai keseronokan dunia lalu ditinggalkan seruan dan perintahNya. Allah Allah Allah, tiada yang selayaknya kita mohon pertolongan dan hidayah melainkan dariNya. Semoga Allah tempatkan kita dalam golongan yang berIman dan bergaya. Wallahualam.



hoodsunny
Beriman bergaya dan bersederhana ^___^
khumairah
semestinya^^
Nor Aminah Ismail
mantop ^_^
khumairah
^^
Nur Imans
pandangan dan tulisan yang bagus. Memang masih wujud pandangan sestengah pihak jika kita bertudung labuh dan berpakaian seperti ustazah, kita dari jurusan agama.Sedangkan tuntutan berpakaian menutup aurat dan bertudung melepasi paras dada adalah untuk semua wanita muslim, bukan untuk ustazah sahaja.terima kasih ats tulisan sdri yang diharap membuka mata mereka. tugas menyampaikan kebaikan bukan kerja ustaz dan ustazah sahaja kan?..:)-
humaira
Sgt setuju. ade sesetengah pihak yg berfikiran, hanya yang bersekolah agama saje yg perlu solat 5 waktu, menutup aurat, pergi masjid..”sy hanye sekolah biase, tak mengapa lah kalau sy x tahu mengaji”..sedangkan semua itu dituntut bukan berdasarkan sekolah agama atau sekolah biase,asalkan beragama Islam, seseorg itu harus tahu tanggungjawabnya.
khumairah
ya..sbb itu kita yg berpakaian begini jgn berhenti dr menyampaikan keindahan dan kebenaran islam..mgkn x semua akan terkesan utk mengubah pandangan sebegini..tp kita yg sedar bergeraklah utk tidak terus memandang spt mereka.
sharifah
mcm mn memilih gmbr ye??tak ambil ms yg lm utk mencri gmbr yg significant ke?
khumairah
ambil ms yg lama juga..kdg2 jumpa, kdg2 terpaksa tangguh utk seminggu smpai jmp gmbr yg sesuai.
Sya_Insyirah
~Pengisian yg baik. Pemakaian tudung labuh juga byk mendominasi pelajar2 yg ambil jurusan engineering…^_^. Kerja yg agak berat tapi still jaga syariat. Muslimat perlu jaga penampilan agar tidak timbulkn fitnah kpd org lain & bergaya tanpa perlu pinggirkan Iman & Islam~
khumairah
ya buktikan pd masyarakat kita yg kita sebegini pun boleh mendominasi bidang professional
Teman Nabila
terima kasih atas perkongsiaan ^_^
khumairah
sama2 ^-^
sarah
perkongsian yang menarik
khumairah
terima kasih
salsabil
Bergayalah dengan sebaik-baik pakaian,TAQWA.
يَـبَنِى آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَرِى سَوْءَتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَـتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
(QS:7:26)
khumairah
betul
mutiara_putih
terima kasih…artikel ini sangat menarik…:)
khumairah
sama-sama
affan94
^_^
Nadhirah-chan
Kadang-kadang ada sesetengah orang yang berniat nak bertudung labuh & tutup seluruh aurat tapi disebabkan pandangan negatif macam tu, batal terus hajat.Iman kena kuat untuk hidup dalam zaman moden ni.Pengaruh Barat datang dari segenap penjuru.Lemah iman, habis….
khumairah
fahamilah dulu asas Iman, dekati mereka yg soleh dan solehah, tggl atau rasai hidup dlm suasana solehah insyaAllah keinginan utk memakai tudung labuh itu x mampu tergoyah dek pandangan2 sebegini.
mia
nice =)
wani napi
em,pengalaman diri… berpakaian menutup aurat dan membicarakan tentang islam menyebabkan saya guru sains, pjk dan komputer telah dipanggil ustazah dan dilabelkan mengajar pendidikan islam… very funny but this is the reality… betapa islam dan gaya islamik telah dikecilkan kepada ustaz dan ustazah sahaja…
khumairah
sebenarnya utk diri bergelar ustaz dan ustazah itu terlalu tinggi. mereka yg dikira arif dlm soal agama ini, sememangnya harus dipandang dengan pandangan yg luar biasa. Namun, pandangan masyarakat kita, gelaran ini hanya remeh, jwtn ini tidak membawa makna besar dlm kehidupan mrk sbb itu sesuatu yg lekeh apabila melihatkan org berbicara soal agama lalu hanya ditjukan kpd golongan ini. memahami agama, menyampaikannya dan mengamalkannya tidak perlu utk digelar ustaz atau ustazah.
Nawal
Saya setuju. Sebab nampak pakai tutup2 je terus panggil kita ustazah…sedangkan saya sedar diri ni sangat tak layak. Kena usaha banyak lagi supaya masyarakat sedar yang semua beragama islam wajib tutup aurat dan jaga pergaulan.
Ana Jannah
syukran….perkongsian yg bagus
khumairah
Pemikiran Seorang Remaja
nice perkongsian!
cahaya keimanan
beriman dalam bergaya
Nurul Ain Marzuki
2 dalam 1: berIman dan bergaya
Amir
masalah ramai penuntut sekarang dalam pemerhatian saya dalam proses perubahan kearah kebaikan adalah kelemahan iman dan juga pandangan negatif terhadap perubahan.. harap khumairah dapat menulis lagi tulisan2 seperti ini untuk menguatkan iman kami pembaca. syukran!
khumairah
syukran atas pandangan dan cadangan. InsyaAllah doakan Allah kurniakan kefahaman utk berkongsi dan kekuatan utk menulis idea2 sebegini..Sungguh semua ini dtg dr Allah. Tanpa ilham dariNya saya pasti buntu utk menulis lagi. Semoga bermanfaat di dunia dan akhirat.
Nurhidayah
Alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian.. saya pun akan ambil jurusan bahasa inggeris…. setelah membaca artikel ni menjadikan saya lebih bersemangat.. ^ ^
nini
libasuttaqwa : ) yang penting, keihklasan dalam jiwa apabila nak ber’gaya’ tu JZKK!
m.s
subhanallah.. well written masya-Allah.. jazakillahu khayr ya ukhti
Nurul Kaiyisah Ismail
Alhamdulillah….,perkongsian yang sungguh bermanfaat…., syukran
Nys Zairee
beriman dan bergaya
sitinurhafizahzainuddin
awesome..:)
sal
habis tu bagaimana pula dengan wanita islam yang menggelar diri mereka hijabista?
khumairah
selagi mana mereka bergaya dengan Iman..mengikut apa yg syariat telah tetapkan dalam etika berpakaian, maka gelarlah apa pun..hijabista hya gelaran kpd sebuah konsep pemakaian..tapi haruslah difahami, konsep itu perlu selari dengan syariat. Silapnya sekarang, ramai yg beranggapan hijabista itu pakaian muslimah..namun jelas kita lihat, terdapat beberapa sisi pemakaian mereka ini yg lgsg tidak menepati syariat..muslimah itu ialah yg bergaya dan beriman..jika dia bergaya tetapi tidak dgn iman, maka tidak layak utk digelar berpakaian muslimah.
naimah khalil
Subhanaallah . syukran , ya ukhti
Fatin Nur Syuhada
Masih tercari-cari makna kehidupan yang sebenar…
RohiD
betul, dlm islam disuruh menjaga kebersihan dan menunjukkan contoh yang baik.
syerasapuan
alhamdulilah,,syukran atas perkongsiannya,terjawab segala persoalan..
(^__^)
adik9
menarik dan bermanfaat
Haimamamia Lee
BerIman
aisy
Bersetuju dgn contoh2 yg saudari berikan. Ramai org beranggapan bahawa perempuan-perempuan yg memakai tudung labuh kolot, bau busuh, selekeh dan sbgainya, maka tugsa kita untuk menghapuskan tanggapan tersebut.
Janganlah kita menjadi mangsa fesyen tanpa menghiraukan batas2 aurat yg wajib dijaga.
nur
subhanaAllah…syukran ya ukhti..^^
khumairah
ajmain..^^
sammi lee
tq
khumairah
you are most welcome
Anis Farizan Yahaya
Alhamdulillah…artikel yg membantu sgt..moga dpt memberi kesedaran kpd semua org Islam….beriman dan bergaya..sgt sukakan tajuknya..^^
khumairah
Alhamdulillah segala pujian hanya bagi Allah..semoga bermanfaat kpd yg menulis dan membacanya
rozi
muhasabah diri. jazakallah
Awliya auni
perkongsian yang baik..
~ iman seseorang bukan terletak pada gaya~
choe low
jacky
thx for sharing