Sisters: Kerajaan Wanita
I am a Muslimah Master Chef
“Along, kamu kena pandai masak lima hidangan dulu sebelum kamu umi izinkan untuk kahwin. Lima hidangan tu mesti ada 2 jenis sayur, 2 jenis lauk dan manisan atau pencuci mulut. Barulah kamu umi kira sebagai dah sesuai untuk berumah tangga.”
Itu kata-kata umi saya suatu ketika dahulu. Ketika remaja lain sibuk bergembira dengan dunia remaja mereka saya pula terperangkap dalam ujian yang dicipta oleh umi saya yang diwarisi beliau sejak turun-temurun. Nampak kuno dan tradisional bukan? Tapi itulah realiti kehidupan kaum wanita yang dididik di sebelah keluarga umi saya hingga mampu melahirkan generasi umi dan makcik-makcik saya yang pandai memasak.
Pada ketika itu saya kira, wanita yang pandai memasak hanyalah ciptaan keluarga sebelah umi saya memandangkan saya juga melihat contoh-contoh wanita lain dalam keluarga besar yang tidak pandai memasak tapi berjaya dalam kehidupan bekerjaya. Kadangkala terfikir juga saya, wanita dan kebolehan memasak ini seolah-olah pandangan stereotipikal masyarakat Asia atau mungkin budaya masyarakat kita yang menyekat wanita untuk memiliki kebolehan lain dan sebenarnya juga bagaikan suatu bentuk penindasan oleh kaum lelaki terhadap wanita. Seolah-olah dunia wanita hanya untuk memasak, seluruh kehidupannya adalah di dapur menyediakan hidangan buat keluarga.
Pandangan berubah
Saya memberontak ketika itu apabila disuruh dan dipaksa duduk di dapur. Berbagai alasan yang akan saya berikan dan selalunya alasan belajar atau membaca buku pasti berjaya membuatkan umi mengalah dari menyuruh saya ke dapur. Mungkin dari situ juga saya semakin rapat dengan buku tetapi semakin jauh dengan dapur. Hinggalah suatu saat, saya bagaikan tersedar ada suatu tarikan semulajadi untuk saya ke dapur. Selain mengalah dengan ajakan umi, mencuba mengambil hati dia yang acapkali geram dengan sikap saya, dapur seolah-olah menyediakan suatu kuasa untuk saya pegang dan gunakan untuk kemaslahatan ahli rumah saya. Tambah menggembirakan apabila seisi rumah berselera makan hasil masakan saya.
“Kitchen is every woman’s kingdom”
Suka untuk saya kongsikan sebuah play yang ditulis oleh Susan Glaspell pada tahun 1916, yang pernah pensyarah dan rakan sekelas saya bincangkan ketika di tahun 1 pengajian. Play tersebut berjudul Trifles yang bermaksud sesuatu yang kecil tapi dianggap tidak bermakna. Anda boleh google untuk mendapatkan versi penuh play ini.
Dari perbincangan yang kami jalankan, dapat disimpulkan di sini bahawa karakter wanita dalam cerita ini telah berjaya menyelesaikan sebuah kes pembunuhan manakala karakter lelaki iaitu pendakwa raya dan sheriff hanya memerhati keadaan sekeliling untuk mengenal pasti bukti pembunuhan. Glaspell menggunakan pelbagai simbol dan klu untuk mendekatkan pembaca dengan motif pembunuhan yang hanya akhirnya karakter wanita dalam kisah ini berjaya merungkai motif pembunuhan. Dalam beberapa dialog yang berlangsung, karakter lelaki hanya memandang sisi negatif keadaan rumah manakala karakter wanita cuba memahami dan menilai kehidupan sebenar penghuni rumah tersebut dari sebuah ruang kecil iaitu dapur yang telah membawa kepada tragedi pembunuhan. Saya petik beberapa dialog dari cerita tersebut,
[The COUNTY ATTORNEY, after again looking around the kitchen, opens the door of a cupboard closet. He gets up on a chair and looks on a shelf. Pulls his hand away, sticky.]
COUNTY ATTORNEY: Here’s a nice mess.
[The women draw nearer.]
MRS PETERS: (to the other woman) Oh, her fruit; it did freeze, (to the LAWYER) She worried about that when it turned so cold. She said the fire’d go out and her jars would break.
SHERIFF: Well, can you beat the women! Held for murder and worryin’ about her preserves.
COUNTY ATTORNEY: I guess before we’re through she may have something more serious than preserves to worry about.
HALE: Well, women are used to worrying over trifles.
Simbolism merupakan kunci utama dalam play ini. Mungkin nampak remeh dan mudah, tapi hakikatnya play ini membuktikan bahawa hanya wanita yang memahami benda-benda remeh yang dilihat tidak penting oleh kaum lelaki. Play ini merupakan adaptasi sebuah kes pembunuhan yang sebenar berlaku pada tahun tersebut.
Hasil dari perbincangan cerita tersebut, kami terus mendalami beberapa isu berkaitan wanita. Lalu pensyarah mengemukakan sebuah pandangan iaitu “kitchen is every woman’s kingdom” dapur merupakan kerajaan bagi setiap wanita. Dari situ hati saya terdetik betapa hubungan wanita dan dapur bukan hanya sebuah isu dunia jika hanya dibincangkan dari ruang lingkup dunia, tapi jika kita pandang dari sisi akhirat betapa pentingnya hubungan ini dalam pembinaan ummah dan kemaslahatan Islam. Jika dapur boleh dibincangkan dan diperdebatkan hingga ke meja sastera, tidak mustahil sudut ini juga penting dalam Islam.
Wanita, Dapur dan Islam?
Waktu saya kecil dahulu, hampir semua makanan umi saya sediakan sendiri. Nak roti, umi saya akan bakarkan. Nak aiskrim, umi saya akan buatkan. Petik jari semuanya umi saya mahir buat. Kalau saya teringin apa saja pasti umi saya akan berusaha hasilkannya sendiri dengan air tangannya tanpa membeli terus dari luar. Hinggakan ketika itu, saya langsung tidak kenal pakcik penjual aiskrim yang selalu lalu lalang dengan motosikal berlocengnya di luar rumah.
Keadaan berubah apabila adik-adik semakin ramai dan tuntutan ekonomi keluarga semakin tinggi. Umi perlu bekerja dan banyak tanggungjawab lain memerlukan perhatiannya. Lalu, semakin kurang usaha umi untuk menghasilkan semua makanan tadi sendiri. Umi lebih suka membeli di kedai. Walaupun rasa roti dan aiskrim kedai sangat sedap, namun tidak dapat menandingi keaslian rasa hasil air tangan umi. Hingga suatu hari umi pernah meluahkan rasa hatinya pada saya.
“Dah lama umi tak masak macam dulu. Dulu apa anak-anak nak, semua di hujung jari umi je. Sekarang dah susah nak buat semua tu.”
Pernah juga saya tanyakan kepada umi, kenapa umi sanggup membuat itu semua sedangkan makanan tersebut boleh terus dibeli di kedai.
“Kalau ikutkan nak mudah dan jimat masa, memang boleh je umi nak beli dari kedai. Tapi bukan itu yang umi nak. Umi nak jaga darah yang mengalir dalam badan anak-anak umi. Umi nak jaga makanan anak-anak umi. Nak hasilkan anak-anak yang soleh bukan saja nak kena didik dengan nasihat dan pendidikan, tapi juga dengan air tangan umi. Setiap bentuk makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Dari situ, umi senang nak nasihat anak-anak umi.”
Maka dari situ saya melihat, peranan wanita di dapur. Bukan sekadar melengkapkan teori kehidupan rumah tangga bahawa suami/ayah bertindak mencari rezeki manakala isteri/ibu menyediakan makanan dan layanan yang terbaik di rumah, malahan peranan dapur sebagai unit kecil terpenting untuk menghasilkan sumber makanan yang dapat membantu pembentukan sahsiah ummah. Dapur ialah kerajaan kecil bagi wanita di mana dia punya kuasa menentukan segala bentuk makanan yang akan masuk dalam kehidupan seisi rumah tangganya. Jika makanan yang tidak baik yang dia berikan, maka ia akan merosakkan seluruh ahli rumahnya. Jika sebaliknya pula yang dia berikan, maka akan menghasilkan ahli rumah yang sihat dan mampu bekerja dengan baik untuk kemaslahatan Islam.
Teringat juga kisah zaman nakal saya ketika itu yang sangat teringin makan mee segera. Sungguh waktu itu mee segera seolah-olah diharamkan terus dari masuk ke pintu rumah kami. Saya diam-diam membeli dan memasak mee segera di dapur ketika umi dan abah tiada di rumah. Plastik bungkusan mee itu sanggup saya buang jauh ke kampung sebelah takut dilihat oleh umi dan abah. Tapi akhirnya rahsia saya diketahui apabila malam itu saya cirit birit dan umi sangat arif dengan kesihatan anaknya menyoal makanan apa yang saya makan ketika dia tiada di rumah. Sejurus umi tahu saya makan mee segera tanpa keizinannya, esok harinya umi masak mee buatannya sendiri.
Pada pandangan kepercayaan lain atau sisi ideologi lain, peranan wanita di dapur tidak penting. Unit kecil ini hanya bertindak sebagai tempelan untuk melengkapkan sebuah kehidupan yang hanya berpaksikan duniawi. Ada juga yang memandang ia hanya sebuah budaya sesuatu masyarakat. Ada juga budaya lain yang tidak menitikberatkan soal wanita di dapur. Sebab itu, ada sahaja golongan wanita yang tidak kisah memberi makanan jenis apa untuk anak-anak dan suaminya. Seawal usia tiga tahun sudah disogok dengan pelbagai bentuk makanan segera yang sudah terbukti tidak menyihatkan tubuh badan. Seawal usia kanak-kanak sudah pandai diajar memakan makanan-makanan ringan yang tinggi kandungan MSG dan bahan perasa tambahan. Hasilnya nanti, adakah makanan ini mampu menjamin tumbesaran fizikal, mental dan rohani yang terbaik buat mereka? Apakah fizikal yang disogok dengan makanan sebegini mampu membina rohani yang cemerlang?
Lalu bagaimana kemaslahatan ummah akan terjaga apabila soal ‘remeh’ ini tidak dipentingkan?
Jom belajar memasak!
Makanya, di sini saya ingin mengajak rakan-rakan Hawa saya yang dikasihi sekalian untuk merasai betapa pentingnya sisi kecil ini dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah di dunia ini. Bukankah Islam itu merangkumi seluruh aspek kehidupan. Mengapa kita abaikan bahagian ini dan hanya memandang ia sebagai budaya dalam masyarakat atau ideologi turun-temurun?
Jika budaya lain memandang bahawa wanita di dapur itu lemah dan suatu bentuk penindasan, maka kita yang memandang ia dari sisi Islam, wanita di dapur adalah unit terpenting pembinaan ummah dan masyarakat Islam yang berjaya.
Tidak berminat memasak? Maka pupuk minat itu dari sekarang sebelum terlambat.
Tidak sedar pentingnya wanita pandai memasak? Maka, hari mari kita sedarkan diri kita betapa pentingnya kemahiran memasak ini untuk kehidupan dan pengabdian kita kepada Allah swt.
Setiap individu Muslim itu mempunyai amanat dan tanggungjawab dari segenap posisi yang dia duduki. Meskipun hanya melaksanakan tugasan di dapur, itu juga satu posisi Islam yang dapat membantu pembinaan batu bata Islam. Maka marilah bermula dari sekarang. Jika anda masih bujang, ayuh pupuk minat memasak dan cintakan dapur. Jika anda sudah berkeluarga, belum terlambat lagi untuk kembali menetapkan niat akan tugasan sebenar anda di sudut kecil ini.
Penutup
Dari kisah kehidupan yang saya bawakan dan sebuah cerita yang dipetik dari karya Susan Glaspell, ingin saya kaitkan bahawa peranan wanita di dapur mampu menggoncangkan dunia. Sedarlah bahawa yang sedikit inilah mampu memainkan peranan terpenting dalam kehidupan seorang Muslim. Jika sedikit ini tidak terjaga, tidak mustahil yang besar tak akan mampu tercapai. Jangan hanya lihat memiliki kemahiran ini hanya prasyarat utama sebelum mendirikan rumah tangga atau sebagai jaminan untuk mengambil hati keluarga mertua dan bakal suami, tapi pandanglah ia dan jalankan ia sebagai sebuah amanah dan tanggungjawab seorang Muslimah yang berIman. Wallahualam.



nurul zakiah
Bila kini saya menjadi Umi, saya juga mahu masak semuanya untuk anak-anak-anak dan suami…Alhamdulillah, walalupun sibuk nak ke tempat kerja setiap, pagi saya pastikan BF dan lunch sudah siap. Makan malam pula ala kadar ikut kesempatan.Tapi tetap masak sendiri..kalau dikira jarang sangatlah dibeli di kedai. Jadi nak penuhkan tuntutan memasak ni, cr saja resepi di internet..semua dah mudah..semua pun boleh pandai masak..:)
Perasaannya bila memasak untuk anak-anak amatlah puas dan yakin sebabnya walaupun di kedai ada makanan dengan cop halal tapi lebih yakin buat sendiri…seperti yang umi saudara ckpkan..
Cumanya kenalah masak ikut kemampuan kelaurga…apapun buat sendiri lagi jimat juga…:)
dan saya masih percaya dengan kesan “Air Tangan Ibu”……
khumairah
bagus kak..moga Allah mudahkan segala usaha akak utk memberikan yg terbaik pd keluarga akk…insyaAllah Allah pasti akan membantu.
awan nano
semangat nk belajar memasak lps ni..like..:)
khumairah
wahh bagus2
shauqahwardah
most like..^_^
belajar jgn x belajar MASAK..!!
khumairah
belajar msk then boleh kongsi resipi di sini..hehe
imaginary wall
trifles~
betul. sangat teruja baca play tu.
saya hanya boleh masuk dapur masa cuti sekolah je.
duduk asrama punya pasal.
huhu~
khumairah
wow…x sgka ada pembaca sy yg pernah bce tentang play tu..seronok kan..
x pe2..sy pun duduk kolej..so, bila cuti blk rumah gunakan sepenuhnya mse itu utk cedok ilmu memasak dgn mak..
Sya_Insyirah
nice one…..”Kitchen is every woman’s kingdom”
khumairah
yup…our very own kingdom..
Fathiyah
Assalamualiakum… Benar..bagi akak dengan memasak dapat ‘release tension’…. bila sibuk dengan dunia luar, balik dapat masak dan cuba resipi baru…rasa sangat best… Khumairah..rindu masakan anti..:)
khumairah
Waalaikumussalam
hehe..memang release tension..pastu kalo terlebih grm tu mksdnye otak ke lain, hati ke lain, tgn ke lain…insyaAllah nnt de mse sy pergi ke sana ye msk2 lg ngn kak
mahfuz
woahh,tnx 4 my mom yg tlah membesarkan n mendidik saya dgn air tgnnya slama ini sehingga saya jd manusia yg berjaya pd hari ini..alhamdulillah..
khumairah
Alhamdulillah…
nurulhafizah94
semangat nak belajar memasak lepas ni ^^,
khumairah
Alhamdulillah…teruskan bersemangat
im
bismillah..
semangat memasak ada..
tp,bila saya masak..adk2 or ma abh x prnh rasa saya masak..kalau rasa pon,sekali je..
pastu…makanan tu,terpaksa saya habiskan sendirian..sedih:(
khumairah
x pe..teruskan usaha
smpai 1 masa mereka akn menghargai masakan anda..ketika tu, pengalaman dulu akan menjadi satu kenangan dan pengajaran plg berharga dlm hidup..usaha lg utk improve masakan..sy ketika awl2 berjinak dgn memasak pun begitu..hinggakan ada je masakan yg akhirnye terpksa di buang ke tong sampah..tp jgn putus asa.memasak ni kena praktis selalu…lama2 sedapla masakan tu..
Muslihah
huhu.. saya pun mcm lebih kurang.. kalau saya masak, mesti tak habis makanan tu.. last2 saya yg kena habiskan sendiri.. kalau mak saya masak, mesti semua berseleralah~ haha
adakah kerna takda bakat? XD tak pe, saya akan terus berusaha..
tp, masalah saya, tak pernah ingat resepi.. asyik kena buat buku.. =P malunye..
mbr_94
like.:)
khumairah
nurhamiza
jom main masak2!
khumairah
jom
sueyusuf
^_^
khumairah
^^
timmy
”Kitchen is every woman’s kingdom”
OK, dulu saya dirumah tak suka masuk dapur (skrg dah kurang . hee )
Hari ini saya baru belajar dan sudah tahu kepentingannya.
Jom belajar masak.
Hee^^
khumairah
sy pun begitu…selalu mengelak bila umi pggl ke dapur
tp lama kelamaan dh semakin matang, semakin menyedari akn tggjwb di dapur..
skrg nk release tension, memasak la bagaikan terapi…
ain soofiyah
smangat nk blaja masak..!
khumairah
Alhamdulillah baguslah
Siti Nur Asyrafiah
memasak bukan sekadar untuk perut penuh tapi untuk lahirkan generasi umat gemilang!
khumairah
yup…masak pun satu ibadah jika niatnya utk mencapai redha Allah
cahaya keimanan
wanita dan memasak tak dapat dipisahkkan..bila memasak kita akan dapat satu kepuasan ~i♥memasak~
khumairah
yup…kepuasan hinggakan kadang tu penat pun x terasa
Shaoran Hani
saya suka memasak. tapi saya selalu stuck pada satu gaya memasak atau satu jenis masakan sahaja, mama dah banyak kali bagitau kena kreatif bila nak memasak, tapi… aduhai. sendiri pun dah rasa nak give up kadang2. tapi dari artikel ni, saya faham dan nampak kepentingan peranan seorang ibu yang sangat besar.
tak boleh putus asa ni. saya perlu usaha lagi!
khumairah
hehe..sbb tu la memasak pun perlu belajar..dan lebih elok jika bljr dr ramai org..kita ada variety of styles utk msk..kdg2 1 jenis resipi boleh ada mcm2 gaya masakan…x pe..polish lg..insyaAllah pasni mst kreatif punye..
afiqah
rindu masakan ibu.. dah tinggal jauh, baru teringat nak menghargai apa yang ibu masak.. :’)
skarang nak blaja masak pun kna tunggu cuti sem.
khumairah
itulah…bila masuk asrama smkn kurg la dpt merasa masakan emak..tmbh2 nnt dh keje dh de kehidupan sndr..semakin jrg blk umh..tp once a while bila blk umh tu hrgai dan nikmati sepenuhnya masakan emak..
ilyas91
Melihat komen-komen di atas, kebanyakannya kaum Hawa yang komen. Jadi, saya pun nak mencelah sikit.
Sungguh menarik artikel ini. Semoga saya akan mendapat isteri yang solehah dan pandai masak sebab saya pun ingin belajar memasak. Bukan setakat itu sahaja, tetapi untuk anak-anak juga. Semoga dipermudahkan.
khumairah
x pe..x salah kaum adam nk komen.. ^^
insyaAllah mudahan..tp jgn hya mengharapkan si isteri je utk sediakan makanan..x slh kalau suami juga pandai memasak..
subhibakhir
menarik..terbaik lah..
khumairah
Alhamdulillah
salsabil
Menggapai isteri solehah yg pandai memasak itu,
semestinya satu keinginan!..
Jazakillahu khoiron jaza’.
khumairah
menjadi isteri solehah yg pandai memasak itu, semestinya impian setiap wanita yg beriman
afwan
Asmida Ideris
Saya juga tidak mahu ketinggalan leave comment pada artikel yang menarik ini.
Masakan mak paling sedap biarpun makanan itu pada orang lain sangat ringkas.
Di tempat yang tiada makanan ala-ala masakan mak ini memang tiada pilihan lain kecuali… MASAK!
Bila masak boleh la praktis ‘masak dengan kasih sayang’ ;D
khumairah
InsyaAllah…moga suatu hr nnt bila kita menjadi ibu, kita pula mmpu meninggalkan memori terbaik dlm mknn yg kita masak utk ank2 kita
imantizz_truper
best la artikel nie,kak khumairah.Saya tak pandai buat pencuci mulut…nak kena belajar nie,hehehe
khumairah
hehe..akk pun masih belajar. tmbh2 kuih traditional
Amirah Hamani
Salam Alaik,
Hehe, teringat zaman muda-muda dulu, sama lah kita anti masuk dapur. Alasannya nak study la, itu laa, ini laa. Akhirnya, dapat kesedaran terasa rugi kalau jadi perempuan tp tak pandai memasak at least yg simple, sgt menggugat naluri paling dalam. Lagi-lagi bila bersahabat dgn akhwat yang pandai serba-serbi. Allah, semakin terasa kekerdilan diri.
Akhirnya, lps spm berjinak-jinak juga di dapur. Alhamdulillah, tak susah sebenarnya nak memasak nie. Simple kalau kita yakin, dan ada passion, kesungguhan untuk master dlm bab memasak nie. InshaAllah.
Moga Allah redha usaha kita. Terasa semakin berkobar lps baca artikel nie. Kena banyak belajar lagi nie. Cuba resepi baru. Hehe. Jazakillah Kak Khumairah atas inspiring article!
khumairah
Waalaikumussalam,
Betul..sahabat2 yg pandai memasak juga pencetus kepada minat utk bljr memasak. Baguslah nti dikelilingi mereka yg mahir memasak. Boleh bljr pelbagai style masakan dr mereka.
InsyaAllah moga Allah redha. Memasak juga satu ibadah. Most welcome dear sis.
BroHamzah
Alhamdulillah, zaujati seorang isteri dan ibu yang pandai memasak. Semoga Allah SWT berkatinya.
BroHamzah
khumairah
Alhamdulillah..dh lama x rasa masakan maryam
naimah khalil
sangat menarik ! bersemangat untuk terus belajar memasak
) syukran .
khumairah
Alhamdulillah semangat dah ada…cepat2 pergi belajar masak sebelum semangat tu luntur kembali
Ana Jannah
masyaALLAH…inspiring one..syukran
khumairah
ajmain..may Allah bless u
wardi
kingdom ^^
RohiD
kemahiran seorang wanita dan tanggungjawab untuk membangunkan ummah dengan masakan..
khumairah
yup..jangan dipisahkan dua tu
najwa
dulu kat rumah tengok je mak masak, just tolong kupas bawang, potong sayur, siang ikan n ayam. tak pandai masak apa2pun. pastu belajar kat luar negara, sbb susah nak cari makanan yg berkhasiat so kena masak sndiri. mula2 rasa susah jgk pastu lama2 rasa suka nak berkongsi resepi dr housemate..:)
azmiraazmi
rindu masakan mak..
khumairah
saya pun
rawatan alternatif
kawan saya kata saya pakar masak rendang?
rawatan alternatif
apapun, saya memang suka masak. tapi masa?…
khumairah
kalo dah pakar masak rendang, lepas ni boleh masak masakan lain pula dan kena jadi pakar juga untuk masakan tu..masa? setiap orang akan ckap dia tidak punya cukup masa, tapi hendak seribu daya..pasti ada masa punya
aisy
Hehe . Teringat dulu time skola menengah tak suke masak, bile mak panggil tolong kat dapur pun malas Huhu.
Tapi bile da ‘besar’ , da meningkat umur, bak kate orang dah layak untuk kawin, barulah berjinak2 nak masak, nak2 kene masak bile balik kampung time cuti sem atau hujung minggu. Anak sulung lagilah kene pandai masak kan.
Wee~ pengajarannya, jgn malas tolong mak kat dapur, bersyukurlah sbb kite masih ade mak n bnyk resepi2 kat tenet yg bole kita pelajari
khumairah
yup setuju sangat..anak sulung lagi la kan..eh sama la kita anak sulung. makanya keperluan untuk pandai masak tu kena lebih lagi berbanding adik-adik lain sebab kita yang pertama dapat ilmu dari mak kita.
Haimamamia Lee
Like this!
khumairah
thanks
wan
prasan x chef2 orang putih/barat/jepun kebanyakannya lelaki, bukan wanita pun. non-Muslim pun anggap memasak ni kerja baik, siap boleh bawak untung, apatah lagi kita org Islam. perlu diingat jugak, lelaki pun ape salahnya blaja mmasak. pak sdara saya ketua kampung di penang, sangat manly, smpaikan kalo nak ayam kampung, tembak sendiri jer pastu sembelih. still, terer memasak. kalo kenduri tu mmg die la kepala segala resepi dan menu. xdenye istilah lelaki lembut je bleh masak. huhu. sangat awesome. sori komen off topik. hehe
khumairah
yup..dalam keluarga saya sendiri ada dua orang pakcik yang merupakan tukang masak malah kalau ada majlis keluarga mereka lah ketua masakan. yang perempuan membantu meracik bahan. lelaki atau perempuan dua-dua kena mahir memasak.
Choe Low
good
nurazimah
slain dr msakkan yg sdap ada faktor len jugakkan?
cthnya, bcaan ayat2 al-quran masa msak..
klo ad, mgkin kak khumaira boleh buat post lain psal tu
zahidahzaza
Dulu sy pun macam tu jugak. Malas nak masuk dapur utk masak. Then, buat la alasan nak baca buku la itu la ini la. Semenjak duduk rumah sewa rajin la sket nak memasak. yela, sampai bile nak makan makanan kedai.