Jumaat, 24 Mei 2013   |   14 Rejab 1434H   |   14 Pembaca Online   |   Salam, guest!  Login or Register
You Are Here: Home » Sisters » Sisters: Tertindas atau merelakan diri ditindas?

About The Author


I studied Literature in English for almost four years. I believe my artistic bend led me to pursue in this field through various medium including writing, and this flourishing passion seek to discover new perspectives, new aims to not only earn and learn, yet serve and share the knowledge and experience for a better understanding of becoming a true Muslim and Mukmin.

Number of Entries : 24

Sisters: Tertindas atau merelakan diri ditindas?

Hijab itu kebebasan bukan penindasan ~picture by Mediaserius.com~

Sedang saya membaca beberapa buah jurnal artikel hasil kajian penulis-penulis Barat mengenai imej Islam dan wanita Islam dalam media Barat, terdetik di hati untuk berkongsi serba sedikit maklumat dan pengetahuan yang saya dapat hasil dari pembacaan dan kajian ini. Beberapa perkara yang mungkin wanita Islam di Malaysia tidak sedar kerana tidak mengalaminya atau sebenarnya pengetahuan tentang perkara ini telah dikaburi dengan berbagai-bagai propaganda Barat yang tidak mahu langsung menunjukkan sisi positif kedudukan wanita dalam Islam.

Tidak mahu saya ulas panjang tentang hak kita yang telah Allah jelaskan dengan terang dalam Al-Quran, yang telah Rasulullah terangkan dalam hadith dan sunnah baginda, yang telah terpahat dalam sirah kegemilangan Islam zaman para sahabat dahulu. Semua itu kita arif, mungkin juga kita biasa dengar dan baca di mana-mana.

Tapi hakikatnya, kita selalu lalai dan lupa tentang hak ini. Kerana apa?

1. Kehidupan di Malaysia tidak seperti yang berlaku di Barat sana (mungkin juga). Saya tidak pernah ke sana tapi saya hanya tahu berdasarkan pembacaan dan kajian.

2. Sikap sambil lewa kita yang hanya fikir cukuplah sekadar nama Islam dan tahu tentang Islam. Tak perlu nak terlalu ekstremis mempamerkan bahawa kita faham Islam dan seorang wanita Islam.

3. Dikaburi dengan ideologi hedonism yang menggalakkan kehidupan penuh hiburan yang melalaikan memisahkan hal-hal agama dan akhirat dengan dunia.

4. Sistem yang menyekat Islam diberikan ruang dan penjelasan dari sudut yang jelas, menyeluruh dan terang.

Mungkin banyak lagi faktor dan penyebab kenapa kadangkala kita seakan terlupa akan hak dan kebaikan kita sebagai wanita Islam. Anda sendiri boleh menafsirkan berdasarkan kehidupan yang anda lalui sekarang ini dikelilingi pelbagai genre media yang tidak bertapis.

Hakikat Barat dari Perspektif Kajian

Kajian tentang Islam dalam media bukan suatu kajian yang baru dan kebanyakannya dipelopori oleh pengkaji-pengkaji Barat. Melihatkan betapa setiap hari media di sana mempamerkan sisi negatif Islam, merendahkan martabat dan kedudukan wanita Islam dan Islam itu sendiri, lalu mereka meneliti dan mengkaji untuk mencari jawapan kepada isu ini.

1. Wanita Islam dibahagikan kepada tiga kategori iaitu: wanita yang pasif, mangsa, dan imej wanita bertudung.

Wanita yang Pasif lebih merujuk kepada gambaran-gambaran peranan wanita dalam konflik sosial di mana mereka lebih berperanan sebagai pemerhati. Berbanding lelaki yang terlibat aktif untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Mangsa merujuk kepada pelbagai imej ganas perlaksanaan perintah Islam seperti hukuman hudud, poligami dan kurangnya peluang untuk wanita menyatakan pendapat dan idea mereka untuk kemaslahatan masyarakat.

Imej wanita bertudung sering menggambarkan wanita berada dalam posisi negatif, misteri dan simbol penindasan. Ada media turut menggambarkan wanita bertudung sebagai “hantu” dengan pakaian yang berselebung menutupi seluruh anggota tubuh dan wajah.

2. Wanita dan Lelaki dalam Islam dipandang sebagai dua entiti berbeza di mana lelaki selalu dilihat sebagai golongan majoriti yang menindas kebebasan wanita Islam dengan amalan-amalan Islam yang dianggap kuno. Manakala wanita selalu dilihat sebagai simbol domestik yang hanya menerima, merelakan dan kurang kesedaran individual untuk bangkit bersuara dan mempertahankan diri.

3. Wanita Islam yang tradisional dan Wanita Islam yang moden.

Mereka yang benar-benar melaksanakan perintah Islam akan dilihat sebagai kuno dan tertindas. Tidak diberi peluang pelajaran dan tidak terlibat dengan pembangunan ummah dan agama.  Mereka yang aktif dalam masyarakat dianggap moden dan selalu imej mereka telah dikaburi dengan pengaruh Barat, tidak langsung mempamerkan imej dan pakaian wanita Islam melainkan hanya nama dan keturunan yang menyatakan mereka Islam. Golongan ini berpendidikan yang berorientasikan ideologi Barat lalu terpengaruh dan menjadi imej yang diagung-agungkan media Barat untuk menjatuhkan wanita Islam dan Islam sendiri.

Ini hanya konklusi dari beberapa pemikir.

Wanita Islam di sini

Di mana pula posisi kita di sini? Bagaimana pula gambaran wanita Islam yang kita berikan kepada media di sini? Bagaimana juga media menggambarkan wanita Islam di sini?

1. Mengejar populariti

Ini hakikat yang tidak dapat kita sangkal. Semakin hari anak-anak muda Islam tidak terkecuali wanita semakin mengejar populariti. Memilih dunia yang meletakkan mereka di tengah perhatian khalayak. Liputan meluas diberikan, perhatian dari hujung rambut hingga hujung kaki ditekankan malahan segala isi hidup dikorek menjadi santapan masyarakat. Ini yang sedang wanita Islam di sini lalui.

2. Pendidikan sekadar cukup

Kerana mengejar faktor pertama di atas, pendidikan bukan lagi yang utama. Sanggup pula meninggalkan peluang belajar untuk menjadi yang ternama. Tidak dituju pada mana-mana kerana tidak dinafikan juga segelintir golongan yang memilih laluan ini kerana kekangan wang dan kesusahan hidup. Pada ketika wanita Islam di luar sana disekat-sekat peluang mereka untuk belajar, kita di sini pula melarikan diri dari melalui proses pembelajaran. Lebih meruntun hati, seawal usia 13 tahun sudah tidak nampak kepentingan pelajaran.

3. Kebebasan

Sedang kita usaha untuk menafikan pandangan negatif Barat yang mempamerkan imej wanita Islam yang dikongkong dan ditindas, wanita Islam di sini pula meletakkan diri mereka untuk meraih perhatian menunjukkan mereka juga punya hak dan kebebasan. Kebebasan apakah yang dilaungkan apabila malu dirobek dan maruah dicarik? Semua ini sekadar provokasi Barat untuk melihat wanita Islam kecundang dengan memberi harapan palsu bahawa kebebasan mengikut mereka adalah kebebasan yang hakiki. Lalu, hanyutlah wanita Islam dengan dunia penuh kebebasan yang menipu. Merobek sifat malu, fitrah wanita yang telah Allah kurniakan. Meratah maruah dan ketinggian wanita Islam dengan janji palsu sebuah kebebasan. Tika ini, di mana lagi dapat kita cari wanita yang boleh melahirkan khalifah menegakkan kalam agung Allah yang benar?

4. Islam vs Moden

Memilih Islam secara menyeluruh sama ada dari sudut pakaian hinggalah kepada pemikiran dianggap sebagai asing, politik dan ekstremis. Lihat sahajalah apa yang berlaku dalam isu baru-baru ini yang hangat diperdebatkan dalam Langit Ilahi sendiri. Lihatlah bagaimana Islam diperkotak katikkan. Manakala memilih moden menghidangkan laluan dan permaidani merah. Memudahkan segala urusan, membenarkan segala kepalsuan dan memberikan hak kepada kebatilan. Lalu tinggallah wanita Islam yang hanyut mengejar kemodenan biarpun di pakaian masih memeluk secebis keIslaman.

Realiti atau Sekadar Omokan Media?

Ini adalah realiti yang dikaburi fantasi. Di sana, mungkin juga keadaannya tidak seteruk yang digambarkan malahan perlaksanaan dan kefahaman Islam itu lebih baik dari yang digambarkan oleh media. Mungkin juga sebuah fantasi, yang ingin memberi kita peluang untuk mengubah stereotaip pemikiran ini supaya diri kita, masyarakat kita dan ummah kita tidak terdidik dengan ideologi tidak benar ini yang hanya bertujuan untuk menjatuhkan Islam.

Bagaimana pula di sini? Adakah sebuah realiti di mana Islam di sini tidaklah digambarkan negatif seperti dalam media Barat? Tapi yang pasti realiti wanita Islam di sini bukan sebuah fantasi atau mimpi. Lebih dari itu, seakan menjadi ikutan, trend dan pegangan dalam masyarakat yang menambah modal buat media sini untuk terus memperjuangkan ideologi-ideologi Barat. Buka lah akhbar, tontonlah tv, dengarlah radio dan ikuti perkembangan di internet itulah bukti sebuah realiti. Paling mudah, keluar sahaja rumah lihat keadaan sekeliling. Sambil memandu perhatikanlah manusia dan ragam mereka di sekeliling anda.

Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang yang di muka bumi nescaya mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Mereka tidak lain hanya mengikuti prasangka belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (kepada Allah s.w.t.) -Surah al-An’an:11


Kembali kepada Islam yang sebenar

Penyelesaiannya tidak lain dan tidak bukan adalah kembali kepada Islam yang sebenar. Berpuluh-puluh kajian, beratus-ratus penemuan dan beribu-ribu penyelesaian tidak akan mampu menyelesaikan setiap sudut permasalahan ini melainkan dengan kembali kepada Yang Maha Esa dan kepada ajaran Islam yang sebenar.

Tiada yang lebih layak dan mampu untuk menyelamatkan keadaan wanita Islam melainkan memberi kefahaman, kesedaran dan melaksanakan Islam secara total tanpa ragu-ragu.

Sesiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai Din, maka sama sekali tidak diterima daripadanya, di akhirat kelak termasuk ke dalam golongan orang yang rugi -Surah Ali ‘Imran:85


Tidak saya tujukan pada wanita sahaja walaupun hakikat di Barat wanita Islam adalah kayu ukur utama untuk mereka menjatuhkan Islam, malahan ini juga buat perhatian kaum Adam yang telah Allah pilih sebagai Imam kami. Pendedahan ini sekadar pembacaan dari kajian. Memohon kesedaran dan kefahaman buat mereka yang benar-benar ingin melaksanakan Islam yang sebenar.

Wanita sedang sakit di sana dek kecaman media.

Tapi wanita di sini sedang sakit kerana media terlalu banyak memberi peluang untuk mengeksploitasi fitrah mereka. Ayuh! Jangan biar wanita Islam merelakan diri ditindas.


 

Comments (23)

  • Ibnu Hamid

    Ibnu Hamid

    Nilai wanita adalah tinggi maka jangan biarkan ia dihakis.

    Reply
  • Asmida Ideris

    Terima kasih Sister khumairah atas perkongsian. Saya secara peribadi lebih bimbang akan keadaan terkini wanita Islam di negara Islam berbanding wanita Islam di negara barat.

    Reply
    • khumairah

      khumairah

      ya..sebab itu saya katakan bahawa adakah kita ini seperti merelakan diri ditindas? keadaan di Barat yang saya kemukakan cuma berdasarkan pembacaan hasil beberapa buah kajian..mungkin juga satu hari nanti akan ada pengkaji2 yang akan mengkaji keadaan sebenar wanita islam di negara Islam..tak perlu lihat jauh..Malaysia (adakah kita negara Islam?) sendiri boleh dijadikan contoh terbaik utk kita risaukan keadaan wanita2 Islamnya. Wanita Islam di negara Islam lain, mungkin x terjangkau dek pandangan bagaimana situasi dan kondisi Iman mereka. Kalau nak dibandingkan dengan wanita Islam di negara kita sendiri. Maka kerisauan itu kita salurkan dahulu ke sini…bantu saudari2 Islam kita di sini…hapuskan kerisauan dengan kesedaran dan penyelesaian.

      Reply
  • cahaya keimanan

    cahaya keimanan

    ayuh wanita, jom kita bangkit jangan biarkan diri kita ditindas..=)

    Reply
  • awan nano

    awan nano

    like..:0

    Reply
  • Siti Nur Asyrafiah

    Wanita islam itu tidak pernah dikatakan tidak bebas hanya kerana mempertahankan hijabnya. Kerana berhijablah, dia istimewa dan bebas. Bebas bukan sekadar berkonsep seperti yang digemabr-gemburkan di media kini. Muslimah berhijab itu bebas dari pandangan dan kejahatan nafsu lelaki yang membuas, bebas dari kecaman Allah tentang panasnya api nerakan, bebas dari dunia populariti yang menyesakkan dada. Bukankah itu kebebasan yang lebih bermakna? ^__^

    Reply
  • hanif

    bertudung atau tidak……ini bukan soalnya..

    bail diri wanita..di nilai dari hati nya…

    bertudung litup sekali pun..kalau hati busuk….

    perangai…tetap buruk

    dan sebalik nya…

    Reply
  • Teman Nabila

    Teman Nabila

    tidaklah Allah menurunkan sesuatu perintah itu dengan sia2. perintah menutup aurat adalah wajib dan sesungguhnya banyak hikmahnya, terutamanya dalam melindungi dan menjaga maruah kaum wanita

    Reply
  • nurhamiza

    nurhamiza

    wanita itu istimewa di dalam Islam.
    malangnya, ramai yang tidak menghargai keistimewaan ini.
    maka, jadilah apa yang berlaku sekarang ini.
    Ayuh,kembali kepada Islam yang sebenar
    :)

    Reply
  • sharifah

    bgus entri ini untuk membuka mata kita tentang keadaan islam di luar negara.. tp lebih baik sekirnya kita lebih menekankan tentang cara u tuk menangani masalah berbanding membincngkan maslah krn saya percaya bahawa yg membaca karya di langit ilahi adalah terdiri drp pendakwah2 ataupun individu yg ingin berubah kepada yang lebih baik dan mengajak org untuk berubh ke arah yg lebih baik…maaf atas cadngn dari hamba yg hina ini..smoga sm2 dpt memberi manfaat kpd org lain..salam

    Reply
    • khumairah

      khumairah

      terima kasih ats cadangan..artikel ini hya sebuah perkongsian dr hsl pembacaan..sebenarnya scope kajian ini di bwh bidang kajian sy utk menyiapkan master thn ni..ya, benar kata saudari..lbh baik membincangkan penyelesaian drpd hya membentangkan permasalahan..tp hakikatnya ini yg berlaku dlm area akademik yg sy sdg jalani di Uni. Km lbh byk membincangkan punca dan permasalahan..x dinafikan ada cadangan utk penyelesaian..tp syg sgt sgt syg..semua penyelesaian tidak menjurus ke arah kembali kpd Allah. sbb itu mslh x pernah selesai..dan sentiasa tugas kami (ahli akademik) mencari punca permasalahan ini hingga bila2 selagi mana asas kpd mslh ini x dibendung. Makanya, di akhir artikel ini sy mengajak kte kembali kpd Islam yg sbnr..itu shj penyelesaian yg terbaik…sy mengajak pembaca langit ilahi utk berfikir…

      mari kembali kepada sistem Allah yg sudah pasti dpt menyelesaikn semua mslh ini.

      Reply
  • hafiz89

    like this..

    Reply
  • Nadhirah-chan

    Nauzubillahhiminzalik…Tu la sekarang ni…Allah dah mahalkan diri wanita dengan perintah menutup aurat tapi kita pulak yang murah hati nak dedah sana sini….

    Reply
  • ain soofiyah

    hanya mampu ucpkan nauzubillahiminzalik

    Reply
  • Fatin Nur Syuhada

    Fatin Nur Syuhada

    Sangat berinformasi..
    Syukran..

    Reply
  • aisy

    Wanita zaman sekarang majoritinya merelakan diri untuk ditindas . Nauzuillah

    Reply
  • Haimamamia Lee

    Suka :)

    Reply

Leave a Comment

Copyright © 2012-2013 LangitIlahi.com. All rights reserved. LangitIlahi.com (LI) are registered trademark of LangitIman Resource

Scroll to top