Karya: Cerpen – “Aku”
Picture by ~Sblourg of Deviant Art
Lama rasanya tak menulis Cerpen.
Jadi, saya teringat pada seorang sahabat saya, terus termuncul idea Cerpen “Aku” ini.
So, enjoy it.
Cerpen “Aku”
Termenung. Sedikit kebosanan. Ruang mataku diisi dengan sebatang pokok di hadapan Dewan Makan, dan di sekeliling pokok itu terdapat pelajar-pelajar lain yang kelihatan seronok bersembang sesama sendiri. Rasa menyesal pula pergi terlalu awal ke tempat ini. Rupanya hari ini Dewan Makan akan dibuka sedikit lambat. Lebih baik melepak di atas musolla tadi, boleh juga berbaring menghilangkan letih di tengah hari ini.
Sudah seminggu di sekolah baru ini. Aku masih tidak punya maku-maku kawan rapat. Namun aku tidak berapa peduli. Aku seakan dapat menghidu bahawa takdirku adalah berseorangan di atas dunia ini. Setakat aku berumur 13 tahun ini, aku memang tidak punya seorang pun teman yang boleh digelar sebagai sahabat karib. Sedang teman sekolah rendah sepanjang 6 tahun pun tiada satu yang rapat denganku, apatah lagi di sekolah asrama yang baru aku jejaki ini.
Mungkin keraku aku berbeza. Mungkin. Aku kasar, tidak mudah berkata lembut, agak lancang, asyik berfikiran jauh, tidak suka bertolak ansur, dan sering hendak menang dalam apa-apa sahaja. Ah, aku tidak peduli. Bukan satu kekurangan buatku. Aku bisa sahaja hidup sendiri.
“Seorang sahaja?”
Cuping telingaku menangkap pertanyaan itu. Membuatkan leherku automatik menoleh. Seorang pelajar berpakaian pengawas, agak tinggi, berwajah cerah, memakai songkok, sedang berdiri di hadapanku dengan roman wajah yang manis. Siapa pula ni?
“Boleh aku duduk sebelah kau?” Dia bertanya. Nyata aku duduk berseorangan di atas penghadang jalan berdekatan Dewan Makan ini. Malas-malas aku mengangguk.
“Kenapa seorang sahaja?”
“Memang tak ada kawan.” Aku menjawab perlahan sambil menekur jalan tar di hadapan.
“Oh, biasalah. Kau baru lagi di sini kan? Nanti insyaAllah, lama-lama ada la sahabat.” Dia berbicara mesra. Seakan telah 10 tahun berkenalan pula. Membuatkan aku mengangkat wajah memandangnya.
“Iya? Aku macam tidak yakin sahaja aku akan mampu mendapat sahabat di sekolah seperti ini.” Aku tahu bicaraku itu berbau sinis. Tetapi aku tidak dapat mengawalnya. Aku memang begini. Aku sudah dapat menghidu perbalahan yang bakal berlaku antara aku dan dia sebentar lagi.
“Em? Kenapa kau berkata begitu?”
“Iyalah, aku lihat senior-seniornya tidaklah sebaik mana. Bercakap gah sahaja, tetapi akhlak tidak setara mana. Tetap membuli junior juga. Suruh orang bagi salam dulu, tetapi mereka tidak pula mengamalkannya. Bila junior tak beri salam, tahu pula hendak marah.” Aku memuncungkan bibir, dan mendengus menunjukkan kebencian aku yang mendalam.
Ya. Apa yang aku luahkan tadi, itulah yang aku perhatikan sepanjang minggu orientasi ini berjalan. Abah kata, sekolah ini lubuk mutiara, tempat tersimpannya 1001 hikmah. Tetapi entahlah, aku tidak nampak apa yang istimewanya sekolah ini apabila melihat senior-seniornya. Dan sekarang, pelajar di sebelah aku ini menyatakan aku akan mendapat sahabat di sini? Heh. Dalam mimpi sahaja mungkin terjadi.
“Cakap tu baik-baiklah sikit.” Dia mula bersuara tegas.
Ahah! Aku sudah katakan yang tiada siapa akan tahan dengan aku. Orang tidak pernah suka dengan mereka yang bercakap tulus. Orang lebih suka pujian palsu.
“Apa yang aku cakap itu benar, bukan?”
“Iya. Tetapi senior-senior bukanlah para malaikat. Apa yang baik daripada mereka kita ambil, apa yang buruk daripada mereka kita tinggal. Kalau kau tidak puas hati dengan mereka, maka jadilah senior yang lebih baik nanti.”
“Hah, hanya alasan kau sahaja untuk menyembunyikan kesalahan senior-senior di sini. Sekolah ini nyata tidak bermakna apa-apa. Sama sahaja seperti sekolah-sekolah lain. Apa yang ‘the best in the world’nya di sini?” Aku merendah-rendahkan laungan semangat yang sering digunakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah ini.
Wajah pengawas di sebelahku mula merah.
“Kau ni!” Tangannya mula hendak mencapai bahuku. Tetapi aku dengan langkah tempur didikan Abah, pantas menangkap pergelangan tangannya sebelum sempat menyentuh tubuhku.
Matanya membesar. Mataku membalas. Tangannya sengaja kugenggam sekuat hati. Biar dia terasa sakitnya.
“Sudah, berambus.” Aku menghalau. Tangannya kulepaskan perlahan.
“Hei…” Dia menggeleng kepala. Bangun meninggalkanku.
Aku buat tidak peduli.
Pasti dia tidak akan lagi berhubungan denganku.
Aku pasti, dia amat memarahiku. Mungkin dia akan menceritakan kepada rakan-rakannya akan hal aku. Silap hari bulan, dialah musuh aku yang paling ketat di sekolah ini satu hari nanti. Siapa tahu, bukan?
Heh.
******
Aku memandang papan kenyataan di musolla. Biasanya pada papan kenyataan ini ada pelbagai info terkini berkenaan aktiviti sekolah, juga terdapat fakta-fakta agama dan juga akademik. Aku sekadar tertarik pada bahagian aktiviti sekolah. Aku ingin tahu apa program yang akan diadakan oleh sekolah ini untuk minggu hadapan.
Tiba-tiba aku perasan cuping telingaku disentuh. Sentuhan itu pula dapat kurasakan kemesraannya. Pantas aku menoleh ke belakang.
“Si…”…apa… dan yang baki itu hanya terlekat pada kerongkongku.
Dia. Pengawas semalam. Kini sedang berada di hadapanku, dan tersenyum mesra.
“Tengah tengok apa? Apa yang menarik?” Dia terus menepuk bahuku dan mendekati papan kenyataan. Memandang ke arah jadual yang menunjukkan aktiviti sekolah.
Aku sekadar memandangnya. Kemudian tanpa berminat untuk mengungkit perselisihan semalam, aku sekadar menyilang tangan ke dada dan melihat kembali jadual aktiviti sekolah.
Suasana antara kami hanya diisi dengan bunyi pelajar-pelajar lain melalui tempat itu untuk keluar dari musolla, juga beberapa pelajar yang turut melihat papan kenyataan.
“Nama aku Hariz.” Suaranya menggegar gegendang. Perlahan-lahan aku menoleh. Dia sedang tersenyum. Apakah dia ini terlupa bahawa kami baru sahaja berselisihan semalam?
“Nama kau siapa? Aku cuma tahu yang kau ini adik saudara Umair sahaja. Umair itu sahabat karib aku tahu. Tinggal dia tua setahun sahaja daripadaku.”
Ah, kawan Umair? Umair itu abang sepupuku. Tua dua tahun daripadaku. Satu-satunya keluarga yang aku ada di sekolah ini, juga salah satu sebab mengapa Abah amat yakin untuk menghantar aku berjauhan daripada rumah ke mari.
Hariz di sebelahku kekal tersenyum. Seakan hari semalam tidak pernah berlaku. Dan tadi semasa dia menyentuh cuping telingaku, aku dapat merasakan kemesraan yang amat daripadanya. Aneh. Perasaan apakah ini?
“Haikal.” Aku menjawab perlahan.
“Em?” Kening Hariz terangkat sebelah.
“Nama aku Haikal. Haikal Aizuddin.”
Senyuman penuh cahaya terukir di bibirnya. Segera dia menghulurkan tangan. “Muhammad Hariz.” Dan kami berjabat.
Hangat. Bukanlah ini kali pertama aku berjabat tangan dengan manusia. Tetapi, entah, mengapa aku rasakan jabatan tangan kali ini terasa seperti sesuatu yang tidak pernah kurasai sebelum ini. Dan apakah rasa senang yang terwujud di dalam hatiku ini?
“Makan jom?” Hariz terus memaut bahuku, dan belum sempat aku menjawab, tubuhku telah didorongnya ke rak kasut.
Itulah dia permulaannya.
******
Masa pantas berlalu. Sedar tidak sedar, Hariz sudah tingkatan lima dan aku telah memasuki tingkatan empat. Hari-hari nyata berlalu tanpa menunggu langkahan insan. Sama ada manusia itu yang memecut untuk menewaskan waktu, atau manusia itu akan ditinggalkan.
Persahabatan aku dan Hariz juga bertambah erat. Kami ibarat kembar yang tidak dapat dipisahkan. Siapa yang percaya bahawa awal pertemuan kami adalah pergaduhan. Tetapi entah mengapa seperti aku sahaja yang mengingati perkara itu. Hariz, dia langsung tidak pernah menimbulkan kenangan yang satu itu. Mungkin sahaja dia memang tidak pernah ambil peduli akan perkara itu? Jika benar, nyata dia adalah manusia yang ajaib.
Empat tahun yang telah berlalu, diisi oleh dengan keeratan kami. Terlalu banyak kenangan yang dikongsi bersama. Terlalu banyak perkara yang dilalui berdua. Kemasukan aku sebagai ahli Badan Pengawas Sekolah tambah mengeratkan hubungan kami, apatah lagi apabila aku diletakkan pada Biro yang sama dengan Hariz. Lebih menakjubkan, sepanjang aku menjadi pengawas, kami tidak pernah ditukarkan ke biro lain. Kerja-kerja bersama di dalam pengawas, kursus-kursus kepimpinan, program-program, semuanya menjadikan hubungan kami bertambah erat.
Kami turut bersama-sama merancang pelbagai program sampingan buat diri kami sendiri, seperti berpuasa sunat bersama-sama dan tidur di musolla untuk qiamullail bersama-sama.
Nyata empat tahun yang telah berlalu, adalah empat tahun yang indah. Aku seakan dikurniakan seorang abang oleh Allah SWT. Dan kehadiran Hariz lebih dari sekadar memenuhi kekosongan ruang Abang itu, bahkan dia jugalah qudwah kepadaku. Banyak mengajarku akan Islam yang sebenar daripada akhlaknya, mendidik aku dengan kesungguhannya di dalam kerja, dan sentiasa di sisi apabila tiada orang lain bersama.
Percaya atau tidak, yang mampu bertahan dengan kelancangan dan kekasaranku, hanya Hariz seorang. Aku masih ingat ketika aku mengamuk dan mengoyakkan komik mereka di pejabat asrama, mengakibatkan beberapa rakanku di dalam pengawas tidak senang dengan kemarahanku ketika itu, hanya Hariz sahaja yang pergi kepadaku dan bertanya apa yang sebenarnya telah berlaku.
“Kal.” Suara Hariz menyapa. Dia yang baru sahaja menyalin baju tidur, mampir ke katilku dan duduk.
“Apa?” Aku menggerakkan kepala sedikit.
“Ada masalah apa?”
Aku tertawa. “Kenapa? Muka aku ni muka ada masalah kah?” Tiba-tiba sahaja tanya ada masalah.
“Tak adalah. Semalam, bila balik daripada slot terakhir, kau terus sahaja tidur. Tak sembang-sembang macam biasa pun.” Hariz merujuk kepada Program Muhasabah Islami yang dijalankan oleh seorang motivator jemputan sekolah semalam.
Mata aku membesar. Hariz berkerut dahi memandangku. Kemudian tawaku meletus.
“Hei, aku serius ni.” Dia menolak bahuku.
“Entahlah. Aku tak ada sebab pun. Mungkin letih kut. Tak fikir apa, balik terus lelapkan mata.” Aku menggeleng. Tawaku masih tersisa.
“Serius ni?” Hariz seperti tidak puas hati.
“Ya Allah abang aku seorang ni, sungguh.” Aku mengangkat tangan, gaya bersumpah. Memang sungguh aku tidak ada apa-apa. Bahkan aku sekarang ini masih tergeletek dengan Hariz yang amat menjaga aku hinggakan perubahan sekecil itu pun disangkanya aku punya masalah. Hariz, Hariz. Aku menggeleng lagi.
Hariz menghela nafas dan tersenyum. “Baguslah macam itu.” Dan senyuman Hariz itu tidak akan mampu aku cari di mana-mana lagi di dunia ini. Aku pasti. Membuatkan aku tersenyum sama.
“Tak lama lagi dah nak habis sekolah dah.”
—————————————————-
Versi penuh cerpen ini hanya boleh anda ikuti dengan membeli Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta.
ahyad
terkelu, hampir mengalirkan air mata..terima kasih akh..teringat kehidupan di sekolah dulu..
heartpeace
BEST
reneOne22
zubyda
subhanallah.
fuzzey6666
bezanya sahabat dan kawan
siraj
subhanaAllah..indahnya ukhuwah fillah
imaginary wall
mabruk!!
mantop2..=)
norhayati
sedihnya bla baca.. menitis air mata.. moga sampai ke syurgaNya bersma..=)
hamaiza san
: indahnya mempunyai sahabat yag begitu memahami….
brohamzah
I N D A H
Ariffah9
mmg mengamalkan makna ‘ukhuwah’ itu..
miin maaya
alangkah indahnya hidup ini……
maria al qibtiyyah
menitis air mata keharuan…kalaulah ana juga punya sahabat karib,akan ana manfaatkan masa terindah bersamanya.sampai bila2..tapi sayangnya,tidak diberi kesempatan utk mmpunyai sahabat karib….
putra aziz
cerita yang mengusik jiwa, sangat menarik…
sarahsyafiqah
;(
Husniah
ukhuwahfillah ana ucapkan untuk sahabt ana yang berada jauh dari ana…… uhibukifillahi…..
srikandi
MENARIK!!^_^
ainzaiyaalifnun
best sangat
nasihah
sangat2 menarik.. Allah menarikkan hati saya untuk membca artikel ini. ALhamdulillah!
TERKELU,TERKESIMA,SEBAK.. inilah makna ukhuwwah yg dibina atas iman. subhanallah~!
terima kasih Akhi Hilal!
nur atikah hairiri
menarik….
mabruk ya akh…
M Q
huhu.. terasa dekat dan mampu membayangnya.
Allahuakhbar. (“,)
Nur Iman
ukhwah kerana Allah SWT.Subhanallah,indahnya…
La_Nina
ya Allah,indah nye jika berhubungan kerana Mu..
subhanallah,best sgt cerpen ni akhi Hilal..INDAH..~
umiamni
masyaAllah..syukur sy digerakkan hati unruk membaca cerpen ini..susahnya nak cari sahabat di akhir zaman ini..
zafirahsuhailah
menitis air mata nieyh..
Ya Allah kurniakan lah aku sahabat yg begini..
terima kasih atas perkongsian cerpen yg teramat menarik.
fara_lin92
mabruk!!
indahnya ukhwah..
sebaik-baik ukhwah adalah melebihkan sahabat..
juicycouture
mabruk! syukran ya akhi
*tersentuh sgt . indahnya berhubungan kerana Allah
durroh89
“Kau tahu tak Hariz, kalaulah terjadi satu masa nanti, seluruh dunia telah tinggalkan kau, sampai nanti mungkin isteri dengan anak-anak pun tinggalkan kau, kau agak-agak siapa manusia yang akan kekal berada di sisi kau masa itu?”
“Kalaulah nanti terjadi satu saat, seluruh dunia hilang kepercayaan dengan kau, bahkan memerangi kau, hatta mungkin waktu itu keluarga kau turut bertindak dengan tindakan yang sama, kau tahukah siapa manusia yang akan berada di sisi kau?”
Aku!!
white_rose
MashaAllah, indahnya ukhuwah.. sgat menyentuh perasaan..
MABRUK AKH HILAL!
Greg Heffley
i love this ‘cerpen…my mother translate it for me….please help me in Islam
ummuismail
subhanallah.. indahnya ukhuwah fillah.. saling menyayangi kerana Allah..
Ya Allah, kasihanilah sahabatku, sesungguhnya aku mengasihaninya. Sayangilah sahabatku, sesungguhnya aku menyayanginya. Dan aku amat tahu kasihMu lebih besar melebihi kasihku, dan sayangMu lebih luas berbanding sayangku, maka kepada Kau sahajalah aku meminta kasih dan sayang untuknya.
AyaHikari
andai sy mampu menjadi sahabat sebaik Hariz…………………
muhajidah shauqah
Allahurabbi…
blum brtemu lagi sahabat spt hariz n haikal ni..insyaAllah..mngkin 1 hari nanti…..
calculus91
indah nya sebuah persahabatan….
evals
salam bleh buat movie ni..
harizan
berusaha menjadi sahabat terbaik utk sahabat kita…eratnya ukhwah ini…menyentuh hati…
Hariz Khair Ad-Deen
Jzkk akh ats cerpen ni.
Semoga, Allah terus-menerus memberi nta kekuatan dan juga keikhlasan. aminn
amieraa
TERSENTUH
Huda Hidayah
~MasyaAllah~SubhanAllah…Tiada yg mampu ana ucapkan selain pujian kepada Allah. Cerpen ini menyedarkan ana makna persahabatan yang sebenar. Indahnya bersahabat hanya kerana Allah.
ct.aien
subhanallah…alangkah indahnya punyai sahabat seperti ini…
tiada yang lebih berharga daripada ukhuwah kerana ALLAH~~
adriamirul
moga hariz dan haikal hidup dalam diri kita.. mabruk ya akhi..
nisaq89
tersentuh membaca cerpen ini..
mampukah saya menjadi sahabat yg baik seperti mereka??
insyaAllah saya akan berusaha~~
ana.z
subhanallah.kalau cerita2 akh hilal dibuat movie esp VT,insyaAllah ramai org lg faham makna ukhuwah fillah yg sebenar
aqilah hasmizi
seronok ana bace cerpen ni.teringat pulak pd sahabat ana yg dkt plkn..
aisha_riza
wonderful story
indah sungguh ikatan yg didasari dgn keimanan kpd Allah mcm yg ditunjukkan Hariz & Haikal. Semoga kita juga mampu memilikinya suatu hari nanti. InsyaAllah.
azrihisam
terkadang diri ini amat memgharapkan sahabat seperti ini…
tapi apakah diberikan tanpa kita dahulu memulakannya…
dihargai itu dtg setelah menghargai…
^_^
sukee
cerpen yg lain drpd yg lain,,, pnulisan yang sngt mnarik!! mcm brlaku dpn mata… !! real story,, smpai mngalirkn air mata,,,,first time bca cerpen air mta mngalir!! tabik spring pda hilal,, toing toing,,, hahah
jannahillahi
Indahnya hubungan persahabatan jika perasaan kasih sayang yang hadir itu disandarkan hanya kepada Allah…
ukhuwwah fillahi abadan abada~
jannahillahi
Manisnya Ukhuwwah Tarbiyyah Diserap~
syifaa zakaria
subhannallah indahnya sebuah ukhwah kerana ALLAH.. hampir mengalir air mata ini[tahan sbb ade kat tmpat umum]ehehehe..
moga saya mempunyai sahabat seperti ini dan diri ini juga menjadi seperti ini kepada sahabat yang lain..
zid
ukhwah yg tak ternilai harganya
nurulainmarzuki
siyes nak nangis..indahnya persahabatan dgn ukhuwah..
lia-nur
mengalir air mata..indahnya ukhwah begini..
ummul balqis
xboleh nk share kt fb kaa ?
minara
mabrook ya akhi…what a beatiful story..very heart touching..
raudhah
indah nya ukhuwah… sedih.. rasa nak nanges =(
aini
teringat akn ex classmate..rndunya…
aini9727
ya allah, indahnya insan bernama sahabat….
hidayah
i’ve gone thru this situation :’)
azizah
rasa mcm prnah bc cerpen ni dlm blog langit illahi dlu
imansinergi
nice~ bersambung..huhu
fia fidasefhia
emm…hebat.
tp diri ini punya byk kekurngn, xmgkin punya sahabat seperti itu..
tetapi sendri mendewasakn erti kehidupn
AfifHamdani
Ukhuwah Fillah Abadan Abada
Naqiuddin AnsaruLLAH
ALLAH..
pengajaran yang sama., tapi jalan cerita yang berbeza.
mantap akhi Hilal..! ^_^
normaszarina
kisah persahabatan yang amat indah
ukhwahfillah~
naimah khalil
nor
hebat nya persahabatan mereka…hurm..
afzan
nikmatnya miliki persahabatan sebegitu~!~
hajar rafa
wah bestnye persahabatan begitu
sarah
susah untuk mencari kawan y betul2 memahami
haqif0330
indahnya ukhwah~ :’)
-jangan ditanya dimana sahabat seperti itu, jadilah sahabat itu.
teringin utk membaca sambungannya..
nur94srwk
btul tu..sy tringin sgt nk bc smbungn nya.msyaallah..sy rs sungguh sronok bc novel saudara hilal.byk beri motivasi kpd sy yg brapa nk pndai sgt dlm mempraktikkn islam.ni sbg satu cara hidup.tp sy akan cuba ^.^
nur94srwk
*…yg x brapa nk pndai…*
ummi
best!!
Teman Nabila
terima kasih atas perkongsiaan. benar2 menusuk ke kalbu
zularif
dah bace yg full…best!
Nur
Bismillahirrahmaanirrahiim…
Bila saya teringat akan sahabat saya yang amat dikasihi itu,sedikit sebanyak membuatkan saya rasa semangat untuk menempuh perjalanan hidup ini.
Walau,sahabat itu tidak berada di hadapan atau bercakap dengan saya tetapi cukup sekadar mengingat kenangan indah bersamanya,dengan izin Allah,saya berasa semangat untuk melangkah ke hadapan.
Saya senantiasa merinduinya.Moga Allah redha denganmu,sahabat.
cahaya keimanan
Subhanallah, ukhuwah yg hebat..:)
ain soofiyah
bukan senang nak tahan kelancangan mulut.. =D
kasyif
best
nur balqis
salam al;akh hilal asyraf..subhanaALLAH separuh dr jln crita dlm crpen ni sama dgn jalan khdupan ana bsama senior di Darul QUran..kini dia tlh tmat pngajian..bgaimana Hariz bsama2 Haikal,bgtu lah ana dgn ukhti..sperti kata2 d atas Aku seakan dikurniakan seorang abang oleh Allah SWT. Dan kehadiran Hariz lebih dari sekadar memenuhi kekosongan ruang Abang itu, bahkan dia jugalah qudwah kepadaku. Banyak mengajarku akan Islam yang sebenar daripada akhlaknya, mendidik aku dengan kesungguhannya di dalam kerja, dan sentiasa di sisi apabila tiada orang lain bersama.syukran ats crpen ini..:)