Blogger=Da’ie – Ciri-ciri Blogger Yang Baik.
Menjadi blogger yang hasanah! ~ Picture by neon280 of Deviant Art.
Kita meneruskan perbincangan kita dalam Blogger=Da’ie, kali ini dengan ciri-ciri Blogger Yang Baik pula. Tempoh hari kita telah membicarakan perihal Blog Yang Baik. Kini, Blogger Yang Baik. Blog yang baik, belum tentu akan menarik ramai pembaca, memberikan kesan kepada yang mengikuti, sekiranya bloggernya bukanlah seorang yang baik.
Ya. Jadi di lembaran kali ini, kita fokus kepada Blogger Yang Baik.
Dan ini hanyalah sekadar pandangan saya. Ciri-ciri ini bukan absolute, dan mungkin sahaja bagi yang tiada ciri-ciri ini boleh menjadi blogger yang baik. Terpulang. Tetapi ini adalah pandangan, buah fikiran, idea daripada saya.
Saya tidak akan membicarakan baik dari segi kerohanian di sini. Saya lebih kepada baik dari segi pengurusan. Hal ini kerana, berkenaan baik dari segi rohani, kita telah banyak bincangkannya dalam bab-bab sebelum ini.
Ciri Pertama: Blogger Yang Baik Adalah Yang Sentiasa Mengemas Kini Blognya.
Ciri pertama, blogger yang baik adalah yang sentiasa mengemas kini blognya.
Sentiasa ini, boleh membawa maksud dari hari-hari, hinggalah kepada seminggu sekali. Pada saya, had mengemas kini blog paling buruk pun adalah seminggu sekali. Manakala blog yang hanya diupdate dua minggu sekali, sebulan sekali, dan seterusnya, adalah blog yang pada saya tidak akan diikuti.
Siapa yang mahu mengikuti sesuatu yang tidak punya penerusan yang baik. Sekejap ada, sekejap tiada. Tiada siapa mahu mengikuti. Apatah lagi, apabila wujud pelbagai blog lain yang lebih konsisten kemas kininya.
Tambahan, kita hendak membawa pembaca kita ke arah mana, kalau updatenya sebulan sekali cuma?
Maka di sini kita perlu melihat semula. Buat jadual. Disiplinkan diri. Rangka penyampaian kita, pengisian blog kita. Pastikan benar-benar mampu berkala. Barulah orang mahu mengikuti perkembangan kita, mendalami apa yang kita sampaikan. Barulah mesej kita kelihatan kuat, apa yang kita sampaikan kelihatan bermakna. Kerana penerusan, adalah bukti bahawa kita benar-benar berusaha.
Ciri Kedua: Blogger Yang Baik Penyampaiannya Santai, kemas dan teratur.
Ciri yang kedua, blogger yang baik adalah yang santai penyampaiannya.
Entrinya tidak terlalu panjang hingga orang penat membacanya, dan bahasanya tidak pula terlalu bombastik hingga orang terpaksa cari kamus untuk memahaminya. Entrinya juga kemas dan teratur. Ada pembuka, ada penutup. Tampak kedisiplinan terpapar di situ.
Lebih menarik apabila penyampaiannya boleh dikaitkan dengan realiti, amalan kehidupan, masalah yang sering melanda, membawa kepada penyelesaian, membawa kepada ketenangan hati, penambahan ilmu sohih lagi bermanfaat dan sebagainya. Tidak kira dengan wasilah penulisan, gambar, komik dan sebagainya.
Penyampaian yang santai ini, turut termasuk di dalamnya menggunakan bahasa yang sopan.
Ciri Ketiga: Blogger Yang Baik, Mesra Pelawat.
Ciri yang ketiga pula adalah, blogger yang baik merupakan blogger yang mesra dengan pelawat dan pembaca blognya.
Maksud mesra di sini bukanlah kemesraan berlebih-lebihan, hingga terjadinya perbualan yang meleret dan kosong antara blogger dan pembaca. Tetapi mesra di sini bermaksud, sentiasa berusaha memberikan respon kepada kemusykilan yang ditimbulkan oleh pembaca. Mengucapkan terima kasih sekiranya dipuji, dikritik, dan sebagainya. Menyatakan kemaafan jika ada yang menegur. Membalas salam ziarah. Juga jika mempunyai masa, menziarahi semula blog-blog pelawat yang melawati blognya.
Ini antara bibit-bibit ukhuwwah, jambatan hati yang mampu dibina semasa di alam maya. Jika benar hendak menjadi blogger=da’ie, maka ‘mesra pelawat’ ini adalah tersangat penting. Kemesraan kita, akan menjadi penarik kepada orang untuk mengikuti penyampaian kita, mendalami apa yang kita cuba sampaikan.
Kemesraan kepada pelawat ini boleh diekstensikan lagi dengan pembinaan kelab, dengan melaksanakan gathering, jika benar-benar serius dalam mengembangkan pengaruh penyampaian kita. Dengan itu, pembaca dan pelawat bukan ditinggalkan untuk menginterprestasi bebas penyampaiannya, bahkan dia memandu mereka.
Ciri Keempat: Blogger Yang Baik Itu Tidak Main Copy&Paste.
Ciri keempat bagi seorang blogger yang baik adalah, dia tidak sekadar copy&paste bagi mengemas kini blognya. Bermaksud, dia sekadar memenuhi entri blognya, dengan post-post yang dicopy&paste daripada blog orang lain.
Tujuan Copy&Paste memang baik jika untuk sebaran ilmu. Tetapi pada saya, jika benar-benar hendak menjadi seorang blogger=da’ie, seorang blogger itu perlu usaha lebih keras. Jangan copy&paste, tetapi cukuplah sekadar ‘mengulas’, kemudian letakkan link artikel itu, menyatakan bahawa anda sedang mengulas perkara itu.
Maka di sini, blogger itu akan ada pandangannya sendiri, terhasil daripada penilaiannya terhadap artikel tadi. Pelawatnya akan dapat juga membaca artikel itu, dan pada masa yang sama, pelawatnya akan melihat pula sisi pandang blogger tersebut. Tujuan sebaran dapat dipenuhi, pada masa yang sama, diri dapat dipertingkatkan lagi.
Nah. Itu lebih baik.
Kalau diberikan kepada saya, buat apa saya nak ikut blog yang suka copy&paste artikel orang lain? Baik saya pergi terus kepada tuan punya artikel.
Ciri Kelima: Blogger Yang Baik, Penyampaiannya Bukan Kosong.
Ciri kelima, dan terakhir saya mahu kongsikan di sini adalah, Blogger Yang Baik, penyampaiannya bukan kosong.
Blogger yang baik tidak akan sekadar menceritakan benda-benda yang tidak bermanfaat, sekadar menceritakan peribadinya, kehidupan dirinya dalam setiap entrinya. Bukanlah dilarang menulis diari. Tetapi kalau hendak menulis diari pun, pastikan diari yang bermanfaat.
Kita ambil contoh mudah.
Blogger yang kurang baik, bila cuaca hujan, dia akan cerita di dalam blognya:
“Hari ini hujan. Boring gilerr.”
Blogger yang baik, bila cuaca hujan, dia akan cerita di dalam blognya:
“Hari ini hujan. Sedikit kebosanan kerana tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Tetapi mungkin diri boleh ambil peluang muhasabah. Mengambil ibrah daripada rahmat yang Allah SWT turunkan. Hujan menghalang aku untuk keluar dari rumah, tetapi memberikan pula kehidupan kepada haiwan dan tumbuhan. Untuk aku pula, mungkin dari sekadar bosan ini tinggal bosan, baik aku isi masa dengan sesuatu yang bermanfaat….”
Begitu. Ada beza bukan? Kedua-duanya diari. Tetapi berbeza sama sekali.
Penutup: Blogger Yang Baik, Akan Memberikan Manfaat.
Pada saya, blogger yang baik akan memberikan impak. Untuk saya, blog yang baik sahaja tidak akan mencukupi. Perlu bloggernya juga baik. Barulah sempurna.
Menjadi ‘orang’ yang baik, dengan menjadi ‘blogger’ yang baik adalah dua perkara yang berbeza. Belum tentu orang yang rajin buat kerja bantu manusia lain, mampu menjadi penggerak blog yang baik. Dan begitulah sebaliknya.
Justeru, Blogger=Da’ie mengajar untuk kita asimilasikan kedua-duanya.
Agar blog tidak sekadar menjadi pentas bercerita,
Tetapi menjadi tempat untuk mengajak manusia kembali kepadaNya.
Bukan sekadar menjadi tempat bercerita kosong,
Tetapi menjadi medan untuk membina peribadi yang ulung.
InsyaAllah.



ilyas91
tertarik dengan ciri blogger yg baik yg keempat.
sya_solehah
setuju.. ciri2 ni penting memastikan apa yang kita tulis bermanfaat kepada yang lain
Ismi Ammar
jzklh for the sharing..
setuju …
blogger y baik akan patut memberi manfaat kepada pembacanya..bukan membuang masa pembacanya membaca sesuatu y tidak mendatangkan apa2 faedah
Ismi Ammar
terbaik…
Alhamdulillah
“Agar blog tidak sekadar menjadi pentas bercerita,
Tetapi menjadi tempat untuk mengajak manusia kembali kepadaNya.
Bukan sekadar menjadi tempat bercerita kosong,
Tetapi menjadi medan untuk membina peribadi yang ulung.
InsyaAllah.”
Kesimpulan yang menggugah jiwa…Alhamdulillah…Mari Menjadi Hamba!
Makbonda
Jazakallah,satu penanda aras yang sangat bermunafaat.
Nur Shahidah Mohd Shah
jazakallah…terima kasih atas kongsian ini….
ia benr2 membantu dalam pengurusan blog….
amir
setuju sgt!
Hafizah Zainuddin
nice…
HELMI NGALIMI
TERBAIK!!!
ana mencari-cari artikel bermotivasi seperti ini…
JC
SUPERB MARVELOUS AKHI!!!
A good motivation for those who are still in ‘sleep’ out there including ‘me’*read=us
Obtained a lot of input here…
raudhah
suka ciri yang ke4… hehe.. tapi ana suka copy cerpen enta..
hlov
terbaik.
nurhamiza
setuju2
blog yg baik adalah yg memberi manfaat kpd org lain.
samalah jugs dgn manusia.
sebaik-baik manusia adalah yg memberi manfaat pd manusia yg lain.
Hazlin
Ye, sangat setuju. Dalam proses menjadi blogger yg baik. hehe
aini9727
akn djdikn panduan utk mnulis blog…
Mutiara Wakafan
nice..
banyak menambahkan ilmu pengetahuan…
^_^
wardatul
moga ramai lg blogger yg akn lahir utk mnyebarkan dkwah dgn ikhlas…
Aretikz
Alhamdulillah, point ke-5 membuatkan diri ini terfikir untuk wat en3.. Thanx Hilal, n Syukran Ya Allah.. ^_^
nature mujahid
Bismillah Alhamdulillah…
Syukran perkongsiannya.. alhamdulillah, ana yang baru dalam blog ini
dapat input berguna..
'Aina
Saya akan cuba praktikkan, terima kasih diats perkongsian dan sungguh bermakna bagi saya.
nazirulmubin
Insyaallah akan saya praktikkan.. malangnya saya masih tak tahu nak bawa pembaca saya ke arah mana. mula2 agak ilmiah. lepas tu melencong ke laut pula. Last skali, follower dah lari. Nampaknya saya kena mula kemaskini strategi. Syukran!
nur_wa
rasa2nya semua ciri2 yg dilistkan di atas xde kot pada blog sy…hehe
tujuan asal sy buat blog hanya utk suka2 sebagai luahan perasaan..
apa yg sy minat dan rasa, sy akan tulis..(dulu2 time sekolah suka tulis diari)
bila dah ade kemudahan internet dan laptop cuba beralih arah buat blog seniri..
dulu2 agak teruja menulis di blog tapi lama kelamaan semakin meningkat usia
kurang berminat nak mencoretkan sesuatu di blog…sebab dah ada facebook utk sharing mcm2..
tujuan asal sy buat blog bukan untuk orang lain baca tapi untuk koleksi sy seniri yg minat kumpul update or list blog novelis2..agak tersentap jugak bile bace list2 di atas..
sy selalu gak copy paste org lain punye post tapi sy sertakan sumber web tu skali (sekadar nak pastikan blog tu sentiasa update sebab dah takde idea nak buat post baru..
wardi
insyaAllah…dijadikan sebagai panduan ^^
mujahid Islam
terima kasih akhi Hilal…akhirnya jumpe cara nak jadi blogger..:D
Nabieyl
syahirah
copy & paste uh stuju tol~
jacky