Sabtu, 25 Mei 2013   |   15 Rejab 1434H   |   27 Pembaca Online   |   Salam, guest!  Login or Register
You Are Here: Home » Berita » “LangitIlahi.Com’s Loyalty Rewards”.

About The Author


Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak. Lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf di alam penulisan. Lahir pada 16 Januari 1989. Pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor. Kemudian di Ma'had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah(MATRI), Perlis. Berkelulusan B.A(hons) dalam bidang Usuluddin, Yarmouk University. Telah menghasilkan beberapa buah Novel seperti Novel VT, Novel Hero, Novel Takdir dan lain-lain, juga beberapa buah buku Motivasi yang terkenal dengan siri Buku Motivasi Langit Ilahi. Telah berkahwin dan kini aktif menerima jemputan program dan mengendalikan bengkel.

Number of Entries : 427

“LangitIlahi.Com’s Loyalty Rewards”.

LangitIman Resources, terus konsisten atas sokongan pembaca dan pelawat. MARI MENJADI HAMBA!

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Apa khabar kepada semua pembaca dan pelawat LangitIlahi.Com? Alhamdulillah segala puji saya rafa’kan kepada Allah SWT yang masih lagi memberikan peluang untuk kita hidup, membaiki diri, mempertingkatkan kualiti peribadi, bergerak menjadi hambaNya yang sejati.

“LangitIlahi.Com’s Loyalty Rewards”. Saya tersenyum. Jangan salah faham dengan perkataan ‘loyalty’ tu ya. Bukan kami mahu anda angkat sumpah agar taat setia dengan LangitIlahi. Bukan dan bukan, juga tidak akan sesekali. Nanti satu hari kalau kami buat macam itu, anda perlu tegur kami.

Tetapi program “LangitIlahi.Com’s Loyalty Rewards” ini adalah lebih kepada memberikan peluang kepada pembaca dan pelawat yang ‘hardcore’ dengan LangitIlahi ini agar mendapat ‘sedikit’ ganjaran daripada kami. Kami suka dengan kedatangan anda ke LangitIlahi.Com, kami hargai segala sokongan dan doa anda selama ini kepada kami hingga kami mampu bertapak seperti hari ini, maka ““LangitIlahi.Com’s Loyalty Rewards”” adalah antara cara kami ‘membalas’ kebaikan anda itu.

Kami usaha, apa yang kami mampu insyaAllah.

Apakah itu “LangitIlahi.Com’s Loyalty Rewards”?

Program ““LangitIlahi.Com’s Loyalty Rewards”” adalah satu program ‘mesra pembaca dan pelawat’ yang kami cuba jalankan. Anda mengikuti kami, aktif dengan kami, membantu menghangatkan lagi perjalanan kami, maka kami pula memberikan ganjaran berdasarkan ‘mata ganjaran’ yang dikumpul oleh pembaca dan pelawat LangitIlahi.Com.

Ini semua bertujuan mengeratkan hubungan antara kami, dengan pembaca dan pelawat LangitIlahi.Com yang selama ini mengunjungi LangitIlahi.Com hari-hari, memberikan komen dan sebagainya. Tidaklah kelihatan hubungan kita ini satu arah sahaja. Pembaca dan pelawat sahaja kepada kami. Tidak. Bahkan, ini caranya untuk kami ‘berhubung lebih erat’ dengan pembaca dan pelawat yang kami cintai dan kasihi.

 

Metod Mengumpul Mata Ganjaran.

Telah dikatakan bahawa ganjaran akan diberikan berdasarkan ‘kutipan mata ganjaran’. Maka bagaimana hendak mengumpul mata ganjaran?

Medan untuk mengumpul mata ganjaran adalah seperti berikut:

1 – Visits

2 – Tweets

3 – Comment

4 – Google+1

 

Metod-metod mengumpul mata ganjaran adalah seperti berikut:

  1. Singgah di LangitIlahi.Com = Anda akan mendapat 100 point.
  2. Tekan butang +1 pada mana-mana entri = Anda akan mendapat 100 point.
  3. Tekan butang Retweet pada mana-mana entri = Anda akan mendapat 100 point.
  4. Tekan butang LIKE pada mana-mana entri = Anda akan mendapat 100 point.
  5. Komen pada mana-mana entri = Anda akan mendapat 100 point.

 

Sekali sahaja untuk mendapatkan 100 point bagi setiap aktiviti tersebut dalam sehari. Point maksimum akan diberikan dalam sehari adalah 500 point. Ulang langkah yang sama pada hari seterusnya untuk mengumpul lagi point anda bagi mencukupkan mata ganjaran untuk mendapat ganjaran berdasarkan point yang dikumpulkan.

 

Hadiah Yang Ditawarkan Kami Kepada Anda

Hadiah-hadiah yang kami tawarkan mengikut mata ganjaran kepada anda adalah seperti berikut:

  1. 10,000 point = Anda akan mendapat 2 button badge LangitIlahi.
  2. 15,000 point = Anda akan mendapat prepaid celcom/maxis/digi RM10.
  3. 20,000 point = Anda akan mendapat ruang IKLAN secara percuma selama sebulan di LangitIlahi.Com.
  4. 25,000 point = Ebook percuma daripada LangitIlahi Store.
  5. 25,000 point = Sebuah buku percuma daripada LangitIlahi Store.(Boleh pilih)
  6. 50,000 point = T-Shirt MUSLIM LangitIlahi/T-Shirt MUSLIMAH LangitIlahi.
  7. 50,000 point = Pen-Drive 8GB.
  8. 75,000 point = Set Buku Koleksi LangitIlahi(3 buah buku).
  9. 180,000 point = iPod Shuffle(4th Gen) 2GB.
  10. 200,000 point = External Hard Disk 500GB.
  11. 250,000 point = iPod Nano (6th Gen) 8GB.

 

Lumayan bukan? Sekiranya anda istiqomah mengutip 500 point sehari, dan mengumpul hingga mencukupi mata ganjaran mengikut apa yang anda kehendaki, anda boleh mendapatkannya.

Bagaimana Hendak Menyertai?

Semestinya perkara ini memerlukan pendaftaran bagi kami boleh ‘keep track’ dengan aktiviti anda, juga memberikan mata yang sewajarnya mengikut aktiviti yang anda lakukan.

Cara menyertai mudah sahaja.

  1. Klik Butang REWARDS berwarna merah di kiri website LangitIlahi.Com.
  2. Klik Butang BECOME A MEMBER.
  3. Ikut langkah-langkah yang dinyatakan selepas itu.

Selamat menjalani program “LangitIlahi.Com’s Loyalty Reward”!

Bagi mereka yang tidak mendaftar, maka tiada point yang akan diberikan atas aktiviti mereka.

 

 

Penutup: Ini Penghargaan Kami, Dan Dengan Ini Anda Membantu Kami.

Jika anda perasan, kelima-lima aktiviti tersebut sebenarnya adalah untuk membantu kami. Mempromosikan LangitIlahi.Com ini kepada lebih ramai. Kepada kenalan-kenalan anda(penggunaan butang retweet dan LIKE button) juga kepada menjadi pilihan utama enjin carian(penggunaan butang Google+1). Kehadiran anda, dan komen anda juga sebenarnya membantu menghangatkan perjalanan LangitIlahi, membantu mempertingkatkan kualiti kami dengan komen membina, kritikan membina, serta pandangan-pandangan bernas anda.

Kami pula, tidak berhajat anda lakukan itu semua dengan percuma. Sokongan anda nyata bermakna, dan sangat berharga buat kami. Maka sistem ini kami jalankan. Anda bantu kami, kami berikan anda sesuatu sebagai tanda penghargaan.

Apatah lagi, sekiranya apa yang kami tulis, laksanakan di LangitIlahi.Com ini dikira sebagai bermanfaat, bermakna di sisi Allah SWT, maka tindakan anda menekan butang ‘retweet’, butang ‘LIKE’, butang ‘Google+1’ itu semua adalah satu ‘penyebaran kebaikan’. Dan mereka yang menyebarkan kebaikan ini, ada pula ganjarannya di sisi Allah.

Dunia dapat. Akhirat pun dapat. Kami di LangitIlahi.Com, amat menekankan keseimbangan itu.

“Demi Allah, jikalau Allah memberikan petunjuk kepada seseorang disebabkan kamu, maka itu lebih baik untukmu daripada unta-unta merah.” Hadith muttafaq alaih.

“ Barangsiapa yanng mengajak kepada kebaikan, maka untuknya pahala seperti pembuatnya(yakni orang yang dia ajak berbuat kebaikan)” Riwayat Muslim.

Maka untung bukan?

Justeru, ini hakikatnya adalah mutualisme. Lengkap melengkapi.

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). Surah Al-Maidah ayat 2.

Semoga Allah redha dengan usaha ini. Saya, Hilal Asyraf, mewakili Team LangitIlahi dan Syarikat LangitIman Resources mengucapkan jutaan terima kasih atas segala sokongan anda, pembaca dan pelawat, terhadap kami selama ini. Semoga program “LangitIlahi.Com’s Loyalty Reward” ini berjaya, dirahmati Allah, dan dengan usaha ini terbakarlah semangat kita untuk menyampaikan agamaNya kepada lebih ramai orang, serta sampailah ayat-ayat Allah itu kepada lebih ramai lagi manusia yang ada.

Mari, kita bersama-sama Menjadi Hamba!

Selamat mengusahakan program “LangitIlahi.Com’s Loyalty Rewards.”

 

~ seorang hamba,

Muhammad Hilal Asyraf,

Pengasas LangitIlahi.Com,

Pengerusi LangitIman Resources.

Comments (54)

Leave a Comment

Copyright © 2012-2013 LangitIlahi.com. All rights reserved. LangitIlahi.com (LI) are registered trademark of LangitIman Resource

Scroll to top