Harga
Kadangkala, kita rasa ketaatan kita telah membayarnya. Jauh sekali. ~ Picture by kimi544 of Deviant Art.
Apakah nilai kehidupan di dunia?
Apakah pula nilai amalan kita di dalamnya?
Enjoy cerpen ini.
Harga.
Aku mahu marah hari ini.
Banyak perkara berselirat di dalam hati. Perkara-perkara dahulu, hinggalah apa yang berlaku kini. Semuanya tidak adil padaku. Aku banyak menjadi mangsa. Kini jiwaku sengsara.
Air mata mengalir jatuh pada pipi. Perlahan-lahan kemudian menitis melekat pada bumi. Aku yang menelentang memandang ke langit biru. Cuba mendamaikan hati tetapi pilu tetap pilu.
Akhirnya mengangis teresak-esak, itulah yang aku mampu.
Mengapa aku menjadi mangsa?
Satu persoalan yang sering aku tanya. Tetapi tiada yang menjawabnya.
Mengapa aku perlu bersabar?
Satu lagi soalan yang biasa muncul. Tetapi tiada yang akan mampu memberikan balasan yang betul.
Aku meleret garis muram pada bibir. Esakan berkurangan tetapi air mata terus mengalir.
Berputar semua memori. Buat rasa marah bertimbun-timbun dalam diri.
Tetapi aku tidak mampu.
Yang aku mampu hanya menangis sendiri.
*******
Realiti dunia, akan wujud manusia yang berhati busuk. Yang kalau kita berkata apa pun, mereka hanya akan tahu memberikan tohmahan dan cacian. Kerja mereka hanya hasad dan dengki. Benci dan benci.
Aku antara yang terkilan dengan jenis yang sebegini.
Mereka banyak merosakkan kehidupanku.
Bayangkan wahai pendengar cerita, cerita yang tidak benar, kadangkala hanya interprestasi peribadi mereka yang tiada ukuran solid, tetapi disebar-sebar seakan itulah dia kebenarannya. Tersebar dibawa mulut, dari si fulanah ke si fulanah, dari fulan kepada fulan.
Lebih kelakar, pendapat yang ditohmah tidak pula ditanya. Bahkan, terus diubah kepada pangkat ‘pesalah’. Akulah yang menjadi penjenayah. Di dalam drama yang mereka tulis skripnya.
Sedangkan, mereka ini, jauh di dalam hatiku aku menganggap sebagai keluarga.
Tetapi itulah yang dilakukan mereka.
Saban gerakku, mereka akan balas dengan rasa meluat.
Aku pergi kepada beberapa orang yang aku sangka sebagai keluarga. Bertanya. Tetapi jawapan adalah sangat mengecewakan. Alasanku tidak mahu didengar. Tetapi apa yang disebut adalah:
“Amran la kena faham dengan mereka. Masalahnya sekarang, Amran dah buat mereka tidak suka.”
Itu jawapan adikku. Menjaga perasaan orang lain adalah fokus nasihatnya saban waktu.
Menjaga perasaan aku? Adalah yang tidak pernah disebut.
Sedang apakah kelukaan yang aku lakukan? Tiada. Kadangkala perasaan hati adalah untuk berkongsi gembira, dengan mereka yang dianggap sebagai keluarga. Ada waktu ingin bersama bercanda mesra, dengan mereka yang aku anggap sebagai saudara. Tetapi semua dipandang sebagai riya’ dan menunjuk-nunjuk. Dengan masam muka dan rasa benci. Dengan pelbagai interprestasi, yang jauh dari realiti.
Pendapat aku? Penjelesan aku?
Tidak pula mereka pinta. Jauh sekali mendengari.
Aku terluka.
Lebih sakit apabila aku bertanya di manakah silapku? Tiada jawapan. Mengapa tidak memberikan jawapan? Katanya nanti aku akan berhujah untuk menyatakan aku di pihak kebenaran. Hairan seribu kali hairan. Penjenayah pun dibicara adil di dalam mahkamah. Tetapi aku, penjelasan buat diri adalah satu perkara yang dipandang sebagai menjelekkan? Pelik.
Seribu satu aibku dijaja. Bahkan kebanyakannya hanya rekayasa.
Aku boleh sahaja bersuara. Tetapi kecewaku membeku suara.
Aku anggap mereka sebagai keluarga!
Marah. Itulah yang bersarang.
******
Aku seperti terperosok dalam lohong hitam. Disedut untuk pergi ke kawasan lebih gelap lagi dalam.
Benci menjalar hati. Derita memagut jiwa. Sakit datang pada diri. Marah muncul pada rasa.
Aku terfikir untuk membalas dendam. Aku ingin bakar mereka semua!
Si fulanah dan fulanah itu, aku ingin putuskan hubungan dengan mereka. Bahkan aku ingin sebarkan semua keaiban mereka. Aku ingin cerita, betapa jeleknya mereka yang selama ini menjaja keburukan aku yang nyata palsu. Sedang apa yang aku tahu tentang mereka adalah kebenaran, sampai kepadaku dari sumber yang jitu.
Aku mahu musnahkan hidup mereka. Menunjukkan wajah sebenar mereka. Memalukan mereka. Agar terkubur terus hidup mereka daripada cahaya.
Ya. Aku fikir begitu.
Ada pula si fulan dan si fulan itu, aku tidak mahu berbicara apa. Tetapi aku mahu pergi dan menumbuk mereka. Berkali-kali dan berkali-kali. Biar remuk segala tulang temulang yang ada. Biar darah bersemburan dan membasahi diri, biar puas segala apa yang ada di dalam hati.
Ya. Aku fikir begitu.
Melempiaskan segala amarah dan tidak lagi buat rasa itu memakan jiwa.
Gelap biar menyelimuti. Kejam biar hingga aku habisi.
Biar di hujung aku tertawa dan berpuas hati.
Mengapa mesti bersabar? Alang-alang sudah dibenci, pasti tidak mengapa untuk aku tidak memikirkan apa-apa. Lakukan sahaja apa yang patut untuk binatang-binatang seperti mereka.
——————————————–
Versi penuh cerpen ini hanya boleh anda ikuti dengan membeli Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta.

Nasuha
sabar itu kunci ke syurga.
Bina Minda
Huuu! 1 pktn ,MANTAP!
teruskan berkarya.flow cerita menarik,then watak n pwatakan detail dan sgt2 masuk dgn tajuk,HARGA,
s1lent
^-^ I will be patient. More patient InsyaAllah.
sevenseas
akh hilal,
ini anda. maka bertahanlah..
ini juga kita, maka bertahanlah..
innallaha ma3a as-sobireen~
=)
nurzulaikha
subhanallah…
indahnya…
nikna
Astagfirullah……gambaran syurga dan neraka seperti yang diceritakan dalam Al-Quran…harga yang perlu dibayar untuk kebahagiaan abadi…tahniah
rabiadza
sabar itu kan indah..terasa seperti berada dalam plot crita ini..tapi mengenangkan ayat-ayat Allah, hatta dunia ini juga hanya pinjaman, diturutkan sabar itu dengan redha..insyaAllah, sabar itu akan menbuahkan ketenangan dalam diri..=)
Siti Nahawan
Hebat!
tidak pernah terbayang akan berbicara dengan Rasulullah.
Ditanya pula oleh Baginda ‘Bagaimana?’
pasti nikmatt,Subhanallah.Rindu padanya Rasulullah,kekasihMu.
Arif Rashid
Subhanallah
saif al-maslul
terima kasih krn menyedarkan diri yg lemah ini..
najihah
hidayah dlm diri bkn dr org len….
farazeean ilyas
mantap
normaszarina
hanya mampu tersenyum
kepahitan yang sekejap akan dibayar dengan kebahagiaan syurga selamanya
insyaAllah
amin~
raudhah
kita fikir kita sudah beramal padahal kita telah berlaku sia-sia..
hanie ifa
klau beli buku hilal ni utk dijual brapa harga blh bagi?tempah on9 je kan.rugi x?
ilyas91
jangan benarkan sifat amarah menguasai diri. kelak akan memakan diri.