Motivasi: Rasa berdosa yang tidak sepatutnya.
Picture by http://oo-rein-oo.deviantart.com/
Rasa berdosa adalah satu perasaan yang positif. Itu tandanya, jiwa kita masih hidup, hati kita masih peka. Mempunyai perasaan bahawa diri ini berdosa apabila melakukan kesalahan, adalah kunci utama untuk bergerak ke arah kebaikan. Menjadi satu masalah apabila kita kehilangan rasa berdosa apabila melakukan kesalahan, kerana pastinya ketiadaan rasa berdosa itu adalah kerana kita memandang kesalahan kita satu perkara yang normal.
Namun, terdapat beberapa orang yang silap dalam memandang rasa berdosa ini.
Kesilapan mereka, membuatkan rasa berdosa memberikan impak negatif di dalam kehidupan mereka.
Mereka rasa berdosa, sehingga mereka tidak lagi bergerak ke arah kebaikan. Kerana mereka merasakan bahawa mereka kotor, dan tidak lagi boleh disucikan.
Ini adalah rasa berdosa yang silap, dan tidak sepatutnya.
Rasa berdosa yang sepatutnya
Rasa berdosa yang sepatutnya, adalah membawa kepada peningkatan diri.
Kita rasa berdosa, lantas kita bergerak mensucikan diri. Kita melakukan kesalahan, segera kita bergerak memperbaikinya. Rasa berdosa menggerakkannya.
Hal ini kerana, rasa berdosa kita sewajibnya perlu datang dengan iringan kefahaman dan kepercayaan bahawa Allah SWT itu Maha Pengampun, Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.
Tetapi kalau kita rasa berdosa, rasa diri kita ini kotor, tetapi pada masa yang sama kita menutup pintu hati kita daripada keampunan Allah SWT yang luas, maka kita hanya akan bergerak ke lurah kehancuran.
Allah dan kefahamanNya kepada kita
Allah adalah pencipta kita. Yang paling memahami kita adalah Dia. Dia adalah yang paling tahu kadar kemampuan kita. Dia adalah yang paling tahu akan keadaan kita. Allah itu Maha Tahu, sebelum Dia menciptakan kita lagi, bahawa manusia ini akan melakukan dosa. Memang Dia menciptakan kita demikian.
“Demi diri manusia dan Yang Menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya) serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa.” Surah Asy-Syams ayat 7-8.
Maka adakah Allah sekadar menjanjikan azab siksa untuk yang ingkar sahaja?
Adakah Allah mendiskriminasikan pendosa sedangkan Dia memang menciptakan kita dengan kemungkinan untuk berdosa?
Tidak. Tetapi lihatlah apa yang Allah katakan kepada para pendosa:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Az-Zumar ayat 53.
“Sesungguhnya jika mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasul pun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.” Surah An-Nisa’ ayat 64.
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?” Surah Ali Imran ayat 135.
Nah. Allah itu memberikan ruang dan peluang kepada kita.
Maka mengapa perlu rasa berdosa sehingga tidak mahu bergerak ke arahNya?
Syaitan yang menipu
Di dalam hal rasa berdosa sehingga tidak lagi mahu melakukan kebaikan ini, kita tidak boleh lupakan ‘sahabat karib’ manusia yang sentiasa berusaha membawa manusia kepada kecelakaan akhirat.
Itulah dia Iblis, Syaitan dan kuncu-kuncunya.
Mereka ini mempunyai pelbagai taktik. Antaranya, menggunakan kepositifan untuk membawa kepada kenegatifan. Contohnya adalah apa yang kita sedang bincangkan.
Rasa berdosa adalah positif. Tetapi syaitan akan membisikkan kepada kita keputus asaan.
“Kau dah berdosa teruk ni, tak boleh patah balik dah ni.”
“Ini dosa besar ni, Allah memang dah tak akan pandang kau lagi.”
Dan kita akhirnya berlari pergi daripada Allah, daripada kebaikan, kerana kita merasakan bahawa: “Aku bukan orang-orang itu lagi. Aku dah tak boleh diselamatkan. Tak boleh patah balik.”
Sedangkan, Allah sentiasa membuka ampunanNya kepada manusia.
“Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 268.
Adalah berbeza orang itu dan orang ini.
Namun, ada segolongan manusia yang keji. Mereka ini adalah pengkhianat.
Pengkhianat kepada rahmat dan kasih sayang Allah yang luas.
Mereka memang sengaja melakukan dosa, dan bertaubat dalam keadaan “Bila taubat ni, dosa haritu dah terpadam. Jadi, bolehlah buat lagi dosa. Nanti taubatlah semula.”
Dia melakukan dosa dengan sengaja, dengan perasaan bahawa dosanya itu tidak mengapa kerana nanti boleh bertaubat. Ini adalah pengkhianatan kepada kasih sayang Allah SWT.
Mereka ini berbeza dengan golongan yang rasa berulang kali melakukan dosanya, dalam keadaan benci kepada dosanya dan bersungguh-sungguh berjuang meninggalkannya.
Memang wujud isyarat bahawa Allah SWT menyuruh manusia berulang kali bertaubat. Tanda bahawa manusia ini memang akan melakukan kesalahan berulang-ulang. Namun adalah amat berbeza berulang-ulang melakukan dosa dengan sukarela, tanpa ada usaha-usaha mencegahnya, dengan terulang dosa kerana tertewas dalam perjuangan menentangnya.
Persoalannya, apakah kita menentang dosa kita? Atau kita menerima dengan tangan terbuka? Adakah kita merancang untuk menjauhi dosa, atau kita tidak merancang untuk menjauhinya? Nyata dua golongan itu punya perbezaan yang sangat ketara.
Penutup: Maka janganlah berputus asa. Bergeraklah ke arah kebaikan.
Maka janganlah berhenti melakukan kebaikan, hanya kerana semata-mata rasa berdosa. Rasa berdosa itu positif. Positif kerana ia memacu kita untuk beramal dengan lebih kuat bagi menebus kesilapan kita. Maka jangan kita negatifkannya dengan merasakan kita terlalu kotor untuk diampunkan.
Siapakah kita yang hendak melimitkan kuasa pengampunan Allah kepada kita?
“Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, (bahwa) untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” Surah Al-Maidah ayat 9.
Dan ayat Allah SWT ini jelas menunjukkan bahawa, keampunan itu datang dengan beramal soleh. Rasa berdosa semata-mata tidak akan menyelamatkan kita. Jika benar rasa berdosa, maka sepatutnya kita meninggalkan kejahatan dan melakukan kebaikan.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Surah Al-Baqarah ayat 218.
Bergeraklah. Padamkan dosa kita dengan bergerak ke arah kebaikan.
Sesungguhnya Allah SWT itu ampunanNya luas dari jangkaan.

Ariffah9
Padamkan dosa.
Hilal Asyraf
Mari berusaha!
nomadmelayu
Assalamualaikum.
Terima kasih atas perkongsian.
Hilal Asyraf
memperingatkan diri juga sebenarnya.
sekadar_hamba
Hidup setiap manusia pasti ada kelompangannya.. Pasti ada cara utk menutup kelompangan itu dgn cara AMAL.. Mudahan2 khdpan sntiasa dlm optimistik.. Mempositifkan segala yg negatif.. Sama2 mentarbiah diri.. InsyaALLAH..
Hilal Asyraf
Amiiin,
semoga kita berusaha menggapai kekuatan untuk semua itu.
Ad-deen
Jazakallah khair atas perkongsian
Hilal Asyraf
Alhamdulillah.
memperingatkan diri sendiri juga sebenarnya.
fatimah az-zahra
kuatkan iman dan hati untuk harungi semua itu…
mmg bukan mudah utk berubah tapi sgt mudah klau hati sudah kukuh berpaut pd-Nya
InsyaAllah
Hilal Asyraf
Semestinya.
Maka persoalan yang sepatutnya kita lontarkan di dalam diri kita adalah:
“Apakah kita telah berusaha untuk kukuh berpaut kepadaNya?”
Sama-sama berusaha, insyaAllah.
Eszie Effie
Alhamdulillah.. Benar.. jangan berputus dgn rahmat Allah.. Andainya diri rasa berdosa, akuilah kesalahan dan segeralah bertaubat kembali kepada Allah.. “Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hamba-Nya selama nyawanya belum sampai di kerongkong.” [Riwayat Tarmidzi]. Janganlah termasuk dalam golongan orang2 yang rugi kerana Allah Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Firman Allah SWT dalam Surah At-Tahrim ayat 8 : “Wahai orang2 yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah2an Tuhan kamu akan menghapus kesalahan2mu dan memasukkan kamu ke dalam syurga2 yang mengalir dibawahnya sungai2..” Terima kasih atas perkongsian ini..(motivasi diri)
Hilal Asyraf
Semoga Allah memberikan peluang keampunan kepada kita,
dan menjadikan kita antara orang yang menghargai peluang keampunan tersebut.
Azwani Ali
Syukran..
Hilal Asyraf
sama-sama.
semoga Allah redha.
basyir_muslimah
alhamdulillah sentiasa bergerak kearah kebaikan…
Hilal Asyraf
Semoga kita berusaha bersungguh-sungguh!
the seeker
..delete sins..
Hilal Asyraf
Control+alternate+delete=buang terus.
alia_amalina94
jazakallah..
Hilal Asyraf
sama2.
semoga bermakna buat kita semua.
shahida
jazakallahhukhairan..ramai yang menjadikan alasan trsebut untuk tidak kembali padaNya..sungguh,pengampunannya tidak mampu terkalahkan oleh dosa2 hamba2nya selagi kita tidak menduakanNya..
Hilal Asyraf
ya. tepat sekali.
sungguh beruntung bagi yang menyedari.
hafizul amin
rasa berdosa positif………. SYUKRAN AKHI!!!
Hilal Asyraf
Sama-sama.
Semoga kita sama-sama mampu memahami dan mengamalkannya.
amirulfaiz
Benar sekali. Rasa berdosa sepatutnya membawa kepada peningkatan diri. Huhu, banyaknya dosa diri ini. Seperti dalam lagu ‘itiraf “dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai, dengan RahmatMu, ampunkan daku, oh Tuhanku.”
Hilal Asyraf
Sama-samalah kita bergerak.
Memperbaiki diri dan meningkatkan peribadi.
iezan0406
sabda nabi: tidak terputusnya hijrah sehingga terputusnya taubat dan tidak terputusnya taubat sehingga matahari terbit dari sebelah barat..
Hilal Asyraf
hadith ini dapat daripada mana ya?
Alangkah baik jika disertakan sumbernya.
insyee
subhanallah…
Hilal Asyraf
walhamdulillah.
bung@biru
syukran:) sgt membantu..
Hilal Asyraf
alhamdulillah.
semoga Allah redha.
Putra Rman
begitu berhikmah…syukran =)
Hilal Asyraf
Alhamdulillah.
besarnya kasih sayang Allah kepada kita hambaNya.
Persoalannya, apakah kita menghargainya?
lautbiru
alhamdulillah…tenang rasanya diri bila membaca artikel neh…sy juga hamba yg lemah yg kdg2 jg sllu mlakukan kesilapan…pernah sy rs teramat berdosa pd NYA…n saat itu sy amat takut sekali dgn azab Nya baik d dunia maupun d akhrt…sy dpt rskan sy jauh skli dr Allah dan terasa diri sgt hina disisi Nya.Sy sgt malu dgn diri sndri n sgt2 malu pd Allah..namun di saat itu hati sy sentiasa berbisik bahawa Allah itu sgt pengampun dan penyayang…alhamdulillah dengan usaha yg sebaiknya untuk membaiki diri dan tekad yg kuat utk x mgulangi kesilapan yg lalu, kehidupan sy berubah lebih baik dr sebelumnya.Malah hati sy sntiasa tenang.Sememangnya Allah itu sgt2 lah penyayang&pengampun malah x pernah jauh dr hamba Nya…tapi hamba Nya lah yg selalu menjauh dr Allah…Thank You Allah. I LOVE ALLAH SO MUCH!
Hilal Asyraf
Maka marilah kita manifestasikan kecintaan kita, dengan sentiasa mendekat kepadaNya,
sentiasa memperbaiki diri, dan mempertingkatkan kondisi hati.
dhiaulhaq
saya juga ingin berubah…
Hilal Asyraf
maka, marilah kita bergerak bersama-sama.
cintaDia
subhanallah.. aku mencitai Dia… syukran 4 this entry
Hilal Asyraf
Manifestasikan cinta itu dengan amal.
Barulah ada maknanya pada kita, hamba.
saprina
Alhamdulilah..syukran atas perkongsian..
Hilal Asyraf
Sama-sama.
Perkongsian buat mengingatkan diri ini juga sebenarnya.
NOREESHA
use “THE POWER OF POSITIVE THINKING!” (n_n’)/ Allah Maha Hebat
Hilal Asyraf
Allahuakbar.
Wan NurLiyana
subhanallah… allah tu mmg maha pemurah… masih lagi menerima taubat hambanya walaupun hambanya telah melakukan banyak perkara yang dilarangnya…tunggu apa lagi.. mari lah kita bermuhasabah diri dan cuba mendekatkan diri pada Nya..” tuhan tidak tinggalkan kita.”..
Hilal Asyraf
Ya. Allah tidak meninggalkan kita. Maka janganlah kita yang meninggalkan Dia.
wnezreen
subhanallah…
Amir Muzakkir
syukran ya akhi
Hilal Asyraf
Sama-sama.
umarsaifullah
terima kasih.. alhamdulillah..mungkin sy dah dpt jwpn atas persoalan yg selalu bmain dlm fikiran sy menerusi entry ni… cuma, sy x kuat utk memotivasi diri sndiri supaya sntiasa mhindari dosa..
Hilal Asyraf
Maka perkuatkan diri.
Kekuatan bukanlah sesuatu yang datang dengan sendiri.
Kekuatan adalah apa yang kita cari dan kita usahakan.
Maka kita lihat kembali diri.
Apakah usaha kita untuk menjadi kuat?
nafiesa92
jzkk
Hilal Asyraf
sama-sama.
Semoga Allah redha.
Amiiin.
aqila
assalamualaikum…
ana mohon share…
Hilal Asyraf
Silakan. Dengan penuh hormat.
nur_indah
salam..stu pngisian yg ckup trkesan bt dri sy..mhon share artkel yg brmanfaat ni;-)
Hilal Asyraf
Silakan.
Semoga kita semua mendapat manfaat daripada penyebarannya.
uniqueorganism90
tma kasih..=]
Hilal Asyraf
Sama-sama.
Semoga Allah merahmati kita.
izdihar ismail
sangat terkesan ngn entri ni…:)
Hilal Asyraf
Semoga keberkesanan itu memberikan perubahan dalam kehidupan kita.
Amiiin.
izdihar ismail
aminnnnnn….
aya
yuk,BERHIJRAH !!!!! DELETE SUMA DOSA & VIRUS2…..GANBATTEEEEE!!!!!!!!!!
Hilal Asyraf
Sama-sama berusaha.
Semoga Allah membantu kita.
memey cyg
subhanallah..alhamdulillah.. tenang rasanya jwa stlh mmbca artikel nie.. kerdilnya kita di sisi ALLAH.. kita selalu jauh darinya tetapi DIA x prnah jauh dr kita..teringat akn dosa yng di lakukan..malu pd ALLAH..pd diri sendiri..rasa hina d hadapan ALLAH atas dosa yng tlah di lakukan.. tapi ana bersyukur sgt2..sebab ana x terlepas dr pndangan ALLAH..di saat itu hati ini selalu berbisik..ALLAH itu maha pengampun..ALLAh tidak akn pernh msia2kan hdup hambanya.. subhanallah..Ya ALLAH ana mohon ENGKAU teguhkanlah imanku…berikan hambaMU ini kekuatan..pimpin hatiku untuk terus selalu mengingatiMU dan bersamaMU..amin ya rabbal alamin
juliya
terima kasih..
nur murobbi
susah betul nak hadirkan rasa takut bila berbuat dosa. sedang diri tahu kesudahan bagi pelaku2 maksiat. moga diri berusaha untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa.
wnezreen
Alhamdulillah atas perkongsian hebat ini. Alhamdulillah kerana diri ini & semua pembaca langit ilahi terutamanya dikurnia rasa takut apabila berbuat dosa. Alhamdulillah kerana Allah memberikan kita keinginan utk memadamkan dosa2 tsbt dgn bergerak ke arah kebaikan & beramal kpdNya. diri ini seringkali terkenang akan dosa2 lalu & terfikir adakah ianya telah diampunkan oleh Allah? bagaimana kalau ianya masih belum diampunkan? bagaimana saya ingin berhadapan dgn Allah nanti? subhanallah, bercucuran air mata menyesal kerana telah menzalimi diri sendiri! semoga diri kita semua tidak akan dipengaruhi oleh elemen negatif atas rasa berdosa ini, nauzubillah. semoga kita sentiasa di dalam peliharaanNya. semoga kita sentiasa di dalam rahmatNya. semoga kita tidak akan pernah melangkah setapak ke belakang lagi menjauhiNya. amin amin amin ya rabbal alamin.
MUSLIMAH
mohon share
MUSLIMAH
trm kasih.:-)
farysa
barakallah fik, nice tazkirah untuk makhluk yg bergelar an-nas ni. huhu
jgn biarkan dr kita trus berdosa, gilap dosa dgn taubat nasuha…
hajar rafa
mari istiqamah melakukan kebaikan
budak
sedang berusaha utk penghijrahan..jzkk diatas entry yg mengingatkan ini..moga Allah redha
hajar rafa
berusaha memperbaiki diri
islahnafsak
bertaubat,bersihkan hati,berfikiran positif, percaya akan janji Allah!
affan94
n_n
'Aina
Cinta kepada Allah adalah satu perkara yang mulia. Sukar untuk dimengertikan bagi mereka yang alpa mengenai asal-usul kehidupan sebenar.
sharifah
insya Allah..kena brmujahadah mengawal nafsu..ya Allah,kuatkanlah hati hambamu ini..smoga diberi kesempatan utk bertaubat..smoga mati dlm keadaan sempat bertaubat..
annur ameera
salam.. semoga diri ini tidak alpa dan berputus asa.. terima kasih kerana perkongsian ilmu ini..
maimoon
Saudara Hilal,
Anak perempuan akak sgt suka tulisan2 Hilal hinggakan hadiah cemerlang PMR nya tahun lepas hanya mahukan sebanyak mungkin novel2 tulisan Hilal.
Tahun hadapan dia akan mengambil SPM .Doakan kejayaan cemerlangnya Ya.Dia teringin nak sambung belajar di Jordan dan akak galakkan dia ambil medic.Doakan Ya!
Nabieyl
terima kasih.
mohon share di blog.
Nurul Ain Marzuki
rauna
shift+del
forever delete…
subhibakhir
terbaik..
sahhani
Subhanallah..mohon share entry yang sgt memotivasi ini….moga Allah sts melorongkan kita utk sts memperbaiki diri bg meraih redhaNya..keampunannya…Sesungguhnya kasih sayang Allah mengatasi kemurkaanNya..
preve
Assalamualaikum abang Hilal,
Saya sangat terhibur membaca artikel ini dikala bosan pada waktu malam,dan semestinya saya menghayati semua ayat2 itu.Namun,saya mempunyai seorang rakan,dia sangat ketagih melakukan onani.Apakah yang saya perlu buat untuk mencegah dirinya dari melakukan dosa seperti itu?
mar8029
Pintu taubat masih terbuka luas..
Kerana kekhilafan kita, saban hari kita terus melakukan dosa tanpa sedar atau tidak, dengan disengajakan atau tidak. peluang untuk memperbaik diri sentiasa ada. sentiasalah bermuhasabah setiap hari.
raudhah
kadang2 kita pendosa malu untuk memohon keampunan… padahal Allah maha pengampun lagi maha mengasihani~