Fotografi: Ekspedisi Ramadan

Mohammad Yaqzan bin Mohammad Yazed merupakan jurugambar di Langitilahi.com. Seorang pemuda lepasan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Selangor. Berkelulusan ijazah sarjana muda (kepujian) B.A.Hons Syariah dan Pengajian Islam pengkhususan Ekonomi dan Perbankan Islam dari Universiti Yarmouk dan kini sedang menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana M.A. dalam bidang yang sama di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan. Bertindak selaku videographer dalam kebanyakan video vlog Qawiem Khairi of Langitilahi. Antara pengalaman berharganya ialah berjaya menamatkan kembara mengelilingi benua Eropah sebanyak 32 buah negara selama 87 hari dalam ekspedisi Europe Summer Conquest An Nadwah 2012 bersama 3 orang lagi bagpackers yang lain bermula pada 29 Mei 2012 hingga 23 Ogos 2012.

 

| Laluan ke Ad-Deir Monastery | Petra-Jordan |
( Sony Alpha Nex-5N | f11 | 1/80 |ISO100 )

 

Tahukah anda, ekspedisi pendakian ke Ad-Deir Monastery memakan masa kira-kira hampir 3 jam?

Anda perlu menempuh laluan bukit berbatu dan berliku, menapak sebanyak 788 anak tangga.

Malah anda harus mempunyai stamina yang mantap untuk sampai ke destinasi.

Anda pasti akan teruja dan merasa puas apabila tinggalan sejarah yang gah dan mengkagumkan itu sudah berada di hadapan mata setelah berhempas pulas dengan keletihan dan bahang kepanasan.

Dan sekiranya anda mendaki sedikit lagi di hujung sana, anda akan tiba di puncak View The End of The World yang sungguh menakjubkan!

******************************************

Ya! Bagitulah juga ekspedisi Ramadan kita yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Ia pasti menuntut cabaran dan kepayahan sekiranya tiada persediaan rapi dan semangat jitu sepertimana hendak mendaki ke Ad Deir Monastery.

Ayuh! Usah tunggu lagi! Mari kita bina stamina kental buat menempuh 30 hari mendatang. Kita didik jiwa perkasa, menyemai benih cinta dan ketaatan pada Tuhan. Kita gandakan usaha kita semaksima mungkin agar ekspedisi agung kali ini mampu kita tempuh dengan jayanya lalu menjadikan ia paling cemerlang daripada sekalian ekspedisi kehidupan. Kelak kita akan merasa nikmat dan berkat, apabila hidup ini benar-benar kita habiskan dengan sepenuh jiwa hamba dan keimanan.

5 hari lagi. Bersediakah kita untuk memulakan ekspedisi ini?

5 Comments

  1. rasyid_iic  /  5 July 2013, 10:15 am Reply

    awesome picture !

  2. Mukhlis Nasri  /  6 July 2013, 7:39 pm Reply

    2 kali dah datang tempat ni, masya Allah cantik gambar yang anta tangkap.

  3. abc  /  7 July 2013, 1:40 pm Reply

    thx for share…

  4. Koje Mita  /  9 July 2013, 7:51 am Reply

    Foto ini separuh perjalanan dalam pendakian naik ke Ad Deir Monastery. Insya Allah di lain masa foto Ad Deir akan dipaparkan dan kita akan ambil ibrah darinya pula. Insya Allah.

    Salam ramadan Al Mubarak ^^

  5. Haimamamia  /  7 August 2013, 12:54 pm Reply

    Thanks for sharing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>