Khamis, 17 Mei 2012   |   25 Jamadilakhir 1433 Hijrah   |   19 Pembaca Online   |   Welcome, guest!  Login or Register
You Are Here: Home » Motivasi » Motivasi: Allah bukan tidak menjawab kamu.

Motivasi: Allah bukan tidak menjawab kamu.

Merajuk dengan Allah kah? ~ Picture by Powerstorm of Deviant Art

Ada manusia, rasa ditinggalkan Allah SWT.

Dia merasakan, Allah telah berpaling daripadanya. Hidupnya sentiasa sukar, dan kesenangannya tidak pernah lama. Derita, derita dan derita sahaja yang diterimanya. Bila dia merasakan dia baru sahaja bahagia, akan datang pula satu lagi cabaran yang menggegarkan kehidupannya.

Akhirnya dia kelelahan. Kekuatannya kontang. Lantas dia merosot jatuh, terlutut dengan tangisan. Rasa tidak berguna lagi kehidupan. Rasa lebih baik dirinya dijemput kematian segera. Kerana dia kini benar-benar rasa tidak berkemampuan. Derita yang sangat derita, dan kini dia tidak lagi mampu bertahan.

Tetapi, benarkah Allah meninggalkan?

Kebersihan iman

Keimanan adalah keyakinan. Sekiranya iman kita bersih, maka kita akan kekal yakin kepada Allah SWT. Sebab itu kita mampu mengikuti syariatNya, perintahNya, walaupun kadangkala macam sedikit sukar dan membebankan.

Orang Nasrani sekadar ke gereja seminggu sekali, kita perlu solat lima kali sehari. Agama lain kalau puasa sekejap sahaja, kita pula perlu menjalani ibadah puasa 30 hari lamanya. Perempuan lain pakai apa yang mereka suka, Islam ketat mengarahkan wanitanya menutup aurat dan hanya boleh mendedahkan muka dan kedua telapak tangan sahaja.

Keimanan, adalah apa yang memampukan kita melakukan semua itu. Kalau diikutkan kewarasan akal biasa, mungkin kita awal-awal lagi sudah mencerca Allah SWT kerana mengarahkan perkara-perkara yang sedemikian. Tetapi keimanan adalah apa yang meningkatkan kewarasan akal kita dari biasa, kepada luar biasa. Hingga kita faham bahawa, Allah tidak akan memberikan kita perkara yang sia-sia. Semua itu pasti ada hikmahnya. Itulah dia kewarasan kita. Bukan maddi(material) semata-mata.

Jadi, keimanan yang bersih akan membawa kepada kefahaman bahawa segala dugaan dan cabaran, halangan dan kesukaran, semuanya adalah pemberian Allah SWT. Dan msutahil Allah memberikannya sekadar untuk bermain-main dengan kita.

Ada tujuan.

Dan itu adalah bukti, ujian dan halangan, kesukaran dan cabaran, bukanlah petanda Allah meninggalkan kita. Bahkan, sebaliknya. Kita boleh melihat, itulah tanda Allah ‘sedang memandang’ kita.

Tujuan ujian

Kita kembali kepada Allah SWT, dalam tujuanNya menurunkan cabaran dan kesukaran.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

Nyata, tujuan ujian hakikatnya adalah ‘tapisan’. Dunia bukan pentas penerimaan hadiah di mana kita mendapat natijah. Tetapi dunia hakikatnya adalah pentas pertandingan, untuk menguji ‘peserta-peserta’ di dalamnya. Pentas penerimaan hadiah adalah di akhirat sana.

Dan ujian bukan semata-mata ‘tapisan’, tetapi ujian juga datang sebagai ‘pembalasan’ ataupun ‘pembersihan’ ataupun ‘peringatan’.

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” Surah Ar-Ruum ayat 41.

Jadi, ayat di atas jelas menunjukkan betapa kadangkala bala yang menimpa itu, hakikatnya adalah akibat daripada perbuatan kita. Ini termasuklah dosa-dosa yang kita lakukan. Ada sebahagian manusia itu, Allah hapuskan terus bila diturunkan bala ke atas mereka. Sebagai contoh, Kaum Nuh yang majoritinya tenggelam lemas dalam banjir besar. Tetapi wujud sebahagian yang lain, Allah hidupkan selepas menerima ujian, ataupun ujian itu diciptakan memang untuk tidak menghilangkan nyawanya, bertujuan memberikannya ‘tamparan peringatan’ akan keadaan dirinya.

Ujian juga, hakikatnya adalah satu bentuk ‘panggilan’ Allah SWT, agar hamba-hambaNya yang selama ini alpa, merapat kepadaNya. Lihatlah firman Allah SWT:

“Dan apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.” Surah Luqman ayat 32.

Jelas bukan? Ujian daripada Allah itu, nyata bukan kosong. Tetapi ada tujuannya. Mustahil sia-sia.

Allah bukan tidak menjawab, tetapi Dia Maha Tahu bila hendak menjawab

Lama bertahan kadangkala membuatkan kita kecewa. Lebih menyakitkan hati, apabila kita cuba meluahkan penderitaan kita, orang lain hanya tahu menyatakan sabar sahaja. Sedangkan yang kita perlu adalah ‘tindakan’, bukan sekadar bicara-perkataan.

Tetapi apabila kita balik kepada hakikat ujian tadi, dan tujuannya, bukankah hati sudah sedikit tenang? Nyata di dalam ujian itu juga yang ada hanyalah kebaikan-kebaikan sahaja.

“Yalah, aku faham semua itu, tetapi aku manusia.”

Ya, saya faham. Saya juga manusia. Sebab itulah saya bermula dengan kebersihan iman, dan mengajak kita memahami hakikat ujian. Sebab saya sendiri pernah gugur dan jatuh. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali. Tersungkur, saat-saat merasakan diri ini ditinggalkan. Pernah hendak cuba menjerit ke langit dan memarahi Allah, pernah juga terfikir untuk merajuk dengan dunia dan menghentikan kehidupan. Saya pernah bersedih hingga ke tahap itu. Dan saya yakin, esok lusa akan ada lagi ujian-ujian yang lebih hebat dari yang pernah saya lalui, yang akan membuatkan saya terlutut semula.

Tetapi, ada kelainan apabila kita memahami apakah itu ujian? Mengapakah diturunkan ujian? Apakah tujuan ujian? Ada perbezaannya apabila kita memahaminya. Apatah lagi apabila kita punya keyakinan terhadap Tuan Punya Ujian.

Akhirnya, lama-kelamaan, saya melihat bahawa putus asa itu sebenarnya berlawanan dengan kewarasan akal. Akhirnya saya berjaya melihat bahawa, menjerit ke langit itu berlawanan dengan kewarasan akal. Begitu juga merajuk dengan dunia dan menghentikan kehidupan. Sebab sebenarnya, kita ada satu lagi pilihan. Itulah dia terus bertahan.

Allah bukan tidak menjawab segala doa, segala solat hajat, segala aduan, segala permintaan. Dia Maha Mendengar, dan tiada tempat pengaduan yang lebih baik daripada Dia. Tinggal, Dia itu juga bukan sekadar Maha Mendengar, bukan sekadar Maha Pemakbul Doa, tetapi Dia juga adalah Yang Maha Tahu Atas Segala-galanya. Dia Maha Tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menjawab doa kita, untuk memakbulkan permintaan kita. Dia Maha Tahu kemampuan kita, sampai bilakah kita mampu bertahan. Dia Maha Tahu, apakah manfaatnya ujian yang Dia turunkan kepada kita.

Sebab itu, lihatlah firman-firmanNya berkenaan dengan ‘kelewatan’ pertolonganNya. Semua punya bonus.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Bagaimana agaknya, orang-orang yang teruji, sampai rasa tidak punya lagi harapan, dan pada saat itu sampailah pertolongan yang selama ini diharapkan? Bukankah kekuatannya akan lebih tertingkat? Bukankah dia akan menjadi yang lebih bersyukur? Bukankah keimanannya akan melonjak?

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.” Surah At-Taubah ayat 25-26.

Saat-saat sebahagian manusia telah berputus asa dan berundur, dan sebahagian lain pula kekal bertahan dalam keadaan kekalahan, bukankah apabila Allah turunkan pertolongan pada saat itu akan berlakunya peningkatan terhadap yang kekal percaya? Bukankah telah tertapis daripada golongan pejuang itu mereka yang benar-benar ikhlas memperjuangkan agama Allah?

Sebab itu, Allah Maha Tahu bilakah hendak menjawab doa-doa hambaNya.

Dia tahu waktu dan ketikanya.

Yang tinggal adalah kita. Apakah mahu kekal bertahan dan percaya? Atau mengalah, menjadi yang rugi selama-lamanya?

Penutup: Dan ada orang itu, kekal teruji hingga ke akhirnya.

Ada di dalam sejarah, manusia-manusia yang mati dalam keadaan tidak mencapai kemenangan perjuangannya. Seperti Nabi Yahya yang dipenggal kepalanya, seperti Nabi Zakaria yang dibelah tubuhnya, seperti tuk guru kepada remaja dalam cerita Ashabul Ukhdud yang di kerat dua dari kepalanya, seperti Khubaib ibn ‘Adi RA yang mati dilapah-lapah Abu Jahal jasadnya, seperti Mus’ab bin Umair RA yang mati kudung kedua belah tangannya, seperti Anas bin Nadhr RA yang mati dengan 80 tusukan pada jasadnya hingga wajahnya tidak dikenali sesiapa kecuali adiknya yang mampu mengenalinya dari cincin di jarinya, seperti Hamzah RA yang mati dimamah jantungnya, dan seperti ramai lagi manusia yang telah berlalu di zaman ini(Asy-Syahid Hassan Al-Banna, Asy-Syahid Syed Qutb) dan juga zaman terdahulu yang mati sebelum menikmati kesenangan hidup.

Apakah Allah tidak menjawab doa mereka?

Tidak. Allah menjawab doa mereka. Dengan syurgaNya.

“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang besar. Surah As-Saff ayat 11-12.

Mereka adalah bukti-bukti, buat mereka yang kini teruji dan hampir hilang percaya.

Jadi bagaimanakah kita?

Apakah benar Allah meninggalkan kita?

Hakikatnya, Allah itu tidak pernah meninggalkan hamba-hambaNya.

Tetapi hamba-hambaNyalah yang sering meninggalkan Dia.

Kita ini ingin tergolong dari kalangan mana?

Yang percaya? Atau yang meninggalkanNya?

About The Author

Hilal Asyraf

Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak. Lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf di alam penulisan. Lahir pada 16 Januari 1989. Pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor. Kemudian di Ma'had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah(MATRI), Perlis. Kini merupakan pelajar University of Yarmouk, dalam bidang Usuluddin. Telah menghasilkan beberapa buah Novel seperti Novel VT, Novel Hero, Novel Takdir dan lain-lain, juga beberapa buah buku Motivasi yang terkenal dengan siri Buku Motivasi Langit Ilahi.

Number of Entries : 298

Comments (80)

  • kaseh

    terima kaseh….
    ska sgt post nie…
    kehidupan ini 1001 rencah…
    semoga kita semua di berkati dan di rahmati- Nya….

    Reply
  • safi

    ya Allah.. :’)
    syukran atas perkongsian.

    Reply
  • rosmara yaacob

    Terima kasih atas perkongsian. Moga sentiasa dalam keberkatan Ilahi. :-)

    Reply
  • lautbiru

    lautbiru

    subhanallah walhamdulillah Allahuakbar….

    sgt bermakna post ini. Moga dri ini akn trus brthn dan brtahn dgn stp ujian d dunia
    hgga d hjng nyawa…dan trus brthn mperthankan agmaNYA…

    mg dpermudahkan ya ALLAH..

    “kita umat yg rugi jika x mampu bertahan krn ganjaran ALLAH itu besar”

    syukran HA :)

    Reply
  • mahirah

    betOl3..setiap yang berlaku ada hikmahnya dan Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu..=)..perkOngsian yang sangat menarik !

    Reply
  • yanjah

    yanjah

    :: lahaulawalaquwwataillabillah ::

    Reply
  • Eszie Effie

    Terima kasih Hilal atas curahan ilmu sebagai panduan, peringatan dan renungan.. sangat bermanfaat. Allah menguji setiap hambaNya mengikut kadar kemampuan hambaNya. Kita tidak dapat lari daripada kesusahan hidup dan musibah samaada berupa penyakit, kemiskinan, kehilangan orang tersayang dan sebagainya. Sebagai seorang mukmin, bila musibah menimpa kita, terimalah ia sebagai ujian dari Allah & manfaatkan musibah tersebut sebagai peluang utk mendapat ganjaran pahala & keampunan dari Allah SWT.

    Firman Allah SWT.
    “Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dgn sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan. Maka berikanlah khabar gembira kpd orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengatakan; Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya. Mereka itulah orang yang mendapatkan salawat dari Rabb mereka dan rahmat-Nya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah : 155-157). Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan hidayah Allah SWT. Amiin..

    Reply
  • raudhah

    thanks akh hilal utk artikel yg begitu menyedarkan dan menginsafkan diri ini. saya tak mahu merajuk dgn ALLAH, sbb saya yakin ALLAH sentiasa mendengar rayuan dan rintihan hamba2Nya. cuma mcam akh hilal kata, ALLAH Maha Tahu bila doa yg dipanjatkan itu akan dijawab. konklusinya, sabar jugalah penawar segala kedukaan.
    :D

    Reply
  • memey cyg

    syukran ya akhi..perkongsian yg menarik..saya dulu pernah hampir2 merajuk dgn Allah..tp syukur alhamdulillah saya maC di beri peluang untuk sedar akan kesilapan saya..setiap ujian yg datang sebenarnya bukan musibah buat kita tetapi ia sbnrnya kebaikn buat diri kita..mungkin tanpa ujian2 dr Allah kita selalu leka,lalai,lupa akan Allah…setiap apa yg berlaku dalam hidup,saya yakin ada sejuta hikmah di sebaliknya..sbb Allah x pernah mempersia2kan hmbanya..Allah 2 maha mendengar,maha mengetahui..Allah tahu apa yg terbaik untuk hambanya..dan kita sebagai hambaNya kenalah sentiasa dekatkan diri denganNya..moga2 dri ini akn terus bertahan dalam mnjalani ujian Allah..x lepas dr mengingatiNya dan selalu dekat dengnNya…

    Reply
  • akyda

    ya allah berikanlah kekuatan dan semangatku kembali….

    Reply
  • Ariffah9

    really.. sangat berterima kasih.

    atas artikel.

    Reply
  • muaz omar

    muaz omar

    jazakallah atas artikel ini. sangat tepat dengan keadaan ana sekarang yang lemah. jazakallah jiddan!

    Reply
  • engrfeez

    kebetulan kekuatan dan semangat sedang jatuh ditakdirkan untuk membaca artikel ini..terima kasih kerana saling igt mengingati…

    Reply
  • faizah

    Dia yang Maha Tahu..sabarlah.thanks utk motivasi yg terlalu berharga d saat saya sedang jatuh berkali2

    Reply
  • N.A.Z.A

    astagfirullah..sesungguhny mereka yg mnerima ujian itu adalah yg dpilih olh ALLAH utk ke syugaNYA..jgn marajuk,jgn putus asa..kuat kan kami ya ALLAH..permudahkan urusan kami..sampaikan pertolonganMU kpd kami..sesungguhny KAU MAHA MENDENGAR & MAHA MELIHAT.

    Reply
  • uniqueorganism90

    subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar…

    Reply
  • IntanHashim

    Salam..
    syukran jazilan..
    artikel nie sgt b’harga ntok sye dn kwn2..
    langitillahi byk memberikan motivasi dan smngat kepada kami..
    semoga anda semua d’rahmati Allah SWT.. AMEEN… :)

    Reply
  • NOREESHA

    NOREESHA

    MAAFKAN DAN LUPAKAN kesalahan insan. INSAFI segala kekhilafan diri.
    Hiduplah dengan harapan dan pergantungan yang tidak putus terhadap Tuhan.

    Reply
  • hanisahani

    Alhamdulillah…tak terungkap lgi dgn kata2..hanya doa sy panjatkan mga risalah Rasulullah saw akn terus menghiasi dunia melalui hamba2NYA yg cintakan agama Allah ..jazakumullah Hilal & sahabat2 yg sentiasa memberi sokongan di langit ilahi..mga Allah berkati segala usaha antum, moga mendapat ganjaran berlipatganda di sisiNYa..amiinn =)

    Reply
  • jannahillahi

    jannahillahi

    Allah sentiasa bersama kita…~

    Reply
  • NurIzza

    syukran atas peringatan ini menjadikan ia satu risalah yang terbaik untuk dikongsi bersama. Mabruk alaik ya akh.. Semoga allah merahmati antum semua…amin.

    Reply
  • AmirSyafiq

    uhibukkum fillah

    Reply
  • srikandiummah

    Akhirnya, lama-kelamaan, saya melihat bahawa putus asa itu sebenarnya berlawanan dengan kewarasan akal. Akhirnya saya berjaya melihat bahawa, menjerit ke langit itu berlawanan dengan kewarasan akal. Begitu juga merajuk dengan dunia dan menghentikan kehidupan. Sebab sebenarnya, kita ada satu lagi pilihan. Itulah dia terus bertahan.

    terus bertahan.. choice yang kita jarang dipilih dan selalu terlepas pandang.. lalu putus asa singgah bertapa dahulu..

    nice entry akh!

    Reply
  • naimulfirdaus

    er, bak kata Maher Zain dalam lirik lagunya InsyaAllah versi Melayu, pasti ada jalannya.
    pasti ada jalannya..
    ya, pasti ada jalannya…

    Reply
  • basyir_muslimah

    masyaallahhh…
    setiap apa yg terjadi pasti ada hikmahnyaa…
    dan ALLAH x penah tinggalkan hamba-NYA…
    tima kasih….

    Reply
  • azzamon92

    azzamon92

    salam. kalau boleh, saya nak minta saudara hilal tulis artikel mngenai persahabatan. mcm persahabatan yg terjalin pd mulanya diharapkan mmpu membimbing ke jalan Allah jd sebaliknya apabila sahabat kita x mcm apa yg kita harapkan. jika x menyusahkan.. :D

    Reply
  • Nawwah

    Alhamdulillah, selepas baca post ni hati rasa lega…artikel ni memang ada kena mengena dengan kehidupan saya.

    Reply
  • azra

    alhamdulillah…

    Reply
  • InsyirahSolehah

    Terima kasih :-) perkongsian ini benar2 meninggalkan kesan yg mendalam pd diri saya disaat sy memerlukan kata2 semangat..

    Reply
  • ash_mza

    Allah menjawab doa mereka. Dengan syurgaNya.
    terima kasih atas artikel ini…
    termenung sejenakT_T

    Reply
  • Syazwani Samad

    Assalamua’laikum..

    Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian ini dan segala juga motivasi yang pernah hilal karya kan. MashaAllah tiap bait2 kata yang dilontarkan dan dicurahkan, sangat menjentik jiwa saya. semoga apa yang saya baca dapat saya amalkan dalam kehidupan hari2 saya, inshaAllah, dan moga juga Allah sentiasa menambahkan ilmu buat hilal dan kita semua,.. moga Allah redha.

    Reply
  • amieraa

    saya mahu jadi yang TERUS PERCAYA :)

    Reply
  • hajar rafa

    saya ingin menjadi golongan percaya bahawa ALLAH tidak pernah meninggalkan hamba hambanya

    Reply
  • rauna

    Diri ini sentiasa perlukan motivasi.
    Tanpa sedar motivasi itu telah lama sedia ada Allah kirim.
    Tinggal kita peduli atau tidak.

    Reply
  • ameera abu bakar

    finally found an answer.. thanx ..
    keep on inspiring others :)

    Reply
  • nadia mohd sallaeh

    as slm saye nak tanya…buku arkam ma’na ada di pasaran ka??buku ape yg dipasarn ..buku yg terbaru…harap2 bole senaraikan

    Reply
  • budak

    bagi sy gagal dan berjaya itu pasti ujian supaya sentiasa mengingati Nya :)
    moga Allah redha..

    Reply
  • hajar rafa

    have faith in ALLAH

    Reply
  • Along Razy

    Allah..moga kita sentiasa mengingatiNya..(“,).

    Reply
  • 'Aina

    Terima kasih diatas perkongsian ilmu. Benar … selagi mana kita bersyukur dengan pemberianNya, insyaAllah kita akan merasai sesuatu kelainan dalam diri Saya juga pernah merasai seperti saudara. Saya juga dapat merasai keindahan ujian disebalik dugaan. Subhanallah, sesungguhnya keajaiban disebalik kehidupan itu hanya milik Allah SWT.

    Reply
  • has

    Terlalu suka dan sedar… trima kasih, utk ayat ini :-

    “Allah bukan tidak menjawab segala doa, segala solat hajat, segala aduan, segala permintaan. Dia Maha Mendengar, dan tiada tempat pengaduan yang lebih baik daripada Dia. Tinggal, Dia itu juga bukan sekadar Maha Mendengar, bukan sekadar Maha Pemakbul Doa, tetapi Dia juga adalah Yang Maha Tahu Atas Segala-galanya. Dia Maha Tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menjawab doa kita, untuk memakbulkan permintaan kita. Dia Maha Tahu kemampuan kita, sampai bilakah kita mampu bertahan. Dia Maha Tahu, apakah manfaatnya ujian yang Dia turunkan kepada kita.”

    Reply
  • Iqin

    iqin

    Salam.. boleh tak lau nak share artikel yg ada dlm ni??

    Reply
  • Nabieyl

    ~hidup ini ibarat mengutip serpihan kaca,
    sabarlah sehingga kau temukan permata ;)

    Reply
  • nur

    assalamualaikum..

    artikel yg sgt menarik..sgt terkesan dihati ini..semoga Allah memberikan hidayah pada diri ini..selama ini terasa begitu berat dugaan yang diberikan,.dugaan datang bertimpa-timpa sehingga merasakan tiada lagi jalan keluar..pernah diri ini cuba untuk redha menerimanya,tapi bila saja diri ini cuba untuk redha,datang lagi dugaan yang lain sehingga tidak kuat lagi kaki ini untuk melangkah..pernah diri ini tertanya-tanya kenapa Allah memberikan dugaan sebegini sedangkan Allah berkata DIA tidak akan uji umatnya lebih dari kemampuannya. tapi di saat diri ini tidak mampu lagi untuk bertahan,Allah masih memberikan dugaan sehinggakan tiada daya lagi untuk memotivasi diri sendiri..tp alhamdulillah diri ini tetap teguh mengadapNYA,tetap tidak jemu memohon pertolongan dariNYA..syukur masih diberikan iman didada walaupun mungkin senipis kulit bawang..terima kasih untuk artikel yang menambahkan lagi kesedaran dalam diri ini..Allah jualah yang menggerakkan hati ini untuk membacanya..semoga diriku tetap kuat untuk menghadapi dugaan dariNYA..AMIN..

    Reply

Leave a Comment

Copyright © 2012 LangitIlahi.com. All rights reserved. LangitIlahi.com (LI) are registered trademark of LangitIman Resource

Scroll to top