Kehidupan: Generasi Pandai yang Dibodohkan
Photo by Umar Mita of Langit Ilahi
Dalam salah satu talk saya di Malaysia semasa cuti musim panas tahun lepas, salah seorang daripada audience bertanya kepada saya:
“Apa perasaan Aiman jadi orang pandai?”
Saya tergamam seketika.
“Huh?”
Soalan tersebut sedikit mengganggu fikiran saya. Mungkin dia sarcastic. Kalau begitu, saya tidak ambil hati. Mungkin dia ikhlas. Kalau begitu, saya bersyukur.
Walau apapun niatnya, saya tertarik juga dengan soalan yang diutarakan.
Saya curious, apakah yang menyebabkan hamba Allah itu menanyakan soalan tersebut? Dari mana datangnya soalan ini? Saya percaya bahawa ada kisah di sebalik kebanyakan soalan. Saya suka melihat sesuatu perkara itu melepasi sempadan apa yang saya nampak. Kerana saya tahu, apa yang mata saya dapat lihat bukanlah keseluruhan ceritanya.
Bak kata Rafiki dalam The Lion King 1 1/2, “Look beyond what you see.”
Saya cuba untuk tidak ambil semua perkara at face value supaya saya tidak terdedah daripada melakukan kesilapan yang boleh dielak. Bukan mudah, tapi saya cuba sedaya upaya.
All it takes is a few moments of thinking.
Maka saya cuba melihat di sebalik apa yang saya nampak, lalu satu persoalan timbul di minda: “Apakah hamba Allah yang bertanya itu merasakan dirinya tidak pandai?”
Definisi, Mentaliti, dan Pendekatan
Saya fikir definisi kita tentang apa itu “pandai” amatlah cetek. Antara faktor utamanya ialah sistem pendidikan kita sekarang. Bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Sistem ini telah mencorak definisi “pandai” kita.
Definisi ini membentuk mentaliti kita, dan mentaliti kita membentuk pendekatan kita.
Kepandaian itu telah diikat dengan abjad dan angka. Mereka yang pandai ialah mereka yang mendapat A dalam peperiksaan. Mereka yang pandai ialah mereka yang mendapat 80% dan ke atas dalam peperiksaan. Dahulu, saya juga terpengaruh dengan pemikiran seperti ini. Saya dibesarkan dengan pemahaman sebegitu rupa dan saya fikir ramai lagi di luar sana yang seperti saya.
Kita sudah lali dengan definisi ini. Ia telah sebati dalam diri kita dan kita tidak fikir dua tiga kali tentangnya. Ketahuilah bahawa banyak perkara yang sebati dengan diri kita harus diubah. Banyak perkara yang sudah biasa dalam hidup kita perlu dipersoalkan.
Contohnya, tabiat merokok dalam kawasan restoran. Ini ialah satu perkara biasa bagi masyarakat kita. Anehnya, masyarakat kita menerima tabiat ini walaupun telah terang lagi bersuluh bahawa ia tidak patut dilakukan. Bagaimana saya tahu bahawa kita telah menerima hakikat ini? Saya dapat tahu daripada kebisuan masyarakat tentangnya. Tauke restoran selalunya tidak kata apa-apa dan kebanyakan customers lain pula tidak tegur. Setakat tegur dalam diam tidak memadai.
Maka, tabiat ini harus dipersoalkan. Apakah ia baik untuk masyarakat? Jika ia tidak baik, mengapa kita tidak bersuara? Apakah kerana sesuatu itu sudah biasa, maka ia tidak salah? Kadang kala yang biasa itu harus dilihat sebagai luar biasa. Aneh.
Persepsi kita tentang kepandaian juga harus dipersoalkan. Apakah kepandaian itu hanya abjad dan angka?
Hanya Abjad dan Angka
Jika para pembaca dapat ingat satu perkara sahaja daripada artikel ini, saya harap para pembaca dapat ingat perkara berikut: kepandaian (intelligence) tidak dapat disukat dengan abjad dan angka.
“Aik, ujian IQ tu apa cerita? Bukan ke tu meletakkan angka kepada kepandaian?”
Sebagai seorang pelajar Psikologi, ingin saya beritahu bahawa tidak ada satu pun ujian IQ yang dapat cover kepandaian manusia secara menyeluruh. Setiap satu ujian IQ ini mempunyai kekurangannya yang tersendiri.
Dalam psikologi, ada pelbagai teori tentang kepandaian. Contohnya:
Horn (1968) dan Cattell (1941, 1963) mengklasifikasikan kepandaian kepada dua jenis: crystallized intelligence dan fluid intelligence.
Sternberg (1988) mengembangkan lagi konsep kepandaian ini kepada 3 kategori: componential intelligence, experiential intelligence, dan contextual intelligence.
Tidak cukup dengan itu, Gardner (1983, 1986) menyumbang lagi kepada kefahaman kita tentang kepandaian dengan membahagikan kepandaian kepada 7 bahagian: verbal intelligence, mathematical intelligence, spatial intelligence, bodily-kinesthetic intelligence, self-reflective intelligence, interpersonal intelligence, dan musical intelligence.
Dan banyak lagi teori yang lain.
Tujuan saya perkenalkan teori-teori ini sekadar untuk memberi gambaran kepada para pembaca tentang complexity seseorang individu apabila kita bercakap soal kepandaian. Pun begitu, tiada teori yang sempurna tentang kepandaian. Kita masih lagi dalam proses memahami dengan lebih mendalam tentang kepandaian manusia (human intelligence).
Maka apabila kita mengukur kepandaian seseorang dengan angka dan abjad semata-mata, maka kita telah mengecilkan potensi dirinya daripada seluas lautan kepada sebuah kotak yang sempit.
Human intelligence is too complex to be quantified by letters and numbers.
Don’t get me wrong, abjad dan angka ini ada gunanya. Tetapi, mereka bukanlah penentu mutlak akan kepandaian seseorang.
Kepandaian
Setiap manusia itu pandai, cuma pandai dalam perkara yang berbeza-beza.
Walaupun kefahaman kita tentang kepandaian manusia masih lagi belum sempurna, tetapi satu perkara sudah kita ketahui dengan jelas: kepandaian itu pelbagai (intelligence is diverse).
Kepandaian tidak tertakluk kepada bidang akademik semata-mata. Jika kita tidak pandai dalam satu perkara, itu tidak bermakna kita tidak pandai dalam semua perkara. Kalau tidak pandai akademik, mungkin pandai dalam sukan, dalam memasak, dalam menari, dalam muzik, dalam berdebat, dalam melukis, dalam bertukang, dan sebagainya.
Tambahan pula, seseorang itu boleh mempunyai kepandaian dalam banyak perkara; bukan pandai dalam satu perkara sahaja. Sebagai contoh, seseorang itu boleh pandai dalam menulis puisi, bermain bola sepak, berkebun, matematik, dan memasak.
Konklusi
Saya harap artikel ini tidak digunakan sebagai alasan untuk malas belajar. Belajarlah bersungguh-sungguh. Cuma jika anda tidak mendapat markah akademik yang cemerlang, ketahuilah bahawa markah tersebut hanyalah abjad dan angka sahaja.
Ramai yang menjadi mangsa abjad dan angka ini. Akhirnya, mereka yang pada hakikatnya pandai dilabelkan sebagai “bodoh”. Mungkin label itu diberikan secara terang-terangan, ataupun secara kias-kiasan.
Tragedinya ialah, mereka percaya kepada label yang diberikan.
Allah kurniakan potensi yang berbeza-beza kepada setiap manusia dan kita memerlukan semua potensi ini untuk berfungsi dengan baik sebagai satu umat yang sihat. Carilah potensi kita dan bantulah yang lain untuk mencari potensi mereka.
Jangan kerana kesempitan minda kita, kita sempitkan kehidupan orang lain.
Kepandaian itu luas dan pelbagai.
Buanglah kotak kecil itu.


Iskandar Zulkarnain
saya ingin kongsikan kata2 drpd guru saya “biasakan yang betul, betulkan yang biasa”
dan saya juga rasa mungkin ini salah satu sebab kerajaan sekarang mula memperkenalkan sistem PBS di sekolah terhdp pljr yg tdk akan ambil PMR lagi
cuma pendapat saya shj la
Ummi
Saya anti orang yang merokok di tempat awam. Bagaimana cara berhemah untuk menegur mereka?
iman shah
Bukan tak nak tegur, terutamanya kalau kite ni perempuan, yg merokok tu lelaki..org malaysia ni susah nak terime teguran, ego…Pernah saya kena renung dengan pandangan yg tajam yg dahsyat oleh perokok kat restoran sebab tutup idung ngan tangan..mak saya pulak kena tengking ngan sorang taukeh ni sebab mak saya tutup idung ngan kain tudung mase nak beli barang kedai die, dah lah dia isap rokok dpn muka mak saya, so mak saya kata”busuk ah tauke asap tu” , dia kata ”awak jangan datang sini lagi kalau tak suke”(nada mmg tengking abis lah), mak saya pun terus tak pi da kedai tu sampai skrg…
perokok ni pandai pulak rasa terhina kot, padahal kite wat cam tu sbb tahu bahaya asap, (ikut i lah hidung i, peparu i, tangan i, tudung i)…lgpun perokok ni mmg hina..haram kot..bahaya kat org lain…Lau kat restoran, nak kuar kedai pun tengah makan, sakitnyer ati, kalau gtau org kedai pun, takut kena marah ngan lelaki2 perokok samseng macam ni..kami kaum hawa takuttt bangat nak tegur..hanye menahan geram
Harap kerajaan kuat kuasa -jgn merokok di tempat awam, denda diorang mcm yg katanya di buat di Penang tu..Harap kerajaan sama ade PR or BN follow mcm kt Penang tu..satu lagi jangan pakai kopiah lau nak isap rokok , tak match sgt, please larrrr…tak kan tak tau haram kot rokok jadah tu..
satu lg, ayah2 jgn meracuni anak n isteri, so, if u all nak sgt isap…isap rokok kat luar, or dalam tandas…isteri pulak tegur la suami awok tu lau suami kesayangan awok tu, suke sangat racun anak dengan rokok..cakap kat suami tempatnye perokok di luar ea..sayangi la anak anda dia ada hak dia sendiri, cume die tak tau..rokok kan boleh buat budak2 jadi kurang kepandaiannya..bebal la sikit dah kalau kena racun tu..Ni karang anak bodoh lembap ayah marah2, tak tau salah sendiri dok racun anak sejak dari dalam kandungan lagi sampai umur 17, ..17 tahun kena racun tambah 9 bulan dlm kandungan memang bodoh luar biasa tu adat la kan…nnti anak2 akan jadi ”generasi pandai yg dibodohkan oleh anda sendiri..tahniah lahh yerr wahai ayah ayah”
ade kisah benar>>mak die mati barah peparu..maybe sbb ayah perokok tegar sejak diorg kahwin, dah berpuluh tahun hidup bersama.kesian isteri umpana dibunah oleh suami sendiri..yatim anak2..ni dah melampauuu
So,
lelaki !!!- toloooongla stop merokok tmpat awam n dpn ank or sambil dukung anak, anda ayah yg kejammm, sedarlah !!..minda tu upgrade la beb
perempuan – criteria ke 2 pilih suami mesti bukan seorg perokok, after 1st criteria -sempurna solat 5 waktu n len2.. kalau perokok reject-reject la wlwpun kopiah putih or songkok tinggi, or tak pakai kopiah ..lelaki si pembakar duit x layak untuk anda..okey?
ade lagi yg aku pelekk…kpd student lelaki> kenapa lah bile tension nk presentation dpn lecturer isap rokok, nk exam isap rokok , korang berdebar sangat sampai tahap rela racuni diri sendiri ke?..tengoklah perempuan cool aje..MALULAH BNYAK2..anda lah orang yg paling pengecut, bodohh n bacul di mata kami, asl tension isap rokok..selesai ke masalah awokk tu??
kerajaan – saya mintak ada undang2 jgn merokok tempat awam..denda diorang mahal2,,didik rakyat pasal kesihatan, buke minda rakyat..rasanye dah lame tak de kempen anti rokok dlm tv, or radio, Tapi… pelek sangt kempen anti rokok tapi kerajaan sendiri benarkan rokok di jual ..sungguh menjengkelkan..n sebenarnya haram kan terus jual rokok..biar padan muka semua..susah sgt ker???
sekian trime kasih..tahniah lelaki yg tak merokok , anda seorang yg bijak..lelaki perokok kembali lah..sudah2 lah tu..try berenti b4 jadi ayah orang..cube la google ape bahan rokok tu..geliii kalau tak takut sangt hukum tuhan..bahan 2 dlm rokok tu kan jelas2 haram..or korang tak pernah terbace??or buat2 tak tau..
sekian terima kasih, harap luahan hati saya, sbg wakil ibu2, pelajr2 ipt, anak2, n hak org awam yg dizalimi ini didengari semua..moga dapat iktibar
akmal
i don’t know (IDK)