Umum: Bengkel Penulisan Islamik Bersama Hilal Asyraf.
Bengkel Penulisan Islamik Bersama Hilal Asyraf merupakan sebuah projek di bawah anjuran LangitIlahi Consultancy. Projek ini dimulakan pada awal 2013.
Bengkel ini akan dilaksanakan pada 4 zon yang berbeza:
Zon Wilayah Tengah – Gombak – 19hb Januari 2013
Zon Utara – Alor Setar – 2 Februari 2013
Zon Pantai Timur – Pengkalan Chepa – 9 Mac 2013
Zon Selatan – Johor Bahru – 27 April 2013
Pendaftaran biasanya akan dibuka sebulan sebelum tarikh program, atau sekitar itu.
Bengkel yang berjalan selama 1 hari ini(8.30 pagi – 5.00 petang) akan menyentuh pelbagai isu asas dalam penulisan, dan akan diserikan dengan perkongsian pengalaman oleh Hilal Asyraf sendiri.
Hilal Asyraf merupakan penulis muda yang lahir pada 16 Januari 1989, yang mula menceburkan diri dalam dunia penulisan semenjak tahun 2009 kala beliau berumur 20 tahun. Dalam masa 4 tahun, beliau telah menghasilkan 20 buah karya. Beliau juga merupakan lepasan pengkhususan Usuluddin, Kuliyyah Syari’ah, Yarmouk University, Irbid, Jordan.
Yuran buat setiap siri Bengkel Penulisan Islamik Bersama Hilal Asyraf ini adalah RM200 asalnya. Tetapi setiap kali pendaftaran dibuka, yang mendaftar dalam minggu pertama kala pendaftaran dibuka akan mendapat diskaun 50%
Seat pula terhad hanya kepada 50 peserta sahaja setiap sesi.
Senarai karya Hilal Asyraf semenjak tahun 2009-2012. Semuanya boleh didapati di LangitIlahi Store - http://langitilahi.com/store
Selepas tamat dengan siri Bengkel Penulisan Islamik Bersama Hilal Asyraf ini, kami akan mengadakan Bengkel Penulisan Islamik INTENSIF Bersama Hilal Asyraf selama 2 hari 1 malam.
Bengkel INTENSIF itu pula akan memberikan fokus kepada mereka yang betul-betul serius hendak menjadi penulis, dan Hilal Asyraf akan menjadi coach sepanjang 2 hari 1 malam itu agar peserta pulang daripada bengkel dengan mempunyai asas dan rangka untuk karya mereka.
Bengkel INTENSIF ini insyaAllah akan diadakan dalam bulan Mei 2013 di kawasan Wilayah Tengah.
Peserta Bengkel Penulisan Islamik Bersama Hilal Asyraf akan mendapat potongan harga istimewa jika menyertai Bengkel INTENSIF ini.
Segala soalan dan pertanyaan, boleh diajukan ke email [email protected]
Sekian.



laila lutifiyah
bahtera menuju ke syurga dah di pasaran ke
Hilal Asyraf
laila – Sudah.
fauze
Wah, best ni…huhu