Khamis, 20 Jun 2013   |   11 Syaaban 1434H   |   13 Pembaca Online   |   Salam, guest!  Login or Register
You Are Here: Home » Kehidupan » Kehidupan: Mahalkan Dirimu. Jangan Mudah Jatuh Cinta.

About The Author


Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak. Lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf di alam penulisan. Lahir pada 16 Januari 1989. Pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor. Kemudian di Ma'had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah(MATRI), Perlis. Berkelulusan B.A(hons) dalam bidang Usuluddin, Yarmouk University. Telah menghasilkan beberapa buah Novel seperti Novel VT, Novel Hero, Novel Takdir dan lain-lain, juga beberapa buah buku Motivasi yang terkenal dengan siri Buku Motivasi Langit Ilahi. Telah berkahwin dan kini aktif menerima jemputan program dan mengendalikan bengkel.

Number of Entries : 430

Kehidupan: Mahalkan Dirimu. Jangan Mudah Jatuh Cinta.

 

Picture by UmarMita of LangitIlahi

Jatuh cinta. Memang hangat. Saya akui kerana saya pernah lalui. Kadangkala sukar untuk kita berfikiran waras ketika mengharunginya. Kita lebih suka mengikut jiwa dan perasaan, berbanding akal yang dikurniakan olehNya.

Namun alhamdulillah, satu perkara yang saya syukuri dalam kehidupan saya adalah proses dakwah dan tarbiyah yang berjalan. Proses ini memberikan kesedaran, membuatkan saya faham bahawa cinta itu bukan yang utama di dalam kehidupan. Ada yang lebih utama.

Hari ini, begitu juga dengan hari-hari semalam, dan tidak saya terkejut jika hari-hari ke hadapan, remaja dan pemuda-pemudi teruja dengan cinta. Asyik.  Mainan perasaan menjadikan diri ketagih akan perhatian insan yang didambakan. Kadangkala sibuk kita dengan 1001 ciri perempuan lelaki idaman, buat diri sibuk bertanya: “Diakah jodoh aku? Diakah jodoh aku?” Hingga segala kebetulan seakabn-akan merupakan ‘petanda daripada Tuhan’.

Ini melemahkan.

Dan saya menyeru pemuda dan pemudi, dari lohong ini, diri itu dikeluarkan.

Cinta Perlu Difahami Sedari Awal.

Saya amat menegaskan betapa cinta dan kefahaman akannya perlulah dididik di dalam jiwa remaja semenjak awal. Bukan untuk menyuruh mereka kahwin awal, tetapi adalah supaya mereka tidak mengambil definisi cinta, cara-cara bercinta, daripada sumber yang rosak, yang wujud di kiri dan kanan mereka kala proses pendewasaan.

Hari ini, definisi cinta dan cara bercinta, diambil secara tidak langsung tanpa disedari, daripada filem-filem, drama-drama, novel-novel pop dan sebagainya. Membuatkan secara tidak langsungnya, apabila disebut cinta, atau apabila jiwa diserang perasaan cinta, automatik mereka akan melaksanakan sebagaimana yang mereka tahu dan faham melalui sumber-sumber yang sedemikian.

Justeru saya menegaskan agar kita punya silibus berkenaan cinta, perkahwinan dan rumahtangga semenjak tingkatan satu lagi, agar remaja kita tidak membesar dengan definisi cinta yang tidak syara’, lantas mengimplimentasikannya dengan cara yang tidak benar.

Cinta yang silap inilah yang membuatkan manusia apabila bercinta, menjadi tidak keruan. Kerana disangkanya cara untuk menyampaikan rasa cinta kepada orang yang dicintai mestilah dengan ayat-ayat asmara yang berbunga-bunga, dengan perkataan cinta dan sayang. Cinta mestilah keluar bersama-sama, berdua-duaan, berpegangan tangan, bersentuhan. Bahkan, wujud tafsiran cinta pada hari ini mestilah dibuktikan dengan seks, dan dikatakan itulah kemuncak cinta.

Tidak hairanlah remaja kita, apabila disambar dengan halilintar cinta, diri jadi entah apa-apa. Tambah zaman laman sosial hari ini. Hingga ada yang tanpa segan silu update gambar dirinya dan kekasihnya, berpelukan, berciuman, walau belum lagi berkahwin. Bahkan, lebih dari itu, berani pula mengharap ‘keredhaan’ orang ramai atas hubungan yang melanggar batasan syara’.

Bagi yang ‘Islamik’ sedikit, walaupun mungkin tidak keluar bersama, ramai yang terjebak dengan SMS, email, chatting, poster-poster ‘cantik’ berkenaan cinta, puisi-puisi jiwang, dan pelbagai lagi. Kemudian masa banyak dihabiskan dengan isu bakal makmum dan bakal imam. Belum dikira dengan sibuknya kita nak menilai beberapa perkara seperti ‘mimpi’, ‘kebetulan-kebetulan’, yang kita rasa, merupakan petunjuk daripada Allah SWT.

Ini melemahkan.

 

Memahalkan Diri.

Manusia ini kalau tidak punya apa-apa, tidak berhargalah ia.

Maka sepatutnya, pada usia masih muda ini, kita sibukkan diri dengan mencari ‘apa-apa’ untuk dimasukkan ke dalam diri kita agar kita menjadi berharga. Mahal. Semestinya ‘apa-apa’ itu adalah perkara-perkara yang bermanfaat dan berharga juga. Kalau diisi dengan sampah, maka sampahlah kita.

Berapa banyak buku telah kita telaah?

Berapa banyak program pemantapan minda dan peribadi yang telah kita hadiri?

Dalam lautan ilmu itu pula, setelah mendapat kefahaman akannya, berapa banyak pula yang kita implemenkan dalam kehidupan kita?

Apakah kita ini cakna isu semasa?

Pandaikah kita menguruskan wang?

Bijakkah kita dalam meneruskan survival hidup?

Sudahkah kita memulakan perjalanan untuk menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak nanti?

Sudakah kita memulakan usaha membina diri agar mampu menjadi suami dan isteri yang baik kepada pasangan kita nanti?

Persoalan-persoalan ini sepatutnya bermain di dalam minda kita. Menjadikan diri kita mahal. Bukan sibuk dengan – Apakah dia jodoh aku? Apakah dia jodoh aku? Inikah petandanya dia jodoh aku? Apakah mimpi aku semalam merupakan satu petunjuk? Apakah dia bakal imamku? Apakah dia bakal makmumku? Macam mana hendak melamar? Macam mana nak hadapi lamaran seseorang? –  terlebih dahulu.

Kita di dalam pengajian akademik kita, kita punya tahapan. Maka begitulah kita dalam proses percintaan. Dalam hendak mendirikan rumahtangga. Kita bukan terus skip kepada “Bagaimana hendak melamar dan menerima lamaran.”

Kerana itu, saya bersetuju dengan pendapat Ustaz Hasrizal di dalam salah sebuah status Facebook beliau apabila beliau berkata bahawa beliau lebih senang jika kita berikan peluang diri kita ‘membesar’. Mengembara melihat dunia, menambah ilmu dan mematangkan jiwa, sebelum kita sibukkan diri dalam kancah cinta.

Ini tidak. Semenjak sekolah menengah sudah mula sibuk dengan cinta. Sibuk dengan frasa bakal imamku, bakal makmumku. Kala berusia mahasiswa yang sepatutnya kita teguk pengalaman untuk menjadi pemimpin dan membina ummah, mempersiapkan diri untuk menjadi yang bermakna buat masyarakat, kita sibuk dengan asmara dan fantasi rumahtangga. Persediaan entah ke mana.

Kemudian kata hendak berumahtangga, hendak membawa pasangan ke syurga?

Bagaimana hendak ke syurga kalau diri itu tidak punya apa-apa persediaan ke arahnya?

 

Duduk, Dan Timbalah Pengalaman.

Tenangkanlah jiwa. Bebaskanlah  diri dari segala filem, drama dan novel-novel cinta yang membuatkan kita sibuk untuk menjadi sepertinya. Lihat semula diri, dan tanya apa matlamat untuk berada di atas muka bumi. Lihat sebentar kepada rumahtangga, dan selami realitinya. Rumahtangga itu bukannya syurga secara muktamadnya. Rumahtangga hanya akan menjadi syurga, jika kita bergerak mempersiapkan diri kita. Jika tidak, rumahtangga boleh menjadi neraka buat kita.

Rumahtangga punya 1001 tanggungjawab. Rumahtangga bukan hanya kisah dua orang berkasih sayang menjalin hubungan asmara. Rumahtangga adalah asas kepada ummah!

Dan Allah telah copkan tanggungjawab yang besar di dalamnya:

“Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari siksa api neraka.” Surah At-Tahrim ayat 6.

Maka mengapa tergesa-gesa dengan perasaan. Hidupkan minda kita. Imbangi perasaan itu. Bergerak persiapkan diri.

Duduklah sebentar, menimba pengalaman. Daripada sekeliling, daripada orang-orang yang telah mendahului kita, daripada orang-orang yang lebih tua, daripada kitab-kitab agama dan penyampaian-penyampaian berkenaan rumahtangga.

Bukan kita terjah dahulu alam cinta, kemudian baru mencari itu semua.

Kita ada matlamat hidup yang lebih besar daripada cinta.

 

Penutup: Mahalkanlah dirimu. Jangan Mudah Jatuh Cinta.

Jadilah manusia yang mempunyai kesedaran. Yang bukan sibuk dengan mainan perasaan.

Kadangkala bila kita sibuk dengan mainan perasaan, maka ‘disakat’ sedikit, jiwa sudah gelabah. ‘Diuji’ sedikit, kita telah rebah. Sedangkan ummah memerlukan kita untuk kuat dan gagah. Agar kita mampu menggerakkan ummah ini ke hadapan, bukan ke belakang.

Kita perlu ingat, selepas berumahtangga, akan masih ada kerja-kerja. Bukannya terus mati dan masuk ke syurga. Bukan.

Maka kita perlukan susuk tubuh yang kuat untuk menompang tanggungjawab ini.

Dan itu tidak akan kita perolehi dengan sibuk berperasaan semata-mata.

Bukalah mata, bangkitkanlah kesedaran jiwa.

Cinta itu mungkin, sedang mati itu pasti menjemput kita.

Allah tidak bertanya kita berjaya berkahwin dengan orang kita cinta atau tidak, tetapi Allah akan bertanya bahawa umur kita, di mana telah kita usahakan atasnya.

Marilah, mahalkan diri kita.

Jadilah hambaNya yang berguna.

—————————

Jom sertai Konvensyen Remaja – TeenACE!

TeenACE promosi3

 

Jom sertai projek membina komuniti baharu harapan Malaysia!Ayuh kita dengar kisah bagaimana caranya memperkasakan remaja dan belia Malaysia hari ini oleh Hilal Asyraf, Fatih Seferagaic, Anwar Hadi, Aisyah Shakirah, Adibah Awang, Imam Muda Asyraf, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Amin Idris dan ramai lagi!

Anda remaja? belia? mahasiswa? ibu bapa? guru? pensyarah? wakil industri? korporat? agensi kerajaan?
Siapa sahaja yang mahu Malaysia baru hari esok boleh sertai TeenACE2013!

Jom, sertai TeenACE!
KLIK! ▶ http://bit.ly/TeenACE

LIKE! ▶ http://fb.com/myTeenACE

 

Comments (43)

  • Siti Nur Asyrafiah

    panduan untuk remaja dan golongan mahasiswa terutamanya…

    Reply
  • puteri zulkifli

    Jawapan untuk saya. Saya sentiasa berfikir adakah para mujahid tidak memikirkan tentang cinta. Bukan mereka tidak memikirkan cinta tapi bagaimana mereka channel kan cinta dan perasaan mereka. Alhamdulillah 0anduan saya sebagai mahasiswa.

    Reply
  • Farah Nurazrina

    tersentap seketika. eheh.. =) remaja sekarang terutama si dia yg bernama farah nurazrina ni memang sebok dok pikir pasal jodoh je. as if macam benda tu penting dan paling utama yg perlu dilakukan. maka bila terkena putus-chenta-pertama-yg-sgt-menyakitkan, time tu la baru sedar hidup ni bukan berkisar pasal mencari-si-dia-yg-hilang je. *sigh*

    Reply
    • Muhamad Arif Fahmi

      mmg betul ape y saudari ckp, slps ptus cnta pertama, hati sgt skit, diri trus rebah,jiwa sgt t’ggu..tp alhamdulillah, keluarga masih sayang pda sy bgtu jga teman baik y slalu ada msa sng & ssh..m’cri cinta suci,perlu ade cinta Ilahi dlm hati..sesuatu y hlang dlm dri…terima kasih pda Allah swt y xptus2 m’igtkn mne y pnting dlm hdup…untuk saudari,bangkitlah!!! dunia tidak berakhir tanpa cinta manusia kerna kerja Tuhan siapa y thu?…

      Reply
  • nomadmelayu

    Assalamualaikum,

    Terima kasih atas perkongsian.

    Reply
  • munawirah

    Its really nice sharing. Thank u so much.

    Reply
  • miss elyna

    Assalamualaikum…

    Alhamdulillah…satu penulisan yang cukup bagus untuk dijadikan panduan bagi mereka yang terlalu mengejar cinta. perasaan dikecewakan memang terkesan tetapi jika di hati sentiasa mengingati Allah dan tahu cara mengawalnya, insha-Allah kita akan lebih menghargai banyak benda lain selain cinta.
    ” mari mahalkan diri kita”

    tq!

    Reply
  • Nur Imans

    betul saranan penulis. ketika usia muda dan bebas dr komitmen rumahtangga, itulah waktu terbaik menimba ilmu ttg perihal kehidupan pengisian tanggungjawab untuk cinta itu. itu lebih penting. Jika sudah jatuh cinta, dan belum sempat berjodoh krn putus, bagus juga, kerana dari situ kita tahu bagaimana mengurus cinta.

    Reply
  • inanNaurah

    Syukran atas perkongsian,
    menghisbah diri semula.. moga
    usaha yang secicip hikmahnya
    beranda-ganda, in sha Allah :)

    Reply
  • insyee

    syukur alhamdulillah……saya juga dulu antara kalangan akhi ckp di ats nie ….leka dengan kehidupan duniawi serta seringkali lemah dgn dunia ciptaan sendiri dgn mengingati si dia yg belum pasti benar atau tidak menjadi yg sah….hidayah itu milik allah jua lah….telah menyedarkan saya…dan ya….betul2 ,benar berubah bila kita ‘mahal’ kan diri kita dgn cinta2 ‘murah’…….hidup rasa lebih tenang dan mempunyai matlamat yg jelas dalam hidup….dan terasa hidup lebih bermakna ,,thanx akhi….thumbs up!!

    Reply
  • by

    cinta pada manusia memang melalaikan.
    kena pandai control, kalau tak….hanyut la jadinya.

    Reply
  • Nabieyl

    Nabieyl

    terima kasih atas perkongsian yang bermakna.
    :)

    Reply
  • Faizin

    Manusia, takut untuk menerima tanggungjawab.

    Bila jatuh cinta, takut untuk memikul sebuah rumahtangga, lantas mengambil keputusan untuk sekadar bercinta, tanpa memikirkan tentang sebuah rumahtangga.

    Ibu bapa yang mempunyai anak yang rancak bercinta, takut membebankan anaknya dengan tanggungjawab. Lantas rela membiarkan anaknya ke hulu ke hilir dengan pasangannya, pun tidak mahu mengahwinkan mereka pada usia muda.

    Muda mudi, tidak diajar untuk bertanggungjawab terhadap “CINTA”, apatah lagi bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri.

    Lantas mereka rela bermain dengan permainan cinta, sambil lari daripada hakikat tanggungjawab sebagai manusia.

    Reply
  • ilyas91

    ilyas91

    Elakkanlah diri daripada bercinta (couple) sebelum nikah.
    Kerana cinta sebelum nikah itu akan menjurus kepada cinta nafsu yang akhirnya berlakunya maksiat seperti bersentuhan dan berzina.
    Na’uzubillahi min zalik.

    Kalau cinta, kita akan bawa orang yang kita cinta itu ke syurga.
    Insya-Allah.

    Reply
  • Nurulhuda

    Nurulhuda

    Well-said, brother Hilal.

    Thumbs up!

    Reply
    • ana farhana

      hilal..hmm.. baru saya tahu maksud hilal tu rupanya anak bulan.. ulasan dari ustaz zahazan dalam surah al-qamar..

      hilal, qamar, badr… indahnya bahasa arab… rugi belajar separuh jalan je..

      Reply
  • poji007

    fauze

    Alhamdulillah.. suka perkongsiannya

    Reply
  • mad

    bleh copy tak nie?? :)

    Reply
  • Nor Aminah Ismail

    sangat menyedarkan para remaja :)
    syukran sgt atas perkongsian

    Reply
  • Nisa Zulkifli

    Panduan yang membantu,
    Penulisan yang membina.

    Syukran jazilan untuk perkongsian dan ingatan ^ ^

    Reply
  • as-siddeeqah

    siddeeq

    berfikir secara meluas, inspirasi buat saya.. jazakallahu khairan khatira. :)

    Reply
  • cahaya92

    Alhamdulilah , terima kasih atas perkongsian nya … sgt berguna pada smua especially yg dah terjebak dgn dunia cinta

    Reply
  • Aisyah

    Subhanallah, artikel ini hadir dikala saya sgt2 memerlukan pencerahan. Kandungannya sungguh jelas. Dikala seseorang begitu mengharap namun hati ini berbelah bagi. Syukran saudara Hilal. Semoga Allah merahmati saudara.

    Reply
  • pa

    mati itu pasti…dri fikir pasal makmumku..imamku…baik fikir fasal mati..sb mati itu anytime..plus dpt phala free lg..

    Reply
  • nurhidayah masran

    nurhidayah masran

    masih belum terlambat lagi untuk kita memahalkan diri kita,kan?! ;)

    Reply
  • ah man

    dah tentu lah cinta tu nafsu………….

    Reply
  • Aisyah M

    This article kinda hits me because I’m currently facing the ‘jodoh’ problem. Sometimes I get envious seeing friends with their soon-to-be soul mates (insyaAllah) and I’m still here…thinking and thinking about what I should do. But now I know, I should set my priorities straight first. That ‘person’ is somewhere out there..Allah will reveal it soon.

    Reply
  • weno

    tepat sekali.ni la yg sy fikir selama ni,pencerahan saudara meng’clear’kan apa yg bermain d benak fikir sy.tq for d good article.

    Reply
  • ina

    trima kasih datas prkongsian ini…
    artikel yg mberikan ksedaran kpd sya…

    Reply
  • Cahaya Syurga

    kadangkalakan, saya akui jujur sebagai muslimah memang hati ini mudah cair. kemudian kena bangkit melawan nafsu agar cinta saya terpelihara. hmm, betul apa yg dikatakan saudara hilal… sebagai satu ummah kita kena kuat dan gagah menempuhi alam cinta ini. doa dperlukan setiap kali… saya bimbang juga hati ni agar tidak terpesong pada cinta yang salah. asyik memikirkan suatu yang belum tiba masanya dan tentu.. huhuhuh :’)

    Reply
  • Bintu Khaled

    betul,saya selalu terfikir kenapa kadar kes penceraian semakin meningkat.
    anak-ank yg terabai sehingga menyumbang kepada keruntuhan akhlak .
    mungkin juga kerana kurangnya ilmu pemantapan rumah tangga.
    Seorang isteri/suami kurang jelas tntg tanggungjawab mereka sendiri.Solusinya,pemantapan ILMU itu penting.tak kira apa jenis ilmu sekalipun.
    mahalkan diri dgn ILMU, Mekarkan cinta dgn ILLAHI, in sha Allah CHENTA datang kemudian hari.eheh

    Reply
  • Nooriman Haqeem

    serius terbaik tulisan ni…saya pon ada mengalami mimpi pasal ‘crush’ saya..haha..pastu ingat tu petunjuk dari Allah SWT…alangkah silapnya saya…terima kasih for this ‘eye opener’…

    Reply
  • Nurul Hani

    Saya mencintainya ikhlas..sehinggakan sanggup berkorban utk dirinya sehingga dia habes melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti .Kami berpisah kerana dia telah pun mecari seseorang yang baru untuk dirinya,,dan dia berkata “DEMI Allah” tidak akan menerima saya sampai bila-bila..kerana dia bahagia dengan kekasih barunya.Dia ingin mengubah diri kekasihnya, dengan mendidik cara berpakaian, cara percakapan sedangkan dirinya sendiri tidak solat..Sebelum ini sy mengenalinya dia tidak pernah solat.Sekiranya kalian mempunyai pendapat,apa yang perlu saya buat..utk melupakannya.

    Reply
    • Hamizah

      Dia bukan untuk saudari, saudari sangat berharga dan Allah s.w.t. akan pertemukan saudari dgn seseorang yg lebih baik dan lebih layak untuk saudari. InsyaAllah. Seek help through patience and prayer sister, because Allah loves those who are patient =)

      Reply
  • Hamba Allah yang masih menuntut ilmu

    Love this. JazakAllah Asyraf.

    Reply
  • Nadh

    Allah knows everything. He has beautiful plans for all of us. He knows what we don’t know. Never find for the perfect one. Try to perfect our iman. Put Allah first in our heart. He or she might be out there for us. It is just in the matter of time. May Allah bless all of our hearts!

    Reply
  • minnsyah

    minnsyah

    Pernah melalui fasa tersebut, alhamdulillah sudah keluar.
    Baru sedar, budaya ni budaya global yang boleh kata semua orang buat.
    Ummah perlukan kita.

    Reply
  • IftiKaisara

    Jazakallah for the sharing. alhamdulillah. pernah melalui fasa ‘mencari cinta’. di saat iman mula mengetuk pintu hati, istighfar menjadi peneman.sungguh.melepaskan itu menyakitkan.namun demi redha Ilahi,harus dilepaskan. cinta y dicari tak halal.malah melalaikan.saat melepaskan,ramai orang menyalahkan sy.kenapa lepaskan.dah jumpa jodoh yang baik.bla bla bla bla..mujur keluarga memahami. memberi pertolongan.beri kata-kata nasihat. dengan ringkas sy jawap “kalau ade jodoh,ade la.” dia pun dah tawar hati.jadi alhamdulillah.mungkin Allah nak bgtau something kat saya. kejar cinta Ilahi. mantapkan diri. bina personaliti.agar menjadi mujahidah solehah. ummah perlukan saya lebih dari saya perlukan dia. alhamdulillah bila saya dah lalui fasa ni jadi lebih alert.

    mahalkan cinta. insyaAllah ianya akan lebih berharga ^^

    Reply
  • fitry

    setuju sgt..ungkapan Mahalkan Diri memberi makna yg cukup dalam..pendapat sy, soal jodoh kita tdk perlu risau..kerana janji ALLAH bahawa perempuan2 baik utk lelaki2 yg baik..dan kita mesti berusaha ke arah itu..kemudian berusaha mempersiapkan diri ke utk menjadi ibu atau bapa yg baik..tp sayang..berapa ramai la remaja2 skrg nak memahami ungkapan ‘Mahalkan Diri’..sememangnya cinta itu adalah fitrah..tp cintailah dulu Sang Pencipta yg menciptakan rasa Cinta, yakni ALLAH SWT..

    Reply
  • linda

    pesanan ingin sy tujukan khas utk semua insan bergelar lelaki…perempuan ni hatinya mudah terusik kalau xde niat nk menyunting jangan langsung beri harapan,,,kesian lah pada kami semua ni…ye,,mmg sy akui ade wanita suke mempermainkan perasaan lelaki tp x semua wanita itu sama,,,tolonglah wahai semua lelaki jika benar anda bergelar muslim…

    Reply
  • Neems

    Asslamualaikum.

    Terima kasih untuk sebuah bacaan yang sangat menarik dan membuka mata dan fikiran saya.
    Saya sudah lama hendak keluar dari perhubungan yang dijalani tapi masih tidak dapat dilakukan. Tidak tahu bagaimana caranya.
    Sedih sangat2 sedih sebab diri yg sepatutnya difokuskan kepada Yang Maha Esa lebih banyak menghabiskan masa dengan melayani kerenah dan perangai seorang lelaki yang masih belum tentu menjadi suami yang sah di masa akan datang.

    I am still clueless and don’t know how to end this.

    Reply

Leave a Comment

Copyright © 2012-2013 LangitIlahi.com. All rights reserved. LangitIlahi.com (LI) are registered trademark of LangitIman Resource

Scroll to top